Anda di halaman 1dari 5

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Kuala Segan,


Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera saya ucapkan.

Pengerusi :Assalamualaikum dan salam sejahtera guru dan rakan sekelas.Pada


pagi ini kita bersyukur kerana berpeluang membincangkan tentang
amalan membaca.Tanpa melengahkan masa, izinkan saya
memperkenalkan ahli-ahli panel. Tajuk forum pada pagi ini ialah
Amalan Membaca . Apa khabar,saudari?
Panel 1 : Alhamdulillah,baik saja.Saudari,bagaimana?
Pengerusi : Alhamdulillah,baik juga.Baiklah saudari,marilah kita memulakan
perbincangan kita. Apakah definisi dan kebaikan amalan membaca?
Bolehkah anda terangkan.
Panel 1 : Menurut laman web Wikipedia ,membaca ialah proses pembentukan
dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dan
maklumat yang dibaca. Amalan membaca merupakan amalan yang
mulia. Amalan ini memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan masyarakat yang berilmu. Hal ini dikatakan begitu
kerana melalui membaca, pemikiran atau minda seseorang akan
berubah dan mempengaruhi pembangunan sesebuah negara dan
masyarakat.Selain itu,amalan membaca juga mempunyai banyak
kebaikan. Antaranya ialah dapat menambah ilmu pengetahuan dan
membaca juga dapat meningkatkan kemahiran berbahasa.Ini kerana
kebanyakan pelajar melayu masih tidak dapat menguasai kemahiran
bahasa Melayu dengan baik walaupun ini merupakan bahasa
percakapan harian mereka. Oleh itu, bagi membetulkan kaedah
berbahasa,kita perlulah lebih banyak membaca kerana apa yang kita
baca dapat dijadikan contoh bagi kita di masa yang akan datang.
Membaca juga semestinya dapat menambah perbendaharaan
kata.Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan
dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang
mereka kuasai. Bukan itu sahaja,membaca juga dapat mendedahkan
kita tentang isu-isu semasa ataupun perkembangan semasa yang
berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Sebagai contoh,kita boleh
membaca surat khabar kerana surat khabar banyak memaparkan isu
semasa seperti isu kegawatan ekonomi,bencana dan
peperangan,krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh
dunia.Justeru,kita tidak akan ketinggalan zaman atau dianggap seperti
katak di bawah tempurung. Benarlah bahawa amalan membaca
merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Jadi,semua
lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya
membaca kerana membaca jambatan ilmu.
Panel 2 : Selain itu,membaca juga dapat mengisi masa lapang.Contohnya,kita
boleh membaca novel dan komik. Amalan membaca dapat
membentuk masyarakat madani yang berkemahiran dan
berkepakaran tinggi apabila negara kita sudahmencapai tahap yang
maksimum dalam membentuk individu yang mempunyai kepakaran.
Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan
negara. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang
tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kita.
Lanjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan
baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun yang maju dalam bidang
sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang
berfungsi secara automatik. Membaca juga dapat mematangkan
fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang
kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong
untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap
sesuatu perkara itu.Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang
dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus
dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di
negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya
hidup mereka.
Panel 3 :Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu
yang diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-
sektor tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor
dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti
Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara umumnya, negara kita akan
layak bersaing dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara pula
perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah
rajin membaca supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan
dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik.
Pengerusi :Pada era globalisasi,amalan membaca semakin dilupakan oleh
masyarakat pada hari ini.Persoalannya,mengapa hal sedemikian ini
berlaku?
Panel 1 :Daripada pemerhatian dan pembacaan saya,didapati bahawa tidak
menjadi budaya orang Malaysia untuk membaca.Mengapakah situasi
ini berlaku?Mungkin kerana masa kita dihabiskan untuk bekerja
berada di jalan raya ke tempat kerja.Apabila kembali ke rumah,
mereka dalam kondisi kepenatan. Justeru kekangan masa inilah
yang sering kali menjadi mauduk alasan yang membataskan mereka
daripada amalan membaca. Lain pula budaya masyarakat di negara
Jepun, waima mereka mempunyai masa bekerja hampir empat belas
jam sehari, ironinya kekangan masa ini belum boleh dijadikan alasan
yang membataskan mereka dengan buku. Oleh hal yang demikian
maka tidak hairanlah masyarakat Jepun sinonim dengan amalan
membaca kerana amalan ini telah menjadi darah daging dalam
kehidupan masyarakat mereka sejak azali.
Panel 2 :Izinkan saya mencelah sedikit.Faktor lain masyarakat Malaysia tidak
membudayakan amalan membaca dalam kehidupan ialah tiadanya
pengaruh ibu bapa ataukeluarga dalam menitikberatkan perihal
budaya membaca terhadap anak-anak mereka. Dalam konteks ini, ibu
bapa tidak pernah menghadiahkan buku kepada anak mereka bahkan
lebih mengeruhkan keadaan sekiranya mereka tidak pernah terfikir
bahawa buku itu penting sebagai medium memupuk minat anak
mereka membaca. Daripada sudut yang berbeza pula, pengaruh
media massa yang semakin meluas kini telah menjauhkan masyarakat
dengan buku.Pengaruh ibu bapa dalam keluarga telah dilunturkan
secara evolusi oleh mediamassa yang bersifat hegemoni dan dominan
dalam merubah kerangka pemikiran masyarakat.
Panel 3 :Daripada perspektif yang lain pula,pengaruh suasana dan faktor
sekeliling turut membataskan amalan membaca dalam kalangan
rakyat Malaysia. Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca
di tempat sunyi seperti mana yang sering kali menjadi amalan dalam
sesebuah perpustakaan yang suruh diam.Tidak salah, tetapi kesannya
secara tidak sedar ialah kita turut terpengaruh untuk membaca dalam
kondisi yang sunyi. Justeru, agak sukar untuk kita membudayakan
amalan membaca di tempat awam. Di samping itu persepsiorang
ramai bahawa orang yang membaca terutamanya di tempat-tempat
awam adalah perbuatan menunjuk-nunjuk dan memberi gambaran
negatif bahawa ulat buku sukar dibuat kawan kerana saban hari masa
mereka hanya dihabiskan dengan berkepit dengan buku.Ulat buku
juga mungkin dianggap antisosial dan antisukan. Persepsi sedemikian
amat berbahaya kerana secara jangka panjangakan menjauhkan
masyarakat dengan buku.
Pengerusi : Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana
sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa
yang kita dapat hari ini tidak sekadar ”masuk telinga kanan, keluar
telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum
berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri
kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.
Kesimpulannya,amalan membaca banyak faedahnya.Jadi marilah
sama-sama kita mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan
seharian kita.

Anda mungkin juga menyukai