Anda di halaman 1dari 2

FORUM

Pantun Pembuka Acara

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Kuala Segan,
Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera saya ucapkan.

Pengerusi: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada guru dan rakan-rakan sekelas. Topik
perbincangan kami dalam majlis forum pada pagi ini ialah “membaca memerdekakan minda”. Saya Kamilia
Syakirah, pengerusi forum pada pagi ini.Tanpa melengahkan masa,izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli
panel.Saudari, pada pendapat saudari, bagaimakah membaca boleh memerdekakan minda?

Ahli Panel A: Terima kasih, pengerusi. Dalam era globalisasi kini, membaca adalah suatu keperluan.
Tanpa membaca seseorang itu tidak akan dapat ilmu, sukar hidup sempurna atau bahagia. Melalui
membaca, kita dapat membuka minda kepada pendapat atau pandangan orang lain untuk kita
pertimbangkan bagi membentuk pandangan kita sendiri. Cuba kita bayangkan, jika kita hanya bergantung
kepada Internet untuk mendapatkan maklumat, maklumat yang didapati itu terhad kepada sumber tertentu
sahaja. Maklumat tersebut perlulah dianalisis sebelum digunakan. Maklumat yang didapati melalui
membaca lebih bergantung kerana mempunyai pengarang dan penerbit yang bertanggungjawab ke atas
kesahihan maklumat tersebut. Kita juga boleh mengetahui pengalaman dan pahit maung yang dilalui oleh
orang lain melalui membaca. Dengan ini, kita dapat mengambil iktibar daripada pengalaman orang lain dan
menemukan cara yang paling sesuai dalam menangani cabaran hidup.

Ahli Panel C: Saya bersetuju dengan pandangan saudari Jia Yun. Membaca bukan sahaja satu-satunya
cara ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan, malah ia menjadi kunci ke arah peningkatan kemahiran
dalam sesuatu bidang ilmu. Selain dapat membentuk pandangan kita sendiri, seseorang yang banyank
membaca juga belajar berimaginasi secara tidak langsung. Sebagai contoh, kita dapat menvisualkan apa
yang berlaku dengan membaca buku cerita. Membaca buku suspen atau novel yang berkaitan dengan
cinta, kita terasa akan debarannya atau sesuatu yang berlainan. Dengan ini, hidup kita dikaryakan dan
dapatlah kita mempunyai pemahaman yang baru terhadap sesuatu yang berlaku di persekitaran kita.
Minda kita tidak lagi dipenjara.

Pengerusi: Terima kasih, Saudari Jia Yun dan Saudari Xin Hui. Membaca memang boleh memerdekakan
minda kita dan memberi manfaat kepada kehidupan kita. Kita akan berfikiran matang dalam menghadapi
sebarang cabaran hidup. Oleh itu, kerajaan kita berusaha gigih untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan masyarakat dengan melancarkan pelbagai aktiviti seperti bulan membaca dalam seluruh negeara.
Bagaimanakah peratusan tahap pembacaan masyarakat kita? Adakah ia meningkat atau tidak berbanding
kajian yang dilakukan selama 10 hingga 15 tahun lalu ini yang menunjukkan kadar yang rendah?

Ahli Panel B: Pengerusi, saya mempunyai pandangan dalam persoalan ini.

Pengerusi: Silakan, Saudari Jih Peng.

Ahli Panel B: Terima kasih, Saudari Hui Yee. Kini, peratusan tahap pembacaan masyarakat kita sudah
meningkat kepada dua buah buku setahun jika dibandingkan dengan kajian 10 tahun lalu yang
menunjukkan satu atau dua muka surat setahun. Tidak dapat dinafikan bahawa keupayaan membaca di
kalangan masyarakat sudah menunjukkan peningkatan. Dengan kata lain, kadar buta huruf sudah berjaya
dikurangkan. Walaupun begitu, kita perlu menggalakkan pembacaan yang bertujuan untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan. Persoalan ini sepatutnya ditekankan, terutamanya bagi golongan pelajar yang
membaca sekadar untuk menduduki peperiksaan. Mereka tidak menghayati atau memanfaatkan bacaan
untuk tujaun maklumat, hiburan dan membuat kajian. Tujuan mereka terlalu terhad. Contoh bahan bacaan
yang sesuai adalah surat khabar dan novel yang baik dari segi penggunaan bahasa.

Ahli Panel A: Kajian profil membaca yang terkini juga menunjukkan bahawa kadar yang boleh membaca
meningkat kepada 97 peratus tetapi yang mengamalkan pembacaan hanya 83 peratus. Namun begitu,
daripada 87 peratus itu, kebanyakan mereka membaca surat khabar, majalah dan kemudian barulah buku.
Dalam erti kata lain, kumpulan terbesar ialah pembaca surat khabar dan majalah. Amalan membaca surat
khabar memang bagus kerana ia sumber maklumat semasa yang utama. Tapi jika dilihat dalam jangka
masa yang panjang, fenomena ini merupakan suatu krisis kerana seseorang tidak boleh hanya membaca
satu atau dua bacaan sahaja. Kita seharusnya melibatkan sedikit dalam pelbagai jenis bacaan agar dapat
memerdekakan minda kita.

Pengerusi: Ya, pembacaan yang luas dan seimbang amat penting dalam kehidupan. Terima kasih,
Saudari Jih Peng dan Saudari Jia Yun. Peningkatan tahap pembacaan masyarakat kita memang
merupakan satu perubahan yang baik. Namun begitu, usaha masih diperlukan dalam memupuk tabiat
membaca dalam kalangan masyarakat. Apakah pandangan Saudari Xin Hui tentang persoalan ini?

Ahli Panel C: Terima kasih, pengerusi. Pada pandangan saya, sudut kecil di rumah yang bertujuan untuk
pemupukan budaya membaca sudah memadai untuk peringkat permulaan. Berdasarkan kajian, 41 peratus
rumah di Malaysia mempunyai perpustakaan sendiri. Ahli rumah yang mempunyai perpustakaan rumah
didapati mempunyai kadar membaca yang lebih tinggi. Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Langkah ini akan menjadi lebih berkesan jika ibu bapa turut menemani anak-anak dalam
memupuk tabiat membaca. Selain itu, harga bahan bacaan sepatutnya berpatutan agar tidak menjadi
beban golongan masyarakat yang miskin. Aktiviti membaca selama 10 minit pada setiap pagi bolehlah
dijalankan oleh pihak sekolah sebagai langkah pertama untuk menyemai amalan membaca dalam
kalangan pelajar.

Ahli Panel B: Saya juga berharap syarikat-syarikat seperti Karangkraf dan sebagainya perlulah
menjalankan peranan dengan mengeluarkan bahan bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur agar
masyarakat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan dalam memilih bahan bacaan yang sesuai dengan
umur mereka. Dengan adanya kepelbagaian bahan bacaan, pasti masyarakat Malaysia akan menjadi lebih
tertarik untuk membaca. Di samping itu, media massa juga berperanan penting dalam hal ini kerana
mereka dapat menghebahkan kepentingan tabiat membaca kepada masyarakat. Drama pendek yang
berkaitan dengan kepentingan membaca juga boleh dipertontonkan di televisyen kerana mesej yang
disampaikan oleh drama-drama yang ditayangkan di televisyen akan meresap dengan lebih mudah

Pengerusi: Terima kasih, Saudari Xin Hui dan Saudari Jih Peng. Kesimpulannya, membaca dapat
memerdekakan minda kita dan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan kita. Sebagai pembaca
yang bijak, kita haruslah memilih bahan bacaan yang sesuai. Bagi memerdekakan minda anggota
masyarakat, semua pihak wajarlah bekerjasama agar Malaysia terus maju seiring dengan arus globalisasi.
Setakat ini sahaja buat forum kami pada pagi ini. Biar saya akhiri forum kita dengan serangkap pantun.

Pantun Penutup Acara

Bunga saroja di atas para, Bunga dedap di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan, Anak dusun pasang pelita,
Andai kata tersilap bicara, Kalau tersilap tutur bicara,
Kemaafan juga kami pohonkan. Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai