Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2019

TARIKH : 31 JANUARI 2019


MASA : 1.15 TENGAH HARI
TEMPAT : FOYER SK BUKIT MUTIARA
CUE ANN
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w. b. t, Salam
Sejahtera
SALUTASI
Yang Berbahagia ASP Mazlan bin Morshidi, Ketua Polis Balai,
Balai Polis Bandar Dato’ Onn.

Yang berusaha, Puan Noor Huda bt Hamid, Guru Besar SK Bukit


Mutiara

Yang Dihormati, Puan Jalilawati bt Jamian, Guru Penolong Kanan


Pentadbiran

Yang Dihormati Tn Syed Zainal Abidin bin Tuan Zakir, Guru


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati En Mohd Amir bin Amzah, Guru Penolong Kanan


Kokurikulum

Yang Dihormati En Anuar bin Bejo, Guru Penolong Kanan Petang

Tetamu-tetamu jemputan, Barisan rakan guru, barisan pemimpin


muda Sekolah Keb Bukit Mutiara dan murid-murid yang dikasihi
sekalian
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita


BACAAN DOA menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil
Ustaz Mohd Fazli bin Mohd Ghazi untuk memimpin bacaan doa.

 Amin Ya Rabbalalamin. Majlis mengucapkan terima kasih


atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
NYANYIAN Seterusnya, hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan lagu
Bangsa Johor dan lagu Negaraku..
 Hadirin dipersilakan duduk
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
KATA ALU- Assalamualaikum pembuka bicara
ALUAN Selamat datang untuk semua

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya


dapat sama-sama kita berkumpul di petang ini bagi
menyempurnakan MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN
MUDA TAHAP 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA
BAGI SESI PERSEKOLAH2019.
Tujuan majlis seumpama ini diadakan untuk mengiktiraf peranan
pemimpin murid dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah di
samping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan
yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan
penyerahan tugas ini nanti akan menjadikan mereka pemimpin
murid yang berdedikasi dan amanah.
UCAPAN ALU- Hadirin sekalian,
ALUAN Tirai ucapan pagi petang ini dimulakan dengan menjemput Yang
Dihormati Encik Anuar bin Bejo, Guru Penolong Kanan petang
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan
sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
UCAPAN
PERASMIAN Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia ASP


Mazlan bin Morshidi, Ketua Polis Balai, Balai Polis Bandar Dato’
Onn. untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH
KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

 .Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih di atas kesudian . Yang Berbahagia ASP
Mazlan bin Morshidi menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,
WATIKAH DAN
CENDERAMATA Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan
pemimpin muda tahap 1SK Bukit Mutiara. Untuk itu, majlis dengan
segala hormatnya menjemput ………………………………………
dengan diiringi oleh …………………………… untuk naik ke atas
pentas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Kita mulakan dengan

 Seterusnya majlis menjemput Yang Dihormati Encik Anuar


bin Bejo untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia ASP Mazlan bin Morshidi sebagai tanda
kenang-kenangan.
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia
ASP Mazlan bin Morshidi dan Yg Dihormati En Anuar bin
Bejo atas kesudian menyampaikan watikah dan cenderahati
sebentar tadi.
BACAAN IKRAR Hadirin sekalin.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu kepimpinan dan lafaz ikrar
daripada barisan pemimpin muda SK Bukit Mutiara. Untuk itu,
dipersilakan wakil daripada setiap unit pemimpin muda untuk naik
ke pentas bagi mengetuai nyanyian lagu dan bacaan ikrar.
Dipersilakan.
Demikianlah tadi lafaz ikrar oleh pemimpin-pemimpin muda SK
Bukit Mutiara. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan
menjadikan pemimpin muda di sekolah ini lebih komited dalam
menjalan tugas mereka.
Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya lafaz ikrar sebentar tadi, maka selesailah
sudah MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA
PENUTUP SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA BAGI SESI
PERSEKOLAHAN 2019. Majlis mengucapkan sekalung tahniah
dan selamat menjalankan tugas buat barisan pemimpin muda pada
tahun ini.

Majlis juga merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada tetamu kehormat dan semua yang terlibat dalam
menyerikan menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian Wabillah hitaufik walhidayah .....


Dan salam sejahtera.

Tetamu jemputan dan para pentadbir di jemput ke kantin sekolah


untuk menikmati jamuan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai