Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 17.08.15
Subjek : Matematik
Kelas : 5 Arif
Jumlah Pelajar : 43 orang
Masa : 60 minit
Waktu : 10.30 a.m. – 11.30 a.m.
Topik : Sukatan dan Geometri
Bidang : Panjang
Pembelajaran
Standard : 12.1 Penukaran unit panjang dalam perpuluhan dan pecahan
kandungan
Standard : (i) Menukar unit ukuran panjang melibatkan:
Pembelajaran (a) millimeter dan sentimeter
(b) sentimeter dan meter
(c) meter dan kilometer
dalam perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.
(ii) Menukar unit ukuran panjang melibatkan:
(a) millimeter dan sentimeter
(b) sentimeter dan meter
(c) meter dan kilometer
dalam pecahan.
Objektif : Menukar unit ukuran panjang melibatkan millimeter, sentimeter, meter
Pembelajaran dan kilometer dan bentuk perpuluhan dan pecahan.
Hasil : Pada akhir pembelajaran, murid dapat
Pembelajaran i. Mengukur panjang objek yang dinyatakan dan menukarkan
dalam bentuk pecahan dan perpuluhan.
ii. Menukar unit panjang dalam unit millimeter, sentimeter, meter
dan kilometer.
Pengetahuan : Murid telah mempelajari perkaitan antara unit panjang dalam
Sedia Ada (PSA) Tahun 4.
Kemahiran : Menukar unit panjang untuk mendapatkan jawapan dalam unit yang
Berfikir dinyatakan.
Penerapan Nilai : Bekerjasama, semangat ingin tahu.
Bahan Bantu : Pita pengukur, pembaris, tali, benang, slaid PPT, lembaran kerja,
Mengajar dadu, permainan ular.
Fasa Cadangan aktiviti Cadangan komunikasi
Persediaan Beg kertas berisi bahan mahjud 1. Guru mengeluarkan sebuah beg.
Pemerhatian dan 2. Murid- murid cuba meneka alat- alat yang
analisis  pembaris panjang, pembaris terdapat di dalam beg tersebut.
(5 minit) pendek, pita pengukur, 3. Guru mengeluarkan dan memperkenalkan alatan
benang, tali tersebut.
3. Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran
kepada murid.
Imaginasi Slaid PPT 1. Guru menerangkan konsep penukaran unit
Penambahbaikan panjang dalam unit millimeter, sentimeter, meter
Menilai dan kilometer kepada bentuk pecahan dan
(15 minit) perpuluhan.
2. Guru menunjukkan beberapa contoh bagi
memperkukuhkan pemahaman murid.
3. Guru menanyakan beberapa soalan kepada
murid.
Perkembangan Mengukur objek dan 1. Murid diberikan senarai objek yang perlu diukur.
Penambahbaikan menukarkan kepada unit yang 2. Murid dikehendaki mengukur panjang objek dan
Menilai berlainan menukarkan dalam unit yang dinyatakan.
(19 minit) 3. Murid diberikan masa untuk menyiapkan tugasan
yang diberi.
4. Guru menyemak hasil kerja murid dan
memberikan bantuan sekiranya perlu.
5. Guru membincangkan jawapan bersama murid.
Tindakan Permainan Ular 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Pelaksanaan 2. Setiap kumpulan diberikan papan permainan
(18 minit) ular, dadu dan set kad soalan.
3. Murid diberi penerangan akan peraturan dan
cara bermain permainan tersebut.
4. Murid bermain dalam kumpulan, di mana mereka
perlu menukarkan unit panjang dalam bentuk lain
seperti yang tertera di dalam set kad soalan.
3. Guru memantau murid dan memberikan bantuan
sekiranya perlu.
Pentaksiran Rumusan 1. Guru merumus pembelajaran diikuti dengan sesi
(4 minit) soal jawab mengenai nilai-nilai di dalam
pembelajaran.
2. Murid- murid diberikan lembaran kerja bagi
memperkukuhkan pemahaman mereka.