Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Laman ini membawa anda untuk mengenali konsep berfikir, jenis-jenis kemahiran berfikir, proses berfikir serta alat-alat untuk
membantu anda berfikir supaya anda menjadi manusia yang berjaya berfikir secara lebih sistematis. Laman ini juga
mencadangkan strategi yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran-kemahiran berfikir secara lebih ekslisit.

 Definisi
 Tujuan Mengajar Kemahiran Berfikir
 Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
 Penggunaan Alat dan Bahan Berfikir
 Cara Mengajar Kemahiran Berfikir
 Ciri-Ciri Pemikir Bijak

Definisi

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat
dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Dapatlah dirumuskan bahawa:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai
kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Tujuan

Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

 mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
 mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
 menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
 mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
 meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
 bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan
berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

Komponen utama KBKK:

 Berfikir secara kritis,


 Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea,
meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:

 menjana dan menghasilkan idea,


 mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
 menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

 membanding dan membeza:


 membuat kategori,
 meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
 menerangkan sebab.
 membuat sekuen / urutan.
 menentukan sumber yang dipercayai,
 membuat ramalan,
 mengusul periksa andaian,
 membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

 mencipta analogi
 menjana dan menghasilkan idea baru
 mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?

Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.

Penggunaan Alat dan Bahan Berfikir


Bagaimanakah KBKK ini diajarkan dalam mata pelajaran sekolah?

KBKK diajarkan secara:

 terpisah,
 penyebatian.
o separa
o penuh

Ciri-Ciri Pemikir Bijak

 Cekal
 Luwes
 Reflektif
 Kurang impulsif
 Ingin tahu
 Mengambil risiko
 Mahir menyoal
 Tidak mudah putus asa
 Asertif
 Berkerjasama

Anda mungkin juga menyukai