Anda di halaman 1dari 1

 ARBIYAH bukanlah segala-galanya, tetapi segala-salanya dapat

diraih dengan TARBIYAH.


 Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak
semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis andai diri
tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
seandai kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari suami seteguh
Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
 Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh. Jika hati seputih
awan, jangan biarkan ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia
dengan iman.
 Jauhi sifat amarah, kerana amarah itu merosakkan iman,
sebagaimana jadam yang pahit merosakkan madu yang manis.
 Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula
salahnya. Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga
dirinya. Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak
wara'. Sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
 Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang
disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, dia akan
diberikan petunjuk sehingga dia mengenali hak dan batil. Ini akan
menjadi sebab musabab kepada kejayaan serta pelepasan dirinya dari
masalah di dunia, serta sebab musabab kepada kebahagiannya di
akhirat.
 Bila dirimu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah
mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu
kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila dirimu rasa
ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisi mu. Bila
dirimu telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada
jalan penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, kecewa dan
keliru, Allah ada jawapannya.

Anda mungkin juga menyukai