Anda di halaman 1dari 16

Semasa

Produk
Pengguna
Paling Banyak
Terima Aduan

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah


1 NCCC menerima sebanyak 40,637 aduan
mengeluarkan laporan aduan bagi tahun 2011. Laporan
sepanjang tahun 2011. Ini melibatkan nilai
pertikaian sebanyak RM33,861,72.95. ini merupakan laporan kali-6 dikeluarkan oleh NCCC
semenjak penubuhannya pada tahun 2004. Pada tahun
2 Kategori aduan tertinggi adalah produk
2011, kandungan laporan aduan NCCC mengalami
pengguna. Sebanyak 9,349 aduan diterima,
manakala produk berkaitan telekomunikasi perubahan, iaitu setiap sektor mengandungi analisis
menduduki senarai aduan tertinggi. aduan, undang-undang berkaitan yang sedia ada, dan
kaedah penyelesaian pertikaian yang dilaksanakan oleh
3 Jumlah kerugian aduan tertinggi adalah sektor
NCCC; standard dan inisiatif sukarela yang wujud dalam
kenderaan, yang melibatkan nilai pertikaian
setiap sektor, dan cadangan kepada kerajaan, industri
berjumlah RM13,967,336.23.
dan pengguna tentang aduan bagi sektor tersebut.
4 Jumlah aduan pada tahun 2011 meningkat
sebanyak 18.2 peratus, berbanding jumlah
Lima aduan tertinggi, dari segi jumlah aduan, adalah
aduan pada tahun 2010.
Produk Pengguna (9,349), Telekomunikasi (8,181),
5 5 kategori aduan tertinggi bagi tahun 2011 Kenderaan (5,292), Perkhidmatan Kesejahteraan (2,470)
adalah Produk Pengguna, Telekomunikasi, dan Bekalan Elektrik dan Tenaga (2,382). Sementara itu,
Kenderaan, Perkhidmatan Kesejahteraan lima aduan tertinggi dari segi nilai pertikaian yang terlibat
dan Bekalan Elektrik dan Tenaga. adalah kenderaan (RM13,967,336.23), Kewangan

Sidang Redaksi
Penasihat Generasi Pengguna merupakan Kementerian Perdagangan Dalam
Y.Bhg Datuk Marimuthu Nadason terbitan usahasama Kementerian Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Presiden, Gabungan Persatuan-Persatuan Perdagangan Dalam Negeri, No 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pengguna Malaysia Koperasi dan Kepenggunaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
(KPDNKK) dan FOMCA. Ia 62623 Putrajaya.
Ketua Sidang Pengarang diterbitkan setiap bulan khusus Sesawang : www.kpdnkk.gov.my
Mohd Yusof Abdul Rahman untuk Kelab Pengguna Sekolah. Hotline : 1-800-886-800
Edaran naskhah adalah percuma. Tel : 03-8882 5500
Timbalan Ketua Sidang Pengarang Faks : 03-8882 5762
Siti Rahayu Zakaria Editor
Generasi Pengguna Cetakan
Sidang Pengarang No 1D-1, Bangunan SKPPK,
Yu Kin Len, Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna Jalan SS 9A/17, Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd
Foon Weng Lian, Forum Air Malaysia 47300 Petaling Jaya, Selangor. No. 5B Tingkat 2, Jalan Pipit 2
Mohana Priya, Persatuan Pengguna Standard Malaysia Tel : 03-7876 2009 Bandar Puchong Jaya,
Bahagian Gerakan Kepenggunaan, KPDNKK Faks : 03-7877 1076 47100 Puchong Jaya
Bil. 13, Edisi Sept 2012 E-mel : fomca@fomca.org.my
Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia Selangor Darul Ehsan

2• Untuk memuat turun Generasi Pengguna dalam format “PDF”, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my.
Semasa

(RM4,966,387.93), Perumahan (RM4,270,225.08), meningkatkan perlindungan kepenggunaan di


Produk Pengguna (RM2,519,819.24) dan Perkhidmatan Malaysia secara berterusan.
Penjagaan Kesihatan (RM1,779,177.96).
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
NCCC bukan merupakan pusat aduan yang biasa
dalam mengendalikan sesuatu kes secara individu. Pusat Khidmat Aduan Pengguna
NCCC juga bukan pusat khidmat pelanggan, atau lebih Nasional (NCCC) telah dirasmikan
dikenali sebagai Pusat Panggilan. NCCC menawarkan penubuhannya pada 12 Julai
khidmat penyelesaian pertikaian pengguna melalui sesi 2004 oleh Yang Berhormat Datuk
perundingan dan pengantaraan. Dalam masa yang Haji Mohd Shafie Apdal, Menteri
sama, NCCC turut memainkan peranan lebih besar Perdagangan Dalam Negeri dan
dalam mewujudkan perubahan dan meningkatkan Hal Ehwal Pengguna ketika itu.
perlindungan pengguna dengan memberikan cadangan NCCC berperanan sebagai pusat
dan pandangan secara aktif mengenai isu pengguna, penyelesaian aduan pengguna
mengutarakan dilema, kesukaran, gimik pasaran dan setempat dalam menyelesaikan
kerugian yang dialami oleh pengguna, serta keperluan aduan yang dihadapi oleh
untuk membuat pindaan dan penggubalan undang- pengguna. NCCC turut menjadi
undang dan dasar yang berkaitan dengan perlindungan pengantara dalam menyelesaikan pertikaian antara
pengguna. pengguna dan perniagaan. Peningkatan aduan yang
diterima oleh NCCC setiap tahun menunjukkan keyakinan
Laporan tahunan ini, yang disasarkan kepada sektor pengguna terhadap NCCC. Statistik menunjukkan NCCC
perniagaan, agensi kerajaan dan pembuat dasar, telah berjaya menyelesaikan antara 70% hingga 80%
menyediakan maklumat tentang: aduan yang dikendalikannya.
• Keadaan perlindungan pengguna di Malaysia
• Mengenal pasti perkara-perkara yang dapat Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
meningkatkan prestasi produk dan perkhidmatan. (NCCC)
• Mengenali tabiat pengguna berkaitan dengan No.1D-1, Bangunan SKPPK
penggunaan produk Jalan SS9A/17, Sungai Way
• M e n g e n a l p a s t i i n i s i a t i f y a n g b e r k a i t a n : 47300 Petaling Jaya
pengawalseliaan dan peraturan kendiri yang dapat E-mel : myaduan@nccc.org.my
meningkatkan prestasi perkhidmatan dan produk.
Tel : 03-7877 9000/ 7874 8096
• Laporan ini juga menjadi saluran bagi NCCC
Faks : 03-78748097
untuk mewujudkan rangkaian dengan pihak
Sesawang : www.nccc.org.my
berkepentingan yang berkaitan dalam usaha untuk

•3
Kepenggunaan

Iklan
Pengaruhi
Perilaku
Pengguna

Iklan merupakan kaedah untuk memperkenal dan menggunakan barang atau perkhidmatan tersebut,
melariskan barang dan perkhidmatan kepada pengguna. maka status mereka akan meningkat.
Ia digunakan dalam pelbagai media, sama ada media
cetak atau elektronik, termasuk juga media baru seperti • Menggalakkan pembaziran
internet. Iklan cenderung mendorong pengguna untuk
bersikap membazir. Iklan sering meminta pengguna
Iklan yang berkesan dapat menarik pengguna untuk untuk membeli barang yang baru, walaupun
menggunakan barang dan perkhidmatan tersebut. pengguna telah memiliki barang tersebut. Cuma ia
Secara tidak langsung, iklan juga dapat mempengaruhi adalah barang lama yang masih boleh digunakan
perilaku pengguna, sehingga ada kalanya boleh lagi.
memberikan kesan negatif, terutamanya kepada kanak-
kanak dan remaja.
• Menggalakkan penyelewengan keutamaan
Berikut adalah beberapa kesan iklan yang mempengaruhi Iklan mendorong pengguna untuk menjadikan barang
perilaku pengguna, iaitu: mewah sebagai keutamaan. Ini disebabkan barang
mewah memerlukan iklan untuk melariskannya,
• Menggalakkan perilaku berbahaya dan tabiat manakala barang keperluan pula tidak memerlukan
buruk iklan.
Iklan seperti ini bercanggah dengan hak
keselamatan pengguna. Hak mendapatkan • Menggalakkan persaingan kebendaan
keselamatan melindungi pengguna daripada iklan Iklan juga ingin mendorong pengguna untuk bersaing
yang menggalakkan pengambilan barang yang mendapatkan barang yang diiklankan, terutama
boleh membahayakan kesihatan. Contohnya, iklan iklan tentang barang berjenama dan mempamerkan
rokok, arak, makanan serta minuman ringan dan status penggunanya. Akibat daripada terpengaruh
sebagainya. dengan kesan iklan seperti ini, ada jiran yang saling
bersaing memiliki barang yang diiklankan itu bagi
• Menggalakkan naluri mementingkan menonjolkan kehebatan dan kedudukan mereka.
kebendaan
Matlamat iklan adalah untuk mendorong pengguna • Menggalakkan sikap ambil mudah
membeli dan menggunakan barang atau Iklan seolah-olah menunjukkan bahawa masalah
perkhidmatan yang diiklankan. Justeru, banyak kehidupan seharian pengguna amat mudah
iklan yang menggambarkan bahawa golongan diselesaikan. Antara iklan seperti ini adalah iklan
tertentu yang menggunakan sesuatu barang atau pelangsingan, makanan tambahan, perubatan
perkhidmatan merupakan golongan yang bergaya, elektronik dan sebagainya.
berjaya, mewah dan sebagainya. Ini menyebabkan
ada golongan yang beranggapan jika mereka ... bersambung ke muka 6

4•
Standard

Alat Mainan
Berbateri Dan
Bermagnet Boleh
Membahayakan
Kanak-Kanak
Bateri dan magnet merupakan satu alat yang digunakan
secara meluas di seluruh dunia. Bateri boleh wujud dalam
pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan.

Antara kegunaan yang paling lazim ditemui adalah dalam


barangan pengguna. Tetapi jika bateri dan magnet tidak
digunakan dengan betul dan tidak dijaga dengan baik,
ia boleh membawa kemudaratan, terutamanya kepada
bayi dan kanak-kanak kecil. Tempat memasang bateri juga harus dipastikan ditutup dengan
ketat supaya kanak-kanak tidak boleh membukanya.
Saiz bateri dan magnet yang kecil ini biasanya boleh
ditemukan pada alat mainan kanak-kanak.

Isu Keselamatan

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Toby Litivitz


dari National Capital Poison Center, mendapati bahawa
Contoh bateri
kecederaan yang disebabkan oleh bateri telah meningkat
bersaiz kecil /
sebanyak 7 kali ganda semenjak tahun 1985. Majoriti kes
bateri berbentuk
yang dilaporkan adalah bateri yang berbentuk ‘butang’ butang pada
yang berukuran diameter 20mm dan bateri 3 volt. sesetengah alat
mainan.
Kanak-kanak dan bayi mempunyai satu sifat yang lazim,
iaitu memasukkan apa-apa benda ke dalam mulut.
Selain itu, mereka juga mempunyai kecenderungan menelan magnet. Magnet-magnet kecil boleh dijumpai
untuk mengunyah benda tersebut apabila bermain. Ini pada alat-alat mainan kanak-kanak. Perkara yang lebih
kerana mereka mudah tertarik dan tidak mempunyai membimbangkan atau serius adalah apabila seorang
kematangan untuk berfikir tentang baik buruknya. kanak-kanak menelan lebih daripada satu magnet. Usus
Menurut pakar trauma dari The Montreal Children’s dalam badan akan mula menarik antara satu sama lain
Hospital, bateri yang berbentuk butang ini akan kelihatan disebabkan oleh sifat magnet tersebut. Oleh itu, usus ini
seperti gula-gula kepada kanak-kanak kecil. Oleh sebab juga akan berpintal dan berbelit. Ini boleh menyebabkan
itulah terdapat ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kematian kepada kanak-kanak.
apabila tertelan bateri-bateri seperti ini.
Kadangkala terdapat situasi apabila penjaga atau ibu
Apabila kanak-kanak ini menelan bateri, ia akan bapa tidak mengetahui bahawa kanak-kanak mereka
memasuki sistem pencernaan kanak-kanak. Bateri yang telah tertelan bateri atau magnet. Apabila kanak-kanak
tersangkut pada tekak atau usus boleh mengeluarkan menunjukkan simptom-simptom seperti demam, muntah
hidroksida yang boleh menyebabkan melecur pada dan cirit-birit dan dibawa ke hospital, baru masalah ini
bahagian tersebut. dapat dikesan. Menurut Suruhanjaya Keselamatan
Produk Pengguna Amerika Syarikat (US CPSC), dalam
Selain bateri, satu lagi benda yang boleh membawa satu kajian menunjukkan bahawa, lebih daripada 60 %
maut kepada kanak-kanak adalah apabila mereka kes yang diterima pada mulanya telah dirawat dengan

•5
Standard

tidak tepat disebabkan oleh komplikasi yang telah


menyukarkan doktor untuk mengesan punca masalah dari muka 4 ...
kanak-kanak tersebut. Terdapat pula kes-kes kanak- • Menggalakkan kesetiaan kepada jenama
kanak dan bayi tidak menunjukkan sebarang simptom Iklan juga bertujuan untuk membina kesetiaan
dan meninggal dunia. terhadap jenama. Oleh itu, iklan telah berjaya
menjadikan sesuatu jenama itu sebagai
Umur Kekerapan Peratusan % barang kesetiaan pengguna. Biasanya, barang
0 - 4 tahun 244 80.5 berjenama diiklankan secara meluas. Harga
barang jenama juga lebih mahal, berbanding
5 - 9 tahun 59 19.5
barang yang tidak berjenama. Harga yang
Jumlah 303 100.0 lebih tinggi ini adalah untuk menampung kos
Sumber: Finders University Adelaide, Research Center for Injury pengiklanan yang sebenarnya juga ditanggung
Studies kepada pengguna.

Kepentingan Standard: • Menggalakkan kegiatan yang tidak


berfaedah
Dokumen standard memainkan satu peranan penting Iklan sering menonjolkan pengguna yang
dalam memastikan sesuatu barangan dan perkhidmatan sedang bersuka ria di tempat-tempat yang
adalah selamat kepada pengguna. mewah. Iklan juga sering menunjukkan tentang
pengguna yang melakukan aktiviti lasak dan
Dokumen standard MS ISO 8124-1: 2001 Safety of berbahaya yang memberikan kepuasan yang
Toys: Part 1: Safety Aspects Related to Mechanical tidak terhingga. Biasanya, iklan ini disasarkan
and Physical Properties yang telah dibangunkan oleh kepada golongan muda.
Jabatan Standard Malaysia, telah menyenaraikan ciri-
ciri dan keperluan keselamatan yang penting bagi alat • Menggalakkan pengeluaran barang mewah
mainan yang menggunakan magnet bagi memastikan Iklan barang mewah memerlukan teknik
alat mainan ini adalah selamat. pemujukan yang berkesan bagi menarik perhatian
pengguna. Oleh sebab penjualan barang mewah
Terdapat satu lagi standard, iaitu standard MS 1774:Part lebih menguntungkan, di samping harganya lebih
6: 1998 Safety of Toys - Part 6: Graphical Symbol for mahal, maka pengeluarannya juga lebih diberikan
Age Warning Labelling. Standard ini menerangkan keutamaan. Ini menyebabkan pengguna yang
cara meletakkan label pada alat mainan kanak-kanak berpendapatan rendah menghadapi masalah
mengikut kesesuaian umur. Standard ini boleh membantu untuk mendapatkan barang seumpama itu
industri dalam memastikan alat mainan yang dihasilkan yang berharga lebih rendah kerana kesukaran
adalah selamat untuk kesesuaian umur kanak-kanak dan mendapatkannya.
mematuhi standard keselamatan yang lain.
• Menyebabkan kemerosotan budaya tempatan
yang positif
Nasihat kepada pengguna: Iklan lazimnya lebih cenderung mengagung-
agungkan aspek kehidupan Barat yang ada
Berikut adalah beberapa tip untuk mengelakkan kalanya bercanggah dengan nilai masyarakat
kecederaan yang melibatkan bateri dan magnet: tempatan. Apatah lagi pada masa ini, kebanyakan
1. Jangan menyimpan bateri di merata-rata tempat. iklan dibuat di negara luar dan dialih bahasa
Setelah digunakan, bateri haruslah dibuang ke untuk disiarkan di negara ini.
dalam tong pembuangan khas seperti tong kitar
semula, dan bukannya di dalam tong sampah di • Mengabaikan barang keluaran tempatan
rumah. Oleh sebab barang keluaran tempatan,
2. Jangan membenarkan kanak-kanak membuka terutamanya yang dikeluarkan oleh industri kecil
tempat meletak bateri dan sentiasa mengawasi dan sederhana, tidak diiklankan secara meluas,
anak anda daripada mencapai alat-alat yang maka pasarannya juga terhad. Apatah lagi
barang keluaran tempatan juga sukar didapati
menggunakan bateri, yang mudah dibuka.
di pasar raya besar. Kos pengiklanan melalui
3. Sebelum membeli sesuatu alat mainan, pastikan media, terutama sekali media elektronik agak
anda membaca label untuk memastikan alat mainan tinggi, menyebabkan barang tempatan tidak
yang mempunyai magnet-magnet kecil adalah mendapat perhatian pengguna. Malah terdapat
sesuai mengikut umur anak-anak anda. juga pengguna, akibat daripada terpengaruh
4. Jika boleh, elakkan daripada membeli alat mainan dengan iklan barang import, beranggapan
yang mempunyai bateri atau magnet yang mudah bahawa barang import adalah lebih berkualiti
tertanggal. daripada barang tempatan.

6•
Penggunaan Berhemat

Tabiat Berbasikal
Memupuk Gaya
Hidup Sihat
Penduduk Malaysia kebanyakannya mempraktikkan
amalan berbasikal hanya ketika bersenam di pusat-
pusat senaman ataupun di taman-taman rekreasi
yang menyediakan aktiviti berbasikal. Itupun aktiviti
tersebut kebanyakannya dilakukan oleh golongan
muda sahaja. Aktiviti berbasikal bukannya aktiviti yang
menjadi kegemaran ataupun pilihan utama masyarakat
Malaysia.

Tahap kesihatan sebahagian besar rakyat Malaysia


adalah kurang memuaskan kerana tahap obesiti rakyat
Malaysia yang kian meningkat. Kebanyakan golongan
obes ini bakal menjadi mangsa pelbagai masalah
kesihatan.

Menurut laporan terkini, 6.2 juta penduduk dewasa Apabila menggunakan basikal, tiada pencemaran berlaku.
di Malaysia mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, Ini merupakan salah satu cara pengangkutan efektif yang
5.8 juta menghidap tekanan darah tinggi dan 2.6 juta masih belum mendapat perhatian penduduk Malaysia
menghidap diabetes. Manakala, tinjauan Kesihatan dan mahupun kerajaan Malaysia sendiri. Negara-negara
Morbiditi Kebangsaan (NHMS), Kementerian Kesihatan seperti Sweden dan China telahpun menggunakan
bagi tahun 2011 menunjukkan bahawa kadar penyakit basikal sebagai salah satu pengangkutan awam yang
diabetes meningkat pada 15.2 peratus daripada 11.6 utama. Rakyat negara-negara tersebut berbasikal
peratus pada tahun 2006. Sementara tekanan darah untuk semua aktiviti harian mereka, termasuk untuk
tinggi dalam kalangan orang dewasa berumur melebihi pergi bekerja. Di negara-negara lain pula, basikal boleh
30 tahun meningkat daripada 32.2 peratus kepada 32.7 disewa dengan mudah dan kemudahan infrastruktur
peratus. untuk berbasikal juga disediakan dengan baik.

Salah satu cara yang paling mudah untuk menangani isu Infrastruktur-infrastruktur, seperti tempat menyewa
kesihatan adalah dengan memupuk tabiat berbasikal. basikal, parkir basikal dan laluan basikal disediakan
Di samping dapat menguatkan otot-otot dan membakar di jalan raya untuk menampung keperluan rakyat. Di
kalori, aktiviti berbasikal juga menyumbang ke arah Amerika Syarikat dan Australia, disediakan laluan basikal
kesihatan secara efektif dan kolektif. Persoalannya, yang berwarna sebagai sistem kod berwarna untuk
adakah aktiviti berbasikal mendapat sokongan penduduk menyampaikan maklumat tertentu untuk pengguna
Malaysia? basikal.

Keadaan ini agak berbeza di beberapa buah negara Salah satu faktor kejayaan utama penggunaan basikal
lain. Berbasikal menjadi amalan seharian yang diterap sebagai pengangkutan kegemaran di negara-negara
dalam kehidupan seharian mereka. Basikal digunakan ini adalah kerana rakyatnya menyedari kebaikan
sebagai pengangkutan utama rakyat negara tersebut menggunakan basikal untuk menjaga kesihatan
dan kerajaan mereka sendiri menyediakan kemudahan dan memelihara alam sekitar. Mereka telah lama
laluan khas bagi pengguna basikal. Langkah ini menggunakan basikal sebagai pengangkutan yang
untuk mengurangkan penggunaan kenderaan yang selamat, tidak mencemarkan alam sekitar, dan paling
menggunakan sumber tenaga bahan api, seperti kereta, penting, dapat menjimatkan wang.
motosikal dan sebagainya, yang menjadi punca kepada
pencemaran udara.
... bersambung ke muka 9

•7
Kewangan

Mendidik Anak-Anak Menguruskan


Wang Melalui Teladan
Pendidikan tentang pengurusan kewangan perlu • Sentiasa memberi keyakinan dan tanggungjawab
didedahkan kepada kanak-kanak semenjak mereka kepada anak-anak dalam menguruskan kewangan
masih kecil lagi. Ibu bapa juga perlu membantu kanak- peribadi.
kanak dalam menetap matlamat kewangan bagi anak-
anak mereka agar anak-anak mereka mempunyai • “Meluntur buluh daripada rebungnya” – didik
sumber kewangan yang mencukupi untuk keperluan anak-anak anda dengan tabiat menabung sejak
mereka pada masa hadapan. kecil, seawal mereka tahu menggunakan wang.

Untuk mencapai matlamat kewangan yang diinginkan,


• Perbezaan pemberian elaun berdasarkan
anak-anak anda tentu melihat tingkah laku ibu bapa
usia dan keperluan perbelanjaan – ibu bapa
menguruskan kewangan keluarga. Ibu bapa boleh
perlu menjelaskan perbezaan pemberian elaun
mencerminkan anak-anak sebagai “role model”. Cara
kepada anak-anak. Pemberian elaun itu boleh
berkesan mendidik anak menguruskan wang adalah
mendidik mereka bagaimana menggunakan sumber
melalui teladan seperti berikut:-
kewangan secara bijak, berwaspada ketika membeli
supaya sumber kewangan itu boleh digunakan
• Gunakan kad kredit secara berhemat – ibu untuk jangka panjang.
bapa perlu mengurangkan penggunaan kad kredit
dan menerangkan fungsi kad kredit kepada anak-
• Ajak anak-anak berbincang mengenai bajet
anak.
keluarga - ibu bapa paling arif menentukan kaedah
yang sesuai dengan kematangan anak. Misalnya,
• Sediakan senarai barangan sebelum membeli pada usia 11 hingga 14 tahun, ajaklah anak-anak
belah – jadikan aktiviti ini satu amalan dan ajak berbincang mengenai bajet keluarga supaya
anak-anak anda untuk turut sama menyediakan mereka tahu ke mana wang digunakan.
senarai barangan tersebut.

8•
Kewangan

• Bantu anak untuk lebih berdikari - pada usia


16 hingga 18 tahun, anda boleh membantu dari muka 6 ...
anak mendapatkan kad ATM. Galakkan mereka
menambahkan simpanan dengan bekerja sambilan, Kenderaan yang berasaskan teknologi hijau
terutama pada cuti persekolahan. bermakna kenderaan tersebut tidak mengeluarkan
gas-gas rumah hijau yang menjadi penyumbang
• Ajar anak-anak mengendalikan rekod kewangan kepada pemanasan global. Basikal adalah salah satu
yang boleh memantau segala penerimaan dan jenis kenderaan yang selamat untuk persekitaran.
perbelanjaan.
Justeru, Rancangan Malaysia ke-10 daripada
2011-2015, perlu mempertimbang secara serius
• Latih anak-anak mendapatkan barangan yang
untuk membangunkan infrastruktur berbasikal
diingini dengan menyimpan wang sendiri, maka
untuk rakyat Malaysia. Dalam masa yang sama,
barangan itu akan lebih dihargai.
rakyat juga hendaklah menanamkan minat untuk
menggunakan basikal sebagai kenderaan utama
• Mengira semula wang baki atau mengutip wang untuk semua urusan mereka, bagi jarak perjalanan
yang jatuh - walaupun tindakan sebegini agak kecil, 10km - 15km dari rumah mereka.
ia memberi impak yang besar kepada anak-anak
untuk menilai wang.

• Pastikan rekod kewangan disimpan dengan


kemas dan teratur, seperti perancangan kewangan
dan bajet. Fahami aliran perbelanjaan wang
keluarga.

• Luangkan waktu lapang secara berkualiti dengan


bermain permainan “saidina” atau “monopoly”,
kerana permainan ini boleh mendidik anak anda
memahami konsep melabur.

• Sentiasa mencari maklumat dan pendidikan


menguruskan kewangan melalui internet dan buku-
buku.

Penggunaan basikal boleh dipraktikkan dalam


pelbagai cara, contohnya;

1. Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama tempat


pengajian mereka boleh menggunakan basikal
untuk perjalanan ke kampus
2. Basikal boleh digunakan untuk pergi ke pasar
atau ke kedai
3. Berbasikal untuk tempat bekerja, sekiranya
jaraknya tidak terlalu jauh.
Sebagai ibu bapa, anda hendaklah mengawasi 4. Berbasikal untuk bersenam
perkembangan dan kemajuan anak melalui perbincangan 5. Berbasikal untuk berekreasi atau menenangkan
di rumah pada waktu lapang. Terangkan aspek praktikal fikiran
mengenai pengurusan wang, seperti menabung 6. Basikal boleh digunakan untuk operasi rondaan
berbanding berbelanja dan membuat pembelian secara Rukun Tetangga
bijak. Pengurusan wang yang bijak amat penting kerana 7. Pertandingan berbasikal boleh diperkenalkan
ia dapat membantu anak-anak menetapkan matlamat sebagai acara dalam sukan sekolah.
masa hadapan kelak.

•9
Alam Sekitar

Dunia Tanpa Minyak

Perdana Menteri telah melancarkan 19 projek Program berterusan. Pengawal-pengawal yang bersenjata
Transformasi Ekonomi (ETP) baru yang bernilai RM67 perlu bersiap sedia di semua tempat bagi mengawal
bilion. 4 daripada 19 projek tersebut yang bernilai hampir keadaan huru-hara yang kian tercetus. Keadaan huru-
RM20 bilion adalah projek yang membabitkan minyak, hara semakin menular ke seluruh dunia sehingga
gas dan tenaga. Sebagai salah sebuah negara pengeluar menyebabkan kehidupan manusia tidak lagi dalam
minyak utama di Asia Timur Tenggara, pelaburan yang keadaan yang senang dan mewah.
besar merupakan suatu yang lumrah dan mampu
membawa negara ke arah negara maju. Beberapa bulan selepas itu, hospital mula menghadapi
masalah. Bekalan benda-benda yang diperbuat daripada
Persoalannya, pernahkah anda terfikir apa yang akan minyak, seperti sarung tangan pembedahan, ubat-ubatan
berlaku apabila minyak yang ada di muka bumi ini telah dan minyak pelincir semakin kehabisan stok.
habis digali?
Catuan makanan menjadi sebahagian daripada
Saluran National Geographic telah memberi gambaran kehidupan. Keluarga perlu mencari makanan hingga
yang terperinci tentang kehidupan manusia selepas sanggup bertengkar dengan jiran-jiran. Ternakan-
dunia kehabisan minyak melalui siri dokumentarinya ternakan yang dulu banyak dipelihara sebagai bahan
yang bertajuk Aftermath: World Without Oil. Dokumentari makanan telah mati disebabkan kos makanan ternakan
ini menceritakan keadaan yang dialami oleh manusia, yang terlalu mahal.
bermula pada hari kelima minyak kehabisan sehingga
tempoh 40 tahun selepas itu. Kepanasan yang keterlaluan menyebabkan stesen
jana kuasa meletup dan menyebabkan kebakaran.
Pada hari kelima minyak habis, negara seperti Menjelang musim sejuk, keadaan bertambah teruk.
Amerika Syarikat akan melaksanakan undang-undang Kekurangan makanan dan bahan api untuk memanaskan
ketenteraan. Stesen gas kehabisan minyak petrol badan menyebabkan kematian secara beramai-ramai,
dan jumlah makanan yang terdapat di kedai-kedai terutamanya di negara-negara mundur.
mula berkurangan kerana tidak mempunyai minyak
yang mencukupi untuk membolehkan bekalan yang Selepas satu tahun, kelaparan dan kekurangan makanan

10 •
Alam Sekitar

sedunia telah mengorbankan berjuta-juta nyawa. Operasi di lapangan terbang terhenti kerana minyak telah
Negara-negara dipinggirkan kerana perkhidmatan habis. Pengangkutan, seperti lori yang boleh berfungsi
yang bergantung kepada minyak seperti perkapalan, melalui bahan api bio, menjadi pembekal utama ke
perniagaan dan juga komunikasi telah ditamatkan. seluruh negara.

Jentera dan peralatan ketenteraan di semua negara tidak 40 tahun selepas minyak habis, dunia telah menjadi
berfungsi kerana kehabisan minyak. lebih perlahan dan sunyi. Pencemaran alam sekitar
juga telah berkurangan. Penduduk dunia menanam
Kerajaan mula memberi perhatian kepada etanol dan dan menternak makanan sendiri dengan menggunakan
minyak tumbuh-tumbuhan, seperti bahan api bio (biofuel), tempat letak kereta yang terbiar, atas bumbung rumah
untuk menggantikan minyak. Walau bagaimanapun, dan semua tanah lapang yang boleh didapati. Kereta
penggunaan bahan makanan untuk bahan api menjadi yang digunakan adalah lebih kecil, ringan dan berfungsi
kekangan apabila krisis kekurangan makanan sedang dengan menggunakan bahan api bio dan bateri
meragut berjutaan nyawa di dunia. lithium.

Keadaan ini menyebabkan ramai orang mulai menanam Bagaimana pula dengan bekalan elektrik dalam dunia
bahan makanan sendiri dan menternak haiwan ternakan tanpa minyak? Pada masa ini, terdapat banyak pilihan
kecil, seperti ayam, untuk meneruskan kehidupan. dan cara untuk menghasilkan tenaga, seperti tenaga
suria, air dan angin. Teknologi-teknologi ini telah
Dalam dunia tanpa bekalan minyak, pemuliharaan wujud dan berfungsi, tetapi tidak mendapat perhatian
selepas malapetaka alam semula jadi tidak dapat utama kerajaan untuk membiayai kos penyelidikan dan
dilakukan kerana jentera-jentera pembersihan tidak pembangunan teknologi ini.
dapat berfungsi.
Sekiranya dunia ingin menghadapi cabaran dalam
Sepuluh tahun selepas bekalan minyak habis, dunia keadaan tanpa minyak, seperti digambarkan melalui
telah mengalami banyak perubahan. Negara-negara program Saluran National Geographic itu, maka
maju tidak mempunyai minyak ataupun wang untuk penyelidikan tenaga yang boleh diperbaharui dan bahan
menghantar roket ke angkasa lepas untuk membuat api alternatif hendaklah menjadi faktor utama untuk
pembaikan di satelit dan stesen angkasa antarabangsa. kesejagatan manusia pada masa hadapan. Perancangan
Akhirnya, semuanya menjadi sampah yang hanyut di awal yang teliti dan teratur mesti dijalankan daripada
angkasa lepas. Bahan-bahan seperti besi dan emas usaha setiap individu hinggalah pihak kerajaan. Dan ia
digunakan sebagai mata wang dan digali untuk kegunaan perlu dilakukan mulai sekarang
harian.

“Dalam dunia tanpa bekalan minyak,


pemuliharaan selepas malapetaka alam semula
jadi tidak dapat dilakukan kerana jentera-jentera
pembersihan tidak dapat berfungsi.”

• 11
Kesihatan

Penyakit tidak
Berjangkit

“Keadaan NCD di Malaysia


amat merunsingkan. Apa yang
membimbangkan ialah masih
ramai rakyat Malaysia yang tidak
menyedari bahawa mereka telah
menghidap NCD, ...”

Penyakit tidak berjangkit atau Non-communicable mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi juga
Diseases (NCD) merupakan sejenis penyakit yang tidak mengalami sedikit peningkatan, iaitu daripada 32.2%
dijangkit melalui vektor atau perantaraan. Penyakit ini pada tahun 2006 kepada 32.7% pada tahun 2011.
berpunca daripada keturunan (genetik) atau gaya hidup Tinjauan itu turut menunjukkan obesiti meningkat tiga
yang tidak sihat. Contoh penyakit tidak berjangkit adalah kali ganda, iaitu daripada 4.4 peratus pada tahun 1996
kanser, obesiti, darah tinggi dan diabetes. Penyakit kepada 15.1 peratus tahun 2011.
tersebut kini merupakan ancaman kesihatan baru di
negara ini, dengan jumlah penghidapnya meningkat Keadaan NCD di Malaysia amat merunsingkan. Apa
setiap tahun. yang membimbangkan ialah masih ramai rakyat Malaysia
yang tidak menyedari bahawa mereka telah menghidap
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan NCD, di samping ramai lagi tidak sedar mengenai risiko
bahawa di semua negara membangun, penyakit bukan penyakit ini dan menganggap ia merupakan perkara
berjangkit, seperti penyakit kardiovaskular, kanser, yang remeh.
kencing manis dan penyakit paru-paru yang kronik,
kini merupakan penyebab utama kematian pramatang. Punca utama seseorang menghidap NCD adalah amalan
Penyakit tersebut telah mendominasi keperluan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat serta kurang
penjagaan kesihatan di negara-negara membangun. bersenam. Kajian telah menunjukkan bahawa 92.5%
Menangani NCD merupakan salah satu cabaran utama orang Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran dan
untuk pembangunan dalam abad ke-21. buah-buahan yang mencukupi, seperti yang dicadangkan
oleh WHO. 35.7% orang dewasa Malaysia tidak aktif
60% daripada kematian tahunan di dunia disebabkan secara fizikal.
oleh NCD. Lebih kurang 25% daripada kematian tersebut
adalah kematian pramatang dan ia sebenarnya boleh Kajian NHMS tersebut juga menunjukkan bahawa
ditangani. ramai rakyat Malaysia tidak melakukan ujian saringan
kesihatan secara berkala. Individu yang menghidap
Situasi di Malaysia NCD tidak mengalami sebarang gejala dan kadang-kala
ia hanya dapat dikesan selepas tujuh hingga 10 tahun.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat satu Kementerian Kesihatan menyarankan rakyat Malaysia
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang berusia 30 tahun ke atas menjalani ujian saringan
pada tahun 2011. Laporan tersebut merekodkan kira- faktor risiko NCD pada setiap tahun untuk memastikan
kira 15.2% orang dewasa menghidap penyakit kencing tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan yang
manis, berbanding 11.6% pada tahun 2006. Manakala, baik.

12 •
Kesihatan

NCD dapat dicegah makanan:


• Pilih pelbagai makanan daripada kumpulan
Kebanyakan 80% daripada penyakit jantung, strok, dan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran,
diabetes tahap 2 dapat dicegah dengan menghapuskan tenusu dan bijirin;
faktor risiko. seperti merokok, pemakanan yang tidak • Berikan tumpuan kepada makanan bijirin, roti dan
sihat, gaya hidup yang tidak aktif dan juga pengambilan produk bijirin yang lain, sayur-sayuran dan buah-
alkohol yang banyak. buahan;
• Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan
Untuk menjauhi daripada penyakit tersebut, perlu lemak yang rendah, daging lebih pejal dan makanan
diamalkan gaya hidup yang sihat. Pendidikan kesihatan yang dihasilkan dengan sedikit atau tanpa lemak;
adalah penting untuk disampaikan kepada kanak- • Mencapai atau mengekalkan tahap berat badan
kanak sejak kecil lagi supaya mereka akan menyedari yang sihat, iaitu dengan melakukan aktiviti fizikal
bahawa cara pemakanan, senaman dan juga gaya hidup secara tetap dan amalan pemakanan yang sihat;
mempunyai hubungan yang rapat dengan kesihatan dan
mereka.
• Periksa panel maklumat khasiat pada label makanan
bagi membandingkan produk secara lebih mudah;
Gaya Hidup yang Sihat menentukan nilai khasiat makanan; menguruskan
diet khas dengan lebih baik; dan meningkatkan atau
mengurangkan jumlah pengambilan bagi khasiat
tertentu.

Gaya Hidup Aktif

Aktiviti fizikal merupakan sesuatu yang boleh dilakukan


oleh sesiapa sahaja. Anda tidak semestinya melakukan
aktiviti maraton atau berada di gimnasium selama
berjam-jam. Cuba amalkan aktiviti fizikal yang mudah
pada setiap hari. Anda hanya perlu:
• Berjalan-jalan sekali setiap hari;
• Menggunakan tangga daripada menggunakan
elevator;
Penyakit NCD dapat dicegah dengan mengamalkan • Mengurangkan masa menonton televisyen atau
gaya hidup yang sihat, dari segi cara pemakanan dan komputer;
aktiviti fizikal. Kehidupan yang sejahtera bermaksud • Bermain secara aktif dengan kawan-kawan anda;
anda membuat sesuatu pilihan yang positif, yang dapat atau
meningkatkan kesihatan fizikal, mental dan kerohanian • Cuba kenal pasti laluan pejalan kaki atau basikal
anda. Anda mampu membuat pilihan tersebut sekiranya yang berdekatan dan menggunakan sepenuhnya.
anda:
• Makan makanan yang berkhasiat, membuat Mengurus ketagihan
pilihan pelbagai jenis makanan yang seimbang
berdasarkan kumpulan makanan. Ketagihan digunakan
• Melakukan aktiviti fizikal bagi memelihara dalam banyak keadaan
kekuatan tubuh, mengurangkan ketegangan dan bagi menerangkan
meningkatkan tenaga. tentang obesiti,
• Membina kitaran hubungan sosial bagi mewujudkan desakan atau tahap
suasana berbentuk sokongan kepada masyarakat ketidakmampuan
yang prihatin terhadap diri anda dan menghormati mengawal diri yang
anda. berlebihan, seperti
• Tidak merokok dan menghentikan amalan gaya ketagihan alkohol
hidup yang tidak sihat. dan nikotin. Dua jenis
ketagihan gaya hidup
berkaitan kesihatan
Makan secara sihat
yang utama pada masa ini ialah menghisap rokok dan
meminum arak. Kedua-duanya boleh dicegah sekiranya
Makan dengan baik tidak bermakna anda perlu
mempunyai keinginan perubahan minda yang kuat, iaitu
mengorbankan makanan kesukaan anda. Ia bermaksud
ingin menjalani kualiti kehidupan yang sejahtera.
bahawa anda perlu memilih makanan dengan bijak.
Cuba amalkan beberapa panduan berikut ketika memilih

• 13
Sudut Pengguna

Konsep
Kepenggunaan
Lestari
Konsep penggunaan lestari wujud hasil daripada senario-
senario yang berlaku masa ini, antaranya kemiskinan,
kemerosotan kesihatan, ketidakcekapan ekonomi dan
perubahan persekitaran global. Kemiskinan yang wujud
menyebabkan terdapat golongan yang kurang menikmati
kemudahan bekalan air bersih dan selamat, tenaga dan
makanan berzat. Manakala, terdapat golongan yang
hidup mewah dengan sumber dan barangan. Selain
itu, berlaku peningkatan dalam penggunaan barangan
dan perkhidmatan yang membawa kepada pengeluaran
banyak barangan pengguna mahupun penawaran
perkhidmatan. Ini seterusnya telah meningkatkan
pelupusan barangan dalam bentuk pejal, toksik dan
berbahaya. Ini menyebabkan berlakunya pengurangan
sumber dan pembaziran tenaga serta gejala kerosakan
yang teruk kepada kesihatan manusia melalui
pencemaran air, udara dan tanah.

Pencemaran ini boleh menyebabkan kematian pra-


matang. Begitu juga dengan penyakit-penyakit yang
terhasil daripada kehidupan yang mewah akibat
daripada penggunaan pelbagai barangan pengguna.
Ketidakcekapan ekonomi berlaku ditunjukkan dengan
Perubahan yang berlaku kepada persekitaran global
kos pengeluaran yang tinggi dan pembaziran sumber
adalah berpunca daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan
seperti sumber tenaga. Oleh itu, perubahan kepada
oleh sektor industri dan pengguna di merata tempat di
agihan dan corak penggunaan perlu dilakukan agar
dunia. Contohnya, penggunaan tenaga, terutamanya
dapat menghasilkan barangan yang kos yang efektif dan
dalam sektor pengangkutan, merupakan punca utama
kecekapan sumber.
bagi gas rumah hijau. Manakala, sistem penyaman
udara dan peti sejuk adalah penyebab yang ketara
“Pengguna perlu bagi pengurangan lapisan ozon. Ancaman kepada
persekitaran global ini dapat ditangani dengan melakukan
berterusan melibatkan perubahan dalam reka bentuk dan pembinaan bangunan
penggunaan lestari serta sistem pengangkutan.
dalam aktiviti
Dengan wujudnya senario-senario di atas,
seharian bagi ini menunjukkan penggunaan yang banyak lebih
mendapatkan menyebabkan kemudaratan berbanding kemanfaatan,
sama ada dalam bentuk pengurangan sumber ataupun
kesan baik pencemaran. Oleh itu, penggunaan lestari mula menarik
kepada perhatian masyarakat dunia untuk faedah generasi
semua sekarang dan masa hadapan.

pihak.” Simposium Oslo 1994 mencadangkan, definisi yang


praktikal bagi penggunaan lestari adalah penggunaan
barangan dan perkhidmatan yang merupakan
maklum balas kepada keperluan. Seterusnya, ia akan
membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik, dengan

14 •
Sudut Pengguna

meminimumkan penggunaan sumber-sumber semula yang akan kehabisan, seperti minyak dan gas asli.
jadi, bahan toksik dan pelepasan bahan buangan serta Dalam penggunaan lestari, sumber yang tidak boleh
bahan pencemar sepanjang kitaran hidup, supaya tidak diperbaharui hendaklah diminimumkan penggunaannya
merencatkan keperluan generasi masa hadapan. supaya dapat digunakan oleh generasi terkemudian.

Konsep ini meliputi komponen-komponen seperti Penggunaan lestari hendaklah diamalkan sepanjang
memenuhi keperluan, meningkatkan kualiti hidup, hayat pengguna, yakni menggunakan perspektif
menambah baik kecekapan sumber, meningkatkan kitaran hidup. Pengguna perlu berterusan melibatkan
penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh penggunaan lestari dalam aktiviti seharian bagi
diperbaharui, meminimumkan bahan buangan, mendapatkan kesan baik kepada semua pihak. Begitu
menggunakan perspektif kitaran hidup dan mengambil juga, ia perlu mengambil berat dimensi ekuiti yang
kira dimensi ekuiti. menekankan kepada mendapatkan kesaksamaan
hak dalam menggunakan sumber-sumber semula jadi
Aktiviti menggunakan barangan dan perkhidmatan oleh semua individu dalam komuniti. Selain itu, hak
bertujuan untuk memenuhi keperluan asas ke arah untuk hidup dalam alam sekitar yang selamat dan
usaha mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Oleh itu, tidak tercemar. Kesaksamaan hak tidak terhad kepada
pengguna hendaklah menggunakan sumber-sumber pengguna pada masa ini, tetapi juga generasi masa
dengan bijak dan mengurangkan pencemaran terhadap akan datang. Penggunaan lestari ini hendaklah dapat
alam sekitar. Penggunaan bijak dilakukan terhadap memastikan supaya keperluan generasi akan datang
sumber asli dan bahan toksik di samping meminimumkan tidak terjejas. Aktivitinya meliputi pelbagai peringkat
pengeluaran bahan buangan dan bahan tercemar. menggunakan sumber, iaitu semasa mengguna dan
selepas menggunakan sumber.
Penggunaan lestari juga melibatkan prinsip menggunakan
sumber secara cekap. Sumber tenaga terdiri daripada Secara keseluruhannya, penggunaan lestari melibatkan
sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang keseimbangan antara aspek persekitaran, sosial dan
tidak boleh diperbaharui. Sumber-sumber tenaga yang ekonomi. Ia tidak terhad kepada memastikan alam
boleh diperbaharui berpunca daripada sumber yang sekitar adalah bersih, tetapi juga kesejahteraan sosial
tidak akan kehabisan, seperti tenaga suria (solar), dan terjamin serta tidak wujud kemiskinan dalam komuniti.
biojisim (tumbuh-tumbuhan), manakala sumber yang Oleh itu, semua pihak berperanan dalam melaksanakan
tidak boleh diperbaharui berpunca daripada sumber penggunaan lestari yang terdiri daripada pihak penggubal
polisi, industri dan pengguna. Pengguna sebagai individu
yang menggunakan barangan atau perkhidmatan
merupakan mereka yang menghasilkan permintaan
terhadap barangan atau perkhidmatan. Dalam memenuhi
permintaan ini, pihak industri mengeluarkan atau
menawarkan barangan dan perkhidmatan yang selari
dengan keperluan dan kehendak pengguna. Dengan
itu, pengguna boleh berperanan untuk menghasilkan
permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan yang
berasaskan kepada penggunaan lestari.

Umumnya, konsep penggunaan lestari adalah penting


dalam kehidupan seharian generasi sekarang dan masa
hadapan. Ini disebabkan hasil penggunaannya dapat
menangani pelbagai gejala, seperti meningkatkan taraf
kesihatan, kecekapan ekonomi dan kualiti hidup. Ia juga
dapat membantu memastikan kesediaan sumber-sumber
yang diperlukan oleh pengguna untuk hidup sihat dan
selesa.

KARYA KEPENGGUNAAN Pastikan setiap sumbangan karya


disertakan nama, nombor kad
Kemukakan karya-karya menarik berkaitan kepenggunaan (dalam bentuk cerpen, pantun, pengenalan dan alamat penuh.
sajak, gambar, berita, pandangan, komen, risalah, poster dan lain-lain) ke alamat berikut: Karya-karya bertuah yang
Bahagian Gerakan Kepenggunaan tersiar dalam Buletin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Generasi Pengguna
Aras 4, Lot 2G3, Presint 2, akan memenangi
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, hadiah misteri yang
62623 Putrajaya menarik!!
Tel : 03-8882 5979
Faks : 03-8882 5983
E-mel : bk@kpdnkk.gov.my • 15
Sudut Pengguna

Pelancaran Laporan Tahunan


Pusat Khidmat Aduan Pengguna
Nasional (NCCC) Bagi Tahun 2011

Sebahagian daripada peserta yang hadir, terdiri


daripada syarikat-syarikat GLC, Korporat, agensi
kerajaan, profesional dan ahli akademi.

Ucapan Perasmian oleh Datuk Marimuthu


Nadason, Pengerusi Lembaga Pengarah,
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

Sesi perbincangan dan soal jawab di-


pengerusikan oleh Dato’ Paul Selvaraj,
Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA

Pembentangan kertas kerja oleh


Prof Madya Dr Naemah Bt Amin,
Universiti Islam Antarabangsa.

Pembentangan kertas kerja Pelancaran Laporan Tahunan Aduan NCCC


oleh Pn Shanti Subramaniam, 2011 oleh Datuk Marimuthu, Cik Mathevaani,
Perunding IMS Asia. Encik Ravin dan En Mohd Yusof.

Anda mungkin juga menyukai