Anda di halaman 1dari 5
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA PUBLIC SERVICE DEPARTMENT, MALAYSIA Blok C1 - C3, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA ‘Tot 602-20008000 Foks (Fan) 603-88802181 Laan Web (Web) wir pa govmy Ruj. Kami: JPA(I)S.179/17/2-11 did. 3 (4) Tarikh — : 23 Ogos 2017/1 Zulhijjah 1438H Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri Ketua-Ketua Jabatan/Perkhidmatan Persekutuan Ketua-Ketua Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, , PELAWAAN KEMUDAHAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING TAHUN 2017 i. UK GOVERNMENT CHEVENING SCHOLARSHIPS 2018/2019 KDI SCHOOL OF PUBLIC POLICY AND MANAGEMENT SCHOLARSHIP FOR THE SPRINGS 2018 ADMISSIONS Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita Jabatan ini mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/Jabatan/Agensi YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang berminat untuk memohon kemudahan Biasiswa Tajaan Badan Asing Tahun 2017 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa. 3. Calon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Selain itu, calon juga perlu memenuhi syarat-syarat cuti belajar yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan ‘Awam Malaysia (JPA) seperti di Lampiran |. Maklumat tarikh permohonan Biasiswa Tajaan Badan Asing Tahun 2017 adalah seperti di bawah: Bil. Program Tarikh Permohonan UK Government Chevening Scholarships | 2018/2019 [5 __ | KDI School Of Public Policy And Management Scholarship For The Springs 2018 Admissions 1 7 Ogos ~ 7 November 2017 17 Ogos — 25 Oktober 2017 Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam ‘rung Tansormation In The Publi Saves 4, Tarik tutup permohonan secara dalam talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah seperti yang telah dinyatakan oleh pihak penganjur. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini pegawai adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak penganjur sepertimana yang dinyatakan di dalam laman web piak penganjur. 5. Kerjasama_ yang diberikan oleh pihak YBhg. Tan SriPuan Srif Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih jua. Sekian “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” LAMPIRAN | SYARAT PERMOHONAN CUTI BELAJAR DAN TATACARA PERAKUAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING Dasar dan Peraturan Yang Berkuat Kuasa: (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005: Dasar Latihan ‘Sumber Manusia Sektor Awam; (i) Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Bagi Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa; dan (iii) Surat Pindaan Had Umur Bagi Permohonan Kemudahan Cuti Belajar Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Ijazah Lanjutan bertarikh 2 November 2015, Syarat permohonan cuti belajar adalah seperti berikut: () Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap; (i) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa, pada tarikh tutup permohonan; (iii) Umur tidak metebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan; (iv) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik; (v) Telah mengisytiharkan harta; (vi) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun terkini berturut-turut 2014, 2015 & 2016; (vii) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; (vill) Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;

Anda mungkin juga menyukai