Anda di halaman 1dari 40

Matron Noriah Binti Mat Sharif

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


21.10.2011
Objektif:
Untuk membantu setiap wanita
mengambil peranan yang aktif
dalam penjagaan kesihatan diri
 Kanseryang terjadi di bahagian pangkal
rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap
dikesan di kalangan wanita selepas kanser
payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan
1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat
kanser servik setiap tahun. Kanser servik
menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat
kanser di kalangan wanita.
 HPV adalah penyebab utama kanser servik.
Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas
berkahwin.
 Kanser pangkal rahim.
 Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim
yang bersambung dengan vagina.
 Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara
luarbiasa.
 Ia boleh terbahagi kepada :
 Peringkat awal
 Berlaku di sekitar servik
 Peringkat lewat
 Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ
tubuh yang lain / 'malignant'
 seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
 Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan
wanita selepas kanser payudara.
 Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan
terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan
ini.
 Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari
setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua
kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan
adalah terdiri dari kanser servik.
 10.5% dari kematian wanita yang mengidap
kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan
oleh kanser servik.
 Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat
beberapa faktor risiko yang mungkin boleh
dikaitkan dengan penyakit ini.
 Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari
faktor berikut, mereka adalah golongan yang
berisiko tinggi:
 Pasangan seks yang ramai
 Memulakan hubungan seksual pada umur yang muda <
20 tahun
 Perokok - (Kajian mendapati merokok boleh
membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah
kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan
dengannya).
 Mengandung lebih dari 5
 Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
 Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti
'HPV'(Human Papilloma Virus/wart virus)
 Sejarah penyakit kelamin
 Immunosuppression - Kurang daya tahan melawan penyakit,
disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
 HIV/AIDS
 Penggunaan steroid yang lama
 Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu
daripada gejala berikut:
 Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
 Perdarahan yang banyak
 Perdarahan yang berpanjangan
 Perdarahan di antara haid
 Sakit
 Kehadiran darah beku
 Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
 Sakit semasa hubungan seksual
 Perdarahan dari vagina selepas putus haid
 Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
 Berbau
 Bercampur darah
 Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk
terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
 Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk
seseorang itu diserang kanser.
 Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita
yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
 Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di
servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa
mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
 Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian
pap smear
 Sekiranya keputusan ujian pap smear anda
positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah
colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya
"invasif" kanser, ujian seterusnya akan
dijalankan :
 Full blood count
 Liver function test
 Renal profile
 Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor
Markers' untuk mengesan kanser servik.
 Doktor akan memberi kaunseling kepada
anda mengenai rawatan pilihan yang
bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
 Pembedahan
 Radioterapi
 Kemoterapi
 Keputusan rawatan bergantung kepada jenis
sel kanser yang dikesan.
 Mencegah lebih baik dari merawat.
 Amalkan cara hidup yang sihat.
 Setia pada pasangan anda.
 Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
 Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian
pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
 Apakah itu ujian Pap Smear?
 merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan
servik.
 Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
 Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan
pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel
serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan
kanser.
 Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai
cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE
PAPANICOLAOU.
 Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit
sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal
untuk kajian.
 Tidak perlu ubat atau bius.
 Mengambil masa beberapa minit sahaja.
 Tidak menyakitkan.
 Jika anda merasa tegang semasa prosidur
dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba
relak dan tarik nafas panjang.
 Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
 Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka
yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
 Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
 Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut
dilakukan?

 Tanggalkan seluar dalam.


 Berbaring di atas katil.
 Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang
dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut
supaya servik boleh dilihat.
 Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil
'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim
(keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
 Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal
untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan
dibuat.
 Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja
 Masukkan spekulum ke dalam vagina. Elakkan dari
menyentuh serviks untuk elakkan luka
 Dedahkan serviks dengan jelas. Kenalpasti sebarang
perubahan tidak normal pada serviks
 Sekiranya ada discaj , ambil discaj menggunakan
swab steril untuk pemeriksaan mikroskopi dan culture
and sensitivity SCJ

Transformation zone
 Guna hujung panjang Ayre’s spatula
untuk ambil spesimen dari serviks
dan pusingkan spatula 360º
 Smear sampel ke atas slaid dengan
satu palitan berterusan ke atas slaid
di ruang C
 Jika perlu (contoh: wanita
menopos) ambil satu lagi sampel
dari endoserviks menggunakan
cytobrush dan pusingkan 360º
 Golekkan (roll) berus di atas slaid
dengan memutarkan tangkai
cytobrush ke atas slaid di ruang D
Endoserviks

Ektoserviks
N C D
Siti
721231-03-8122

N - Tuliskan nama dan no


pendaftaran Smear

C - Ruang untuk sampel


menggunakan Ayre’s spatula

D - Ruang untuk sampel


menggunakan cytobrush Putar
Hemorrhagic Fungating Mass
Hemorrhagic Fungating Mass
Months Years

80%
Normal HPV infection CIN I CIN 2 CIN 3 Invasive cervical cancer
epithelium

Pre-cancerous
lesions

From incident to persistent HPV infection

CIN = Cervical intraepithelial neoplasia


28
Monsonego J (ed): From Science to Practice. 2006, pp I-XII
Time Months Years

Normal HPV infection; CIN I CIN II CIN III Invasive


epithelium koilocytosis Carcinoma

Low-grade squamous High-grade squamous


intraepithelial lesions (LSILs) intraepithelial lesions (HSILs)
 Human Papilloma Virus (HPV)
 Ada lebih dari 100 jenis HPV
 HPV jenis 16 &18 – 70% dari semua kanser
serviks
 HPV jenis 45 & 31– penyebab 9%
 Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda
kedatangan haid.
 Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau
selepas haid.
 Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau
selepas 10 hari kitaran haid.
 Anda tidak digalakkan melakukan hubungan
seks 24 jam sebelum ujian dijalankan
kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak
tepat.
 Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan
spermicid, perancang keluarga, kaedah
halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2
hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia
yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin
boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
 Bila
anda melakukan ujian tersebut, anda
akan diberitahu masa dan tempat untuk
mendapatkan keputusan..

 Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan


bergantung kepada beban kerja makmal dan
klinik tersebut.
 Sekiranya anda berumur antara 20 - 65
tahun, pernah atau aktif dalam hubungan
seksual, anda digalakkan untuk menjalani
ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.

 Sekiranyakeputusan itu negatif, anda


digalakkan mengulangi setiap 3 tahun
sekali.
 Di semua klinik dan hospital kerajaan
 Di klinik/hospital swasta
 Federation of Family Planning Association Of
Malaysia (FFPAM)
 Lembaga Penduduk Perancang Keluarga
Negara (LPPKN)
 Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa
atau masalah yang dikesan.
 Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota
kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
 Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
 Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin)
boleh dikesan pada smear.
 Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini
sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
 Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti
keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
 Apa yang patut dilakukan seterusnya :
 Rawatan susulan
 Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
 Jalani pemeriksaan kolposkopi
 Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor
melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
 Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan
doktor melihat dengan jelas perubahan pada
servik.
 Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
 Kurang menyakitkan.
 Sesetengah orang merasa tidak selesa.
 Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian
selanjutnya.
 Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro
coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk
memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
 Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan
haid.
 Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum
atau selepas haid.
 Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau
selepas 10 hari kitaran haid.
LAKUKAN UJIAN PAP SMEAR

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai