Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si
Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya
yang tua di kampung sendirian.
Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si
Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang
sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja
yang cantik jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si
Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di
kampung.
Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang
dan anak-anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya
kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung
kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-
orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan
anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi
berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si
Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu.
” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya
rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak...”
Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu
kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu
kandungnya. Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari
kapalnya.
Kerana terlalu cedí, Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan
dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula
sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah
tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan;
“Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui
dari susuku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah
balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!”
Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kuat telah turun. Kilat dan guruh
memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak
kapal riuh rendah di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara
Si Tanggang melaung.....
Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan
menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah
mendidik dan membesar dari kecil hingga ke dewasa.
Itulah gelagat dan tindak tanduk seorang anak muda tanpa rasa malu dan
jemu…Kalau disebut nama Joe, kebanyakan anak muda yang berkeliaran di
stesen bas di bandar Seremban kenal akan pemuda itu.
Joe Lepak atau nama sebenarnya Johari Ismail menjadi terkenal kerana
hobinya yang luar biasa.
Hobi Joe Lepak ialah mengumpul tiket bas. Setiap hari, dia akan mengutip
tiket-tiket bas yang ditemuinya di sekitar kawasan stesen bas.
Joe Lepak tidak sedikit pun berasa malu mengutip tiket-tiket bas. Apalah
yang hendak dimalukan, fikir Joe Lepak. Hobi ini tidak mengganggu orang
ramai, dan sekali gus pula dapat membersihkan kawasan yang menjadi
tumpuan ramai.
Bagi Joe Lepak, dia tidak peduli terhadap tanggapan orang ramai,
termasuk rakan-rakannya sendiri tentang hobinya itu. Peduli apa terhadap
tanggapan orang, getus Joe Lepak di dalam hati. Mereka mudah benar
menghina orang-orang seperti aku, tetapi mereka tidak berusaha untuk
membantu golongan kami yang melepak.
"Eh, Joe! Untuk apa kau kutip tiket-tiket bas?" tanya rakannya, Mail Tempang.
"Jangan kau tidak tahu pula, tiket-tiket bas yang aku kutip itu boleh menjadi
duit," jelas Joe Lepak. Mail Tempang ketawa.
"Boleh jadi duit?" Mail Tempang ketawa lagi. Barangkali rakan aku ini sudah gila,
fikir Mail Tempang. Setahu Mail Tempang, hanya tukang sihir sahaja yang boleh
menukarkan kertas menjadi wang. Apakah Joe Lepak juga sudah menjadi
tukang sihir? Fikir Mail Tempang lagi.
"Kalau kau hendak Mail, tiket-tiket bas itu adalah untuk dijual. Tiket-tiket
boleh dikitar semula," jelas Joe Lepak.
"Oh, begitu..." Mail Tempang mulai faham tentang tujuan Joe Lepak mengutip
tiket-tiket bas.
Mail Tempang berasa kagum terhadap Joe Lepak yang berusaha untuk
mencari wang. Tidak seperti dirinya yang hanya melepak dan membuang
masa di stesen bas.
"Tetapi Joe, berapa sangatlah yang kau dapat daripada hasil menjual tiket-
tiket bas? Tiket-tiket bas bukannya bertimbun-timbun," kata Mail Tempang
kepada Joe Lepak.
Mail Tempang berasa malu kepada dirinya sendiri dan kepada Joe Lepak.
"Kalau kau hendak tahu..." ujar Joe Lepak lagi. "Setiap kali aku jual barang-
barang yang aku kutip itu, dapatlah tiga ratus hingga empat ratus ringgit.
Cukuplah untuk aku membeli keperluan aku," jelas Joe Lepak.
Sampai bila dia mahu menyusahkan ibu-bapanya? Sampai bila dia mahu
hidup di dalam dunia pengangguran dan melepak di stesen bas?
Mail Tempang dan rakan-rakan yang sejenis dengannya harus sedar,
terdapat berbagai-bagai kerja yang boleh dilakukan, asalkan rajin. Untuk
mendapatkan wang tidak semestinya bekerja di jabatan kerajaan atau di
kilang. Bercucuk tanam, umpamanya, boleh juga menghasilkan pendapatan
yang lumayan.
Seperkara lagi, Mail Tempang perlu berhenti daripada melepak di stesen bas
atau di tempat-tempat lain. Itu perbuatan yang memalukan. Nampak sangat
generasi muda Melayu tidak melakukan kerja-kerja yang bermanfaat. Asyik
melepak dan mengganggu gadis-gadis yang melintas di depan mereka.
"Mail! Aku bercadang untuk menjadi tauke barang-barang buruk. Aku akan
membuka gudang aku sendiri dengan bantuan ayahku," jelas Joe Lepak
kepada Mail Tempang.
"Aku mahu mengubah nasibku," jelas Joe Lepak lagi. "Aku mahu menjadi
seorang peniaga yang berjaya pada suatu masa nanti." Joe Lepak berhenti
bercakap seketika. Dia merenung Mail Tempang yang sedang berdiri di
depannya. Mail Tempang juga perlu menggubah nasibnya sendiri, fikir Joe
Lepak.
"Mail, kau juga perlu mencari kerja. Dunia lepak ini hina dan tidak
mendatangkan sebarang faedah," kata Joe Lepak kepada Mail Tempang.
"Buatlah apa sahaja kerja yang boleh mendapat duit, asalkan kerja itu
halal," kata Joe Lepak lagi, menasihati Mail Tempang.
"Terima kasih, Joe! Kau telah menyedarkan aku daripada perbuatan yang tidak
baik, tidak berfaedah," kata Mail Tempang. "Insya-Allah, aku akan mencari kerja
dan tidak akan menyusahkan ibu bapa aku lagi."
Mail Tempang terus menggenggam tangan Joe Lepak. "Aku akan berdoa
semoga kau akan berjaya membuka gudang membeli barang-barang buruk,"
kata Mail Tempang.
"Dan aku serta rakan-rakan kita yang lain tidak akan memanggil kau Joe
lepak lagi, tetapi dengan gelaran Joe Kitar Semula," kata Mail Tempang lagi.
Joe Lepak tersenyum mendengar kata-kata Mail Tempang itu.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri
Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia
kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh
raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama
beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh
seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja
terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian
juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang
sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya,
puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-
kelasinya supaya menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai
itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai
tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke
istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu
memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah
itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.
“Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta,”
titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada
ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak
bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-
ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu
sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.
“Perempuan Muda Yang Berani”
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua.
Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang
besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan
upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu
telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya
perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua
sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu
akan bermacam-macam ilmu.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali.
Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak
bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada
kali ini. Sekian, terima kasih.
Tajuk : Nikmat keamanan dan perpaduan di Malaysia
Justeru itu, pada pagi yang ceria ini, saya ingin mengajak hadirin untuk
sama-sama menghalusi tajuk syarahan saya iaitu “Nikmat Keamanan dan
Perpaduan di Malaysia“.
Jika di Palestin ,bunyi dentuman dan percikan api meragut ribuan nyawa,
Di Malaysia,bunyi dentuman dan percikan bunga api menandakan
bermulanya satu pesta besar seperti Tahun Baru Cina. Mantan Perdana
Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam amanatnya sempena Tahun
Baru Cina 2009 menegaskan “ Negara ini milik kita semua. Oleh itu, marilah kita
berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan ”.
Hadirin sekalian,
Justeru itu, Perdana Menteri Malaysia yang ke 6,Yang Amat Berhormat Datuk
Seri Mohd Najib b Tun Abdul Razak telah mengungkapkan satu gagasan iaitu
‘Satu Malaysia ‘ sebagai tonggak utama untuk mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dengan matlamat kekayaan ekonomi dapat dikongsi bersama.
Jelas disini, perpaduan dan kesejahteraan akan hanya dapat dikecapi
sekiranya rakyat yang berbilang kaum ini mempunyai semangat kekitaan
sebagai bangsa Malaysia.
Justeru itu pada pagi yang mulia ini ,saya ingin mengajak hadirin untuk
sama-sama menghalusi tajuk syarahan saya iaitu “Malaysia ,bumiku yang
bertuah “
Memang benar bak kata pujangga dan bijak pandai ,bumi ini sudah
terlalu tua dan menunggu masa kehancuran. Atau mungkinkah ini hukum dan
balasan alam diatas kerosakan dan kemusnahan yang manusia telah lakukan
selama ini. Tangan-tangan jahat dan rakus telah memusnah, menganyang
dan merobek bumi ini hingga menjadi kotor,tandus dan kontang. Aduhai,
malang sungguh nasibmu wahai bumi!
Namun , bumi Malaysia nan bertuah ini masih terhindar dari segala
macam musibah ini. Inilah rahmat dan anugerah Tuhan yang paling berharga
.Oleh itu haruskah kita musnahkan anugerah Tuhan ini dengan menimbulkan
hal yang remeh –temeh, isu-isu sensitif , mementingkan diri dan kaum sendiri?
Sanggupkah kita lihat negara yang tercinta ini menjadi huru-hara dan kacau
bilau ?
Ayuhlah, kita pelihara dan jaga bumi Malaysia nan bertuah ini !.Marilah
kita satukan hati-hati kita agar menjadi satu bangsa yang cintakan perpaduan
dan keamanan. Semai dan tanamkan benih kemesraan ,nescaya akan
tumbuhlah pohon perpaduan”.
Lihat sahaja betapa agung dan hebatnya kota Cordova dan Andalus
suatu ketika dahulu . Masyarakatnya amat mencintai dan menghayati bait-
bait ilmu sehingga telah diangkat dan dinobat sebagai pusat pengembangan
ilmu sejagat yang amat disegani dan dihormati kerana ilmu dan moral yang
dimiliki.
Kita sudah penat , letih memikirkan isu moral. Bermoralkah kita jika bayi
dan anak kecil sanggup dibuang dan dibunuh. Bertamadunkah kita jika
seorang anak sanggup membunuh ayah serta ibunya? Kejam dan zalim. Inilah
kebejatan moral dan malapetaka besar yang kian hari kian menular dalam
masyarakat kita. Ingat, runtuh masyarakat, runtuhlah negara? Haruskah kita
biarkan? Anda jawab.
Kedua, Kita imbau kembali lipatan sejarah. Kata bijak pandai , sejarah
merupakan guru yang terhebat , patah sayap bertongkat paruh, namun
perjuangan tetap ampuh. Nama–nama gah yang terpahat kukuh di tugu
peringatan dan buku sejarah bukan sekadar untuk tatapan tetapi untuk
dihayati erti sebenar semangat cintakan Negara.
“Jika kita satukan kekuatan kita,satukan peranan dan hala tuju kita,maka
ia akan menjadi satu kekuatan dalam proses membina sebuah negara maju
yang kita cintai”,
Lihat sahaja betapa agung dan hebatnya kota Cordova dan Andalus
suatu ketika dahulu . Masyarakatnya ketika itu amat mencintai dan menghayati
bait-bait ilmu sehingga Kota Cordova dan Andalus telah diangkat dan dinobat
sebagai pusat pengembangan ilmu sejagat yang amat disegani dan dihormati
kerana ilmu dan moral yang dimiliki.
Kita sudah penat , kita sudah letih memikirkan isu moral dan sosial.
Bermoralkah kita jika bayi dan anak kecil sanggup dibuang dan dibunuh.
Bertamadunkah kita jika seorang anak sanggup membunuh ayah serta ibunya?
Kejam dan zalim. Inilah kebejatan moral dan malapetaka besar yang kian hari
kian menular dalam masyarakat kita. Ingat, runtuh masyarakat, runtuhlah
Negara? Haruskah kita biarkan? Anda jawab.
Tajuk; Malaysia ,Tanahairku Tercinta.
Senyuman manis buat Pengacara majlis ,kombinasi kehakiman yang
berintegriti dan pastinya menegakkan keadilan, Dif-dif kehormat,guru-guru dan
rakan–rakan yang dihormati.
Kata orang,tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,untuk santapan ilmiah kita
bersama saya titipkan sebuah syarahan bertajuk Malaysia, tanahairku tercinta.
Menurut kamus dewan , cinta bermaksud perasaan sayang dan kasih kepada
individu atau negara.
Begitu gah rukun negara digarap dan diolah . Namun , adakah ianya
dihayati dan difahami oleh generasi muda hari ini? Justeru , Pemimpin utama
Negara,Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib B Tun Hj Abdul Razak telah
mencetus gagasan ‘ 1 Malaysia ’ sebagai tonggak utama untuk melahirkan
warga negara yang berkualiti, setia dan cinta kepada negara .
Marilah ,kita satukan hati-hati kita agar menjadi satu bangsa yang
cintakan negara.