PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BAHARU (PPGB)
2015
DERAF
(Akan disemak oleh Panel Kawalan Mutu Penerbitan
Bahagian Pendidikan Guru)
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
KANDUNGAN
Tujuan………………………………………………………………………………………………………….2
Log Pementoran……………………………………...…………………………………...47
Rujukan.……………………………………………………………………………………...…….....….…59
Panduan Pementoran……………………………………………………………………………60
Kajian Tindakan……………………………………………………………………………………70
TUJUAN
PENDAHULUAN
Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) merupakan salah satu daripada lima
belas (15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti
Guru yang telah diadakan di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pada 8 Mac 2010. YAB
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap
cadangan semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April 2010. Kertas cadangan
Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia bilangan 10/2010 pada 29 September 2010
dan telah mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat.
3. PPGB ini akan memberi kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid. Melalui
program pembangunan profesionalisme yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat
diterapkan kepada Guru Baharu agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara
lebih sistematik.
4. Guru Baharu merujuk kepada guru yang kali pertama berkhidmat di sekolah-sekolah
di bawah KPM setelah tamat menjalani latihan keguruan sama ada di Institut Pendidikan
Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Guru Baharu perlu menjalani PPGB ini
antara satu hingga tiga tahun sebelum Ketua Jabatan membuat perakuan cadangan
pengesahan dalam perkhidmatan Guru Baharu kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran (SPP).
5. PPGB terdiri daripada tiga fasa, iaitu fasa orientasi, fasa pementoran dan fasa
pembangunan profesionalisme berterusan. Tempoh pelaksanaan PPGB adalah selama satu
tahun sehingga tiga tahun perkhidmatan. Pelaksanaan PPGB adalah berasaskan sekolah
dan berpandukan buku Modul PPGB yang telah dibangunkan sewaktu Makmal NKRA
Kualiti Guru pada bulan Mei tahun 2010. Dalam Program Pengurusan Pembangunan Diri,
Guru Baharu akan mengikuti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) yang
diperlukan bagi meningkatkan dan memantapkan kompetensi dalam opsyen mereka
dengan dibantu oleh pihak pengurusan sekolah supaya boleh memahami dan menghayati
ciri-ciri yang ada bagi seorang guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Proses pelaksanaan PPGB ditunjukkan dalam carta alir 5.1.
5.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
TANGGUNGJAWAB KETERANGAN
Mula
Mencapai Tahap
Kompetensi
Tamat
Fasa Orientasi
6. Fasa orientasi adalah proses yang membantu Guru Baharu untuk mengadaptasi dan
menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya serta komuniti sekolah. Fasa ini
dilaksanakan dalam jangka masa satu hingga tiga bulan selepas Guru Baharu melapor diri
ke sekolah untuk membolehkan mereka memahami tugas dan tanggungjawab dalam
situasi sebenar di sekolah.
Dalam tempoh orientasi, Guru Baharu akan didedahkan dan diberi peluang oleh pihak
sekolah untuk mengaplikasikan perkara-perkara seperti berikut :
a. Pekeliling Perkhidmatan Awam, Pekeliling KPM, Dasar dan Program KPM serta
laluan kerjaya dalam profesion keguruan;
b. Budaya, organisasi dan persekitaran sekolah;
c. Pentadbiran dan pengurusan sekolah; dan
d. Pengurusan hal ehwal murid, kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah murid.
Segala bentuk aktiviti dan program yang dilaksanakan dalam fasa orientasi perlu dibuat
pelaporan dan didokumentasikan di dalam folio yang dihasilkan oleh Guru Baharu,
manakala Guru Mentor akan membuat catatan bagi setiap aktiviti bimbingan yang
dilaksanakan bersama Guru Baharu yang berbentuk Coaching atau Mentoring di dalam
buku log Guru Mentor.
Fasa Pementoran
7. Dalam fasa pementoran seorang guru yang berpengalaman akan dilantik secara
rasmi oleh pentadbir sekolah sebagai Guru Mentor untuk memberi bimbingan, sokongan
dan bantuan secara profesional dan berstruktur kepada Guru Baharu di sekolah yang sama.
Pementoran bermula dari hari pertama Guru Baharu melapor diri ke sekolah dan
berterusan dalam tempoh satu tahun sehingga kompetensi Guru Baharu tercapai. Dalam
fasa ini, Guru Mentor akan membimbing Guru Baharu secara ‘Coaching and Mentoring’
berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan Hal Ehwal Murid, pengurusan
sukan dan kokurikulum serta pengurusan sekolah. Pementoran diteruskan sekiranya Guru
Baharu tidak mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.
8. Dalam tempoh Fasa Pementoran, Guru Baharu akan mendapat bimbingan yang
berstruktur daripada Guru Mentor untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi dalam
perkara berikut :
17. Pentaksiran dan Penilaian PPGB hendaklah dilaksanakan oleh Bahagian, JPN, PPD,
Pentadbir sekolah dan Guru Mentor untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan PPGB.
Sehubungan itu, tindakan berikut hendaklah dilaksanakan :
a. Pentaksiran pelaksanaan PPGB oleh Guru Baharu dilaksanakan secara berkala dan
berterusan oleh pihak pentadbir dan Guru Mentor sepanjang tempoh PPGB
dijalankan sekurang-kurangnya selama satu tahun.
b. Kaedah pentaksiran meliputi pelbagai sumber, evidens dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) seperti memantau proses pengajaran Guru Baharu dalam bilik
darjah, meneliti rancangan pengajaran yang disediakan untuk tajuk-tajuk tertentu,
meneliti hasil kerja murid, projek atau bahan bantu mengajar yang dihasilkan untuk
PdP.
c. Pentaksiran mengambilkira folio yang dihasilkan oleh Guru Baharu sebagai evidens
seperti laporan, refleksi jurnal serta penilaian, pandangan, maklum balas yang
diterima daripada murid, ibu bapa, Guru Mentor atau rakan sekerja.
d. Pada awal tahun kedua perkhidmatan Guru Baharu, pentadbir sekolah akan menilai
prestasi dan perkembangan kompetensi Guru Baharu dari segi sikap, tingkahlaku
dan aktiviti/program pembangunan profesionalisme yang dilaporkan. Jika
pentaksiran dan penilaian mendapati bahawa Guru Baharu telah mencapai
kompetensi yang ditetapkan dan syarat-syarat lain yang digariskan oleh SPP telah
dipenuhi maka pihak pentadbir boleh membuat perakuan cadangan pengesahan
dalam perkhidmatan Guru Baharu kepada pihak SPP. Jika Guru Baharu didapati
masih tidak mencapai kompetensi yang ditetapkan, pihak pentadbir dengan
menggunakan budi bicara boleh mencadangkan Guru Baharu untuk meneruskan
PPGB selama enam bulan hingga satu tahun lagi dengan memberi penekanan
terhadap aspek Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan perekayasaan
sikap di bawah pemantauan Guru Mentor.
e. Pihak BPG akan membuat penilaian keberkesanan PPGB sebelum dan selepas satu
tahun PPGB dilaksanakan bagi setiap kohot penempatan Guru Baharu.
f. Guru Baharu perlu menggunakan instrumen Standard Guru Malaysia (SGM) dan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) pada hujung tahun pertama
perkhidmatan untuk mengukur dan mengenalpasti tahap kompetensi Guru Baharu
dari aspek nilai profesionalisme keguruan dan mengukur aspek pencapaian
akademik murid.
PELAPORAN
18. Setiap Guru Baharu hendaklah menyediakan pelaporan bagi setiap aktiviti
pementoran yang dilaksanakan di bawah bimbingan Guru Mentor. Pelaporan yang
disediakan hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut :
PEMANTAUAN
19. Bagi memastikan PPGB dilaksanakan secara berkesan dan untuk mengenalpasti isu-
isu yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam menjalankan PPGB, pemantauan hendaklah
dilaksanakan oleh pegawai BPG, pegawai latihan di JPN dan PPD, pihak Pentadbir sekolah
dan Guru Mentor dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :
a. Pemantauan pelaksanaan PPGB akan dilaksanakan secara berkala oleh BPG dengan
kerjasama pegawai latihan di JPN dan PPD.
b. Pemantauan akan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun iaitu
selepas tiga bulan penempatan Guru Baharu dan pada bulan kedua belas
penempatan Guru Baharu.
c. Pemantauan dijalankan untuk melihat pelaksanaan PPGB di sekolah-sekolah yang
menerima kemasukan Guru Baharu dan melihat pematuhan pihak pentadbir
terhadap pelaksanaan PPGB. Pemantauan juga adalah untuk mengenalpasti isu-isu
yang dihadapi oleh Guru Baharu, Guru Mentor dan pihak Pentadbir sekolah dalam
pelaksanaan PPGB.
d. Sewaktu pemantauan dijalankan, pegawai pemantau akan mengadakan
perbincangan bersama pihak Pentadbir, Guru Mentor dan Guru Baharu untuk
melihat status pelaksanaan PPGB. Selain itu, pegawai pemantau akan melihat folio
yang telah dihasilkan oleh Guru Baharu.
e. Pentadbir sekolah juga hendaklah melaksanakan pemantauan secara berkala
terhadap pelaksanaan PPGB dan mengadakan perbincangan profesional bersama
Guru Baharu dan Guru Mentor dari semasa ke semasa.
f. Pentadbir sekolah juga hendaklah membuat penilaian terhadap Guru Baharu pada
awal tahun kedua perkhidmatan bagi memastikan sama ada Guru Baharu telah
memenuhi kompetensi profesionalisme sebagai seorang guru dan seterusnya layak
diperakukan bagi cadangan pengesahan dalam perkhidmatan kepada pihak SPP.
KHIDMAT NASIHAT
20. Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Surat Siaran ini dan Garis Panduan
Mengenai Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bolehlah dirujuk
kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia. Keterangan
lanjut mengenai kandungan dokumen ini boleh diperolehi daripada :
PENUTUP
21. Garis panduan ini mengandungi tatacara pelaksanaan Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB) dan hendaklah dijadikan sebagai dokumen rujukan dalam pelaksanaannya
oleh setiap Guru Baharu yang melapor diri di sekolah-sekolah di bawah KPM. Bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaannya, Bahagian, JPN, PPD, Pentadbir sekolah dan
Guru Mentor bertanggungjawab dalam melaksanakan pemantauan dan penilaian secara
berkala terhadap pelaksanaan PPGB. Dokumen ini akan dikemaskini dari semasa ke
semasa selaras dengan perkembangan dan transformasi dalam pendidikan.
RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21
Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di
sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.
PPGB dilaksanakan dalam tiga (3) fasa secara serentak iaitu fasa orientasi, fasa pementoran
dan fasa pembangunan profesionalisme. Panduan disediakan untuk rujukan Guru Baharu
dan Guru Mentor bagi setiap fasa seperti berikut:
Fasa Orientasi
1. Maklumat berkaitan tempoh fasa, objektif, cadangan kaedah pelaksanaan,
dokumentasi Guru Baharu, rekod Guru Mentor dan catatan.
2. Cadangan kandungan yang meliputi cadangan mingguan, fokus, kandungan dan
keberhasilan.
Fasa Pementoran
1. Maklumat berkaitan tempoh fasa, objektif, dimensi kompetensi profesional,
cadangan kaedah pelaksanaan, dokumentasi Guru Baharu, rekod Guru Mentor,
penilaian dan pentaksiran terhadap Guru Baharu dan cadangan tempoh masa.
2. Cadangan dan fokus kandungan yang meliputi aspek kompetensi profesionalisme
untuk dibangunkan iaitu dimensi pengetahuan, dimensi kemahiran dan dimensi
nilai profesional.
Guru Mentor boleh mengubahsuai dan menggabungkan aspek atau fokus kandungan
daripada mana-mana fasa yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan semasa Guru
Baharu sepanjang tempoh pelaksanaan PPGB.
PANDUAN PELAKSANAAN
FASA ORIENTASI
Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21
Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di
sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.
2. PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Objektif Sekolah/ Unit
2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah
2.4 Carta Organisasi
2.5 Lampiran :
i) Pelan Sekolah
ii) Takwim Sekolah
iii) Peraturan Sekolah
iv) Lagu Sekolah
v) Koleksi Dokumen Berkaitan
6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN
6.1 Anugerah Perkhidmatan
6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain
2. PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Objektif Sekolah/ Unit
2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah
2.4 Carta Organisasi
2.5 Lampiran :
i) Pelan Sekolah
ii) Takwim Sekolah
iii) Peraturan Sekolah
iv) Lagu Sekolah
v) Koleksi Dokumen Berkaitan
6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN
6.1 Anugerah Perkhidmatan
6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain
Ulasan : Ulasan :
______________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________
Tandatangan Tandatangan
............................................ ...........................................
(Guru Mentor) (Guru Mentor)
Tarikh : Tarikh :
Ulasan :
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
Tandatangan
.................................................
(Pengetua/Guru Besar)
Tarikh :
PANDUAN PELAKSANAAN
FASA PEMENTORAN
Tempoh Fasa : *Satu tahun bermula dari hari pertama Guru Baharu
melaporkan diri di sekolah.
Tempoh boleh dilanjutkan sekiranya Guru Baharu tidak
menunjukkan peningkatan kemahiran dan kompetensi
yang ditetapkan (rujuk Dimensi Kompetensi Profesional di
bawah).
Objektif : Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional
dan berstruktur kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu
mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang
dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014):
Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai
profesional keguruan;
Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya
cipta;
Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan
kepekaan terhadap murid;
Menyepadukan teori dengan amali PdP;
Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan
Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan
seterusnya memperkembangkan potensi guru.
Rekod Guru Mentor : Log ‘Coaching and Mentoring’ (Rujuk Panduan Pementoran,
m.s. 60)
* Nota:
1. Fasa Pementoran merangkumi Fasa Orientasi.
2. Kandungan yang tercatat dalam Fasa Orientasi dikembangkan dengan lebih terperinci
melalui mod yang lebih praktikal:
a. Guru Baharu diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan hands-on
dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam dan luar bilik darjah.
b. Guru Baharu juga diberi pengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid dan
program sekolah yang juga meliputi aspek pentadbiran dan sebagainya.
c. Guru Baharu juga dipimpin melaksanakan kajian tindakan terhadap proses
pembelajaran dan pengajaran bagi tujuan memperbaiki amalan pembelajaran dan
pengajaran.
Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21
Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di
sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.
PANDUAN PELAKSANAAN
FASA PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME
Tempoh Fasa : Hari pertama Guru Baharu melapor diri di sekolah dan
berterusan sepanjang kerjaya sebagai guru.
Cadangan Pelaksanaan
Cadangan Fokus Kandungan Keberhasilan Catatan
Bulan (Outcomes)
Cadangan Pelaksanaan
Cadangan Fokus Kandungan Keberhasilan Catatan
Bulan (Outcomes)
KBAT Menerapkan Mahir Contoh aspek KBAT
kemahiran berfikir menggunakan – program iTHINK
aras tinggi dalam aplikasi KBAT Dilakukan dalam
PdP dalam PdP PdP guru
6 Penilaian dan Pentaksiran Memahami dan
pentaksiran dalam Berasaskan Sekolah melaksanakan
mata pelajaran (PBS) penilaian dan
pentaksiran
i) UPSR
dengan penuh
ii) PT3 integriti
iii) SPM
iv) STPM/STAM
Rekod
perkembangan
pembelajaran murid
7 Kajian Tindakan Pendedahan kepada Menghasilkan Rujuk Kajian
kajian tindakan kajian tindakan Tindakan (m.s. 70)
untuk
Mengenal pasti
penambahbaikan
masalah dan fokus
proses PdP
kajian, mengumpul
data dan menulis
laporan kajian
tindakan
Perkongsian hasil
kajian tindakan
kepada pihak
sekolah
8 dan Pendidikan abad ke- Pembacaan dan Guru Baharu Book review dikira
seterusnya 21 ulasan buku dapat sebagai latihan
berkaitan mengaplikasikan yang boleh
perkembangan ciri-ciri dimasukkan dalam
terkini dalam pembelajaran di SPL KPM
pendidikan abad ke-21
Pembelajaran
sepanjang hayat
Lawatan penanda
aras
Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21
Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di
sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.
Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih
khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional
mereka. Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor
dan opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan
personaliti Guru Mentor.
Tatacara
2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama
Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
NAMA
Tuan/Puan,
............................................
(Pengetua / Guru besar)
Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen persetujuan
antara Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan bai’ah. Guru Mentor
merekodkan persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan Guru Baharu
merekodkan persetujuan serta komitmen untuk menerima bimbingan dan
bekerjasama membangunkan kompetensi profesional mereka berdasarkan panduan
yang dikeluarkan dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21
Tahun 2012.
Tatacara
1. Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu dicatat.
2. Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.
3. Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan
satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.
…………………………………………….. ………………………………………………
( ) ( )
Tarikh: Tarikh:
Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru Baharu.
Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk memantau status,
mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan PPGB.
Tatacara
1. Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan tidak
formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan sekurang-
kurangnya dua (2) waktu seminggu).
2. Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor.
4. Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.
5. Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1)
salinan disimpan oleh Guru Mentor.
AKTIVITI
ISU/PERBINCANGAN
ULASAN
Disediakan oleh,
…………………………………. ………………………………….
(Nama Guru Baharu) (Nama Guru Mentor)
Tarikh: Tarikh:
Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat tahap
pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu.
Tatacara
1. Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan
keenam (6) dan bulan ke-12.
(Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain dan
Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidens dan pemerhatian).
2. Penilaian dilaksana untuk setiap Guru Baharu menggunakan borang yang sama.
4. Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta
keseluruhan skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi setiap
Aspek Kompetensi adalah seperti berikut:
5. Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru
Besar.
JUMLAH SKOR
Disediakan oleh,
…………………………………….
(Nama Guru Mentor) Tarikh : …………………
Disahkan oleh,
…………………………………….
(Pengetua/Guru Besar)
Nama dan Cap Rasmi Sekolah Tarikh : …………………
Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah
rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai
Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan
susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh
pihak BPG.
Tatacara
4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/
Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.
5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu
(1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.
Nama Pegawai :
1.
2.
3.
ULASAN
Amalan terbaik :
Isu pelaksanaan :
Cadangan penambahbaikan :
…………………………………… ………………………………………
(Nama dan Cap Rasmi Pegawai) (Nama dan Cap Rasmi Sekolah)
Tarikh : Tarikh :
VI. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB)
Sijil Penyertaan PPGB adalah sijil yang mengesahkan bahawa Guru Baharu telah
menyempurnakan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di sekolah
sehingga bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya.
Sijil Penghargaan PPGB adalah sijil yang diberikan kepada Guru Mentor untuk
memperaku dan menghargai sumbangan dan kerjasama Guru Mentor terhadap
pelaksanaan PPGB.
Tatacara
2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan Guru
Mentor serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
SIJIL PENYERTAAN
bermula pada
(Tarikh Mula)
sehingga
(Tarikh Tamat)
Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar
Cap Rasmi Sekolah
SIJIL PENGHARGAAN
bermula pada
(Tarikh Mula)
sehingga
(Tarikh Tamat)
Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar
Cap Rasmi Sekolah
RUJUKAN
PANDUAN PEMENTORAN
Pengenalan
Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara
seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan
yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang berpengalaman, berpengetahuan serta
kurang berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba
pengalaman atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara
profesional ke arah perkembangan dan pembangunan diri mereka.
Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi
meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai
keguruan serta pengurusan sekolah.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Virginia Polytechnic Institute dan State University
bertajuk Teacher Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions (dalam Salhah
Abdullah et al. 2007:22), dapat dirumuskan bahawa terdapat tujuh kategori aktiviti
pementoran dalam membantu Mentee, iaitu:
a. menggalakkan membuat refleksi;
b. mengarah dan menyokong pelan tindakan;
c. memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP;
d. menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan
pengubahsuaian;
e. memberi idea yang membolehkan Mentee menyelesaikan masalah;
f. memberi dorongan dan sokongan emosi; dan
g. meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah.
Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya
seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih
lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan
sekerja.
Mentee bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran.
Beliau merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri,
perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan.
Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara
profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Mentee terhadap tugas profesionalnya.
Proses Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, pengkongsian pengalaman,
pemindahan ilmu dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa
yang ditetapkan.
Pemilihan Mentor
a. Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Mentee tentang PPGB.
b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran.
c. Mentor membimbing Mentee bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
d. Mentor membimbing Mentee bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang
berkaitan dengan aktiviti atau program sekolah.
e. Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Mentee tentang semua aspek
berkaitan pendidikan.
Objektif Pementoran
Jenis Pementoran
Ciri Pementoran
Ringkas Sukarela Jangka masa panjang
Segera Sangat peribadi contoh produktif
Spontan Sangat peka kepada Sumber untuk membina
Rawak keperluan Mentee perhubungan persahabatan
Kasual Tidak berstruktur Bersifat sistematik dan
Kreatif & Inovatif Fleksibel berstruktur, tersusun dan
Respon kepada Mentor mendorong berterusan
keperluan semasa Mentee dengan Dilaksanakan berdasarkan
Mentor berinisiatif perkongsian, bantuan dan keperluan organisasi
secara intervensi keprihatinan Fokus kepada visi
Mentee Peranan sama rata organisasi atau matlamat
bertanggungjawab (pemberi-penerima) setiap bahagian/unit
mengenal pasti dan Laluan membina
menggunakan persahabatan dan rasa
pembelajaran hormat
Jenis Pementoran
Ciri Pementoran
Membantu Mentee dalam Kebergantungan kepada Mempunyai kaedah dalam
proses membuat kecekapan, ilmu, pemadanan Mentor
keputusan kemahiran dan dengan Mentee
kebolehan Mentor Penetapan jangka masa
dalam penetapan matlamat
Program di bawah
peruntukan organisasi
Proses Pementoran
Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu:
a. Memerhati (Observe)
Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku
Mentee bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku.
Mentee juga perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu
mengemukakan soalan bagi mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat
sepanjang proses Pementoran.
c. Melaksanakan (Conduct)
Mentee boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang
dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam
proses pementoran, apabila Mentee boleh berdikari bermakna satu perubahan
positif telah berlaku kepada Mentee.
MULA
Pemerhatian / Penglibatan
Tindakan / Susulan
TAMAT
Kemahiran Pementoran
a. Kemahiran Mendengar
Semasa bersama Mentee, Mentor perlu memberikan fokus dan mengenepikan
segala pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses Pementoran. Kesediaan
mendengar dengan baik bukan bermakna Mentor hanya menerima secara pasif
perkara yang disampaikan oleh Mentee tetapi Mentor juga perlulah memberi
maklum balas secara lisan atau bukan lisan.
b. Kemahiran Bertanya
Kemahiran bertanya penting digunakan dalam proses Pementoran kerana dapat
memberi peluang kepada Mentee menyatakan rasa hati, keinginan, harapan, idea
serta pendapat kepada Mentor.
c. Kemahiran Memerhati
Dalam usaha memahami dan membantu Mentee, Mentor perlu menumpukan
sepenuh perhatian kepada Mentee terutamanya semasa pertemuan diadakan.
Melalui pemerhatian, Mentor perlu bijak mentafsir tingkah laku Mentee dengan
tepat. Mereka perlu sedar dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara
Mentee.
f. Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis merupakan prasyarat kemahiran
membuat keputusan. Apabila Mentor mampu berfikir secara kritis dan kreatif,
Mentor boleh memberi cadangan-cadangan yang membina kepada permasalahan
yang dikemukakan oleh Mentee. Secara tidak langsung Mentor akan dapat
mempermudah, mendorong dan membimbing Mentee mencari alternatif terbaik
bagi menyelesaikan masalah mereka.
g. Membuat Penilaian
Mentor perlu bijak membuat penilaian atas maklumat sama ada daripada Mentee
atau individu lain.
Kemahiran menilai membantu Mentor memberi respon dan membuat penilaian
yang berkesan.
RUJUKAN
Debra Eckerman Pitton 2006, Mentoring Novice Teachers Fostering A Dialogue Process,
Corwin Press A Sage Publications Company California.
Duke, L., Karson, A., Wheeler, J. 2006. Do Teachers Mentoring and Induction Program Have
Greater Benefits For Teachers Who Lack Preservice Training? Journal of Public &
International Affairs-Princeton. 17, pg.61-82
SURAT SIARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 21 TAHUN 2012
KAJIAN TINDAKAN