Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

KERTAS KERJA

KURSUS KEJURULATIHAN BOLA JARING

TARIKH :

5 APRIL 2019 – 7 APRIL 2019

TEMPAT :

DEWAN SRI TANJUNG IPG KAMPUS IPOH

PADANG BOLA JARING IPG KAMPUS IPOH

MASA :

4.30 petang - 5.30 petang (Jumaat)

8.00 pagi - 6.30 petang (Sabtu)

8.00 pagi – 1.00 tengah hari (Ahad)

ANJURAN :

KELAB BOLA JARING IPG KAMPUS IPOH

DENGAN KERJASAMA :

UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS IPOH


1.0 PENDAHULUAN
Sukan bola jaring merupakan salah satu kegiatan sukan atau permainan
yang terdapat di semua sekolah. Bola jaring seperti permainan yang lain, ia
mempunyai undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Oleh
itu, jurulatih yang berkebolehan dan berpengalaman diperlukan untuk
menyampaikan kursus ini dan menjayakan matlamat ini. Kursus ini juga akan
memberi pendedahan awal kepada para peserta yang bakal menjadi
jurulatih bola baling di sekolah nanti. Selain itu, kursus ini juga dapat
membekalkan kemahiran–kemahiran kejurulatihan kepada peserta-peserta.
Kursus ini juga akan memberi input dan pengalaman yang berguna kepada
peserta-peserta untuk menjadi jurulatih yang berjaya pada suatu hari nanti.

2.0 RASIONAL
2.1 Memberikan pendedahan dan juga pengalaman kepada pelatih guru
bagaimana merancang dan mengurus sesebuah kursus dan juga cara
untuk menjadi seorang jurulatih pasukan yang berilmu pengetahuan.
2.2 Pengalaman ini amat berguna untuk diaplikasikan apabila berada di
sekolah kelak.
2.3 Mendapat pendedahan kemahiran asas permainan bola jaring
2.4 Menguasai ilmu kepegawaian dan kejurulatihan permainan bola jaring
2.5 Pelbagai aktiviti meliputi teori dan amali telah dijalankan bagi
melengkapkan pengetahuan dan kemahiran jurulatih sama ada dari segi
teknikal dan taktikal.

3.0 OBJEKTIF
Objektif kursus ini amat penting dan berguna kepada para paserta dan haruslah
dicapai semasa kursus dijalankan.

Objektif kursus ini ialah:


3.1 Pelatih dapat memahami dan mematuhi peraturan permainan bola
jarring dengan baik.
3.2 Mempraktikkam kemahiran dan pengetahuan tentang permainan bola
jaring
3.3 Dapat memupuk sifat kemasyarakatan seperti semangat berpasukan,
semangat kesukanan dan kepimpinan, patuh pada peraturan.
3.4 Dilatih menjadi seorang jurulatih yang berkarisma.
3.5 Memahami cara-cara pengendalian permainan dari aspek kejurulatihan
dan kepegawaian.
3.6 Didedahkan tentang ciri-ciri keselamatan dalam permainan bola jaring.

4.0 MATLAMAT
4.1 Mencungkil bakat pelatih guru IPG Kampus Ipoh dalam permainan bola
jaring.
4.2 Memberikan pendedahan kepada pelatih IPG Kampus Ipoh tentang
teknik asas permainan bola jaring.
4.3 Mewujudkan semangat kesukanan dan kemahiran sosialisasi dalam
kalangan pelatih.
4.4 Meningkatkan penguasaan pelatih IPG Kampus Ipoh dalam kemahiran-
kemahiran kejurulatihan dan kepegawaian sukan bola jaring.
4.5 Melahirkan lebih ramai Jurulatih Bola Jaring di kalangan IPG Kampus
Ipoh yang berkelayakan dan bertauliah.
4.6 Memberi pengetahuan dan kemahiran yang lengkap dan terkini
mengenai kejurulatihan bagi melatih pasukan bola jaring di sekolah
kelak secara sistematik.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


TARIKH : 5 hingga 7 April 2019 ( Jumaat, Sabtu dan Ahad)
MASA : 4.30 - 5.30 petang (Jumaat)
8.00 pagi - 6.30 petang (Sabtu)
8.00 pagi – 1.00 tengah hari (Ahad)
TEMPAT : Dewan Sri Tanjung IPG Kampus IPoh
Padang Bola Jaring IPG Kampus Ipoh
6.0 ANJURAN
Kelab Bola Jaring IPG Kampus Ipoh.

7.0 KUMPULAN SASARAN


Kursus ini mensasarkan ahli Kelab Bola Jaring IPG Kampus IPoh dan terbuka
kepada semua pelatih guru IPG Kampus Ipoh yang berminat. Semua ahli Kelab
Bola Jaring wajib menyertai kursus ini kerana kursus ini merupakan aktiviti yang
diadakan di bawah anjuran Kelab Bola Jaring sendiri.

8.0 ALATAN DAN KEMUDAHAN


Bil Perkara Bilangan
1. Bola Jaring 25 biji
2. Bibs (1set = 7 helai) 4 set
3. Gelanggang Sebuah
4. Tiang Gol 2 buah
5. Peti Pertolongan Kecemasan 2 kotak

9.0 SYARAT PENYERTAAN


9.1 Borang penyertaan perlu dihantar berserta bayaran kepada Joey Yong
Jo Yi atau Lau Min Fon (unit T9).
9.2 Tempoh penghantaran bermula pada bulan 10 Mac sehingga 1 April
2019.
9.3 Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang peserta sahaja bagi pelatih
guru IPG Kampus Ipoh bukan ahli Kelab Bola Jaring.
9.4 Pendaftaran awal berserta bayaran diutamakan.
9.5 Borang penyertaan boleh didapati daripada ketua unit masing-masing.

10.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KURSUS


10.1 Pakaian sukan yang bersesuaian sepanjang kursus dijalankan.
10.2 Mematuhi arahan.
10.3 Dilarang meninggalkan kawasan tanpa kebenaran.
10.4 Berdisiplin.
10.5 Menjaga kebersihan kawasan.
10.6 Wajib hadir ketiga-tiga hari kursus kejurulatihan.
10.7 Dilarang membazirkan makanan yang disediakan.
10.8 Menepati masa.
10.9 Segala barangan berharga adalah tanggungjawab sendiri.

11.0 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENGELOLA


11.1 Jawatankuasa Tertinggi

Penaung : Tuan Haji Kamarulizham bin Hazizi


(Pengarah IPG Kampus Ipoh)
Penasihat : Dr Mohd Hafidz bin Osman
(Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh)
Pensyarah : Tuan Haji Noor Azmi bin Osman
Penyelaras (Pensyarah / Penyelaras Unit Beruniform)

11.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Ding Tai Sen

Naib Pengerusi : Elaine A/P Manickam

Setiausaha : Ng Chin Pei

Bendahari : Brenda Ting Shu Tien

AJK Kemudahan dan : Eddy Ngu Chieng Kai


Peralatan Muhammad Arif Bin Sabaruddin

AJK Persiapan Tempat : Siti Nur Atikah Binti Rosli


Muhammad Siddiq Bin Zahari

AJK Cenderamata : Ooi Chui Hong


Fatimah binti Mamat

AJK Aturcara : Lim Hao Wei


Grace Tiong Lik Ying

AJK Publisiti : Neo Ming Ger


Rosmah Binti Ramli

AJK Pendaftaran : Joey Yong Jo Yi


Lau Min Fon

AJK Makanan : Fazri bin Amin


Malar A/P Selva Doray

12.0 TENTATIF PENGELOLAAN

Tarikh & Hari Masa Aktiviti


Jumaat 4.30 petang – 5.00 petang Pendaftaran kursus
5 April 2019 5.00 petang – 5.30 petang Taklimat ringkas
mengenai kursus
Sabtu 8.00 pagi – 10.00 pagi Ceramah : Teori
6 April 2019 Kejurulatihan I
10.00 pagi – 11.00 pagi Kudapan
11.00 pagi – 1.30 tengah hari Amali kejurulatihan I
1.30 tengah hari – 2.30 petang Makan tengah hari
dan rehat
2.30 petang – 4.30 petang Ceramah : Teori
Kejurulatihan II
4.30 petang – 5.00 petang Rehat
5.00 petang – 6.30 petang Amali kejurulatihan II
6.30 petang Bersurai
Ahad 8.00 pagi – 10.00 pagi Ceramah : Teori
7 April 2019 Kejurulatihan III
10.00 pagi – 11.00 pagi Kudapan
11.00 pagi – 12.30 tengah hari Ceramah : Teori
Kejurulatihan IV
12.30 – 1.00 tengah hari  Penyampaian
sijil dan
cenderamata
 Majlis
Penutupan
1.00 tengah hari Bersurai

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

Bil. Anggaran Pendapatan RM


1. Yuran penyertaan ahli Kelab Bola Jaring 2000.00
( 50 orang x RM40)
2. Yuran penyertaan pelatih guru bukan ahli Kelab 2500.00
Bola Jaring ( 50 x RM50 )
4550.00
JUMLAH PENDAPATAN

Bil. Anggaran Perbelanjaan RM


1. Bayaran Penceramah 300.00
2. Modul Kursus ( 100 unit ) 2000.00
3. Cenderamata dan Sijil Penghargaan 180.00
4. Makanan dan Minuman ( 100 orang ) 1800.00
5. Peti Pertolongan Kecemasan ( 2 kotak ) 120.00
JUMLAH PERBELANJAAN 4400.00
14.0 PENUTUP
Diharapkan penganjuran Kursus Kejurulatihan Bola Jaring ini dapat
memantapkan ilmu kejurulatihan bola jaring para peserta dan melatih mereka
menjadi jurulatih yang berdedikasi di sekolah kelak.

Disediakan oleh

___________________
(NG CHIN PEI)
Setiausaha Kursus Kejurulatihan Bola Jaring
Kelab Bola Jaring IPG Kampus Ipoh

Disemak oleh

__________________________
(Tuan Haji Noor Azmi bin Osman)
Pensyarah Penyelaras Kursus Kejurulatihan Bola Jaring
Pensyarah / Penyelaras Unit Beruniform IPG Kampus Ipoh

Disahkan oleh

__________________________
(Dr Mohd Hafidz bin Osman)
Penasihat Kursus Kejurulatihan Bola Jaring
Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh

Diluluskan oleh

__________________________
(Tuan Haji Kamarulizham bin Hazizi)
Penaung Kursus Kejurulatihan Bola Jaring
Pengarah IPG Kampus Ipoh
15.0 Rujukan

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (2011). Buku Panduan Pelaksanaan Satu
Murid Satu Sukan (1M1S). Kuala Lumpur.

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009). Buku Panduan
Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grafik, Sdn. Bhd.

Chek Mat (2004). Kursus Kejurulatihan Belia (Siri Kursus dan Modul Utusan). Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Eccles, J. S., Barber, B.L., Stone, M. R., &Hunt, J. (2003). Extracurricular Activities
and Adolescent Development. Journal of Social Issues, 59, 865-889.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Dokumen Undang-undang, Tatacara Dan


Kaedah Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah-sekolah. Kuala Lumpur:
DewanmBahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1989). Buku Panduan Pengurusan Gerakerja


Kokurikulum Sekolah Menengah. Kuala Lumpur.

Lim Chew Sin, Choo Kon Lee, Rosnah bt. Safee, Tan Choo Zen (2017). Modul Latihan
Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah. Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Ramlan Abdul Wahab (2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum di Sekolah. Kuala


Lumpur: Banter Sdn Bhd.
16.0 Lampiran
(a) Borang Penyertaan

KURSUS KEJURULATIHAN BOLA JARING


5 HINGGA 7 APRIL 2019
IPG KAMPUS IPOH

Nama : No. K.P :

Unit : No. Telefon :

Alamat :

SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan terbuka adalah terhad kepada 50 orang peserta sahaja bagi pelatih
guru IPG Kampus Ipoh bukan ahli Kelab Bola Jaring.
2. Yuran penyertaan adalah RM 50.00.
3. Pembayaran harus dibuat secara tunai.
4. Tempoh penghantaran bermula pada bulan 10 Mac sehingga 1 April 2019.
5. Borang penyertaan perlu dihantar beserta bayaran kepada Joey Yong Jo Yi
atau Lau Min Fon.
6. Borang penyertaan boleh didapati daripada ketua unit masing-masing.
7. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada :
Ding Tai Sen : Unit T9, 016-748 4263.
Elaine A/P Manickam : Unit T2, 012-461 6209.
Joey Yong Jo Yi : Unit T9, 012-463 5198.
Lau Min Fon : Unit T9, 011-55038048.
(b) Surat jemputan penceramah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


31150
Hulu Kinta
PeraK
Malaysia
No. Telefon : 05-5331311 Fak : 05-5332743
Emel : ipgki.management@ipgm.edu.my

Rujukan Kami : skpt/700-1-( )


Tarikh : 1 MAC 2019

CHOO KON LEE


Jurulatih Bola Jaring Sukan Sekolah Malaysia
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur

Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Bola Jaring Institut Pendidikan Guru


Kampus Ipoh akan mengadakan satu program seperti butiran berikut :

Nama Program : Kursus Kejurulatihan Bola Jaring


Tarikh : 5 – 7 April 2019 (Jumaat sehingga Ahad)
Tempat : Dewan Sri Tanjung IPG Kampus Ipoh
Masa : 4.30 petang - 5.30 petang
8.00 pagi - 6.30 petang
8.00 pagi – 1.00 tengah hari

3. Sehubungan dengan itu pihak kami dengan hati yang ikhlas menjemput puan
tuan untuk menyampaikan ceramah. Tanpa kedatangan dan usaha puan, program ini
tidak dapat dijalankan. Bantuan sedaya upaya dan kerjasama sepenuhnya oleh pihak
kami adalah dijanjikan.

4. Segala kos perjalanan, penginapan dan makan minum puan ditanggung


oleh pihak penganjur. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya puan dapat
memenuhi jemputan kami. Kami berharap puan dapat mempertimbangkan dan
memberi maklum balas terhadap permohonan kami dengan secepat mungkin. Segala
perhatian dan sumbangan yang diberi oleh puan amat kami hargai dan didahului
dengan ribuan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih. Sebarang kemusykilan
sila hubungi Ding Tai Sen di talian 016-748 4263.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………..
( NG CHIN PEI )
Setiausaha
Kursus Kejurulatihan Bola Jaring,
Kelab Bola Jaring IPG Kampus Ipoh.
(c) Poster