Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM
ZIARAH AIDILFITRI
SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA
2019

TARIKH :

19 , 20 DAN 21 JUN 2019


(RABU, KHAMIS DAN JUMAAT)

TEMPAT :

LADANG SRI TELANG , BATU 18 DAN SEKITAR FELDA TERSANG 3

ANJURAN :

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN


1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi melaksanakan aktiviti “Living Skill Hari Raya” untuk
murid-murid berkeperluan khas Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran SK (Felda)
Tersang 3.

2.0 PENGENALAN

Program ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak sekolah terhadap perkara-perkara


berikut :

i. Masih ada murid-murid bekeperluan khas ini tidak dapat merasakan


suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri terutama dari segi berziarah ke
rumah saudara-mara atau rakan-rakan disebabkan kekangan dari sudut
sosioekonomi keluarga.

ii. Tanggungjawab guru-guru Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP)


dalam mendidik murid-murid istimewa ini bagi mampu menyesuaikan diri
dan menjaga adab sopan ketika bertandang ke rumah saudara-mara atau
rakan.

iii. Program Ziarah Aidilfitri ini adalah berdasarkan tema Masyarakat


Penyayang Merentasi Kaum dan Etnik dalam sukatan mata pelajaran
Pendidikan Sivik Sekolah Rendah Tahap 2.

iv. Tema program “ Cakna Istimewa Di Aidilfitri ” dipilih bersesuaian dengan


kandungan program ini yang dirancang bagi membolehkan pelajar
mengaplikasikan unsur-unsur permuafakatan, semangat kekitaan dan
perpaduan yang telah diajar dalam kelas melalui tema berkenaan ke
lapangan yang sebenar. Program ini dilihat penting bagi mewujudkan
silaturahim yang baik antara ibubapa dengan komuniti sekolah.
3.0 OBJEKTIF

i. Mendedahkan komuniti murid-murid istimewa akan adab-adab berziarah


serta membolehkan pelajar mengaplikasikan unsur-unsur permuafakatan,
semangat kekitaan dan perpaduan yang telah diajar dalam kelas melalui
tema berkenaan ke lapangan yang sebenar.

ii. Meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakan dan pendidik.

4.0 JUSTIFIKASI

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan terbesar di Malaysia. Konsep ‘Rumah terbuka’ juga
sinonim dengan cara sambutan masyarakat Melayu beragama Islam kini. Namun tidak semua
orang dapat merasakan kemeriahan sambutan Aidilfitri itu sendiri disebabkan kekangan yang
dihadapi. Bagi golongan istimewa, mereka mungkin tidak dapat memahami erti kata sebenar
Hari Raya itu sendiri. Justeru, melalui program “Ziarah Aidilfitri” dapat memberikan suasana
sambutan Hari Raya dan menerapkan adab-adab berziarah dalam diri anak-anak istimewa ini.
5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 19, 20 dan 21 Jun 2019


Hari : Rabu, Khamis dan Jumaat
Tempat Program : Ladang Tanah Makmur Sri Telang, Batu 18 dan sekitar Felda
Tersang.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid bekeperluan khas Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP)


Ibubapa ,guru-guru dan pembantu pengurusan murid (KPKP)

7.0 TENTATIF PROGRAM

HARI : RABU ( 19 JUN 2019)

7.30 pagi : Berkumpul di sekolah


8.00 pagi : Bergerak ke Ladang Sri Telang
Tiba di Ladang Sri Telang
8.30 pagi : Program ”Ziarah Aidilfitri” bermula
11.00 pagi : Bersurai Pulang ke SK (F) Tersang 3

HARI : KHAMIS ( 20 JUN 2019)

7.30 pagi : Berkumpul di sekolah

8.00 pagi : Bergerak ke Batu 18

8.30 pagi : Program ”Ziarah Aidilfitri” bermula

11.00 pagi : Bersurai Pulang ke SK (F) Tersang 3


8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Cik Siti Saloma Binti Mat Aris

Timbalan Pengerusi : En.Saberi B. Mustafa

Naib Pengerusi : Cik Rozita Ayu Bt Hj Noh

En. Ahmad Shahrol Nizam B. Mat Rejab

Penyelaras : Pn.Norsyuhada Bt. Hazma

Setiausaha : Pn.Nur Izzati Bt.Abd. Wahab

Bendahari : Pn. Umi Soleha Bt. Jaafar

9.0 ANGGARAN
ANN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN KUANTITI JUMLAH CATATAN


PERBELANJAAN
1. Hamper RM 30 7 orang RM 210

2. Jamuan RM 110 16 orang RM 110 9 Orang

Penjaga

JUMLAH BESAR RM 320


12.0 PENUTUP

Program Ziarah Aidilfitri ini merupakan program julung kali diadakan.


Diharapkan ia dapat memberikan suasana sambutan yang berbeza pada aidilfitri
murid-murid istimewa ini. Impak daripada program ini supaya murid-murid dapat
diterapkan dengan budaya serta adab sopan yang baik disamping menjalinkan
silaturrahim bersama-sama tuan rumah. Justeru pihak penganjur berharap agar
program ini mendapat sokongan yang penuh dan pertimbangan yang sewajarnya.