Anda di halaman 1dari 7

APPERTIZER

ITALIAN BRUSHETTA

Langkah 1: Penyediaan bahan dan alatan

BIL BAHAN KUANTITI


1 Roti putih (1 keping dipotong 4) 6 Keping
2 Tomato (dice) 450 g
3 Basil (chopped) 50 g
4 Olive oil 150 ml
5 Garam secukupnya
6 Lada hitam (kisar) secukupnya

Langkah 2: Prosedur memasak

1. Bakar roti menggunakan oven dengan keadaan suhu yang rendah, pastikan
setiap kepingan roti dibakar sepenuhnya (crispy).
2. Tomato dihiris dadu, dan basil dihiris nipis.
3. Campurkan basil, olive oil dan hirisan dadu tomato.
4. Perasakan secukupnya garam dan lada hitam (dikisar)
5. Gunakan sudu untuk meletakkan bahan NO.4 ke atas kepingan roti.
6. Roti seharusnya dalam keadaan tidak terlalu panas.
INSALATA DI SEPPIE CALAMARI E GAMBERI (SALAD OF CUTTLEFISH, SQUID
AND SHRIMP)

Langkah 1: Penyediaan bahan dan alatan

BIL BAHAN KUANTITI


1 Sotong
2 Olive oil 4 Tsb
3 Garam Secukupnya
4 Lada hitam (dikisar) secukupnya
5 Rosmery (chopped) 1 Tsb
6 Lada banggala (sliced) 2 biji
7 Lemon (diperah ambil jus) 1 biji
8 Bawang putih (dihiris) 4 ulas
9 Daun Parsley (dihiris) 1 Tsb
10 Daun Bay 2 Keping

Langkah 2: Prosedur memasak

1. Gaulkan sotong bersama minyak, garam, lada hitam dan rosmery.


2. Balutkan sotong di atas aluminium foil dan panggangkan sotong selama 20 minit.
3. Selepas sotong siap masak, buka balutan aluminium foil, dan panggang sotong
semula selama 2 minit.
4. Hiris sotong sebesar 2 inch, kepala sotong dihiris halus.
5. Masukkan hirisan sotong ke dalam mangkuk dan gaul bersama lada banggala,
olive oil, jus lemon, bawang putih, daun parsley dan daun bay, perasakan
bersama garam. Gaul sebati.
6. Rehatkan salad selama 2 jam.
SOUP

MINESTRONE SOUP (NATIONALITY SOUP, ITALY)

Langkah 1: Penyediaan bahan dan alatan

BIL BAHAN KUANTITI


1 Olive oil 125 ml
2 Bawang Holland (sliced thin) 500 gm
3 Celery ( small dice) 250 gm
4 Lobak merah ( small dice) 250 gm
5 Bawang putih (chopped) 1 ulas
6 Kobis hijau (shredded) 200 gm
7 Zucchini (medium dice) 250 g
8 Stok jernih 3 liter
9 Dried basil 1 tsp
10 Small macaroni 150 gm
11 Parsley (chopped) 2 tangkai
12 Garam Secukupnya
13 Lada sulah Secukupnya
14 Parmesan cheese Hiasan
15 Tomato tin 500 g

Langkah 2: Prosedur memasak

1. Panaskan olive oil dalam heavy pot dan api sederhana


2. Masukkan bawang Holland,celery,lobak merah dan bawang putih. masak dalam
minyak sehinggalah hampir lembut. Jangan terlalu perang
3. Tambahkan kobis hijau, lobak putih dan zucchini.Kacau campuran sayur
tersebut.masak sehingga 5 minit.
4. Masukkan tomato stok dan dried basil, masak sehingga mendidih, kecikkan api
dan reneh sehingga sayur-sayuran hampir masak
5. Tambah pasta dan terus masak sup sehingga pasta dimasak
6. Tambahkan parsley dan perasakan sup
7. Tambahkan parmesan cheese untuk hiasan.
DESSERT

TIRAMISU

Langkah 1: Penyediaan bahan dan alatan

BIL BAHAN KUANTITI


1 Kuning telur 4 biji
2 Gula castor 2 oz
3 Cheese 340 g
4 Gula castor (campuran bersama heavy 1Tbsp
cream)
4 Heavy cream 340 g
5 Esen vanila ½ tsb
6 Telur putih 2 biji
7 Cream of tartar Secubit
8 Espresso 1.2 cawan
9 Lady finger 8 keping
10 Coklat (disagat) 3 oz

Langkah 2: Prosedur memasak

1. Sediakan double boiler.


2. Masukkan telur kuning, gula halus ke dalam mangkuk (double boil), pukul
sehingga berat. Selepas adunan yang dikacau telah berat, keluarkan dari double
boiler dan biarkan ia sejuk sebelum proses seterusnya.
3. Pukulkan cheese sehingga kembang.
4. Seterusnya, campurkan heavy cream, gula castor dan esen vanilla, pukul
sehingga heavy cream stiff peaks.
5. Mangkuk yang lain pula, pukul putih telur dan cream of tartar sehingga soft
peaks, seterusnya tambah gula castor sedikit.
6. Campurkan bahan whipped cream (No 4) dan putih telur (No 5). Celupkan
ladyfinger ke dalam espresso.
7. Piped whipped cream antara lapisan ladyfingers cookies. Akhir sekali sagatkan
chocolate dan masukkan tiramisu ke dalam peti sejuk.
PANNA COTTA

TIRAMISU

Langkah 1: Penyediaan bahan dan alatan

BIL BAHAN KUANTITI


1 Fresh milk ¼ cawan (60 ml)
2 Gelatin 2 ¼ teaspoons
3 Heavy cream 2 cawan (480 ml)
4 Gula castor ¼ cawan
5 Essen vanila 1 Teaspoon

Langkah 2: Prosedur memasak

1. Kacau gelatin bersama 3 sudu besar air panas. Dan dibiarkan.


2. Kemudian, masukkan susu segar, heavy cream dan gula ke dalam periuk.
Masak pada api sederhana sehingga ada buih-buih kecil.
3. Seterusnya, tutupkan api dan masukkan gelatin. Kacau sehingga semua bahan
ini dan masukkan esen vanilla.
4. Biarkan sejuk sedikit sebelum diisi ke dalam bekas dan masukkan pada peti ais
(2-3 jam dalam freezer).

Anda mungkin juga menyukai