Anda di halaman 1dari 2

Destinasi Pelancongan : Malaysia Ke-2 Terbaik di ASEAN

BANGKOK: Malaysia berada pada ranking kedua


selepas Singapura dalam menawarkan persekitaran
paling menarik di kalangan negara ASEAN bagi
memajukan sektor pengembaraan dan pelancongan.
Menurut Laporan Daya Saing Pengembaraan dan
Pelancongan ASEAN 2012, Malaysia adalah satu
daripada 10 destinasi utama dunia dengan menerima
kira-kira 25 juta pelawat setahun.

Laporan itu dikeluarkan di Sidang Kemuncak


Pengembaraan, Perdagangan dan Pelancongan di sini
hari ini menjelang Forum Ekonomi Dunia (WEF)
mengenai Asia Timur.

Laporan itu disokong oleh Indeks Daya Saing


Pengembaraan dan Pelancongan (TTCI) WEF yang
memberikan ranking kepada 139 negara menurut
prestasi mereka dalam bidang yang menggalakkan
pelaburan bagi menjadikan sektor pengembaraan dan
pelancongan itu menarik.

Di bawah TTCI, Malaysia berada di ranking ke-35,


Singapura (ke-10), Thailand (41), Brunei (67), Indonesia
(74), Vietnam (80), Filipina (94) dan Kemboja (109).

Ranking itu berdasarkan data meliputi 14 bidang iaitu


peraturan dasar; kelestarian alam sekitar; keselamatan
dan sekuriti; kesihatan dan kebersihan; keutamaan
industri pengembaraan dan pelancongan; dan
infrastruktur pengangkutan udara. - BERNAMA
Posted by Azrinizam Ibrahim at 9:00 PM

Anda mungkin juga menyukai