Anda di halaman 1dari 3

Agama Islam - Perikemanusiaan

Hubungan sesama manusia

Hubungan kemanusiaan sesama umat Islam seperti saudara menjadi dasar nilai

perikemanusiaan dalam Islam.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Oleh karena itu damaikanlah antara

kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat". (Q.S. al-

Hujarat, 49:10).

Beberapa ayat di atas membimbing umat Islam agar menjalinkan hubungan persaudaraan

antara satu sama lain yang saling berpesan mengenai kebenaran, ketabahan dan kesabaran.

Dari perspektif perang, Islam membenarkan umat Islam berperang dengan tujuan untuk

mempertahankan diri apabila diserang oleh musuh dan untuk menyebarkan dakwah Islam.

Sebagai contoh, dalam peperangan yang dipimpin dan dirancang oleh Nabi Muhammad

S.A.W. strategi dan rancangan peperangan yang berlandaskan Al-Quran telah berjaya

dibentuk oleh baginda yang berlandaskan keadilan dan tiada pembunuhan serta penindasan

terhadap mangsa perang yang tidak bersalah.

Hubungan sesama haiwan / tumbuhan

Manusia telah diciptakan oleh Allah S.W.T. sebagai khalifah di muka bumi ini sebagai

penguasa alam semesta, makhluk yang paling sempurna berbanding makhluk lain di

sekelilingnya. Hubungan manusia dengan haiwan, cara kita menghormati haiwan dan

menyayangi mereka serta tidak menyeksa atau membunuh sekiranya mereka tidak

mengganggu kehidupan kita. Jika kita memerlukan sumber makanan seperti daging, dalam

konteks Islam kita tidak boleh menyeksa haiwan sehingga mati, di sebaliknya doa sembelih
perlu dibaca terlebih dahulu dan pisau yang tajam digunakan supaya haiwan dapat mati

dengan lebih cepat dan mudah.

Hubungan manusia dengan tumbuhan, bayangkan sekiranya tumbuhan tidak wujud di muka

bumi, kita akan mati kepanasan kerana tiada penahan pantulan cahaya matahari yang menuju

ke bumi kita berpijak. Tumbuhan juga menyalurkan oksigen dan menyerap karbon dioksida

supaya keseimbangan atmosfera terjamin. Sebagai manusia yang berperikemanusiaan, kita

tidak boleh membakar hutan dan menebang pokok sesuka hati kerana ini akan mengakibatkan

hakisan tanah dan tanah runtuh selain pemanasan global.

”Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan

dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah

menyukai orang-orang yang berbuat baik”. (Surah Al Baqarah : Ayat 195)

Hubungan manusia sesama Allah S.W.T.

Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. merupakan hubungan yang kekal sepanjang hayat

sehingga kita mati dan tidak dapat dipisahkan. Manusia yang mengenal betapa luas ilmu

Allah S.W.T. akan berasa kagum kepada Allah S.W.T. dan menyedari betapa kecil dan hina

dirinya. Penyedaran tersebut akan melahirkan rasa cinta terhadap Allah S.W.T. yang

mengalahkan rasa cinta terhadap semua benda yang dimiliki. Oleh itu, manusia mengenal

pasti bahawa harta yang dimiliki hanya dipinjam daripada alam sekitar yang bersifat

sementara dan tidak lokek untuk menderma apabila orang lain memerlukan bantuan.

Rujukan:

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/perikemanusiaan-1.549748

https://www.bharian.com.my/node/180680

http://www.utusan.com.my/mega/agama/mengasihi-binatang-1.67902

Anda mungkin juga menyukai