Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Berdasarkan grafik yang dilampirkan, nyatakan maksud langkah ke-3 iaitu dapatan kajian
dibandingkan dengan matlamat program.
Langkah pertama dalam model ini ialah mengenal matlamat sesuatu program. Setelah matlamat
program diketahui, petanda-petanda pencapaian matlamat dan alat pengukuran dikenal pasti.
Seterusnya, dapatan kajian dibandingkan dengan maklumat program merupakan langkah ketiga
dalam model penilaian Tyler. Mengikut Tyler, sekiranya matlamat program tidak dicapai sepenuhnya,
ini membawa implikasi sama ada pelaksanaan program pembelajaran lemah atau matlamat yang
dipilih tidak sesuai. Abdul Rahim [2007] juga berpendapat bahawa jika objektif tidak dicapai
sepenuhnya, maka terdapat kelemahan di peringkat pelaksanaan ataupun objektif yang dipilih tidak
sesuai dengan tahap pelajar.