Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN ASAS DRAMA DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Oleh itu, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut,
terdapat banyak kaedah yang digunakan dalam pendidikan. Misalnya
mengaplikasikan drama dalam pendidikan.

Drama ialah aksi seni atau lebih dikenali dengan lakonan. Lakonan yang
dimaksudkan ialah aksi yang dicipta oleh manusia untuk tujuan berkomunikasi
secara simbolik dan aksi tersebut dilakukan di hadapan penonton. Komunikasi
secara simbolik pula ialah komunikasi melalui imej atau cerita-cerita imaginatif. Jadi,
drama ialah sejenis karya seni yang menggunakan gerak, bahasa, pentas, kostum,
bunyi, dan cahaya. Tegasnya, drama merupakan sebuah lakonan yang dilakukan
oleh pelakunya yang tertentu.

Drama juga adalah bentuk seni saling berkaitan yang melibatkan


persembahan yang dimanifestasikan melalui kaedah produksi berbeza. Seni ini
menggunakan bahasa dan/atau tindakan manusia sebagai elemen utama untuk
menghasilkan seni dengan cara yang tersendiri. Drama biasanya dikaitkan dengan
gambaran tindakan manusia dalam bentuk bertulis (skrip/teks). Perkara ini disokong
oleh Rahmah Bujang (1987:28) yang mengkategorikan drama kepada dua corak
kreativiti genre iaitu penulisan dan pementasan drama.

1.1 Analisis Sejarah Drama di Dunia dan di Malaysia


Sejarah drama di dunia adalah seperti berikut:

Rajah 1: Sejarah Drama di Dunia

Zaman Abad
Zaman Yunani Zaman Italia
Romawi Pertengahan

Zaman Zaman
Abad 19 Moden
Elizabeth Perancis

1
Pada zaman Yunani, unsur-unsur dan amalan ritual iaitu kepercayaan
kepada amalan nenek moyang yang bersifat animisme, kepercayaan terhadap alam
sekeliling yang dianggap mempunyai kuasa tertentu telah dimasukkan sebagai
elemen dalam drama. Hal ini bermula dari kegiatan upacara ritual yang diamalkan
oleh masyarakat Yunani dalam menghormati dewa sebagai penguasa bumi sekitar
600 SM. Melalui upacara-upacara keagamaan seperti mengadakan festival drama,
tarian dan nyanyian, zaman ini telah melahirkan dramawan masyhur yang bernama
Thespis. Zaman Romawi pula pementasan berbentuk komedi telah diterapkan dalam
drama. Selain mencontohi komedi Zaman Yunani, drama Zaman Romawi ini telah
mengembangkan komedi baru zaman Yunani. Drama pada zaman pertengahan pula
berkembang antara tahun 900 sehingga 1500 M dengan mendapat pengaruh
daripada Gereja Katolik. Dalam pementasan drama tersebut, terdapat nyanyian yang
dilagukan oleh para rahib dan diseling dengan koir. Seterusnya bagi Zaman Italian,
drama berbentuk Commedia dell’arte yang bersumber daripada komedi Yunani
dipertahankan selama abad ke-17. Sepanjang abad tersebut, terdapat beberapa
para penulis naskhah komedi terkenal. Misalnya, Carlo Goldoni dengan karya-
karyanya seperti Hamba Dua Majikan (1745), Keluarga Pedagang Antik (1750), Si
Pendusta (1750) dan Nyonya Sebuah Penginapan (1753) serta Carlo Gozzi dengan
karyanya yang banyak mengambil kisah-kisah dongeng dan fantasi sebagai kisah
yang diterapkan di dalam pementasan drama.

Setelah itu, pada awal pemerintahan Ratu Elizabeth I di Inggeris (1558-


1603), drama berkembang dengan sangat pesatnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui
pembinaan tempat pementasan terbesar yang disebut Globe dapat menampung
sehingga 3000 penonton. Globe mementaskan drama-drama karya Willian
Shakespeare, penulis drama terkenal dari Inggeris yang hidup dari tahun 1564
sehingga tahun 1616. Sejarah drama terus berkembang pada Zaman Perancis di
mana Perancis sebagai penerus drama abad pertengahan iaitu drama yang
mementingkan pertunjukan dramatik, bersifat seremonial dan ritual kemasyarakatan.
Drama pada zaman ini mempunyai konsep penulisan naskhah yang menjurus
kepada penggabungan drama-drama klasik dengan tema-tema sosial yang dikaitkan
dengan budaya fikir kaum terpelajar. Namun begitu, berlaku perubahan besar sekitar
tahun 1630-an ketika teori neoklasik dari Italia masuk ke Perancis. Pada waktu itu,
negara Perancis amat berpegang teguh dan mematuhi teori ini berbanding negara
lain.

Proses perkembangan drama berlaku pada abad ke-19. Hal ini kerana
Revolusi Industri telah menyebabkan perubahan pada seni drama sekali gus

2
mengakibatkan perpindahan orang-orang berkelas ke kota. Zaman Realisme yang
lahir pada penghujung abad ke-19 dapat dijadikan landas pacu lahirnya seni drama
moden di barat. Penanda yang kuat adalah timbulnya gagasan untuk mementaskan
lakonan berkaitan dengan kehidupan di atas pentas dan menyajikannya seolah
peristiwa itu terjadi secara nyata. Drama moden pada dasarnya merupakan proses
lanjutan dari kejayaan pementasan drama sebelumnya yang dimulai sejak Zaman
Yunani. Perubahan yang jelas terdapat pada hampir seluruh unsur drama pentas.
Berbagai watak tokoh di atas pentas diekspresikan dengan konsep pementasan
moden yang memiliki ciri-ciri khusus dan teknologi baru dalam unsur muzik, cahaya
dan teknologi. Secara kesimpulannya, sejarah drama di dunia bermula daripada
Zaman Yunani sehinggalah Zaman Moden.

Di Malaysia, perkembangan awal pementasan drama ada pertalian dengan


pertumbuhan drama pentas di Greek, Mesir, India, China dan Indonesia. Perkara ini
dikaitkan dengan kepercayaan animisme iaitu melihat fenomena alam sekeliling
seperti hujan ribut, banjir dan kemarau yang menjurus kepada pemujaan. Hal ini
selari dengan pendapat Francis Edward (1976) yang mengatakan kemunculan
drama ada pertaliannya dengan keagamaan. Misalnya di Malaysia iaitu main pantai,
puja pantai dan main puteri yang memperlihatkan unsur-unsur animisme (Mana
Sikana, 1991). Berdasarkan aktiviti keagamaan itu telah mengarah kepada
penciptaan drama tradisional. Sebagai contohnya, sekitar abad ke-13 dan ke-14
telah muncul Wayang Kulit yang dikatakan berasal dari Jawa. Bentuk drama ini
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sebagai satu hiburan
yang cukup memberi kesan.

Pada abad ke-18, telah muncul pula sebuah drama dari Thailand yang
dikenali sebagai Makyung. Ia bukan sebagai wayang kulit yang dihidupkan oleh
dalang tetapi manusia sendiri yang bertindak sebagai pelakon dan melakonkannya.
Abad ke-19 dilihat sebagai satu titik mula dalam drama Melayu merubah lingkaran
persempadanan ke seluruh negara. Kemunculan drama bangsawan merupakan
kemunculan yang pertama dan berasal dari benua kecil India. Terdapat lima tahap
sejarah pertumbuhan bangsawan iaitu:

3
Rajah 2: Tahap Perkembangan Pertumbuhan Bangsawan

1870-1884
• Tahap pengenalan drama India ke alam Melayu
1885-1902
• Zaman permulaan pertapakan bangsawan
1902-1935
• Zaman kecemerlangan - memasukkan unsur barat
1936-1945
• Zaman kemerosotan terutama zaman pemerintahan Jepun
Tahun-tahun selepas itu
• Zaman kemalapan

Setelah itu, pada tahun 1960-an pula drama Melayu menempuh


perkembangan era baru iaitu pementasan drama berbentuk realisme yang dipelopori
oleh Kala Dewata. Dekad ini juga dikenali sebagai zaman drama realisme. Drama ini
untuk membentuk dan membangunkan negara serta selari dengan dasar kerajaan
menjadi asas kepada para dramatis untuk mementaskan drama bentuk ini. Misalnya
yang terpapar dalam drama-drama Noordin Hassan (Tiang Seri Tegak Berlima),
Johan Jaafar (Kotaku oh Kotaku) dan Hatta Azad Khan (Mayat). Kesediaan para
dramatis bersama-sama pihak lain memberi satu nafas baru kepada perkembangan
drama di Malaysia. Realisme adalah corak seni rupa yang menggambarkan
kenyataan yang sebenarnya, yang ditekankan bukanlah objek tetapi suasana dari
kenyataan tersebut. Realisme di dalam seni rupa bererti usaha menampilkan subjek
dalam suatu karya sebagaimana tampil dalam kehidupan sehari-hari Proklamasi
realisme dilakukan oleh pelopor sekali gus tokohnya iaitu Gustave Courber (1819-
1877), pada tahun 1855. Dengan slogannya yang terkenal “Tunjukkan malaikat
padaku dan aku akan melukisnya”.Yang membawa maksud lukisan itu ialah seni
yang konkrit, menggambarkan segala sesuatu yang ada dan nyata.

Melalui analisis-analisis di atas, jelaslah drama juga turut mengalami zaman


perkembangannya tersendiri. Namun begitu, sehingga ke zaman kini drama masih
lagi dilaksanakan dan ditayangkan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

1.2 Drama Tradisional dan Drama Moden

Analisis ini boleh dilihat berdasarkan perbandingan konsep dan jenis-jenis drama
tradisional dan drama moden.

4
Jadual 1: Perbandingan Drama Tradisional dan Drama Moden

Ciri-ciri Drama Tradisional Drama Moden


Konsep Jenis drama yang tidak Drama yang menggunakan
menggunakan naskhah drama dan naskhah di mana drama ini bertitik
drama ini bersumber dari tradisi tolak dari hasil sastera yang
suatu masyarakat yang sifatnya tersusun untuk pementasan
improvisasi dan spontan
Jenis  Drama wayang  Drama Konvensional
 Drama Rakyat  Drama Realisme
 Drama Tutur  Drama Absurd
 Drama Bangsawan

1.4 Analisis Sejarah Perkembangan Drama Kanak-kanak


Kesusasteraan kanak-kanak ialah bahan bacaan yang sesuai untuk kanak
kanak yang mengandungi unsur hiburan dan juga pengajaran. Sehubungan itu,
Hadijah Rahmat (2006) berpendapat bahawa bahan-bahan bacaan termasuk karya
sastera adalah alat hiburan dan pendidikan yang penting khususnya untuk kanak-
kanak. Melalui bahan sastera ini, muncullah drama kanak-kanak yang berkembang
melalui jenis cerita seperti:

Rajah 3: Sejarah Perkembangan Drama Melalui Jenis Cerita

Cerita Cerita
Bergambar Binatang

Cerita
Rakyat

Cerita bergambar boleh didefinisikan sebagai cerita yang lebih memfokuskan


kepada gambar-gambar kepada urutan cerita berbanding perkataan. Md Sidin
Ahmad Ishak (2005) juga berpendapat buku bergambar mengandungi gambar-
gambar atau lukisan sebagai elemen yang lebih penting daripada teks. Dalam buku
cerita bergambar berfungsi mengikut cerita yang berurutan. Kanak-kanak akan

5
mempelajari dan memahami cerita melalui gambar, kemudian barulah diikuti dengan
aktiviti membaca. Seterusnya, cerita tersebut diterapkan pada pementasan drama
kanak-kanak. Misalnya, cerita Cinderella dan Si Comel Bertudung Merah.

Cerita binatang pula bermaksud cerita yang pendek dan sederhana, biasanya
dengan tokoh binatang yang berperwatakan seperti manusia, serta mengandungi
suatu ibarat, hikmah atau ajaran budi pekerti. Sebagai contohnya, cerita Anak Itik Iri
Hati dan Jasa Nuri. Cerita jenis ini dikatakan menarik kerana kanak-kanak dengan
mudah dapat membayangkan diri mereka dalam situasi yang dikhayalkan (Md Sidin
Ahmad Ishak, 2005). Oleh yang demikian, penerapan cerita binatang dalam
pementasan drama akan lebih mudah dilaksanakan.

Cerita rakyat kanak-kanak pula merupakan cerita yang telah diubahsuai


mengikut kesesuaian untuk kanak-kanak. Isi cerita dan teknik pementasan drama
dipermudahkan agar mesej yang terdapat dalam cerita tersebut dapat disampaikan
kepada audiens kanak-kanak. Contohnya seperti cerita Si Luncai dengan labu-
labunya dan Batu Penyu. Cerita rakyat juga sebagai satu pendedahan kepada
kanak-kanak untuk mempelajari, mengetahui dan mengenali dunia di sekeliling
mereka. Justeru, cerita rakyat adalah pementasan drama yang sesuai untuk
dijadikan panduan atau alat berkongsi maklumat.

2.0 ASAS VOKAL DAN PENGUCAPAN


Vokal merupakan salah satu media pendedahan ekspresi yang juga merupakan
medium menyampaikan informasi melalui dialog. Pengucapan dialog hendaklah
disampaikan dengan jelas dan berkesan. Oleh sebab itu, para pelakon hendaklah
mempunyai kemahiran-kemahiran asas dalam vokal dan pengucapan agar dapat
menyesuaikan suara dalam apa jua situasi. Dalam kata lain, pelakon yang
mempunyai asas vokal dan pengucapan mampu menunjukkan variasi suara dengan
lebih baik dan berkesan seolah-olah berbicara seperti kebiasaan harinya tanpa
menghilangkan kesan emosi. Bukan itu sahaja, seseorang pelakon mampu
mendalami watak dengan lebih mendalam sehingga mampu menimbulkan kesan
emosi kepada penonton. Oleh sebab itu, asas vokal dan pengucapan amat penting
dalam sesebuah pementasan drama kerana merupakan sebahagian daripada isyarat
untuk menyatakan perasaan dan menjadi senjata untuk mencapai kekuatan dalam
pementasan. Terdapat empat asas vokal dan pengucapan yang dititikberatkan dalam
asas vokal dan pengucapan iaitu:

6
Rajah 4: Asas Vokal dan Pengucapan

Pernafasan Vokal Pengucapan Variasi Vokal

2.1 Pernafasan
Dalam asas vokal dan pengucapan, teknik pernafasan merupakan sesuatu
yang penting kerana merupakan sumber tenaga penggerak atau penggetar pita
suara kita. Latihan pernafasan yang stabil dan berkesan dapat membantu
pembentukan suara. Terdapat empat teknik pernafasan yang biasa digunakan iaitu:

Rajah 5: Teknik Pernafasan

Teknik Pernafasan
Pernafasan dada
Pernafasan perut
Pernafasan lengkap
Pernafasan diafragma

Jadual di bawah menunjukkan keterangan bagi teknik-teknik pernafasan iaitu:

Jadual 2: Keterangan Teknik-teknik Pernafasan

Teknik Keterangan
Semasa pernafasan dada, kita menyerap udara kemudian
dimasukkan ke rongga dada sehingga dada kita
membusung. Dalam kalangan pelakon drama, pernafasan
Pernafasan Dada dada biasanya tidak digunakan kerana pernafasan ini tidak
dapat menampung kapasiti udara yang banyak dan boleh
menyebabkan gangguan kepada lakonan kerana bahu
menjadi kaku.
Pernafasan ini dinamakan pernafasan perut sekiranya
udara yang disedut dimasukkan ke dalam perut sehingga
perut menjadi menggelembung. Pernafasan perut hanya
Pernafasan Perut digunakan oleh segelintir pelakon drama kerana tidak
banyak gangguan gerak berlaku dan dapat menampung
lebih banyak udara jika dibandingkan dengan teknik
pernafasan dada.
Pernafasan Teknik pernafasan diafragma berlaku semasa kita

7
Diafragma menyedut udara, diafragma mengembang. Pernafasan
diafragma dapat dirasakan apabila perut, pinggang dan
bahagian belakang tubuh badan menjadi kembang.
Semasa pernafasan lengkap, dada dan perut digunakan
untuk menyimpan udara sehingga udara yang disedut
mencapai tahap maksimum. Teknik pernafasan lengkap
Pernafasan Lengkap
biasanya digunakan oleh pelakon yang tidak
mengutamakan lakonan tetapi mengutamakan lontaran
vokal.

2.2 Vokal
Asas vokal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon. Berikut merupakan
ciri-ciri vokal yang baik iaitu:

Rajah 6: Ciri-ciri Vokal

Penonton boleh
Boleh didengar Sebutan yang Mesej dialog tertarik dengan
walau pada jelas dan bulat sampai kepada hanya
jarak yang jauh (artikulasi) penonton mendengar
vokal

Selain itu, vokal yang baik boleh dihasilkan melalui latihan-latihan vokal yang
berterusan dan berkesan. Antara latihan vokal yang boleh dilakukan ialah:

8
Rajah 7: Latihan-latihan Vokal

Menarik nafas dan


mengeluarkannya dengan penuh
tenaga sambil menyebut "wah...",
Menggunakan melodi yang sesuai
Mengumam "mmm...Mmm...",
untuk latihan vokal
Mendesis "sss...", Vokal aaa...,
Iii..., Uuu..., Eee..., Ooo... Secara
berulang kali

Bersuara, berteriak, berbicara


Berteriak sekuat-kuatnya seperti sambil berjalan, melompat,
orang histeria membongkok, berlari dan
sebagainya.

2.3 Pengucapan
Dalam asas pengucapan, terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira iaitu:

Rajah 8: Perkara dalam Asas Pengucapan

Artikulasi Getikulasi Intonasi

2.3.1 Artikulasi
Artikulasi merupakan aset penting dalam dialog. Kecacatan artikulasi dalam vokal
boleh disebabkan oleh gugup, bercakap terlalu cepat, latar belakang bahasa dan
kecacatan semula jadi iaitu tidak boleh menyebut huruf r, l, o dan sebagainya. Oleh
itu, latihan diperlukan untuk mengatasi atau mengurangkan kecacatan artikulasi.
Antara latihan tersebut adalah mengucapkan huruf dengan betul secara berulang-
ulang dan menggunakan kepelbagaian nada sama ada tinggi, rendah, sengau dan
sebagainya.

2.3.2 Getikulasi
Getikulasi merupakan satu cara untuk memenggal kata dan memberi tekanan pada
kata atau kalimat yang terdapat dalam sebuah dialog. Seperti artikulasi, getikulasi
juga berkait rapat dengan pengucapan dialog tetapi mempunyai fungsi yang
berbeza. Getikulasi harus dilakukan sekiranya dialog itu mempunyai maksud yang
berbeza. Misalnya, “Tuan kelewatan. Pergi!”

9
2.3.3 Intonasi
Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak mendatar dan
membosankan. Terdapat tiga jenis intonasi iaitu:

Rajah 9: Jenis-jenis Intonasi

Tekanan Dinamik
Tekanan Nada (tinggi) Tekanan Tempo
(keras-lembut)
Memperlambat atau
Dilakukan untuk Mengucapkan
mempercepatkan
memberi makna dialog dengan nada
pengucapan untuk
yang berbeza dalam dan bukannya
tujuan penegasan
frasa seperti biasa
sesuatu perkara

2.4 Variasi Vokal


Merujuk kepada kemampuan membezakan suara di dalam barisan tone yang enak
mencipta kepelbagaian variasi vokal agar vokal tidak monoton atau statik. Hal ini
selari dengan pendapat Jerry et.al (1995) variasi vokal saling berkaitan dengan
konteks iaitu maksud pada setiap perkataan dalam setiap ayat yang merujuk kepada
dialog sesebuah pementasan. Suara yang dapat berubah mengikut masa berpotensi
mencipta variasi vokal berkesan dengan menggunakan tingkatan nada (pitch),
lingkungan (range) , infleksi, kekuatan, kadar atau tempo, berhenti sekejap (pause)
dan irama. Jadual di bawah menunjukkan definisi kepada terma yang dinyatakan
oleh Jerry et.al (1995):

Jadual 3: Definisi Terma Jerry et. Al (1995)

Terma Definisi
Nada (pitch) bagaimana tinggi atau rendah bunyi suara
Lingkungan (range) ukuran jarak dalam nota antara pitch paling rendah dan
paling tinggi
Infleksi naik dan turunnya pitch pada suara
Kekuatan (Intensity) kekuatan memasukkan emosi di dalam menggabungkan
kualiti percakapan dengan kelakuan
Kadar atau Tempo kelajuan dengan satu percakapan
Tekanan Suara jumlah tekanan, kekuatan atau berat vokal menempatkan
sesetengah kata atau perkataan di dalam ayat
Berhenti seketika permulaan penangguhan pada suara atau keraguan dalam
(pause) percakapan
Irama (rhythm) perubahan dalam senyap, bunyi, kekuatan dan kelemahan
dalam percakapan

10
3.0 ASAS LAKONAN (WATAK DAN PERWATAKAN)

3.1 Pembinaan Watak Luaran dalam Drama


Terdapat beberapa teknik yang boleh diaplikasikan dalam pembinaan watak
luaran untuk pementasan drama. Rajah di bawah menunjukkan teknik-teknik
tersebut iaitu:

Rajah 10: Teknik Pembinaan Watak

Pemerhatian

Pengulangan Imaginasi

Teknik

Improvisasi Peniruan

Memory recall

Teknik yang biasanya digunakan dalam pembinaan watak luaran ialah teknik
pemerhatian, imaginasi, peniruan dan memory recall serta improvisasi. Sebagai
contoh, sekiranya penulis ingin mementaskan drama yang bertajuk Hikayat Merong
Mahawangsa, penulis boleh mengaplikasikan teknik pemerhatian dan peniruan
terhadap filem-filem yang berkaitan seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. Menonton
filem-filem ini merupakan teknik pembinaan watak yang biasa digunakan oleh
penulis. Hal ini demikian kerana dengan menonton filem-filem yang berkaitan,
penulis lebih cepat menangkap jalan cerita sesebuah drama yang dilakukan.

Selain itu, pembacaan buku berkaitan drama juga memerlukan


pengaplikasian teknik pemerhatian. Dalam hal ini, penulis perlu memerhatikan
gambar-gambar yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Bacaan buku-buku ini
dilakukan supaya mendapat lebih pemahaman terhadap watak lebih-lebih lagi
sekiranya watak tersebut sudah sedia ada. Penulis juga boleh mengenal pasti latar
belakang tempat contohnya tempat-tempat yang agak semak boleh dibayangkan
menjadi hutan untuk keperluan babak di dalam hutan. Dalam pembinaan watak juga,
teknik pengulangan boleh digunakan misalnya semasa latihan, penulis mengarahkan
pelakon untuk membuat latihan secara berulang-ulang kali. Bukan itu sahaja,

11
pelakon dapat mengingati setiap babak yang perlu dilakonkan, malah tubuh badan
juga dapat mengingati babak yang dipanggil ingatan tubuh. Teknik pengulangan juga
merupakan teknik yang penting semasa pementasan drama kerana terdapat banyak
adegan yang perlu diingati oleh pelakon.

3.2 Pembinaan emosi dan psikologi watak


Emosi boleh didefinisikan sebagai ungkapan perasaan seperti perasaan sedih,
gembira, terkejut, takut dan sebagainya. Dalam drama, seorang pelakon perlu
memiliki kemahiran menguasai dan mengendalikan emosinya. Hal ini untuk
memberikan keyakinan kepada pelakon untuk memegang watak yang perlu
dilakonkan semasa pementasan drama. Emosi juga sangat mempengaruhi tubuh,
iaitu tingkah laku, ekspresi muka, pengucapan dialog, pernafasan dan niat. Niat yang
dimaksudkan apabila sesuatu emosi itu terjadi seperti sedih, maka akan timbul niat
untuk menangis dan sebagainya.

Oleh sebab itu, teknik peniruan tingkah laku merupakan teknik yang
biasanya digunakan untuk melahirkan emosi yang sesuai sebagai cara untuk
menghayati watak dengan lebih mendalam. Pelakon hendaklah membuat
pemerhatian terhadap tingkah laku, cara hidup, pergaulan dan sebagainya. Setelah
pelakon dapat mengenal pasti perwatakan bagi watak yang perlu dilakonkan, maka
pelakon tersebut akan berjaya membawa watak dengan lebih berkesan. Setelah
mengenal pasti, pelakon perlu mengaplikasikan teknik peniruan. Sebagai
contohnya, pelakon meniru gaya orang yang murung untuk menimbulkan perasaan
sedih dalam diri.

4.0 LATIHAN FIZIKAL


Latihan fizikal sangat penting untuk mengaplikasikan naskhah lakon sama
ada dengan dialog atau tidak. Rajah di bawah menunjukkan antara kemahiran fizikal
yang perlu ada pada seseorang pelakon iaitu:

Rajah 11: Kemahiran-kemahiran Fizikal

Gerak
Gerak yang terlihat dimengertikan
Gerak yang jelas
(blocking yang baik (sesuai dengan
(meyakinkan)
dan seimbang) hukum gerak
dalam kehidupan)

Gerak menghayati
(sesuai dengan
tuntutan, jiwa atau
naluri seperti
dalam skrip drama)

12
Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas.
Keseimbangan sangat penting berdasarkan komposisi berikut iaitu:

Rajah 12: Keseimbangan Komposisi

Bahagian kanan Bahagian depan Yang tinggi lebih


lebih berat daripada lebih berat daripada berat daripada yang
kiri belakang rendah

Yang lebar lebih Yang terang lebih Menghadap lebih


berat daripada yang berat daripada yang berat daripada
sempit gelap membelakangi.

Keterangan bagi kemahiran-kemahiran fizikal adalah seperti berikut:

Jadual 3: Ketengan Kemahiran Fizikal

Kemahiran fizikal Keterangan


Gerak yang terlihat (blocking Kedudukan pelaku di atas pentas.
yang baik dan seimbang)
Gerak yang jelas Aksi yang berterusan dan terkurang atau berlebih-
(meyakinkan) lebihan.
Gerak dimengertikan (sesuai Gerakan biasa yang sudah sebati dalam
dengan hukum gerak dalam kehidupan.
kehidupan)
Gerak menghayati (sesuai Intonasi pengucapan harus dapat menimbulkan
dengan tuntutan, jiwa atau kesan gerak yang sesuai dengan naskhah.
naluri seperti dalam skrip
drama)

Kemahiran fizikal adalah sangat penting. Oleh itu, latihan yang berterusan
adalah amat digalakkan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung
kaki. Hal ini termasuklah pancaindera iaitu mata, telinga, hidung, kulit dan lidah.
Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal lakonan.
Antaranya ialah:

13
Rajah 13: Gerakan dalam Kemahiran Fizikal

Gerakan Dramatikal Gerak Non Dramatikal


•Merujuk kepada gerakan yang lahir •Merujuk kepada gerakan kita dalam
daripada keinginan bergerak yang kehidupan seharian. Ia dipecahkan
sesuai dengan apa yang ditulis pula kepada dua jenis iaitu gerakan
dalam teks. Oleh itu ia terhad halus dan gerakan kasar.
mengikut petikan dalam teks sahaja.

Rajah di bawah pula menunjukkan Gerak Non Dramatikal iaitu:

Rajah 14: Gerakan Non Dramatikal

Gerakan
Gerakan
Halus

Kasar
Berkaitan dengan gerakan Berkaitan dengan gerakan
pada raut wajah atau mimik sebahagian atau seluruh
muka yang berkait rapat anggota tubuh kita
dengan ekspresi.

Jadual di bawah menunjukkan Gerakan Kasar iaitu:

Jadual 4: Keterangan Gerakan Kasar

Gerakan Kasar Keterangan


Gerakan spontan misalnya kaki atau tangan akan
Business bergerak jika mendengar irama muzik, terkejut,
digigit nyamuk dan sebagainya.
Gerakan secara sedar dan terancang. Misalnya
membaca surat khabar, menulis, mengambil air,
Gestures
menyiram bunga dan sebagainya. Biasanya
bergerak dengan props.
Gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang satu
ke tempat yang lain sama ada secara berjalan,
Movement
berlari, bergulung-gulung, melompat dan
sebagainya.
cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai
Guide orang tua, anak kecil, orang mabuk dan
sebagainya.

Secara kesimpulannya, asas vokal dan pengucapan serta asas lakonan dan
asas fizikal adalah kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang
pelakon dalam menjiwai watak dan perwatakan yang akan dipentaskan pada

14
pementasan drama. Hal ini bagi menghidupkan lagi watak dan mampu memberikan
kesan emosi kepada penonton yang menonton pementasan sesebuah drama.

5.0 IMPROVISASI

Cara Mengaplikasikan Teknik Improvisasi dalam Pementasan dan Pendidikan


Bahasa Melayu
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)
melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan atau
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Dalam kata lain, improvisasi
merupakan kegiatan yang dibuat secara tiba-tiba. Hal ini selari dengan pendapat
Som Hj. Nor (1994) yang menyatakan improvisasi membawa maksud bertindak
balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh
dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk. Perkara ini boleh dilihat
lebih jelas lagi melalui Ommaney (1972) yang mengatakan perlakuan-perlakuan
dalam penampilan watak dan adegan berlaku secara tanpa sedia atau impromptu
yang melibatkan watak, dialog dan aksi tanpa rujukan. Kesimpulannya, apa yang
diimprovisasikan itu adalah hasil daripada ciptaan atau persembahan secara tiba-tiba
(Synder, 1979).

Peter Moore ( 1998 ) menyatakan enam jenis improvisasi untuk kanak-kanak


mengikut peringkat umur. Antara jenis tersebut adalah seperti berikut:

Rajah 15: Jenis-jenis Improvisasi dan keterangannya

•Kanak-kanak digalakkan bermain secara


Permainan Bebas bebas dengan pemantauan guru.

•Guru menyediakan rangsangan dan kanak-


Improvisasi Spontan kanak memberikan tindak balas.

•Kanak-kanak digalakkan mencipta monolog


Improvisasi Verbal dan dialog berdasarkan petikan sesebuah
cerita.
•Kanak-kanak diberi peranan dan diminta
Main Peranan memikirkan cara untuk beraksi.

•Kanak-kanak diberi tajuk, tema atau situasi


Improvisasi Terlatih untuk dibincangkan dan menghasilkan
persembahan.
•Berdasarkan situasi benar atau yang telah
Improvisasi Selari benar-benar berlaku untuk meneroka isu-isu
baru.

15
Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya pengajaran
bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak dirangsang untuk berinteraksi
secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga
digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai
dengan rangsangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imaginasi dan
kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum. Terdapat banyak cara untuk
mengaplikasikan teknik-teknik improvisasi dalam pementasan dan pendidikan
Bahasa Melayu.

Antaranya ialah melalui aktiviti permainan bebas. Dalam aktiviti ini, guru perlu
menyediakan peralatan atau objek, sediakan situasi atau persekitaran yang tertentu
dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan pemantauan oleh guru.
Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.
Sebagai contohnya, guru menyediakan anak patung atau boneka yang berbentuk
haiwan dan memberikan situasi di hutan rimba kepada kanak-kanak tersebut untuk
bermain menggunakan teknik permainan bebas. Namun begitu, teknik ini hanya
boleh diaplikasikan pada pementasan dan pendidikan Bahasa Melayu untuk kanak-
kanak prasekolah dan tahap 1.

Selain itu, bagi teknik improvisasi spontan pula guru menyediakan bahan
rangsangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas secara spontan
berdasarkan kesesuaian dengan situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan
digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta
mengamati pendapat orang lain. Guru juga harus berperanan sebagai fasilitator
dalam membantu dan menggalakkan murid-murid melakukan tugas secara
kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina
idea baru berdasarkan idea orang lain. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa
improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. Perkara utama
ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara
watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

Seterusnya, cara untuk mengaplikasikan teknik improvisasi verbal pula


adalah dengan menghasilkan monolog dan dialog. Dari aspek pementasan dan
pendidikan Bahasa Melayu, guru menggalakkan murid-murid untuk menghasilkan
monolog dan dialog berdasarkan petikan sesebuah cerita. Sebagai contohnya, murid
boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan
sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu dan

16
seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Teknik ini dapat
dilaksanakan secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Teknik main peranan
pula murid-murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan
berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan memikirkan cara
untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi. Sebagai
contohnya, sekumpulan murid telah diberikan peranan yang berlainan seperti
penjaga hutan, singa dan burung hantu bagi situasi di dalam Hutan Rimba. Di
samping itu, murid juga digalakkan untuk menulis deskripsi watak, melukis potret dan
membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

Improvisasi terlatih pula berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini
menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk,
tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu
persembahan. Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan
selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut. Akhir
sekali, cara untuk mengaplikasikan mprovisasi selari adalah berdasarkan situasi
sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru.
Contohnya, murid-murid menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk balik
ke kampung seperti menyediakan pakaian dan lain-lain seterusnya menggunakan
pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan
ekspedisi.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak cara mengaplikasikan teknik


improvisasi khususnya untuk pementasan dan pendidikan bahasa. Tambahan pula,
improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan guru-guru melatih murid-murid
menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai
murni masyarakat dan budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa serta
memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta
kemahiran berkomunikasi.

17
RUJUKAN

Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Eriska Fiki. (2 Mei 2012). Pendekatan Psikologi dalam Menganalisis Karya Sastera.
Diperoleh daripada: http://under-myskin.blogspot.my/2012/05/pendekatan
psikologi dalam-menganalisis.html

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long. (2010) . Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarudin Haji Husin (1988). Pedagogi Bahasa, Kuala Lumpur: Longman (M).

Kamus Dewan Bahasa (2013). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Kusuma. (30 Mei 2012). Latihan Yang Perlu Dilakukan Dalam Pementasan Drama.
Diperoleh daripada http://bahasaindonesiayh.blogspot.my/2012/05/latihan-
yang-perlu-dilakukan-dalam.html

Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Falsafah Pendidikan


Negara. (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selathurai, N. (1992). Peranan drama, lakon dan ‘role-playing’ dalam bidang


pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia, 64
(27), 16-23. Selma

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Teater Nol. (2008). Macam-macam panggung. Diperoleh daripada


http://nolteater.blogspot.my/2013/07/v-behaviorurldefaultvmlo_18.html

18