Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURULASYIKIN BINTI AMIR ESHAH


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG Kampus Kent
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Guru Pelatih PISMP Ambilan Jun 2017
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : Tiada
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Bidadari Be Extraordinary
1. Tajuk Buku:
USTAZAH SHARIFAH HAYAATI BINTI SYED ISMAIL
2. Pengarang:
2019
3. Tahun
diterbitkan:
Grup Buku Karangkraf
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Buku pertama Ustazah Sharifah Hayaati Syed Ismail ini menampilkan
Yang Dibaca:
tip-tip santai untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Betul, selagi ada yang namanya ibu bapa dan selagi ada yang namanya
anak, selagi itulah ilmu keibubapaan (parenting) akan tetap dipelajari.
Walaupun zaman berubah dan cabarannya jauh berbeza, tip-tip yang
dibincangkan tetap masih relevan untuk diaplikasikan dalam pendidikan
anak-anak. Ini adalah panduan sepanjang zaman, panduan yang malar
hijau!

Ilmu parenting dalam buku ini juga menyinggung peranan ibu bapa yang
kadang-kadang sedikit terlalai atau kurang tahu bagaimana untuk
mendidik anak. Juga terdapat teguran manis untuk ibu bapa agar
menjadi insan yang lebih baik, lebih berilmu, lebih bijak, dan sentiasa
mahu belajar serta meningkatkan personaliti diri agar dapat menjadi
contoh dan pembimbing kepada anak-anak.

Gaya penulisan yang diterapkan dalam buku ini adalah dengan mengikut
gaya penyampaian Ustazah Sharifah Hayaati ketika berceramah, dan
diselang-selikan dengan mutiara kata-kata. Percayalah, pembaca yang
membaca buku ini akan dapat merasakan personal engagement ketika
membacanya; seolah-olah Ustazah sedang duduk berhadapan, bercerita
kepada mereka secara personal, secara dekat. Ini kelebihan yang
diterapkan dalam buku ini yang tujuannya agar pembaca tidak bosan
dan dapat menyerap sebanyak mungkin ilmu dalam mendidik anak-
anak.

6. Manfaat/ 1. Ibu bapa perlu mempunyai ilmu keibubapaan terlebih dahulu sebelum
pengajaran yang bergelar seorang ayah dan ibu kepada anak supaya dapat membantu
diperoleh pengembangan fizikal dan mental yang baik terhadap diri anak-anak.
daripada buku
yang dibaca:
2. Sebelum mementingkan soal percintaan, lebih baik mementingkan
soal kekeluargaan supaya hubungan yang dibina berkekalan.

7. Tandatangan: NURULASYIKIN AMIR ESHAH