Anda di halaman 1dari 1

PENGAJIAN AM P3 MODUL ESEI 1 ARIFF HAMID

Soalan 1 : Usaha untuk membanteras jenayah rentas sempadan di negara-negara


ASEAN perlu ditingkatkan lagi.Namun begitu,terdapat beberapa faktor yang
menggagalkan usaha ini. Huraikan.
Pendahuluan
 Jenayah rentas sempadan semakin berleluasa di rantau Asia Tenggara
 Usaha untuk membanteras jenayah ini perlu ditingkatkan.
Usaha yang perlu dibuat bagi membanteras jenayah rentas sempadan di negara-
negara ASEAN adalah dengan (Fokus soalan)

1. Perkongsian maklumat risikan


 Perkongsian maklumat untuk keselamatan negara perlu diwujudkan untuk mengelakkan
jenayah rentas sempadan.
 Sebagai contoh,perkongsian maklumat risikan di antara polis Thailand dan Malaysia
mampu membanteras jenayah penyeludupan haiwan ternakan dan haiwan liar yang
kerap berlaku di sempadan kedua-dua buah negara.
2. Hubungan diplomatik
 Negara-negara ASEAN perlu mengeratkan lagi hubungan yang mula longgar.
 Melalui hubungan ini,sebarang masalah dapat diselesaikan secara aman.
 Sebagai contoh,hubungan Indonesia dan Malaysia pernah terjejas ekoran kes lambakan
pendatang tanpa izin Indonesia di Malaysia namun berjaya diselesaikan ekoran
hubungan diplomatik yang baik di antara kedua-dua buah negara.
3. Menggilirkan pasukan keselamatan dan penguat kuasa di sempadan
 Tugas anggota pasukan keselamatan dan penguat kuasa di sempadan termasuk dalam
kategori jawatan sensitif dan mereka tidak harus dibiarkan bertugas di sempadan dalam
jangka masa yang lama.
 Penggiliran anggota pasukan keselamatan dan penguat kuasa di sempadan penting bagi
mengelak daripada dipengaruhi untuk menerima sogokan mana-mana pihak.
Faktor usaha membanteras jenayah rentas sempadan di negara-negara ASEAN
menemui kegagalan ialah (Fokus soalan)

4. Sikap negatif rakyat


 Sikap negatif sesetengah masyarakat telah merosakkan usaha murni negara.
 Mereka seolah-olah membutakan mata walaupun mengetahui ada penyeludupan barang
berlaku berikutan ingin mendapatkan barangan tersebut dengan harga yang murah.
 Sebagai contoh,banyak barangan seludup dari Thailand dijual di Wang Kelian dan
Padang Besar sukar diambil tindakan berikutan dilindungi masyarakat tempatan itu
sendiri.
5. Kedudukan geografi
 Terdapat negara-negara berjiran yang sangat dekat dengan kedudukan geografinya.
 Sebagai contoh,kedudukan Sabah,Malaysia dengan selatan Filipina yang memudahkan
rakyat kedua-dua buah negara begitu mudah mengunjungi antara satu sama lain tanpa
ada passport yang sah.
 Hal ini menyebabkan terdapat pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan
melakukan jenayah seperti penyeludupan dadah.
Penutup
 Kesedaran untuk membanteras jenayah perlu ada pada setiap rakyat.
 Kerjasama yang baik untuk membanteras jenayah amat diperlukan demi kebaikan
Bersama
Kombinasi jawapan 2+3 / 3+2

Anda mungkin juga menyukai