Anda di halaman 1dari 28

Modul: Termokimia 1|P a g e

TAJUK: TERMOKIMIA

Perubahantenagadalamtindakbalaskimia

Tindak balas eksotermik dan endotermik

1. Pemutusan ikatan bagi bahan tindak balas dan pembentukkan ikatan hasil tindak balas semasa tindak balas
kimia akan menyebabkan perubahan tenaga .

2. Tenaga akan berubahn dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Sebagai contoh, tenaga kimia
akan berubah kepada tenaga cahaya dan tenaga haba apabila kita bakar bahan terbuang.

3. Jadi termokimia adalah pembelajaran tentang perubahan tenaga semasa tindak balas kimia.

4. Semasa tindak balas kimia, haba akan diserap daripada atau dibebaskan ke persekitaraan .

5. Apabila haba dibebaskan ke persekitaraan dipanggil tindakbalaseksotermik.

6. Semasa tindak balas eksotermik, suhu akan meningkat dan tenaga kimia akan berubah kepada tenaga haba.

7. Contoh-contoh tindak balas eksotermik:


 Respirasi
 Tindak balas peneutralan
 Tindak balas antara asid dengan logam .
 Tindak balas antara asid dengan logam karbonat .
 Pembakaran bahan api.
 Melarutkan natrium hidroksida dalam air.
 Tindak balas antara logam (K,Na) dengan air
 Pengoksidaan logam.
 Penghasilan ammonia,NH3 dalam Proses haber

8. Apabila haba diserap daripada persekitaran dipanggil tindakbalasendotermik.

9. Semasa tindak balas endotermik, suhu akan berkurangan dan tenaga haba akan berubah kepada tenaga
kimia.

10. Contoh-contoh tindak balas endotermik:


 Fotosintesis
 Melarutkan garam ammonia dalam air
 Mengeoreng telur.
 Penguraian logam karbonat
 Penguraian logam nitrat

Modul: Termokimia 22 | P a g e
Gambar rajah aras tenaga

1. Gambar rajah aras tenaga boleh digunakan untuk menunjukkan aras tenaga sebelum dan selepas tindak
balas kimia.
2. Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas eksotermik:

Bahan tindak balas, E1


Tenaga ∆H = E2 - E1
= negatif

Hasil tindak balas, E2

3. E2 - E1 boleh dihitung dengan menggunakan formula ∆H = mcθ.


m = jisim bahan tindak balas
c = muatan haba tentu
θ = perbezaan suhu semasa tindak balas

4. Ketumpatan larutan berair adalah 1gcm-3. Oleh itu jisim bagi 1 cm3 larutan berair ialah 1g.
5. Muatan haba tentu larutan aberair ialah 4.2Jg-1°C-1.
6. Perbezaan suhu boleh ditentukan daripada eksperimen.
7. Unit bagi perubahan tenaga ialah Joule(J).
8. Gambar ajah aras tenaga bagi tindak balas eksotermik :

Hasil tindak balas, E2


Tenaga

∆H = E2 – E1
Bahan tindak balas, = positif
E1

Modul: Termokimia 33 | P a g e
MEMPERIHALKAN GAMBAR RAJAH ARAS TENAGA

Zn (p) + 2HCl (ak)


tenaga
∆H = -126 kJ

ZnCl2 (ak) + H2 (g)

1. Tindak balas adalah eksotermik.


2. Apabila 1 mol zink,Zn bertindak balas dengan 2 mol asid hidroklorik,HCl untuk membentuk 1 mol
zink klorida, ZnCl2 dan 1 mol gas hidrogen,H2 , kuantiti haba yang dibebaskan ialah 126kJ.
3. Suhu bagi campuran tindakbalas akan meningkat.
4. Tenaga hasil tindak balas, H hasil tindak balas adalah kurang daripada tenaga bahan tindak balast,
H bahan tindak balas

2NO2 (g)
Tenaga
∆H = +66 kJ
N2 (g) + 2O2 (ak)

1. Tindak balas adalah endotermik.


2. Apabila 1 mol gas nitrogen,N2 bertindak balas dengan 2 mol gas oksigen, O2 untuk membentuk 2 mol
gas nitrogen dioksida,NO2 , kuantiti haba yang diserap ialah 66kJ.
3. Suhu campuran tindak balas akan menurun/berkurangan.
4. Tenaga hasil tindak balas, H hasil tindak balas adalah lebih daripada tenaga bahan tindak balas,
H bahan tindak balas

PERUBAHAN TENAGA DAN IKATAN KIMIA .

1. tenaga diserap semasa ikatan diputuskan .


2. tenaga dibebaskan semasa pembentukkan ikatan.
3. pemutusan ikatan melibatkan pemecahan/pemutusan daya tarikan
4. pembentukkan ikatan melibatkan pembentukkan daya tarikan.
5. tindak balas eksotermik, tenaga bagi pemutusan ikatan adalah kurang berbanding tenaga daripada
pembentukkan ikatan (-ve ΔH)
6. tindak balas endotermik , tenaga bagi pemutusan ikatan adalah lebih daripada tenaga bagi
pembentukan ikatan (+ve ΔH)

Modul: Termokimia 44 | P a g e
PENYELESAIAN MASALAH BAGI TERMOKIMIA.

CONTOH 1

Berapakah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bagi 50 cm3 air daripada 35°C kepada 45°C.?
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1].

Penyelesaian masalah:

Perbezaan suhu: 45-30= 10°C


Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.
Jisim air : 50g
Oleh itu;
Haba tindak balas = mcθ
= 50 x 4.2 x 10 J
= 2100J
= 2.1 kJ

CONTOH 2

Pembakaran hidrokarbon membebaskan 21.0 kJ haba yang digunakan untuk memanaskan 200 cm3 air.
Hitung peningkatan suhu bagi air.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.]

Penyelesaian masalah:

Perbezaan suhu: θ°C


Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.
Jisim air : 200g

Haba tindak balas = mcθ


21000 = 200 x 4.2 x θ J
θ = 2100
200 x 4.2
= 25 °C

Oleh itu peningkatan suhu ialah 25 °C

Modul: Termokimia 55 | P a g e
CONTOH 3

V cm3 air telah disejukkan daripada suhu 30 °C kepada 4 °C didalam peti sejuk.Sebanyak 54.6 kJ
dibebaskan.
Apakah isipadu bagi V?
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.]

Penyelesaian masalah:

Perbezaan suhu: (30 – 4)°C = 26°C


Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.
Jisim air : Vg

Haba tindak balas = mcθ


54600 = V x 4.2 x 27 J
V = 54600
4.2 x 26
= 500 cm 3

Oleh itu isipadu V ialah 500 cm3

CONTOH 4

N2 (g) + 3H2 (g)  2NH3 (g) ∆H = -92.1 kJ mol-1.

Berdasarkan kepada persamaan di atas, berapakah haba yang dibebaskan apabila 1 mol nitrogen bertindak
balas dengan 1 mol hidrogen ?

Penyelesaian masalah:

Berdasarkan kepada persamaan :

1 mol N2 bertindak balas dengan 3 mol H2, membebaskan 92.1 kJ tenaga.

3 mol H2  92.1 kJ
1 mol H2  1 x 92.1 kJ
3
= 30.7 kJ

Oleh itu haba yang dibebaskan ialah 30.7 kJ.

Modul: Termokimia 66 | P a g e
CONTOH 5

16g kumprum(II) sulfat terhidrat dilarutkan kedalam 1.0 dm-3 air. Suhu awal larutan ialah 27.5°C. Selepas
tindak balas, suhu meningkat kepada 29.0°C. Hitung perubahan haba tindak balas bagi tindak balas tersebut
dan lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas tersebut.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.]

Penyelesaian masalah:

Perubahan suhu: 1.5°C


Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.
Jisim air : 1000g
Oleh itu;
Haba tindak balas = mcθ
= 1000 x 4.2 x 1.5 J
= 6300 J
= 6.3 kJ

Melarutkan kuprum(II) sulfat terhidrat dalam air adalah tindak balas eksotermik. Oleh itu gambar rajah
aras tenaga bagi tindak balas ini ialah ,

CuSO4(p) + H2O(ce)
Tenaga
∆H = - 6.3 kJ mol-1

CuSO4 (ak)

CONTOH 6

CH4 + 2O2  CO2 + 2H2O ∆H = -890 kJ mol-1

Berapakah haba yang dibebaskan apabila 12 dm3 metana dan 30 dm-3 oksigen
dibakar?
[ 1 mol gas = 24 dm³ pada suhu bilik ]

Penyelesaian masalah:

a. Menentukan bilangan mol bahan tindak balas:

Bil mol metana: 24 dm3  1 mol


12 dm3  12 x 1 mol
24
= 0.5 mol

Bil mol oksigen : 24 dm3  1 mol


30 dm3  30 x 1 mol
24

Modul: Termokimia 77 | P a g e
= 1.25 mol

b. Menentukan bahan tindak balas yang digunakan:

Berdasarkan persamaan,

1 mol metana memerlukan 2 mol gas oksigen


1 mol CH4  2 mol O2
0.5 mol CH4  0.5 x 2 mol O2
1
= 1 mol O2

Oleh itu 0.5 mol metana memerlukan 1.0 mol oksigen


Oleh itu oksigen digunakan secara berlebihan.

c. Hitung haba yang dibebaskan .

Apabila 1 mol metana dibakar, 890 kJ haba dibebaskan

1 mol metana  890 kJ


0.5 mol metana  0.5 x890 kJ
1
= 445 kJ

Jadi haba yang dibebaskan ialah 445 kJ

CONTOH 7

AgNO3 (ak) + NaCl (ak)  AgCl(p) + NaNO3 (ak) ∆H = -65.1 kJ mol-1

Suhu meningkat sebanyak 1.55°C, apabila 50 cm3 , M mol dm-3 larutan argentum
nitrat solution ditambah kepada 50 cm3 ,M mol dm-3 larutan natrium klorida .
Hitung nilai M.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.]

Penyelesaian masalah:

a. Menentukan perubahan haba bagi tindak balas .

Perubahan suhu: 1.55°C


Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.
Jisim air : ( 50 + 50) g = 100g

Oleh itu,
Haba tindak balas = mcθ
= 100 x 4.2 x 1.55 J
= 651 J

Modul: Termokimia 88 | P a g e
b. Menentukan bilangan mol bahan tindak balas .

65.1 kJ haba membebaskan 1 mol haba bahan tindak balas .

65.1 kJ  1 mol
65100 J  1 mol
651 J  651 x 1 mol
65100
= 0.01 mol

c. Hitung nilai M:

Mol bahan tindak balas = _MV_


50 cm3 larutan 1000
0.01 = (M moldm-3)(50.0cm3)
1000
M = (0.01)x(1000) mol dm3
50
= 0.02 mol dm-3

Oleh itu nilai M ialah 0.02 mol dm-3

AKTIVITI 1

1.1 Segelas kopi disejukkan dariapada suhu 90ºC kepada 30ºC. Berapakah haba yang dibebaskan apabila isipadu
kopi tersebut adalah 200 cm3.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1 ] [Jawapan: 50.4 kJ]

1.2 Hitung haba yang diperlukan untuk memanaskan 500 cm3 air dari suhu 30ºC hingga 70ºC.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1 ] [Jawapan: 84.0 kJ]

1.3 Suhu meningkat sebanyak 6 ºC, when 50 cm3 of 0.25 mol dm-3 silver nitrate solution is added to 50 cm3 of
0.25 mol dm-3 sodium chloride solution. How much heat is released to the surrounding?
[Specific heat of capacity : 4.2Jg-1°C-1 ] [Answer:2.52 kJ]

Modul: Termokimia 99 | P a g e
1.4 C + 2S  CS2 ∆H = +88 kJ mol-1

Hitung haba yang diperlukan untuk membentuk 19.0g Karbon disulfida.


[ Jisim atom relatif ; C = 12; S = 32 ] [Jawapan:22.0 kJ]

1.5 CuSO4 (s) + 5H2O (aq)  CuSO4.5H2O ∆H = - 56 kJ mol-1

Hitung haba yang dibebaskan apabila 20.0g Kuprum(II) sulfat terhidrat dilarutkan kedalam 250 cm3 air.
[ Mr CuSO4 = 160 ; Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1] [Jawapan:7.0 kJ]

Modul: Termokimia 1010 | P a g


e
A. HABA PEMENDAKAN

1. Definasi:
Perubahan haba apabila 1 mol mendakan terbentuk semasa tindak balas .

2. Sebagai contoh, apabila argentum nitrat bertindak balas dengan natrium klorida, mendakan argentum
klorida terbentuk.

AgNO3 (ak) + NaCl (ak)  AgCl (p) + NaNO3 (ak)

3. Oleh itu, persamaan termokimia bagi tindak balas pembentukan mendakan ini ialah

Ag+ (ak) + Cl- (ak)  AgCl (p) ∆H = -x kJ mol-1

4. Unit bagi haba pemendakan ialah J mol-1.

CONTOH 1

Hitung haba pemendakan apabila 50.0 cm3 , 0.25 mol dm-3 larutan argentum nitrat ditambah kedalam 50.0 cm3 ,
0.25 mol dm-3 larutan natrium klorida . Suhu meningkat sebanyak 6°C semasa tindak balas.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1]

Penyelesaian masalah:

a. Tulis persamaan seimbang bagi tindak balas tersebut.

Persamaan kimia: AgNO3 (ak) + NaCl (ak)  AgCl (p) + NaNO3 (ak)

Persamaan termokimia: Ag+ (ak) + Cl- (ak)  AgCl (p)

b. Tentukan bilangan mol bagi mendakan yang terbentuk.

Bil mol AgNO3 dalam 50.0 cm3 larutan = _MV_


1000
= (0.25moldm-3)(50.0cm3)
1000
= 0.0125 mol

Bil mol NaCl dalam 50.0 cm3 of larutan = _MV_


1000
= (0.25moldm-3)(50.0cm3)
1000
= 0.0125 mol

Berdasarkan kepada persamaan kimia,


1 mol AgNO3 bertindak balas dengan 1 mol NaCl untuk membentuk 1 mol AgCl.

Sekiranya,
0.0125 mol AgNO3 bertindak balas dengan 0.0125 mol NaCl, 0.0125 mol AgCl akan terbentuk.

Modul: Termokimia 1111 | P a g


e
c. Menentukan perubahan haba bagi tindak balas.

Perubahan suhu : 6°C


Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.
Jisim air : ( 50 + 50) g = 100g

Oleh itu,
Haba tindak balas = mcθ
= 100 x 4.2 x 6 J
= 2520 J

d. Hitung haba pemendakan .

0.0125 mol AgNO3 , membebaskan 2520 J haba

0.0125 mol AgNO3  2520 J


1.0 mol AgNO3  1.0 x 2520 J
0.0125
= 201600 J
= 201.6 kJ

Oleh itu, haba pemendakan bagi AgNO3 ialah – 201.6 kJ mol-1

CONTOH 2

25.0 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan barium klorida ditambah kepada 25.0 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan kalium sulfat.
Hitung haba pemendakan bagi tindak balas tersebut apabila suhu meningkat sebanyak 10°C semasa tindak balas.
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas tersebut.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1]

Penyelesaian masalah:

a. tulis persamaan tindak balas.

Persamaan kimia: BaCl2 (ak) + K2SO4 (ak)  BaSO4 (p) + 2KCl (ak)

Persamaan termokimia: Ba2+ (ak) + SO4 2-


(ak)  BaSO4 (p)

b. Tentukan bilangan mol mendakan yang terbentuk.

Mol BaCl2 dalam 25 cm3 larutan = _MV_


1000
= (2.0moldm-3)(25.0cm3)
1000
= 0.05 mol

Mol K2SO4 dalam 25 cm3 larutan = _MV_


1000
= (2.0moldm-3)(25.0cm3)
1000
= 0.05 mol

Modul: Termokimia 1212 | P a g


e
Berdasarkan kepada persamaan kimia ,
1 mol BaCl2 bertindak balas dengan 1 mol K2SO4 untuk menghasilkan 1 mol BaSO4.

Sekiranya,
0.05 mol BaCl2 bertindak balas dengan 0.05 mol K2SO4 , 0.05 mol BaSO4 akan terbentuk

c. Tentukan perubahan haba bagi tindak balas .

Perubahan haba : 10°C Muatan


haba tentu : 4.2Jg-1°C-1. Jumlah jisim
: 25.0 + 25.0 = 50.0g

Oleh itu;
Haba tindak balas = mcθ
= 50.0 x 4.2 x 10 J
= 2100 J
= 2.1 kJ

d. Hitung haba pemendakan.

Pemendakan 0.05 mol BaSO4 , membebaskan 2.1kJ haba

0.05 mol BaSO4  2.1 kJ


1.0 mol BaSO4  1.0 x 2.1 kJ
0.05
= 42.0 kJ

Oleh itu , haba pemendakan ialah – 42.0 kJ.

e. Lukis gambar rajah aras tenaga

Tindak balas ini ialah tindak balas eksotermik kerana berlaku peningkatan suhu.

BaCl2 (ak) + K2SO4 (ak) / Ba2+ (ak) + SO4 2-


(ak)

Tenaga
∆H = – 42.0 kJ.

BaSO4 (p) + 2KCl (ak) / BaSO4 (p)

Modul: Termokimia 1313 | P a g


e
LATIHAN PENGUKUHAN

1. Berdasarkan kepada gambar rajah aras tenaga dibawah, jawab soalan-soalan berikut.

AgNO3 (ak) + NaCl (ak)

Tenaga
∆H = - 62 kJ mol-1

AgCl (p) + NaNO3 (ak)

(a) Hitung haba yang dibebaskan apabila 50.0 cm3 , 0.2 mol dm-3
Larutan argentum nitrat ditambahkan kepada 50.0 cm3, 0.2 mol dm-3
[Jawapan: (a) 0.62 kJ ]

(b) Apakah perubahan suhu bagi tindak balas di atas?


[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1] [Jawapan:(b) 1.48°C ]

Modul: Termokimia 1414 | P a g


e
2. Apabila 50.0 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan kalsium nitrat ditambah kepada 50.0 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan
natrium karbonat , suhu meningkat sebanyak 3°C apabila mendakan kalsium karbonat terbentuk. Hitung
haba pemendakan kalsium karbonat yang terbentuk.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1]
[Jawapan : - 12.6 kJ mol-1 ]

3. Dalam eksperimen, 100 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan kalium sulfat ditambah kepada 100 cm3 , 2 mol dm-3
larutan plumbum(II) nitrat. Sekiranya haba pemendakan bagi eksperimen tersebut ialah -40 kJ mol-1,
hitung peningkatan suhu bagi eksperimen tersebut.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1]
[Jawapan:9.5°C ]

Modul: Termokimia 1515 | P a g


e
B HABA PENYESARAN

1. Definasi:
Perubahan haba apabila 1 mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih
elektropositif.

2. Logam yang kurang elektropisitif akan disesarkan oleh logam yang lebih elektropositif.

3. Sebagai contoh, kuprum kurang elektropositif daripada zink dalam siri elektrokimia. Oleh itu kuprum akan
disesarkan oleh zink daripada larutan garam kuprum.
Zn(s) + Cu2+(ak)  Zn2+ (ak) + Cu(p) ∆H = - x kJ mol-1

4. Unit bagi haba penyesaran ialah J mol-1.


* Unit mesti ditunjukkan semasa pengiraan .

CONTOH 1

Dalam satu eksperimen, 25.0 cm3 ,0.2 mol dm-3 larutan argentum nitrat bertindak balas dengan 0.7 g kuprum.
Perbezaan suhu bagi tindak balas ialah 3.5°C. Hitung haba penyesaran bagi eksperimen tersebut.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1]

Penyelesaian masalah:

a. tulis persamaan bagi tindak balas yang terlibat.

Persamaan kimia: 2AgNO3 (ak) + Cu(p)  2 Ag (p) + Cu(NO3)2 (ak)

Persamaan termokimia: Ag+ (ak) + Cu (p)  Ag (p) + Cu2+ (ak)

b. tentukan bilangan mol bagi penyesaran logam.

Bil mol Ag+ dalam 25 cm3 larutan = _MV_


1000
= (0.2moldm-3)(25.0cm3)
1000
= 0.005 mol

c. tentukan perubahan haba bagi tindak balas .

Perubahan suhu: 3.5°C


Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.
Jisim larutan : 25.0 g

Oleh itu;
Haba tindak balas = mcθ
= 25.0 x 4.2 x 3.5 J
= 367.5 J

Modul: Termokimia 1616 | P a g


e
d. Hitung haba penyesaran .

tindak balas 0.005 mol Ag+ , membebaskan 367.5 J tenaga.

0.005 mol Ag+ 367.5 J


1.0 mol Ag+ 1.0 x 367.5 J
0.005
= 73500 J
= 73.5 kJ

Oleh itu haba penyesaran Ag+ ialah -73.5 kJ mol-1.

CONTOH 2

Dalam satu eksperimen, 25.0 cm3 , 0.2 mol dm-3 larutan kuprum(II) sulfat bertindak balas dengan 0.5 g zink.
Keputusan bagi eksperimen tersebut ditunjukkan dibawah:

Suhu awal larutan kuprum(II) sulfat : 29°C.


Suhu maksima campuran : 38°C

Hitung haba penyesaran dan lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas tersebut.
[ Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1].

Penyelesaian masalah:

a. tulis persamaan bagi tindak balas.

Persamaan kimia: CuSO4 (ak) + Zn (p)  Cu (p) + ZnSO4 (ak)

Persamaan termokimia: Cu2+ (ak) + Zn (p)  Cu (p) + Zn2+(ak)

b. Tentukan bilangan mol logam yang disesarkan.

Bil mol Cu2+ dalam 25 cm3 larutan = _MV_


1000
= (0.2moldm-3)(25.0cm3)
1000
= 0.005 mol

c. Tentukan perubahan haba bagi tindak balas.

Perubahan suhu: (38 – 29) = 9°C


Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.
Jumlah jisim larutan : 25.0 g

Oleh itu;
Haba tindak balas = mcθ
= 25.0 x 4.2 x 9 J

Modul: Termokimia 1717 | P a g


e
= 945 J

d. Hitung haba penyesaran .

tindak balas 0.005 mol Cu2+ , membebaskan 945 J haba.

0.005 mol Cu2+  945 J


1.0 mol Cu2+  1.0 x 945 J
0.005
= 189000 J
= 189 kJ

Oleh itu, haba penyesaran bagi Cu2+ ialah – 189 kJ mol-1.

f. Lukis gambar rajah aras tenaga.

Tindak balas adalah tindak balas eksotermik kerana suhu tindak balas meningkat.

Cu2+ (ak) + Zn (p)


Tenaga
∆H = - 189 kJ mol-1

Cu (p) + Zn2+ (ak)

Modul: Termokimia 1818 | P a g


e
LATIHAN PENGUKUHAN

1. Serbuk zink ditambah secara berlebihan kepada 50 cm3 ,0.5 mol dm-3 larutan argentum nitrat.
Suhu campuran berubah daripada 25°C kepada 29°C. Hitung haba penyesaran bagi argentum.
[ Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1] [Jawapan: -33.6 kJmol-1 ]

2. Cu(p) + 2AgNO3 (ak)  2Ag(p) + Cu(NO3)2 (ak)

Serbuk zink ditambah secara berlebihan kedalam 50 cm3 of 0.5 mol dm-3 larutan argentum nitrat.

(a) Hitung bilangan mol larutan argentum nitrat.


[Jawapan: (a) 0.025mol]

(b) Hitung jisim argentum yang disesarkan.


[ Jisim atom relatif; Ag = 108]
[Jawapan: (b) 2.7g ]

Modul: Termokimia 1919 | P a g


e
3. Zn(s) + Cu2+ (ak)  Cu(p) + Zn2+ (ak) ∆H = -220 kJ mol-1

(a) Sekiranya serbuk zink ditambah secara berlebihan kepada 50 cm3, 0.20 mol dm-3 larutan
kuprum(II) sulfat, Hitung haba penyesaran yang terhasil. [Jawapan: (a) 2.2 kJ]

(b) Hitung perubahan dalam larutan kuprum(II) sulfat.


[Jawapan:(b) 10.48°C]

Modul: Termokimia 2020 | P a g


e
C. HABA PENEUTRALAN

Definasi:
Haba peneutralan islah haba yang dibebaskan apabila 1 mol ion hidrogen, H + meneutralakan 1 mol ion
hidroksida, OH – untuk membentuk 1 mol air, H2O [ H + + OH -  H2O ].

Sebagai conoth, 1 mol asid hidroklorik bertindakbalas dengan 1 mol natrium hidroksida untuk
membebaskan 57 haba

HCl(ak) + NaOH(ak) → NaCl(ak) + H2O(ce) ∆H = - 57 kJ mol-1

H+ (ak) + OH – (ak)  H2O (ce) ∆H = - 57 kJ mol-1

Unit bagi haba peneutralan ialah kJ mol-1.

Contoh:

Dalam satu eksperimen untuk menentukan haba peneutralan, 100.0 cm3 ,2.0 mol dm-3 asid hidroklorik,
HCl pada suhu 29.5°C ditambah kepada 100 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan natrium hidroksida, NaOH juga
pada suhu 29.5°C didalam cawan plastik. Larutan campuran dikacau dan suhu maksima larutan campuran
mencapai 41.5°C . Hitung haba peneutralan bagi eksperimen tersebut.

Penyelesaian masalah :

Langkah 1: HCl + NaOH  NaCl + H2O

Langkah 2: H+ + OH-  H2O

Langkah 3: Bilangan mol

Mol bagi ion H+ = MV


1000

= (2.0)(100)
1000

= 0.2 mol

Mol bagi OH- = MV


1000

= (2.0)(100)
1000

= 0.2 mol

Merujuk kepada persamaan kimia,


1 mol HCl bertindak balas dengan 1 mol NaOH untuk membentuk 1 mol H2O.

Oleh itu,
0.2 mol HNO3 bertindak balas dengan 0.2 mol KOH untuk membentuk 0.2 mol H2O.

Modul: Termokimia 2121 | P a g


e
Langkah 4: Menghitung Perubahan haba bagi tindak balas

Q = mcθ J

m = 100.0 cm3 + 100.0 cm3


= 200cm 3= 200 g
c = 4.2 Jg-1°C-1
θ = 41.5°C – 29.5 °C
= 12.0 °C

Q = mcθ J
= 200(4.2)(12.0) J
= 10080 J
= 10.08 kJ
Oleh itu,
0.2 mol H2O membebaskan 10.08 kJ haba.

Langkah 5: Menghitung nilai Haba peneutralan

0.2 mol H2O  10.08 kJ


1.0 mol H2O  x kJ

x = 1.0(10.08) kJ
0.2
= 50.4 kJ

Oleh itu,
Haba peneutralan bagi H2O ialah -50.4 kJ mol-1

Langkah 6: Melukis gambar rajah aras tenaga

Tindak balas adalah merupakan tindak balas eksotermik, kerana berlaku peningkatan suhu.

HCl + NaOH / H + + OH -

Tenaga
∆H = - 50.4 kJ mol-1

NaCl + H2O / H2O

Modul: Termokimia 2222 | P a g


e
Answer:
1.The change in temperature for 0.25 mole of H2O released of 14.175 kJ of heat is 8.4 °C.

LATIHAN PENGUKUHAN:

1. Persamaan kimia bagi tindak balas antara asid nitrik , HNO3 dengan larutan kalium hidroksida, KOH
adalah seperti berikut:

HNO3 + KOH → KNO3 + H2O ∆H = -56.7 kJ mol-1

Apabila 150 cm3 ,2.0 mol dm-3 asid nitrik, HNO3 ditambah kepada 250 cm3 ,1.0 mol dm-3 larutan kalium
hidroksida, KOH , hitung perubahan suhu yang berlaku?
[ Jawapan: 8.4 °C]

2. 50 cm3 , 2 mol dm-3 asid hidroklorik, HCl dituang kedalam botol yang mengandungi 50 cm3 ,2 mol dm-3
larutan natrium hidroksida, NaOH. Bacaan suhu meningkat daripada 30°C kepada 43.5°C. Hitung haba
peneutralan bagi tindak balas bagi tindak balas.
[Jawapan: ∆H = - 56.7 kJ mol-1]

3. 20 cm3 , 2.0 mol dm-3 asid hidroklorik, HCl dituang kedalam cawan polistrina yang mengandungi 40 cm3 ,
0.5 mol dm-3 larutan natrium hidroksida, NaOH . Suhu awal kedua-dua larutan diambil.Larutan campuran
dikacau dan suhu maksima larutan campuran direkodkan.

Suhu awal asid hidroklorik = 30 °C


Suhu awal larutan natrium hidroksida = 30 °C
Suhu maksima larutan campuran = 34 °C

(a) Hitung perubahan haba bagi eksperimen tersebut.


[Jawapan: (a) 1008 J ]

(b) Hitung haba peneutralan bagi tindak balas.


[Jawapan:(b) ∆H = -50.4 kJ]

Modul: Termokimia 2323 | P a g


e
D. HABA PEMBAKARAN

 Definasi:
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol sebatian mengalami pembakaran yang lengkap denganoksigen pada
tekanan yang sekata.
 Jenis tindak balas pembakaran ialah tindak balas eksotermik, nilai cH adalah negatif

Nilai haba pembakaran bagi beberapa sebatian karbon

Haba
H
Sebatian Pembakaran Tindak balas pembakaran
(kJ/mol)
(kJ/mol)
metana 890 CH4(g) + 2O2(g)  CO2(g) + 2H2O(ce) H = -890
etana 1560 C2H6(g) + 7/2O2(g)  2CO2(g) + 3H2O(ce) H = -1560
propana 2220 C3H8(g) + 5O2(g)  3CO2(g) + 4H2O(ce) H = -2220
butana 2874 C4H10(g) + 13/2O2(g)  4CO2(g) + 5H2O(ce) H = -2874
oktana 5460 C8H18(g) + 25/2O2(g)  8CO2(g) + 9H2O(ce) H = -5460
metanol 726 CH3OH(ce) + 3/2O2(g)  CO2(g) + 2H2O(ce) H = -726
etanol 1368 C2H5OH(ce) + 3O2(g)  2CO2(g) + 3H2O(ce) H = -1368
propan-1-ol 2021 C3H7OH(ce) + 9/2O2(g)  3CO2(g) + 4H2O(ce) H = -2021
butan-1-ol 2671 C4H9OH(ce) + 6O2(g)  4CO2(g) + 5H2O(ce) H = -2671

Modul: Termokimia 2424 | P a g


e
Mengukur haba pembakaran

Termometer

Penghadang angin
Bekas kuprum
Air
Tungku kaki tiga

Lampu spirit
alkohol
Bongkah kayu

1. Isipadu/Jisim air yang diketahuai dimasukkan kedalam tin kuprum .


2. Termometer dimasukkan kedalam air.
3. Isipadu alkohol yang diketahuai (ethanol), dimasukkan kedalam lampu spirit .
4. Suhu awal air diukur dan direkodkan (Ti).
5. Sumbu pelita dinyalakan .
6. Apabila bacaan maksima termometer tercapai, lampu spirit dipadamkan. Suhu maksima
direkodkan (Tf).
7. Kuantiti bahan api yang digunakan diukur dan direkodkan.

Contoh eksperimen apabila etanol digunakan untuk pemanasan 200g air:

Suhu awal air (Ti) = 20oC Jisim awal pelita + etanol = 37.25 g
Suhu akhir air (Tf)= 75oC Jisim akhir pelita + etanol = 35.50 g

Perubahan suhu = Tf - Ti = 55oC Jisim etanol yang digunakan = 1.75g

Pengiraan haba pembakaran etanol:

Langkah 1: Hitung bilangan mol (n) bagi bahan api yang digunakan.

Jisim molekul etanol = 46.1g/mol


Jisim etanol yang digunakan = 1.75g

n = jisim etanol yang digunakan ÷ jisim molekul etanol = 1.75 ÷ 46.1 = 0.0380 mol

Modul: Termokimia 2525 | P a g


e
Langkah 2: Menghitung tenaga yang diperlukan untuk merubah suhu air.

tenaga = muatan haba tentu air x jisim air x perubahan suhu air

tenaga = 4.184 JK-1g-1 x 200g x 55oC = 46024 J = 46.024 kJ

Langkah 3: Menghitung haba pembakaran etanol.

Diaanggarkan kesemua haba yang terhasil daripada pembakaran etanol digunakan sepenuhnya untuk
memanaskan air atau pun andaian tiada haba yang terbuang.

0.0380 mol etanol menghasilkan 46.024 kJ haba

Oleh itu 1 mol etanol boleh menghasilkan = 46.024 kJ ÷ 0.0380 mol = 1211 kJ/mol

Haba pembakaran etanol ialah -1211 kJ/mol

Eksperimen bagi penentuan haba pembakaran etanol kebiasaanya adalah berkurangan daripada nilai yang
didapati iaitu 1368 kJ/mol kerana terdapat haba yang terbebas kepersekitaran semasa pemanasan berlaku.

Modul: Termokimia 2626 | P a g


e
LATIHAN PENGUKUHAN:

1 Rajah 1 menunjukkan gambar rajah aras tenaga .

Tenaga

J (p) + T2+ (ak)

∆H=-220kJ

J 2+ (ak) + T (p)

Rajah 1

Berdasarkan kepada rajah 1, apakah peningkatan suhu larutan apabila serbuk J secara berlebihan
ditambah kepada Based 50 cm3 larutan garam T 0.2 mol dm -3?
[Muatan haba tentu larutan: 4.0 J g-1 0C-1]
0
A 4.4 C
0
B 5.5 C
0
C 8.8 C
0
D 11.0 C

2. Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi menentukan haba tindak balas.

Rajah 2

Berdasarkan kepada rajah 2, yang manakah pernyataan berikut adalah benar?

I Proses pembentukan ikatan berlaku


II Suhu meningkat semasa tindak balas.
III Nilai ∆H bagi tindak balas adalah positif .
IV Kandungan tenaga hasil tindak balas adalah lebih tinggi daripada bahan tindak balas.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

Modul: Termokimia 2727 | P a g


e
MARK SCHEME

1.D 2.A

Modul: Termokimia 2828 | P a g


e