Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan / Kebaikan / Faedah Amalan Kitar Semula.

Alam sekitar merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya .Dalam satu sidang
media massa yang diadakan baru-baru ini , Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ada menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu berganding bahu
melakukan amalan kitar semula sebelum nasi menjadi bubur. Di dada-dada akhbar tempatan pada
terutamanya Berita Harian sering mengutarakan rencana amalan kitar semula memberikan nilai yang
paradoks apabila rakyat Malaysia khususnya amat liat untuk mengamalkan kitar semula. Pihak-pihak yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar sudah mula melakukan inisiatif dengan menggalakkan
masyarakat mengamalkan amalan kitar semula kerana amalan ini dapat menjamin persekitaran alam yang
sihat. Persoalannya, apakah kepentingan amalan kitar semula?

Antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini
amat signifikan kerana bahan-bahan buangan atau barangan terpakai tidak akan dibuang ke tempat yang
sepatutnya. Sampah sarap dan bahan buangan yang tidak berada di tempat pelupusan sampah boleh
menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang yang menetap berhampirannya. Hal ini demikian kerana
longgokan sampah tersebut akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit dan berbahaya seperti
nyamuk, tikus, ular dan lipas. Tamsilnya, bahan buangan domestik akan menarik perhatian tikus yang
kelaparan dan pembuangan tayar terpakai akan mengakibatkan pembiakan nyamuk kerana terdapat
takungan air hujan di dalamnya. Oleh yang demikian, masyarakat harus menyahut seruan kerajaan untuk
melakukan kitar semula yang dapat dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti gotong-royong perdana.
Kesannya, masalah pencemaran yang berlaku di negara Malaysia dapat diatasi dengan lebih efektif dan
pragmatik. Sudah terang lagi bersuluh, pengurangan pencemaran alam sekitar merupakan salah satu
kepentingan amalan kitar semula.

Seandainya dipandang pada perspektif yang lain, amalan kitar semula dapat menjimatkan kos
perbelanjaan pelupusan sampah .Perkara ini lebih menjimatkan berbanding usaha menyelenggara tapak
pelupusan sampah yang makin meningkat di negara ini. Oleh itu, caj untuk pelupusan sampah akan
dikurangkan selain dapat meningkatkan ekonomi negara agar setaraf dengan negara maju yang lain.
Melalui jumpaan carian di Internet, fakta ada menyatakan bahawa plastik mengambil masa 500 tahun
untuk dilupuskan. Apabila aktiviti kitar semula dilaksanakan, pembuatan plastik yang menggunakan
petroleum yang dijumpai melalui hasil cari gali di dasar lautan dapat dikurangkan sekali gus mengelakkan
berlaku perkara yang tidak diingini kepada hidupan akuatik. Pusat pelupusan sampah yang tidak diurus
akan menyebabkan pencemaran bau akibat pelepasan gas semasa pereputan semula jadi sampah berlaku.
Rakyat Malaysia yang ingin hidup bebas daripada sampah perlulah berusaha membuang secara sistematik
dan terus istiqamah melaksanakannya persis peribahasa Melayu, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Izharnya, salah satu kepentingan amalan kitar
semula adalah menjimatkan kos pelupusan sampah.

Pada perspektif yang lain, kepupusan sumber alam dapat dielakkan merupakan antara kepentingan
amalan kitar semula. Hal ini demikian kerana sebanyak 17 pohon pokok yang matang terpaksa ditebang
untuk menghasilkan satu tan kertas. Oleh yamg demikian, masyarakat perlulah mengguna semula barang
terpakai atau barang-barang buangan selain dapat mengubah fungsinya dengan mereka cipta sesuatu yang
baru dan boleh memberi manfaat. Hal ini persis peribahasa Melayu yang menyatakan, ingat sebelum kena
jimat sebelum habis agar seseorang itu tidak akan menyesal di kemudian hari. Tambahan pula, bahan
mentah yang dieksploitasi di negara ini dapat dikurangkan dan digunakan oleh generasi pada masa akan
datang dan menjamin kelangsungan ekonomi negara, Masyarakat Malaysia terutamanya perlu memelihara
hutan hujan tropika yang terdapat di bumi bertuah ini kerana pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen
kepada manusia dan haiwan melalui proses fotosintesis yang memerlukan cahaya matahari dan karbon
dioksida . Kesan daripada kepupusan sumber alam akan menyebabkan bumi menjadi gondol dan bencana
alam akan berlaku dengan kerap seperti banjir kilat dan tanah runtuh. Tuntasnya, salah satu kepentingan
amalan kitar semula adalah dapat mengelakkan kepupusan sumber alam yang indah ini.

Seterusnya, kepentingan amalan kitar semula adalah menambahkan pendapatan masyarakat. Hal ini
diutarakan demikian kerana sesetengah masyarakat beroleh pendapatan tetap atau sampingan melalui
amalan jual beli bahan terbuang dan terpakai sekali gus dapat menurunkan peratus pengangguran di
Malaysia. Perkara ini dapat meningkatkan ekonomi individu dan sesebuah organisasi keluarga terutama
yang mempunyai banyak tanggungan. Tamsilnya, masyarakat terutama pihak ibu bapa bokeh menjual
majalah dan surat khabar lama ke kilang atau kedai membeli kertas untuk dikitar semula selain dapat
menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Tin-tin minuman yang sering digunakan juga dapat dijual dengan harga yang tinggi mengikut beratnya.
Sering kali kita dipaparkan dengan panorama yang tidak enak dilihat di kawasan rekreasi iaitu bekas-bekas
tin ditinggalkan apabila isinya sudah selamat masuk ke perut manusia. Tin-tin tersebut lebih baik dihantar
ke kilang untuk diproses menjadi bahan baru berbanding menjadi hiasan di taman rekreasi yang akan
mengundang pelbagai kesan negatif. Jelaslah bahawa pendapatan masyarakat dapat ditambah merupakan
kepentingan amalan kitar semula.

Akhir sekali, persekitaran alam yang ceria merupakan kepentingan amalan kitar semula. Perkara ini
dapat dilaksanakan melalui kaedah guna semula barangan terpakai. Barangan terpakai tersebut dapat
dimanfaatkan untuk menceriakan persekitaran berbanding hanya berada di pusat pelupusan sampah.
Sebagai contohnya, botol-botol plastik terpakai dapat digubah dan dijadikan sebagai sebuah pasu mini
selain dapat menghiasi pagar rumah dengan terdapat pokok bunga bervariasi warna di dalamnya.
Kesannya, jiran tetangga akan mengikuti kaedah yang ditunjukkan kerana penggunaan botol plastik untuk
menghasilkan pasu mini lebih menjimatkan kos daripada membeli pasu sebenar di kedai yang jauh lebih
tinggi harganya. Tambahan pula, melalui Sambutan Hari Bumi yang disambut pada setiap tahun,
masyarakat dapat mengubah fungsi pelbagai barang terpakai dan mendapat impak yang baik daripadanya.
Tegasnya, antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat menceriakan alam sekitar melalui
penghasilan produk baru.

Deduksinya, untuk mendapatkan faedah atau kepentingan alam sekitar, semua pihak haruslah seia
sekata untuk istiqamah dalam mengamalkan amalan kitar semula. Masyarakat tidak boleh memandang
remeh perkara ini supaya alam ini selamat untuk didiami oleh generasi sekarang dan akan datang agar
keindahan alam akan terus dapat dinikmati. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohammad pernah menyatakan bahawa rakyat yang sihat bergantung kepada persekitaran alam yang
bersih dan indah. Masyarakat harus mengamalkan amalan kitar semula kini kerana alah bisa tegal biasa.
Oleh yang demikian, rakyat Malaysia diseru untuk terus mengamalkan amalan kitar semula dan berupaya
meluaskan horizon pemikiran masyarakat untuk melahirkan generasi yang cinta akan alam sekitar.
Persekitaran Lebih Sihat
Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan.
Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan
gagak.
Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal
penyakit daripada merebak.
Kurang Pencemaran
Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah,lori atau tapak pelupusan sampah merupakan
salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika.
Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air
bawah tanah dan udara.
Jimat Kos
Kitar semula untuk menjimatkan kos.
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebihmenjimatkan berbanding dengan usaha
menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain.
Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin
berkurangan.
Ini seterusnya akanmemanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusansampah akan dikurangkan.
Jimatkan Sumber
Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita.
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai.
Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk
menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan?
Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain.
Selamatkan Sumber Hutan
Kitar semula untuk menyelamatkan hutan.
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.
Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.
Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara
bersih.

Anda mungkin juga menyukai