Anda di halaman 1dari 3

SAJAK CITRA PELANGI 1MALAYSIA (A.

Halim Ali)

Kita berfikir tentang sejuta misempi


yang tumbuh rendang
dari lena dari tidur dari sepi malam
mari kita himpunkan angannya
menjadi mentari pagi.

Kita menyulam sejuta jiwa


yang bergetar dalam riak rasa berbeza
menjadi sebuah lagu cinta
lirik perpaduan seni senegara
rentak fikir bersjama berpadu
inilah muzik satu hati sejiwa
rumpun pelbagai bangsa satu bahasa
berlagu senada menari langkah sekata.

Kita menghulur jemari hati


menghantar pesan seloka
mengirim diksi dari langit
mantera dari rumpun melayu
air mawar dari sumur nusantara
satukan menjadi jamu cinta
santap dalam pentas terbuka
di anjung pelbagai sejuta budaya
duduk-duduk berlamalah di sini
sambil menganyam citra pelangi di wajah 1malaysia
kelak kita menjadi lebih faham
perlunya berfikir dan bertindak
dalam bersatu
berbeza dan berselisih itu boleh
tetapi kemudian bersatu
tanah air kita tiada dua
hanya satu.

Maksud.
Rangkap 1 - Penyajak mengajak semua rakyat untuk sama-sama memainkan peranan
merealisasikan impian masyarakat.

Rangkap 2 - Penyajak mengajak semua rakyat yang berbeza budaya supaya bersatu demi
perpaduan negara agar idea dan perbezaan budaya bangsa dapat diatasi demi perpaduan.

Rangkap 3 - Penyajak menyatakan beberapa cara untuk mewujudkan perpaduan dalam


masyarakat untuk membentuk masyarakat 1Malaysia. Setiap orang harus memahami
perbezaan dan perselisihan tetap berlaku tetapi harus diatasi untuk mewujudkan
perpaduan.

Tema.
Perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersama-sama memajukan
dan membangunkan negara.

Persoalan.
1. Persoalan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
Contoh: lirik perpaduan seni senegara

2. Persoalan kepentingan sikap bertoleransi


Contoh: berbeza dan berselisih itu boleh tetapi kemudiannya bersatu.

3. Persoalan usaha bersama bagi mereallisasikan impian masyarakat.


Contoh: mari kita himpunkan angan menjadi mentari pagi

4. Persoalan cinta akan negara


Contoh; tanah air kita tiada dua, hamya satu

Nada.
Patriotik - Penyajakk bersemangat patriotik mengharapkan masyarakat Malaysia bersatu
walaupun terdapat perbezaan bangsa dan budaya.

Nilai.
1. Kerjasama
2. Perpaduan
3. Semangat patriotik.

Pengajaran.
1. Kita hendaklah bersatu padu walaupun berlainan kaum untuk mewujudkan perpaduan
dalam negara.
2. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap negara tercinta.
3. Kita hendaklah menanamkan semangat kerjasama antara kaum untuk merealisasikan
perpaduan dalam negara.
Gaya bahasa.
1. Alitersi -
2. Asonansi -
3. Metafora - jamu cinta
4. Diksi indah -berlagu senada menari langkah sekata
5. Responsi - mantera dari rumpun melayu
Air mawar dari sumur nusantara
6. Kata ganda - duduk-duduk
7. Bahasa istana - santap
8. Inversi kata - sepi malam
9. Simbolik - mentari pagi yang melambangkan harapan / impian masyarakat yang
sama-sama direalisasikan
Bentuk.
1. Bilangan rangkap - 3
2. Bilangan baris - 5 hingga 18
3. Bilangan patah perkataan - 2 hingga 6
4. Bilangan suku kata - 4 hingga 12
5. Rima akhir - bebas/tidak terikat dengan puisi tradisional (pantun dan syair)