Anda di halaman 1dari 1

SKEMA JAWAPAN

P: Petikan membincangkan kelebihan apabila kita melibatkan diri dalam bidang sukan
Isi tersurat (Kepentingan sukan)
S1: Memberi kesihatan kepada tubuh badan
S2: Sukan dapat mengharumkan nama negara di persada dunia
S3: Sukan menjalinkan hubungan erat antara sukan, media, dan syarikat pengiklanan
S4: Sukan dapat menjana ekonomi menerusi pengiklanan sesuatu barangan
S5: Sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi dalam usaha menyatupadukan segenap lapisan
masyarakat.
S6: Sukan dapat mengurangkan perasaan prasangka yang selama ini mencacatkan perpaduan
kaum
S7: Jalinan politik antara negara juga dapat diperkukuh
S8: Sukan membentuk keyakinan kepada diri sendiri untuk memperoleh kejuaraan.
S9: Sukan berjaya memanfaatkan masa yang terluang
S10: Sukan sebagai alat melepaskan tekanan selepas penat mengulang kaji pelajaran.
Isi tersirat (Masalah yang wujud)
T1: Berlaku pergaduhan apabila penyokong yang kalah tidak dapat menerima hakikat kekalahan
T2: Bagi pelajar, banyak masa dihabiskan di padang sehinggakan melupakan pelajaran
T3: Sukan mendedahkan atlet kepada kecederaan apabila terlalu ghairah memburu kejayaan
sehinggakan mengabaikan kesihatan diri.
T4: Atlet dipergunakan oleh pengiklan yang mengutamakan keuntungan dengan memberi bayaran
yang tidak setimpal
kesimpulan: Rakyat Malaysia hendaklah mengambil peluang terhadap industri sukan agar bukan
sahaja sukan dapat diperkembang, malahan dapat menjana ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai