Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Matematik ( Isnin ,02 Julai 2019)


Kelas 1 Sinar
Masa 5:40 – 6:45 ( 65 minit)
Bilangan Murid /24
Bidang Pelajaran PERKAITAN DAN ALGEBRA
Tajuk UNGKAPAN ALGEBRA
Standard Kandungan 5.2 Ungkapan algebra yang melibatkan operasi asas aritmetik
Standard Pembelajaran 5.2.2 Membuat generalisasi tentang pendaraban berulang ungkapan
algebra.
5.2.3 Mendarab dan membahagi ungkapan algebra yang mengandungi
satu sebutan.
Hasil Pembelajaran Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
1. Membuat generalisasi tentang pendaraban berulang ungkapan
algebra.
2. Menyelesaikan sekurang – kurangnya 3 permasalahan yang
melibatkan operasi aritmetik (pendaraban dan bahagi) dalam
ungkapan algebra.
Bahan Bantu Mengajar  Whiteboard
 Kertas A4 (Color)
 Kotak misteri

Langkah – Langkah Pengajaran

Fasa Aktiviti PdPc Nilai Murni /


BBM /
PAK21
Set Induksi
(5minit) 1. Soal jawab mengenai asas dalam ungkapan algebra.
2. Murid menjawab soalan berdasarkan apa yang telah
dipelajari dalam kelas yang lepas.

Perkembangan
(25 minit) 1. Guru membimbing murid membuat generalisasi
berkaitan pendaraban berulang ungkapan algebra.
2. Murid dalam kumpulan menyelesaikan masalah
mengikut lembaran kerja yang diberikan.

Aktiviti 1
(30 minit) 1. Aktiviti kotak misteri
2. Murid dikehendaki berkerja secara berpasangan (berdua)
bagi menyelesaikan soalan tabung misteri mengenai
pendaraban berulang dan juga pendaraban.
3. Pelajar secara rawak diminta untuk tampil kehadapan
menunjukan jalan penyelesaian soalan tabung misteri.
Penutup
(5 minit) 1. Murid ditanya berkenaan apa yang mereka faham dan
dibimbing untuk membuat kesimpulan.

Refleksi: ___/____ mencapai hasil pembelajaran.

___/____ dibimbing oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran.


1) 𝑝𝑞 × 𝑝𝑞 × 𝑝𝑞 2) (8𝑥 + 3𝑦) × (8𝑥 + 3𝑦) × (8𝑥 × 3𝑦)

2
3) 3𝑥 × 5𝑥 2 4) 𝑝4 𝑞 × 6𝑝𝑟
3

5) 8𝑥 6 𝑦 4 ÷ 2𝑥𝑦 2 6) 12𝑝5 𝑟 ÷ (−10𝑝𝑞)