Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK

Kita seringkali mendengar berita kematian akibat sengatan serangga berbisa. Sengatan serangga
berbisa lazimnya hanya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan. Namun begitu, ia juga
boleh mengakibatkan tindak balas yang lebih serius kepada badan dan fungsi organ akibat
berlakunya kejutan anafilaksis. Tindak balas ini boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan
segera.

Ada orang beranggapan bahawa sengatan serangga hanyalah suatu perkara yang remeh dan tidak
perlu mendapat rawatan segera. Ada pula mereka yang percaya penawar yang mujarab bagi
sengatan ini adalah ubat gigi, garam, abu daun kayu, tanah dan wang siling tembaga.
Semua kepercayaan ini adalah tidak rasional, malahan boleh memudaratkan mangsa.

Serangga daripada spesis himenoptera ini sebenarnya boleh menyebabkan tindak balas keracunan
mendadak serta alahan. Semasa menyengat, ia meninggalkan kantung racunnya di tempat sengatan
dan kemudian bahan racun tersebut mengalir ke seluruh tubuh mangsa.
PENGENALAN

Mobile Bee Keeper merupakan cetusan produk inovasi yang direka bagi tujuan membantu
penyelamat memindahkan serangga khususnya lebah serta sarangganya ke tempat yang lebih
selamat.
Berpegang kepada istilah memindahkan lebih baik dari membunuh maka tercetusnya idea untuk
mereka peralatan ini.

Anda mungkin juga menyukai