Anda di halaman 1dari 10

KHAMIS, 13 MAC 2008

Motivasi Pelajar - Azali Azlan - Pelajar Terbaik SPM 2007 dengan 21A - Rekod Terbaik SPM

PUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan, semalam.Adakah dia mengulang kaji pelajaran
berjam-jam setiap hari tanpa sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar
bersukan?Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur Amalina Che Bakri yang mendapat
17 1A pada 2004.

Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia
berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi
amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya memperoleh 17
1A. Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya
melakukan untuk kepuasan diri sendiri.“Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi
saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia
tidak memberi apa-apa makna.“Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,” katanya ketika ditemui
selepas pengumuman pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran:

1- Bahasa Melayu,

2- Bahasa Inggeris,
3- Bahasa Arab Tinggi,

4- Pendidikan Syariah Islamiah,

5- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,

6- Biologi,

7- Kimia,

8- Fizik,

9- Matematik Tambahan,

10- Sejarah,

11- Geografi,

12- Perdagangan,

13- Ekonomi Asas,

14- Matematik Moden,


15- Prinsip Akaun,

16- Sains Asas,

17- Pendidikan Seni,

18- Pendidikan Islam,

19- Tasawwur Islam dan

20- Kesusasteraan Melayu.

Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.

Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru banyak memberi nasihat
dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil banyak mata pelajaran.“Cikgu tidak
pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini
kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran. “Namun, saya percaya
dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong
dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi
untuk guru dan ibu bapa,” katanya.Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan tidak
menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan tinggal di asrama.

Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif
dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.Anak
pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong
utama untuk belajar datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan di Cook Universiti, Ireland.

Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga memperoleh keputusan
cemerlang, dia berkata: “Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan
cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan
kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.“Cuma ketika musim peperiksaan, pengetua menyarankan
saya makan kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya
berpuasa dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.“Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh
dilakukan selepas berusaha,” katanya yang bercita-cita menjadi profesor.

Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu dugaan yang
perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang diingini.“Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata
pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor,
selain berbincang dengan ayah dan keluarga.“Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah
akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina
keyakinan diri untuk meneruskan usaha,” katanya.
Wajah-wajah cemerlang UPSR
Fri, 20/11/2009 - 9:46am — admin

Pelajar istimewa 5A

Muhammad Nabil Mohd. Nasir, SK Othman Talib (1) Pasir Mas, Kelantan
UMMU Aiman Abd. Latif dari SK Gunung membawa slip keputusan UPSR 5A kepada bapanya, Abdul Latif Hamid,
46, yang mengambil upah menyulam anak padi di Kampung Alor Gunung, Alor Setar, semalam.

Kembar 5A

Izzati gembira disalut kesedihan


Oleh HAMIMAH HAMID
utusanperak@utusan.com.my

NUR Izzati Azahar dipeluk erat oleh ibunya, Fatimah Ahmad yang sebak dan menitiskan air mata
kegembiraan setelah mendapat tahu anaknya mendapat 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR yang
diumumkan di SK Tracisian, Ipoh, semalam

IPOH 19 Nov. - Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah seorang murid cemerlang
yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati
Azahar.

Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarganya
menghalang dia daripada menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain.

Anak kepada pasangan pemandu lori dan pekerja kilang itu tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk mengambil
slip itu kerana gagal menjelaskan yuran berjumlah RM57.
"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang
kejayaan," katanya sebak ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent di sini hari ini.

Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK
Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan
pihak sekolah.

Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad
menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.

Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat
ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.

"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan
keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya.

Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling
tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.

"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Mohd. Radzi Abd. Jabar berkata, kes pelajar lewat atau tidak
menjelaskan yuran sekolah se hingga menyebabkan mereka tidak dapat mengambil slip keputusan pe periksaan
bukan perkara baru.

Katanya, masalah tersebut biasanya berlaku kerana ibu bapa atau pelajar sendiri enggan berjumpa atau
bekerjasama dengan pengurusan sekolah.

Kegagalan ibu bapa atau pelajar berbuat demikian katanya, menyebabkan pengurusan sekolah tidak mempunyai
rekod yang dapat mem bantu pelajar dalam kategori kurang berkemampuan.

"Pihak sekolah pula perlu menjaga bukan seorang sahaja pelajarnya. Biasalah, bila hujung tahun ini, sekolah perlu
mengemas kini rekod, jadi mesti ada yang menghadapi masalah ini jika mereka tidak berjumpa pihak pengurusan
sekolah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia 20.11.2009

Perit ibu dukung anak ke sekolah setiap hari berbaloi


SITI NORFARAH didukung ibunya, Norhaida untuk diletakkan

di atas motosikal di Besut, Terengganu semalam.

BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam
tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
semalam.

Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti
Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.

Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan
diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.

Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya,
Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.

Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu
untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.

Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak
mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara
sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.

Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri
dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.
"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah
setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas

Sumber: Kosmo! Online 20.11.2009

Bapa arak anak keliling kampung


ALOR SETAR 19 Nov. - Seorang bapa sanggup 'mengarak' anaknya dengan motosikal ke seluruh kampung kerana
terlalu gembira dengan kejayaannya memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
yang diumumkan hari ini.

Bagi Abdul Latif Hamid, 46, petani dari Kampung Alor Gunung di sini, kejayaan anaknya, Ummu Aiman yang tidak
disangka olehnya itu cukup membanggakannya.

Murid Sekolah Kebangsaan Gunung itu memperoleh gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman,
Bahasa Melayu Penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

"Saya amat gembira dengan kejayaan anak saya ini dan semoga impiannya untuk menjadi seorang doktor akan
tercapai," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Abdul Latif, dia hanya mampu membawa anaknya mengelilingi kampung dengan motosikal sebagai cara
meraikan kejayaannya kerana pendapatan sebagai petani tidak seberapa.

"Saya amat bangga dengan Ummu Aiman dan mahu dia terus berjaya dalam pelajarannya," katanya.

Ditanya rahsia kejayaannya, Ummu Aiman memberitahu dia sering mengamalkan doa-doa penerang hati yang
diajar oleh guru-guru di sekolah bagi memudahkannya mengingati ilmu yang diajar.

"Saya belajar sendiri dan tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Tuhan agar memberikan saya kepintaran dan
kekuatan semangat untuk menempuh peperiksaan.

"Sepanjang menjawab soalan UPSR dahulu, saya sentiasa tenang dan yakin boleh berjaya,'' jelasnya.

Anak bongsu daripada empat beradik itu turut memberitahu petua orang tua-tua yang diamalkannya untuk
berjaya.

Katanya, dia tidak memakan makanan yang boleh membuatkan minda menjadi lemah seperti benda masam,
minuman bergas serta organ dalaman haiwan.

"Ingatan yang kuat dan cerdas amat penting kepada seorang pelajar dan saya sanggup tidak makan makanan
begitu demi menjaga ingatan," katanya

Utusan Malaysia 20.11.2009.


“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu.
Suntikkan iman ke hati supaya mahu.
Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!”