Anda di halaman 1dari 1

Kemajuan teknologi dalam Pembangunan Negara

Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan


pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur. Segala
urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan
ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang
kerajaan serta rakyat sendiri. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik
(ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh
dunia dengan mudah dan lancar.

Satelit
Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam
pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan
cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada
kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai “kompas” semasa
belayar. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan
seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia.
Hubungan Antarabangsa
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang
penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat
hubungan antarabangsa.Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil
dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh
dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa
Sempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman
sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita
juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan
menggunakan telefon bimbit.

Keselamatan

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga
menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan
keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara
Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV)
banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino,
lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini
ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat
tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, hal ini
berbeza sekali dengan televisyen.