Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan dan keburukan telefon bimbit

Pada masa kini, telefon bimbit bukan sahaja digunakan sebagai alat perhubungan malah
fungsi nya telah meningkat untuk kegunaan-kegunaan lain seperti melayari internet,
mendengar muzik, kamera dan sebagainya. Di samping kebaikan teknologi ini, terdapat juga
keburukan-keburukan yang harus kita tangani dengan bijak.

Kebaikan:-

1. Alat perhubungan / komunikasi

Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit
di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana
mereka berada. Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana
memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang
berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja.
Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh
berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat
panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger,
Skype dan sebagainya.

2. Mendapat maklumat terkini

Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya
telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari
internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini
dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.

3. Sebagai Alat Hiburan

Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi
dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan
berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ramai juga menggunakan
Facebook untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka.

4. Memudahkan Kerja

Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk
mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat
kerja luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-
applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah
memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

Keburukan:-

1. Penyebaran khabar angin

Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku
apabila khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada
mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan
kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut.
2. Pembaziran Wang

Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang
terlampau banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar,
ibu bapa terpaksa menanggung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah
terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi
yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah
satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah member keuntungan berganda kepada
pembekal servis talian.

3. Pembaziran Masa

Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziran masa. Ini berlaku
apabila masa banyak dihabiskan dengan bermain “games”, melayari laman-laman sosial,
melayan sms/mms dan juga ber”chatting”. Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah
menyebabkan masa untuk beriadah, membaca buku, berjumpa kawan-kawan dan masa
dengan keluarga telah terhad. Ini memberi impak yang tidak baik untuk jangka masa
panjang.

5. Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan berkurangan

Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk dengan telefon bimbit.
Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai makan, satu keluarga sedang menunggu
pesanan mereka sampai, anak-anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit.
Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di masa
hadapan?

6. Menjejaskan Kesihatan

Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata terpaksa
bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau lama pada
“screen” yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk
mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas sms. Di
samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam
jangka masa yang panjang.

7. Menjejaskan Pelajaran

Keburukan ini khusus kepada para pelajar di mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya
masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan
telefon bimbit. Ianya sekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik
dalam telefon bimbit lebih menarik minat mereka daripada mengadap buku pelajaran.
Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan berlaku
di mana tumpuan kepada apa yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran untuk
membawa telefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh semua pihak.
Jangan hanya kerana satu dua kebaikan telah menutup empat lima keburukan. Lebih banyak
keburukan daripada kebaikan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Inilah antara kebaikan dan keburukan telefon bimbit kepada kita semua. Kita mesti lah bijak
dalam menggunakan telefon bimbit. Gunakan untuk kebaikan dan jauhi keburukan yang
mana boleh member kesan yang buruk kepada kita semua. Fikir-fikirkan.