Anda di halaman 1dari 1

mMasa itu emas bermaksud masa itu sangat berharga. Kita tidak boleh membuang masa begitu sahaja.

Masa seharusnya digunakan dengan sebaikbaiknya. Kita mestilah pandai membahagikan masa. Masa
yang cukup mestilah diperuntukkan untuk belajar dan berehat. Kita boleh membina jadual waktu untuk
menyusun kegiatan harian kita. Sikap suka membuang masa hendaklah dielakkan. Sebagai contoh,
janganlah kita menghabiskan masa bermain permainan komputer terlalu lama. Kebanyakan masa yang
ada tidak sepatutunya dihabiskan untuk berhibur sahaja. Orang yang menghargai masa akan
menggunakannya dengan sebaikbaiknya. Dia tidak akan melepak di pusat beli-belah. Sebaliknya dia akan
melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti membaca buku cerita. Kesimpulannya, kita mestilah
pandai menggunakan masa dengan berfaedah. Hal ini demikian kerana semua masa yang berlalu tidak
akan berulang kembali