Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum : 1

Tarikh : 28 Ogos 2018

Tajuk Jurnal : Murid Tidak Menjaga Kebersihan Diri Murid

1.Isu yang difokuskan

Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak
merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri;
merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang enteng akan
hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang
memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 5 hari (Ahad hingga Khamis) dan tidak
menggosok pakaian dan lain-lain. Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada
seorang murid sekolah.

Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat mendukacitakan


apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang agak kuat sehingga
boleh menyesakkan nafas orang di sekelilingnya. Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku
kepada murid Tahap 1, malahan ianya berlaku kepada murid di Tahap 2.

2. Analisis isu yang difokuskan (Punca dan Kesan Isu).

Punca murid tidak menjaga kebersihan pakaian dan diri ialah kerana tiada teguran serta
pendedahan yang kerap tentang pentingnya menjaga kebersihan diri.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh setiap
individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan ia
suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah
dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana
setiap sekolah meletakkan syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini
membuktikan bahawa kebersihan sangat penting bagi murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008)
menyatakan:

”Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan hygiene yang baik. Manusia perlu
menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak bau, tidak menyebarkan
kotoran, atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri mahupun orang lain.
Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencuci
tangan, dan memakai pakaian yang bersih”.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri) patut


dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan
bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-guru boleh
menganjurkan kempen-kempen seperti ”Personaliti Indah”, Diri Bersih dan Sihat” dan lain-lain.
Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari kesilapan mereka
dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka. Untuk
menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan, guru bimbingan boleh
mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti mempunyai masalah kebersihan
yang serius.

Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk
kebersihan, murid-murid akan memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh
kebersihan tersebut kepada diri sendiri, juga persepsi masyarakat terhadap mereka.
Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling bertanggungjawab
untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka individu pertama yang berinteraksi
secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu
memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan.
Walau bagaimanapun, murid-murid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional
dan bertindak untuk kebaikan mereka.

5. Tempoh masa penyelesaian : 1 Minggu


6. Tindakan susulan :

Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk


memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan secara berterusan
(seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan pagi sekolah). Guru disiplin harus memantau
keadaan ini dari semasa ke semasa.

7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan : 30 Ogos 2018

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat apabila murid tampil lebih
bersih dan bersemangat memberitahu guru bahawa baju yag dipakai masih bersih walaupun
sudah masuk waktu ke 6.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid. Keadaan
bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan sememangnya mempengaruhi
keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu, kebersihan diri juga mempamerkan personaliti
murid-murid, juga mencerminkan keperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Nasihat yang kerap kepada murid dapat memberi
kesedaran dalaman dan mengubah tabiat mereka. Namun begitu, ibu-bapa perlu lebih prihatin
dalam hal ini dalam usaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan usaha guru disekolah.

Rujukan

Ahmad Sulaiman (2008). Harga Sebuah Kesihatan, Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.