Anda di halaman 1dari 4

Sebagai sebuah negara kecil yang terletak di antara zon

perdagangan Barat dengan Timur, negara Malaysia tidak terlepas


daripada sebarang cabaran dan malapetaka, ‘yang datang tak
berjemput, pulang tak berhantar’. Sebilangan kecil daripada anak anak
yang berjaya dalam hidup yang sering mengabaikan ibu bapa mereka
sudah menjadi isu nasional yang memerlukan perdekatan yang efektif
dan pragmatik untuk membendungnya. Jadi, punca yang menjadi
tunjang masalah ini perlu dikaji sedalam-dalamya hingga menjadi akar
umbi. Sudah sewajarnya kita mengambil iktikhar daripada berita-berita
di media sosial dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menuangkan
kasih sayang terhadap ibu bapa kita yang telah membesarkan kita
sehingga menjadi seorang yang matang dan berjaya. Sebagai seorang
anak yang telah mengecapi nikmat hasil pengorbanan ibu bapa, kita
tidak sewajarlah mengamalkan sikap bagai kacang lupakan kulit
terhadap ibu bapa kita yang menjaga kita bagai menatang minyak yang
penuh. Setiap hari mereka berdoa kepada Tuhan yang maha Esa untuk
menjadikan anak mereka adiwangsa dan berguna kepada murba.
Kendatipun kita melakukan kesilapan, mereka akan memaafkan kita
kerana mereka maklum bahawa kita ini baru belajar mengenai
kehidupan. Tiada sebarang dendam pun disimpan di dalam hati mereka
kerana kita berumur setahun jagung, setampak pinang.
Walaubagaimanapun, hasil pengorbanan mereka dan jerit perih mereka
diambil enteng oleh anak anak mereka yang lahir dari darah daging
mereka sendiri. Persoalannya, adakah muasir ini kita sebagai anak
untuk membalas jasa ibu bapa kita? Sesungguhnya, terdapat pelbagai
minhaj untuk membalas jasa kepada ibu bapa kita.
Sudah terang lagi bersuluh, usaha yang signifikan yang boleh
dilakukan untuk menghargai jasa ibu bapa adalah dengan mendengar
nasihat ibu bapa kita. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang
dapat menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang
membabitkan ibu bapa dan anak anak menghiasi muka muka depan
akhbar di Malaysia sama ada kes seperti kes pembuangan ibu bapa
yang sudah tua atau kes anak remaja bertelingkar dengan kedua-dua
ibu bapa mereka. Cuba kita renungkan peristiwa yang berlaku pada 27
Oktober 2010 yang bertajuk ‘Tragedi biru 9 orang anak mengabaikan ibu
bapa mereka yang sudah tua’. Wajarkah 9 orang anak ini berbuat
sedemikian rupa? Pasti peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan
berlaku jika seseorang anak tidak mengamalkan sikap seperti kacang
lupakan kulit dan mendengar nasihat ibu bapa mereka. Anak-anak yang
mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa
mereka terutama ketika umur senja mereka. Janganlah kita membiarkan
nasihat ibu bapa kita umpana mencurahkan air ke daun keladi kerana
segala nasihat tersebut tidak lebih untuk kebahagiaan anak anak juga.
Kita sememangnya perlu belajar dengan orang yang lebih
berpengalaman daripada kita. Dalam hal ini, ibu bapa merupakan guru
yang mengajar kita erti kehidupan. Apabila kita mematuhi segala nasihat
yang diberikan oleh ibu bapa, ia dapat memaparkan bahawa kita
menghormati mereka sebagai ibu bapa kita. Al- Ghazali Byrumi
menyatakan bahawa biarlah hidup kita beradap, janganlah kita hidup
dengan biadap. Jadi, tegaslah di sini bahawa kita haruslah menghargai
jasa ibu bapa kita dengan mendengar dan mentaati segala perintah dan
nasihat yang diberikan oleh mereka.
Memetik wasitah nirmala seterusnya, bagi membalaskan jasa ibu bapa
kita, apa salahnya kita menyelami hait kecil mereka dengan memberikan
hadiah yang istimewa kepada mereka pada hari-hari yang istimewa
seperti hari perulangan perkhawinan, hari jadi dan hari-hari perayaan.
Pada hari yang bermakna itu, hulurkan hadiah-hadiah yang istimewa
untuk menjadikan santapan rohani mereka. Walaupun hadiah tersebut
bernilai sekata bernilai beberapa sen sahaja, tetapi memadai untuk
menjadi simbolik kepada nilai kasih sayang mereka kepada kita bak laut
yang tidak bertepi. Kita boleh membawa ibu bapa kita untuk melancong
pada hari yang istimewa atau kita boleh menemai ibu bapa kita untuk
berjumpa dengan kawan mereka.Kita boleh memperkenalkan ibu bapa
dalam majlis yang besar dan menjadikan mereka sebagai tetamu
istimewa. Bayangkanlah betapa linangan air mata ibu bapa pada waktu
itu pasti menjadi pembasuh api mereka. Ingatkan doa restu dan
kepuasan jiwa mereka akan menjadi titian kejayaan kita sama ada di
dalam dunia atau di akthibar.
Menurut kodifikasi hujah seterusnya, cara untuk membalas jasa ibu
bapa yang seterusnya ialah dengan menjaga kedua dua ibu bapa kita
dengan baik semasa usia senja mereka. Sejak kita dilahirkan sehingga
kita menjadi dewasa, ibu bapa sabar memelihara kita, seharusnya kita
menunaikan pula tanggungjawab kita kepada mereka selagi hayat
mereka di kandung hadan. Meniti usia tua bersama anak-anak mereka
pastinya menjasi suatu hadiah terhebat buat ibu bapa. Peliharalah
mereka apabila mereka sudah tua atau ketika mereka sakit. Jika ibu
bapa tidak pernah bosan melayan keletah anak-anak mereka, tiada
salahnya anak-anak yang telah dewasa memelihara mereka ketika usia
senja mereka. Janganlah ditambah lagi bilangan penghuni rumah orang
tua. Habislah usia tua mereka dengan merasai kasih sayang daripada
cahaya mata mereka. JIKA SEORANG IBU BOLEH MENJAGA 9
ORANG ANAK,MENGAPA 9 ORANG anak tidak boleh menjaga
seorangn ibu? Sudah pasti jawapannya ialah kerana tiada sikap
tanggungjawab dalam kalangan anak-anaknya. Sebagai anak yang
bersoleh, kita perlu memahami keperluan ibu bapa kita, Setiap ibu
bapa mesti pernah berkata kepada anaknya ‘Adik, Ibu tidak minta harta
daripada adik, ibu tidak minta ilmu adik. Tetapi cukuplah jika adik
menjenguh ibu sekali sekala apabila adik besar nanti’. Begitulah besar
harapan seorang ibu ada untuk anaknya. Hajat mereka hanya inginkan
anak meluangkan masa bersama mereka .Oleh disebabkan demikian,
peliharalah mereka kerana mereka memeliharakan kita bagai menatang
minyak yang penuh.
Cara seterusnya yang harus kita lakukan untuk membalas jasa ibu
bapa adalah belajar dengan bersungguh-sungguh. Hal ini dikatakan
demikinan kerana ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan daripada
anak mereka, bukanlah wang tunai dan harta benda. Kita hendaklah
belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mengerapi segala
impian dan harapan ibu bapa kita. Sebagai tamsilan, apabila kita berjaya
dalam bidang akademik, kejayaan ini bukan sahaja dapat
membanggakan diri, tetapi juka akan memgembirakan hati ibu bapa kita.
Segala jerit perih dan penat lelah anak dan ibu bapa akan terbayar. Ibu
bapa juga akan berasa senang hati melihat kejayaan anak mereka
kerana pengorbanan masa dan wang mereka untuk menghantar anak
mereka ke sekolah adalah berbaloi dengan kejayaan mereka. Sebagai
anak yang bertanggungjawab , kita perlu mengutamakan pelajaran
denga cuba sedaya upaya untuk memastikan matlamat akademik kita
tercapai. Kita tidak boleh lepaskan peluang untuk menuntut ilmu
pengetahuan agar kita menjadi insan berilmiah dan dapat menyumbang
kepada masyarakat,ini juga merupakan hasrat semua ibu bapa, tiada
ibu bapa yang nak anak gagal dalam hidup dan asas kejayaan hidup
kita ialah menjadi manusia yang berilmu, maka jelaslah bahawa anak
anak perlulah membalas jasa ibu bapa dengan belajar bersungguh-
sungguh.
Selain daripada itu, anak-anak hendaklah sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahagian ibu bapa di dunia dan akhirat . kita perlu
berdoa dan memohon pertolongan dariapda tuhan agar ibu bapa kita
sentiasa sihat dan bahagia, penghargaan kepada jasa dan pengorbanan
seorang ibu tidak semestinya ditunjuk seara terang-terangan, berdoa
untuk nya juga merupakan tanda membalas jasa ibu bkita. Kita perlu
berdoa dengan ikhlas agar doa itu dimakbulkan. Kita juga boleh
menghargai jasa ibubapa setelah mereka meninggal dunia
denganberdoa agar jasabnya berada dalam keadaan aman. Kita juga
boleh menggunakan wang peninggalan ibu bapa untuk bersedekah
kepada anak yatim serta mendoakan kesejarahteraan ibu bapa di alam
akhirat supaya rohnya sentiasa tenang. Doa merupakan senjata orang
mukmin. Biar jauh beribu batu tapi jangan lupa mendoakan
kesejahteraan mereka dunia dan akhirat Doa juga pengikat kasih
sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Oleh itu, jadikan amalan
mendoa kebahagian ibu bapa sebagai satu amalan dan keutamaan
harian, doa itu berkat, maka, berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa
kita.

Sebagai meggulung segala yang dibicarakan, hargailah ibu dan bapa


kita. Janganlah dinanti jenazah ibu atau bapa dibawa ke liang lahad,
kerana saat itu semuanya telah terlambat.. kita perlulah sentiasa
menghargai IBUBAPA KITA dengan sepenuh hati agar mereka berasa
diri mereka disayangi oleh kita. Memanglah yang patah tumbuh, yang
hilang berganti, tetapi hilangnya tiada berganti, hilangnya bapa tiada
yang lain lagi. Selagi masih ada bulan mentari, selagi masih ada rasa di
hati, ucapkanlah kepada ibu dan bapa betapa anda menghargai mereka,
seperti yang terungkap dalam bait-bait lagu merdu dendangan Sudirman
yang bertajuk 'Ayah dan Ibu', terdapat satu mesej yang jelas tentang
perlunya anak bertanggungjawab terhadap ibu dan bapa, dan mesej itu
berbunyi; '
Ayah dan ibu,
Ayah dan ibu,
Itulah permulaan kami,
Dapat melihat bulan dan matahari.'
Oleh itu, beringatlah wahai insan yang bergelar anak.

Anda mungkin juga menyukai