Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 1 / 2018

Program: Nama Pelajar:


PISMP
Kod: Semester / Tahun:
FKIK3013 S1 T3
Ambilan:
Nama Kursus: Jun 2016
Pendidikan Islam Kumpulan: RBT, Pemulihan

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Esei 15.07.2018 13.08.2018

2. Pembentangan 15.08.2018 27.08.2018

3. Kuiz 16.07.2018 13.09.2018

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Membincangkan konsep asas pembinaan insan menurut Islam.


2. Membincangkan konsep perkahwinan dalam Islam secara pembentangan.
3. Menjelaskan proses pelaksanaan dan pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam
secara pembentangan berkumpulan.
4. Menganalisis pengurusan masalah keluarga dan perkahwinan.
5. Menerangkan prosedur perkahwinan di Malaysia.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, dan 5

Objektif Kerja Kursus:

1. Membincangkan konsep perkahwinan dalam Islam secara pembentangan.


2. Menjelaskan proses pelaksanaan dan pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam
secara pembentangan berkumpulan.
3. Menerangkan prosedur perkahwinan di Malaysia.

1
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Penulisan Esei (50 %)

Institusi kekeluargaan adalah elemen paling asas dan penting dalam proses pembentukan
landskap masyarakat yang harmoni dan kelangsungan ummah. Pembinaan sesebuah
keluarga bertitik tolak dengan keinginan seseorang orang berkahwin. Keinginan untuk
berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk
Allah SWT. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti
memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi
keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi,
yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan
kesejahteraan hidup berumah tangga. Semua pasangan yang berkahwin mengharapkan
dapat hidup bersama, berkongsi masalah suka duka,mendidik anak dan sebagainya.
Namun,kadang kala harapan ini tidak tercapai kerana berlaku perselisihan dan pergaduhan
sehinggalah terjadinya perceraian. Oleh itu Islam telah menyediakan beberapa cara dan
jalan terakhir sekiranya suami isteri bertekad untuk membubarkan perkahwinan.

 Menjelaskan konsep perkahwinan menurut syariat Islam.


 Bincangkan jenis-jenis keadaan yang berkaitan dengan pembubaran sesebuah
perkahwinan.
 menjelaskan prosedur perkahwinan Islam yang menjadi amalan di Malaysia.

Tugasan 2: Pembentangan (25 %)

Membentangkan secara berkumpulan pelaporan penulisan individu dengan menggunakan


aplikasi yang sesuai.berkaitan pelaksanaan dan pembubaran perkahwinan menurut syariat
Islam

Tugasan 3: Kuiz (25 %)

 Sebanyak empat kali kuiz akan diadakan sepanjang tempoh pembelajaran.


 Setiap kali kuiz mengandungi 10 soalan struktur.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1, 2, dan 3 adalah tugasan individu


2. Format penulisan tugasan 1 adalah seperti berikut :
3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2. Jenis huruf adalah Times New roman Arial
3.3. Saiz huruf – 12
3.4. Langkau 1.5 baris
3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6. Jawab dalam Bahasa Melayu
3.7. Panjang penulisan sekitar 1500-2000 patah perkataan.
3. Format tugasan 2 dan tugasan 3 adalah mengikut kreativiti dan kefahaman anda.
4. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam penulisan anda.
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
6. Anda wajib sertakan Borang Maklum Balas Tugasan bersama tugasan anda.

2
7. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
8. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat mengikut format yang
ditetapkan.
9. Borang salah laku akan dikeluarkan jika pelajar tidak menghantar tugasan kerja
kursus mengikut tarikh serahan.
10. Tugasan 1 membawa markah 100% (wajaran 50%), tugasan 2 membawa markah
100% (wajaran 25%), dan tugasan 3 membawa markah 100% (wajaran 25%)
11. Wajaran keseluruhan kerja kursus ialah 100%.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(DR. HJ. MOHD YUSOFF BIN DAGANG) (KHAIRUL ANWAR BIN ABU BAKAR)
Pensyarah Pakar Bidang (PD)
Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGK Tun Hussein Onn

Disahkan oleh:

(DR. RAFIAH BINTI ABDUL RAHMAN)


Timbalan Pengarah
IPGK Tun Hussein Onn