Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sebelum majlis kita bermula, dimohon para hadirin memastikan telefon bimbit tuan/puan
dalam mode senyap atau silent. Terima kasih.
Ketibaan Yang Berbahagia En.Zaki Bin Saad, Pengetua SMK Mak Mandin bersama En. ,
Yang DiPertua PIBG SMKMM, Barisan Penolong Kanan dan tetamu-tetamu jemputan.
Lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang. Majlis mohon berdiri.
************
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia tuan dan para hadirin yang dihormati.
Yang Berbahagia En. Zaki Bin Saad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin
Yang Berusaha En.Foo, Yang Dipertua PIBG SMK Mak Mandin, dan Kepimpinan Ahli
Jawatankuasa PIBG SMK Mak Mandin penggal lalu.
Barisan pentadbir, Guru-guru, ibu bapa, para penjaga seterusnya sidang hadirin yang
dihormati.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang
Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk
kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali
ke-43 SMK Mak Mandin.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya
menjemput Al-Fadhil En.Abdul Aziz bin Baharom untuk memimpin bacaan doa. Majlis
mempersilakan.
*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.Abdul Aziz bin Baharom atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.
Kepimpinan diteladani,
1
SKRIP PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke-43SMKMM 2018
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha En. Foo Kean Kong,
YDP PIBG SMK Mak Mandin untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya
majlis mempersilakan.
*Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha En. Foo Kean Kong, YDP PIBG SMK
Mak Mandin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Seterusnya, majlis dengan sukacita dan penuh takzim menjemput Yang Berbahagia En. Zaki
Bin Saad, Pengetua SMK Mak Mandin merangkap penasihat PIBG SMK Mak Mandin bagi
menyampaian ucapan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
PIBG SMK Mak Mandin kali ke-43. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Zaki
Bin Saad, Pengetua SMK Mak Mandin atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara penyampaian cenderahati kepada AJK
PIBG sesi 2017/2018.
2
SKRIP PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke-43SMKMM 2018
Majlis diteruskan lagi dengan Taklimat berkaitan Program Jom Ubah oleh En Zaidi Bin
Hamzah selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Mak Mandin. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
*Majlis merakamkan ribuan terima kasih diucapkan kepada En Zaidi Bin Hamzah. Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SMK Mak Mandin atas taklimat Program Jom Ubah tadi.
Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK MAK MANDIN 2018 yang akan
dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Mak Mandin, En.Foo Kean Kong.
Dijemput Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2017/2018 untuk duduk di barisan hadapan yang
telah disediakan,
Sebelum menyerahkan majlis ini kepada pengerusi mesyuarat kami tinggalkan majlis dengan
dua rangkap pantun.