Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH

TAJUK:TEMPAT BERSEJARAH
TEMA:TUGU PERINGATAN PULAU SAYAK

Kalau sebut Tugu Peringatan Tsunami Kuala Kedah ni, mesti ramai yang tak tau kan. Monument
ni dibina sebagai memperingati tsunami yang melanda Kuala Muda pada tahun 2004. Dah 10
tahun kan, tragedi ni, jadi supaya masyarakat pada masa akan datang tidak melupakan peristiwa
ini, tugu peringatan ini pun didirikan. Tugu ni dibina menggunakan 26 bot nelayan yang rosak
akibat tragedi tersebut, yang mengambarkan tarikh 26 Disember dan ia dibina sedemikan rupa
kerana semasa tragedi bot-bot nelayan bertindih antara satu sama lain.
Masa tiba di sini minggu lepas, dah tak nampak kesan tsunami tu lagi. Semua telah dibangunkan
semula seperti sebelum kejadian berlaku. Kedai-kedai makan pun banyak sekitar tugu ni.
Mungkin tempias sekiranya ada pengunjung yang datang nak tengok tugu peringatann.
Di sebelah tugu peringatan ni, terdapat kawasan berpagar yang menempatkan rumah-rumah
penduduk yang musnah disebabkan ombak besar semasa tsunami melanda kampung ni.
Kebanyakkan rumah penduduk di persisir pantai iaitu Kampung Sungai Muda dan Kampung
Sungai Tepi musnah. Sekarang rumah-rumah yang kosong tu dijadikan memorial tsunami
kepada pengunjung yang melawat kawasan ini.
Sebelum pulang, sempat la, bersantai di persisr pantai dekat kawasan tugu peringatan ni.
Kawasan persisir pantai ni memang panjang, cuma tak boleh mandi, sebab berselut. tapi memang
berangin dan sejuk je semasa berada di sini. Kalau dari jauh, dah boleh nampak bagunan di Pulau
Pinang yang pesat membangun dan bot-bot nelayan yang pulang dari laut.
Setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah kan. Sekarang, banyak kemudahan baru yang
dibuat untuk nelayan disini. Diharapkan nelayan disini mendapat kehidupan yang lebih baik
melalui peruntukkan yang diberikan. Tanpa nelayan, kat mana la kita nak cari ikan lauit.. Nak
mancing, susah sekali, jadi hargai lah keringat nelayan.

Anda mungkin juga menyukai