Anda di halaman 1dari 9

Pemimpin Berkesan

Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan perlu mewarisi ciri-ciri berikut:

1. Mengetahui dan melatih diri.

Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, berinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia diri.

2. Mengetahui dan mengawal gaya.

Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.

3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain.

Mengikut andaian-andaian Teori Y, Mc Gregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesaikan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.

4. Memenuhi keperluan-keperluan staf.

Ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan Mc Gregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi? Mc Gregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamat-matlamat organisasi.

5. Bertindak sebagai pemimpin.

Dalam semua hal, pemipin perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.

Mengikut Renihan (1996) terdapat tujuh kemahiran utama pengurusan sekolah yang berkesan, iaitu:

1. Kemahiran hubungan manusia

2. Kemahiran kepimpinan

3. Kemahiran organisasi

4. Kemahiran komunikasi

5. Memahami, sabar dan empati

7. Latar belakang akademik

Model atau Teori

Teori kepimpinan yang digunakan untuk menggambarkan kajian ini adalah teori kontigensi. Menurut Robiah (2003), teori kontigensi mengandaikan bahawa keberkesanan kepimpinan adalah bergantung kepada kesesuaian atau keselarasan personaliti pekerja dan tingkah laku pemimpin dengan faktor-faktor situasi seperti struktur tugas, kuasa, kedudukan atau jawatan, dan kemahiran serta sikap pekerja. Teori ini juga menganggap tiada satu pun gaya kepimpinan yang baik dan sesuai untuk semua situasi, semuanya bergantung kepada situasi semasa dan tahap keupayaan pekerja. Pengurus sekolah sebagai seorang pentadbir dan juga pemimpin harus mengenal pasti faktor-faktor yang paling penting yang boleh mempengaruhi tingkah laku kakitangan atau ahli yang dipimpinnya dalam situasi yang tertentu, dan meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan untuk situasi tersebut. Model teori yang digunakan di bawah teori kontigensi ini ialah model teori laluan matlamat House yang telah diasaskan oleh Martin G. Evans dan Robert House pada tahun 1971, diambil dan diubahsuai daripada buku Teori Asas Pendidikan oleh Robiah Sidin (2003), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1 : Model diubahsuai dari Model Teori Laluan Matlamat House

GAYA KEPIMPINAN

- Kolaboratif Terbuka

- Autoritatif Membina

- Situasi

- Transformasi

- Pengajaran

- Pemudah Cara

PERUBAHAN TINGKAH LAKU

- Tahap motivasi dan kepuasan guru

- Pemantapan pengurusan sekolah

- Pengembangan potensi diri dan inovasi

- Amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkesan.

Proses amalan gaya kepimpinan dikomunikasikan kepada kakitangan

Model Teori Laluan Matlamat menyokong Teori Kontigensi Fielder dan berdasarkan Teori Motivasi Harapan. Mengikut teori ini, pemimpin dianggap berkesan apabila pemimpin boleh meningkatkan tahap penerimaan dan motivasi dalam kalangan pekerja yang diuruskannya. Fokus teori ini adalah tingkah laku pemimpin, bagaimana pemimpin dapat mengubahsuai stail kepimpinannya supaya berkesan dengan keadaan atau situasi yang dihadapi. Selain itu, menurut teori ini motivasi, kepuasaan dan pelaksanaan kerja seorang pekerja (guru) bergantung kepada gaya kepimpinan yang dipilih. Kepelbagaian dimensi tingkah laku kepimpinan diselidik melalui teori ini. Antaranya, termasuklah struktur permulaan pemimpin, pertimbangan, autoritatif, pengaruh hierarki dan darjah keakraban penyeliaan. Setiap dimensi itu dianalisis berdasarkan variable laluan Matlamat, seperti valens dan instrumentaliti.

Gaya-gaya kepimpinan yang akan dibincangkan adalah gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan situasi, gaya kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan pengajaran. Berdasarkan teori ini, proses pengurus sekolah mengamalkan gaya kepimpinannya akan mempengaruhi kakitangannya dengan mengambil kira situasi organisasi dan personaliti pekerja. Situasi organisasi dirujuk kepada struktur tugas, peraturan dan sistem kuasa manakala personaliti pekerja pula merujuk kepada keperluan peribadi, kebolehan pekerja dan kawalan diri. Proses ini akan membentuk perubahan tingkah laku kakitangannya. Gaya kepimpinan pengurus sekolah akan meningkatkan motivasi dan kepuasan guru, memantapkan pengurusan sekolah, mengembangkan potensi diri dan inovasi guru dan pelajar, dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan mengenai jenis gaya kepimpinan dan pengaruhnya dalam perubahan tingkah laku kakitangan akan dibincangkan dibawah.

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Motivasi dan Kepuasan Kerja Guru

Amalan gaya kepemimpinan seseorang pengurus sekolah mampu memberi kesan terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru-guru dan staf dibawahnya. Shukri (2004), sependapat bahawa gaya kepimpinan pengurus sekolah mempunyai pengaruh terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan kerja pekerja. Contohnya, mendapati bahawa amalan komunikasi kepemimpinan ketua sama ada kolaboratif terbuka atau autoritatif membina mempunyai pengaruh yang ketara terhadap kepunyaan yang kuat oleh warga organisasi (motivasi intrinsik) dan mempengaruhi sikap penglibatan mereka dengan berkesan terhadap tugas dalam organisasi

(motivasi ekstrinsik). Walau pun kedua-dua gaya kepimpinan tersebut memberi kesan positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja staf, pengaruh gaya kepimpinan

kolaboratif terbuka

kuat.

didapati

lebih

Mohd. Nor (2004) yang mengkaji amalan gaya kepimpinan guru besar kepada stafnya pula mendapati tingkah laku (gaya) kepemimpinan pengajaran guru besar memberi kesan positif kepada motivasi dan komitmen kerja guru. Faktor insentif yang memuatkan cara-cara guru besar menghargai, memuji dan mengukuhkan prestasi guru sebagai satu bentuk insentif kepada guru-guru dan seterusnya meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja guru.

Melalui gaya kepemimpinan situasi, pengurus sekolah mengamalkan gaya kepemimpinan berbeza kepada guru yang berbeza dalam situasi-situasi berbeza. Cara pengurus sekolah menggunakan pendekatan berbeza mengikut kesesuaian situasi ini membantu mewujudkan suasana kondusif dan bermotivasi dalam kalangan guru apabila mereka diuruskan dengan adil dan sesuai dengan tugas yang diberi (Maimunah, 2004). Contoh gaya berbeza terhadap individu berbeza adalah seperti berikut :

a. Gaya mengarah biasanya kepada guru-guru baru/ guru berprestasi rendah/

mengelak tugas.

b. Gaya membimbing biasanya kepada guru yang kurang pengalaman dan

pengetahuan tentang kelas.

c. Gaya menyokong biasanya kepada guru berpengalaman.

d. Gaya mendelegasi biasanya kepada guru kanan/ pentadbir sekolah.

Kajian terhadap amalan gaya kepimpinan transformasional dalam kalangan pengurus sekolah juga mendapati bahawa pengurus sekolah dapat mengenal pasti keperluan pengikut dan sentiasa cuba meningkatkan keperluan pengikut ke

peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama juga, pengurus sekolah cuba memenuhi keperluan perkembangan potensi kakitangan

(Chan,

2004).

Kesimpulannya, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus sekolah sama ada gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan pengajaran, gaya kepimpinan situasi atau gaya kepimpinan tranformasional memberi kesan positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru. Guru yang bermotivasi dan mendapat kepuasan kerja dapat membantu mewujudkan sekolah berkesan dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Kesan

Amalan

Gaya

Kepemimpinan

Terhadap

Pemantapan

Pengurusan

Sekolah

 

Gaya

kepimpinan

pengurus

sekolah

memberi

kesan

terhadap

pemantapan

pengurusan

sekolah.

Gaya

pemudah

cara,

gaya

pengajaran,

situasi

dan

transformasional adalah gaya yang dinyatakan memberi kesan positif terhadap

sekolah.

pemantapan

pengurusan

Kecemerlangan organisasi banyak dipengaruhi oleh elemen-elemen seperti guru dan murid, struktur pentadbiran sekolah, teknologi pendidikan dan persekitaran sekolah yang sihat. Pengurus sekolah yang mengamalkan gaya pemudah cara sentiasa mengemaskini elemen-elemen tersebut, menyediakan spesifikasi kerja yang baru, mengatasi apa jua konflik yang dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah.

Dalam konteks keberkesanan sekolah-sekolah rendah di luar bandar, faktor kepemimpinan pengajaran merupakan salah satu faktor utama yang menentukan keberkesanan sesebuah sekolah (Mohd Nor, 2004). Sekolah yang berkesan mempunyai guru besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan.

Dalam kajiannya, Maimunah (2004) mendapati pengurus sekolah yang menjadi respondennya mengamalkan gaya kepimpinan membimbing sebagai gaya kepemimpinan utama dan gaya menyokong sebagai gaya kepemimpinan kedua. Ini bermakna pengurus sekolah tersebut mengamalkan gaya kepemimpinan mengikut kesesuaian situasi dan masalah yang berlaku. Mereka berkebolehan dan berani dalam membuat keputusan. Ini adalah positif apabila seorang ketua dilihat boleh menguruskan sesuatu perkara dan tahu bertindak sewajarnya dan menjadikan

pengurusan

berkesan.

Gaya pemudah cara telah membantu pentadbir memberi tumpuan kepada aspek pengurusan sekolah dengan tidak perlu lagi memikirkan bebanan yang akan ditanggung oleh guru-guru. Sementara Chan (2004) pula mendapati gaya kepimpinan transformasional memupuk para pentadbir untuk mewujudkan pengurusan yang kolaboratif dan keberkesanan pengurusan sekolah.

Kesimpulannya, gaya-gaya kepimpinan pemudah cara, gaya pengajaran, situasi dan transformasional telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pemantapan pengurusan sekolah. Gaya-gaya tersebut juga didapati memberi kesan positif terhadap keberkesanan sekolah kecuali gaya kepimpinan pemudah cara. Noordin (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan pemudah cara hanya memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi.

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Perkembangan Potensi Diri dan Inovasi

Gaya kepimpinan pengurus sekolah mempunyai pengaruh terhadap perkembangan potensi diri dan inovasi pekerja. Perkembangan potensi diri dan inovasi mencerminkan kebolehan guru atau staf dalam sesebuah sekolah untuk menggunakan bakat atau potensi diri dalam melakukan perubahan dalam suatu kaedah P&P atau proses kerja. Perkembangan potensi diri dan inovasi ini

dorongan daripada kepimpinan.

memerlukan

Chan (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasional yang diamalkan

oleh pengurus sekolah cuba memenuhi keperluan perkembangan potensi kakitangan apabila beliau dapat mengenal pasti keperluan pengikut dan sentiasa cuba meningkatkan keperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi. Amalan pengurus sekolah ini juga berupaya membentuk keazaman diri dan kemampuan mendorong seluruh warga organisasinya melaksanakan inovasi dalam pendidikan dan mempunyai inisiatif untuk melakukan perubahan. Sementara Shukri (2004) pula mendapati gaya kepemimpinan kolaboratif terbuka dan autoritatif membina yang diamalkan oleh pengurus sekolah berupaya menerbitkan perlakuan yang menghargai dan memartabatkan organisasi secara sukarela, ceria dan inovatif.

Satu kajian berkaitan gaya kepemimpinan pemudah cara dalam mempengaruhi tekanan kerja, telah menunjukkan bahawa hanya terdapat sedikit sahaja guru yang mengalami tekanan hasil dari tingkahlaku pemimpin organisasi sesebuah sekolah (Noordin, Sharifudin & Azizi, 2004). Ini menunjukkan tingkah laku positif seorang pengurus sekolah menghasilkan tingkah laku yang positif daripada kakitangannya.

Kesimpulannya, gaya kepimpinan pengurus sekolah yang positif juga dapat mendorong guru dan staf untuk memperkembangkan potensi diri dan melaksanakan inovasi dalam urusan kerja seharian. Gaya yang positif ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru dan staf.

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan.

Kajian-kajian yang dilaksanakan mengenai gaya kepimpinan pengurus sekolah menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional , gaya kepimpinan pengajaran dan gaya pemudah cara apabila diaplikasikan oleh pengurus sekolah dapat meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di sekolah.

Gaya kepimpinan transformasional membantu para pentadbir ke arah menggalakkan perkembangan pembelajaran pelajar melalui program-program pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jelas menunjukkan bahawa terdapat perubahan kepada pengajaran dan pembelajaran melalui gaya kepimpinan pengajaran. Cara Pengurus sekolah memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum membuktikan bahawa sekolah yang berkesan dari sudut pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan. Seorang pengurus sekolah yang mempunyai kemahiran dalam pemimpin pengajaran boleh membawa perubahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran para muridnya.

Kajian Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope (2004) pula mendapati bahawa pengurus sekolah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran melalui gaya pemudah cara dan tingkah laku beliau dalam menangani perubahan. Sebilangan besar guru bersetuju bahawa pengurus sekolah bekerja sama dengan guru dan memberi keutamaan kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kesimpulannya, amalan gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan pengajaran dan gaya pemudah cara oleh pengurus sekolah mampu memberi kesan terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Melalui gaya-gaya kepimpinan ini, pengurus sekolah mendapat kerjasama guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rumusan

Kepimpinan adalah proses di mana individu mempengaruhi ahli kumpulan lain bagi mencapai matlamat kumpulan atau matlamat organisasi. Pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkualiti, berwibawa dan berkesan akan dapat menggerakkan anggota-anggota sekolah melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi ke arah mencapai aspirasi dan objektif-objektif yang telah ditentukan. Kajian ini menekankan bahawa kepimpinan sangat mustahak bagi menentukan kejayaan organisasi malah mungkin ia faktor terpenting yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. Namun begitu, gaya kepemimpinan pemudah cara yang diamalkan oleh pengurus sekolah hanya memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi.

Berdasarkan bukti-bukti daripada kajian ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengurus sekolah adalah faktor yang membantu perubahan tingkah laku dalam organisasi. Gaya kepimpinan yang positif membantu mewujudkan perubahan yang positif dalam organisasi seterusnya menggalakkan kewujudan organisasi sekolah yang berkesan.

Kaedah kepimpinan situasi oleh Kenneth Blanchard dan Paul Hersey menegaskan bahawa pemimpin mesti menggunakan stail yang berbeza pada situasi yang berbeza. Model ini membenarkan kita sebagai pemimpin menganalisis situasi tertentu dan seterusnya menggunakan stail yang terbaik bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. Bergantung kepada kompetensi seseorang pengikut disamping tahap komitmen terhadap tugasnya stail kepimpinan yang diaplikasikan berbeza dari seorang pengikut kepada pengikut yang lain.

Blanchard dan Hersey mengkategorikan stail kepimpinan kepada empat kategori berasaskan kepada tahap arahan dan sokongan yang diberikan oleh pemimpin kepada subordinatnya . Ianya pula mestilah disesuaikan dengan tahap kompetensi dan komitmen pengikut. Empat stail tersebut ialah mengarah, memimpin, menyokong dan mendelegasi.

Andaian asas model kepimpinan situasi ini ialah pemimpin mampu dan sanggup memilih orientasi berasaskan aras kesediaan orientasi pengikut dan dimensi kerja serta hubungan dengan pengikut. Peroses pemilihan stail dalam kepimpinan situasi dimulai dengan pemimpin membuat penilaian yang menyeluruh terhadap

subordinatnya. Melihat aras komitmen dan kompetensi terhadap tugasan yang diberi. Pemimpin akan menentukan aras arahan "directive" yang bersesuaian dengan subordinat. Berbincang tentang situasi yang ada dengan subordinat, menetapkan matlamat bersama, memberi sokongan dan seterusnya memantau dan menyelaras pembetulan yang perlu.

Pengurus sekolah mengamalkan stail kepimpinan situasi dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Bersesuaian dengan pendekatan kepimpinan situasi Pengurus sekolah mengutamakan sifat kefleksibilan apabila berhadapan dengan subordinat yang berbeza dalam situasi yang berbeza Stail kepimpinan yang utama ialah membimbing, adakalanya menyokong, mengarah dan mendelegasi. Pengurus sekolah sentiasa bersedia dan berani memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru di samping mewujudkan hubungan dua hala yang baik. Pengurus sekolah dapati kebaikannya di antara lain ialah arahan tugas adalah jelas, tunjuk ajar yang dilakukan secara berterusan, pendapat guru diambil kira dalam membuat keputusan yang diambil oleh Pengurus sekolah. Stail kepimpinan yang berbeza diamalkan kepada guru yang berbeza. Keadaan ini bergantung kepada faktor komitmen dan tahap kompetensi guru-guru berkenaan. Batasannya ialah ada kalanya rumusan yang Pengurus sekolah dapati dalam menganalisis situasi tidak begitu tepat.

Bibliografi

Chan Yuen Fook. 2004. Kepimpinan Transformasional Dan Inovasi Pendidikan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin

Baki,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia.

Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur:

DBP.

Ishak

bin

Din.

2003. Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran. Gaya

Manakah

Yang

Manakah

Diperlukan

Oleh

Pengetua?

Jurnal

Pengurusan dan

Kepimpinan

Pendidikan.

Institut

Aminudin

Baki:

9-10.

Maimunah bt Muda. 2004. Kepemimpinan Situasi Di Kalangan Pengetua Sekolah di Malaysia. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Nor bin Jaafar. 2004. Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan Kerja Guru : Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia

Noordin Hj Yahaya, Sharifudin Ismail, PM Dr. Azizi Hj Yahaya. 2004. Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki,

Malaysia.

Kementerian

Pelajaran

Razali bin Mat Zin. 1996. Kepimpinan Dalam Pengurusan. Utusan Publications and

Distributors

 

Sdn.

Bhd.

Robiah

Sidin.

2003.

Teori

Pentadbiran

Pendidikan.

Bangi:

Penerbit

Universiti

Kebangsaan

 

Malaysia.

Shukri bin Haji Zain. 2004. Komunikasi Kepemimpinan dan Hubungannya Dengan Motivasi. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.