Anda di halaman 1dari 15

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 5 PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

SINOPSIS

Sebagai seorang guru, anda berpeluang untuk mendidik kanak-kanak dan


menyumbang dalam perkembangan diri kanak-kanak tersebut. Usaha murni ini
memberikan kepuasan peribadi kerana anda telah mampu menyampaikan ilmu
sebagai seorang yang terlatih dalam bidang pendidikan dan mempunyai strategi
yang tersusun. Murid-murid yang anda didik itu mampu menggunakan ilmu yang
dipelajari mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup mereka.
Murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran, pendengaran, dan
penglihatan juga tidak dikecualikan daripada dididik dan dilatih. Mereka perlu
pergi ke sekolah untuk pembelajaran yang terancang dan bersistematik,
bersesuaian dengan tahap keupayaan dan kebolehan mereka. Di sini, guru
pendidikan khas yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang khas
memikul tanggungjawab memberikan pelajaran dan latihan kepada mereka. Satu
hari nanti, anda mungkin akan memikul tanggungjawab tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan ciri-ciri, peranan dan tugas guru pendidikan khas;


2. Mengenal pasti kemudahan-kemudahan fizikal yang perlu disediakan
untuk murid-murid bermasalah penglihatan, pendengaran, dan
pembelajaran; dan
3. Menyenaraikan perabut dan peralatan yang diperlukan oleh murid-murid
bermasalah penglihatan, pendengaran, dan pembelajaran
.

81
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KERANGKA TAJUK

Peranan Guru Pendidikan Khas

Tugas-tugas - Pelaksana Aktiviti Program


- Penyelaras - Pendidkan Khas
- Pengajar/fasilitator - Pembimbing/Kaunselor
- Penyimpan Rekod - Perujuk’
- Penghubung’ dengan ibu
bapa dan
masyarakat
- Perantara

KANDUNGAN

5.0 Profesion Keguruan Pendidikan Khas

Sekiranya anda adalah seorang guru pendidikan khas. Apakah ciri-ciri


khas yang anda perlu miliki untuk berhadapan dengan murid-murid
yang mempunyai pelbagai keperluan khas? Adakah anda faham
tentang peranan yang anda akan main dan tugas- tugas yang akan anda pikul
sebagai guru pendidikan khas? Pada pandangan anda perlukah seorang guru
pendidikan khas memiliki ciri-ciri yang khusus ini?

Anda pasti seronok menjadi guru pendidikan khas. Sekiranya anda berada dalam
dunia pendidikan khas, misinya hanya satu: membimbing mereka. Kadangkala
sejak kecil lagi, jiwa kita sebati dan berazam membantu murid istimewa, Hati kita

82
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

terpanggil bagi menyumbangkan bakti kepada mereka. Seolah-olah hidup kita


ditakdirkan membantu mereka yang kurang upaya.

Bagi mereka yang pernah mempunyai hubungan dengan insan istimewa, sudah
pasti desakan dalam diri mereka sangat kuat melibatkan diri dalam bidang
pendidikan khas. Mungkin salah seorang ahli keluarga, saudara mara, sahabat
kita atau pun jiran yang mengalami masalah ini menyebabkan hati kita tersentuh
dan ingin membantu mereka.

Apabila anda berada dalam dunia pendidikan khas, setiap hari penuh dengan
cabaran yang menyeronokkan. Pengalaman mengajar kanak-kanak yang
berkeperluan khas adalah suatu penglaman yang sukar dicari. Pengalaman ini
akan membuatkan hidup menjadi lebih bermakna. Anda dapat melihat
bagaimana individu yang berkeperluan khas ini berusaha mencapai perkara yang
ditetapkan. Usaha mereka itu akan membuatkan kita berasa lebih insaf pada diri
kita sendiri.

5.1.1 Kerjaya dan Profesion Perguruan

Cuba anda bayangkan kenapa anda pilih profesion keguruan. Lebih-


lebih lagi kenapa anda pilih untuk menjadi guru pendidikan khas? Terdapat
beberapa sebab mengapa kita menjadi guru pendidikan khas.
Kita sebagai guru pendidikan khas akan berpuas hati sekiranya kita melihat
insan istimewa yang kita didik itu berjaya dalam tugasan yang kita berikan. Kita
berasa seronok dan gembira dan berhasrat untuk membantu mereka mencapai
kejayaan yang lebih menyeluruh lagi. Kita berasa diri kita lebih rapat dengan
mereka dan mereka akan lebih percaya kepada kita.
Diantara sebab-sebab yang mendorong seseorang untuk menjadi guru
pendidikan khas ialah:

83
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(i) Minat
Berminat mengajar dan mendidik kanak-kanak dengan keperluan khas. Berasa
puas hati kerana dapat memberi sumbangan kepada mereka.

(ii) Cabaran
Setelah sekian lama menjadi guru biasa, kita ingin memperolehi pengalaman
dalam bidang baru.

(iii) Ingin berbakti


Kanak-kanak yang berkeperluan khas mempunyai sesuatu sifat yang unik dalam
diri mereka. Kita ingin berbakti dengan mencungkil sifat unik dalam diri mereka.

(iv) Mereka melucukan


Telatah kanak-kanak istimewa adalah berbeza. Setiap mereka adalah unik. Kita
melihat mereka sebagai individu yang berbeza. Mereka mungkin mempunyai
pelbagai bakat dalam diri mereka.

(v) Mereka memerlukan kita


Apabila seorang insan istimewa berhadapan dengan kita, mereka mempunyai
satu visi iaitu mereka memerlukan bimbingan dalam pelajaran dan amalan hidup.

(vi) Pengalaman bersama mereka


Mungkin anda pernah berhadapan ahli keluarga, saudara mara atau jiran yang
berkeperluan khas. Perasaan ingin membantu mereka ini mungkin mendorong
kita membuat keputusan terlibat dalam dunia pendidikan khas.

(vii) Mungkin tiada pilihan lain kepada kita


Kita terpakasa menerimanya kerana bidang itu ditawarkan kepada kita dalam
usaha anda untuk memajukan diri kita.

84
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Walau pun terdapat pelbagai sebab dan alasan kita menceburi bidang ini, ia
adalah tidak penting. Yang penting ialan kita mesti berikrar untuk menyumbang
bakti kepada insan-insan istimewa ini. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh
bagi memenuhi hasrat Negara seperti yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Khas.

Pendidikan khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk


melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

Kita juga tidak boleh lupa kepada ikrar kita sebagai guru. Kita telah berikrar dan
berjanji akan mendidik dan memimpn putera-puteri Negara kita. Kita sebagai
guru pendidikan khas tidak boleh pada bila-bila masa pun memungkiri janji-janji
kita itu. Kita mesti mempunyai simpati terhadap insan istimewa yang memerlukan
bantuan kita.

Kita perlu menanam dalam diri kita bahawa kita perlu menjadi seorang guru
pendidikan khas yang baik dan profesional. Anak-anak istimewa berharap
kepada kita untuk mendapat pendidikan dan latihan. Ibu bapa juga menaruh
kepercayaan kepada kita. Kita adalah harapan kedua-dua murid dan ibu-bapa.
Jadi tidak wajarlah kita menghancurkan harapan mereka.

Kita sebagai guru pendidikan khas perlu ikhlas dalam tugas kita dan juga dalam
apa jua tanggung jawab kita sebagai guru pendidikian khas. Kita perlu sedar
bahawa setiap tunjuk ajar kita kepada anak istimewa akan membantunya
meningkatkan dirinya. Kita juga tidak boleh lupa bahawa segala kebaikan akan
dianugerahNya.

85
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Antara ciri-ciri profesion lain yang perlu ada pada diri kita sebagai guru
pendidikan khas ialah:
(i) Perlu mengetahui masalah murid pendidikan khas dan bagaimana
menanganinya.
(ii) Sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu dalam bidang pendidikan khas.
(iii) Melakukan lawatan ke program-program pendidikan khas pelbagai disiplin
serta bertukar-tukar fikiran dan berkongsi maklumat dengan guru-guru lain.
(iv) Memahami bahawa mengajar murid berkeperluan khas adalah jauh
berbeza daripada mengajar murid biasa. Perlu ditumpukan, bukan
kandungannya tetapi individu itu.
(v) Perlu mengubahsuai kandungan / sukatan pelajaran supaya ia selaras
dengan tahap murid itu.
(vi) Sentiasa mempunyai hubungan erat dengan ibu bapa murid untuk
berkongsi maklumat dalam usaha membangunkan insan istimewa ini.
(vii) Menjadi ahli dalam persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang
mendokong cita-cita dan hasrat membantu insan-insan istimewa.

Bagi sesetengah orang, dunia pendidikan khas adalah keseronokan yang


mengagumkan. Bagi sesetengah yang lain, ia adalah pekerjaan yang dilakukan
semata-mata bagi mendapat imbuhan setiap hujung bulan. Bagi yang lain pula,
ia adalah mimpi dahsyat. Segala-galanya bergantung pada individu masing-
masing. Anda pasti gembira menjadi guru pendidikan khas dan menyeronokkan,
menggembirakan, dan menguatkan diri anda.

5.1.2 Ciri-Ciri Guru Pendidikan Khas yang Berkesan

Antara sifat-sifat penting yang perlu ada pada seorang guru ialah ‘sabar’.
Sebagai seorang guru pendidikan khas, anda perlu lebih sabar
dan penyayang. Itulah antara kunci kejayaan dalam karier sebagai guru
pendidikan khas. Pada pendapat anda apakah ciri lain yang perlu ada pada
seorang guru pendidikan khas?

86
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Mendidik kanak-kanak dengan keperluan khas adalah sangat mencabar. Mereka


ini akan mempamirkan pelbagai karenah dan gelagat, baik yang melucukan,
menyeronokkan dan ada kala manyakitkan hati guru. Kita perlu membekalkan
diri kita dengan beberapa ciri-ciri untuk mebolehkan kita berjaya sebagai guru
pendidikan khas.

Jadual 5.1: Ciri-ciri yang Perlu Ada pada Guru Pendidikan Khas

Adil Sikap adil membayangkan personaliti guru. Murid akan


berasa kecil hati sekranya guru tidak berlaku adil.

Sabar Kesabaran guru menggambarkan dirinya. Seorang guru


bertanggungjawab atas segala yang dilakukannya.

Jujur Guru perlu menunjukkan tauladan yang baik. Guru perlu


mempamirkan tingkah laku yang terpuji dan boleh diikuti.

Rajin Guru perlu rajin mengajar untuk melihat hasil dan


perubahan yang positif pada diri murid.

Cekap Murid memerlukan model untuk dicontohi. Sikap guru


yang cekap menjadikan urusan pembelajaran berjalan
lancar.

Mesra Guru perlu mempunyai unsur mesra dan mudah


berjenaka. Guru yang mesra adalah tempat bermanja
murid.

Empati Guru perlu memiliki perasaan empati supaya dapat


bimbing muridnya dan mampu melihatnya berjaya.

Hormat Sikap hormat guru pada pelajar pendidikan khas akan


menyebabkan mereka berasa bangga dan berusaha lagi.

Prihatin Guru perlu mempunyai perasaan prihatin supaya


tugasnya dapat dilaksanakan dengan baik demi
keseronokkan murid.

87
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Penyayang Pelajar berkeperluan khas dahagakan kasih sayang.


Kekurangan mereka membuatkan mereka ingin dikasihi.

Berpengetahuan Guru perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu yang akan


membantunya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bersikap Profesional Guru pendidikan khas perlu mempunyai sikap yang


professional dalam menangani masalah pelajarnya.

Berfikiran Positif Guru yang berfikiran positif dapat melahirkan murid yang
cemerlang. Perlu ada visi supaya pelajar dapat berjaya.

Sentiasa Riang Guru perlu menunjukkan wajah yang sentiasa riang


apabila bersama murid-murid. Murid gembira
menghampiri guru riang.

Mengenali Pelajar Guru perlu mengenali muridnya dari aspek masalahnya,


kekuatan dan kelemahannnya, keperluannya dsbnya.

Sanggup Berusaha Guru perlu ingat muridnya adalah murid khas. Ia


mempunyai tanggungjawab membentuk muridnya
supaya berjaya.

Berbakat Bakat dan minat yang ada pada guru adalah asset bagi
murid pendidikan khas. Guru perlu berkongsi bakatnya
dengan murid.

Kreatif Guru perlu kreatif untuk menyeronokkan muridnya.


Murid-murid akan berasa seronok apabila berhadapan
dengan guru kreatif.

Bertanggungjawab Guru perlu bertanggungjawab terhadap pelbagai jenis


tingkah laku murid. Pergerakan mereka perlu sentiasa
diawasi.

Mempunyai sikap Pujian merupakan suatu ganjaran dalam diri murid khas.
memuji Pelbagai cara perlu digunakan dalam memuji pelajar
khas.

88
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Tingkah laku yang Tigkah laku dan layanan guru yang baik akan menjadikan
baik murid pendidikan khas meletakkan lebih kepercayaan
kepada gurunya.

Amanah Ibu bapa mengamanahkan anak mereka kepada guru


supaya mendidiknya kerana guru mempunyai ilmu
dalam bidang itu.

5.1.3 Peranan dan Tugas Guru Pendidikan Khas

Renung sejenak dan berfikir tentang penglibatan anda sebagai seorang guru
pendidikan khas. Dapatkah anda mengenal pasti apakah peranan dan tugas
anda sebagai seorang guru pendidikan khas? Bagaimanakah caranya anda
dapat melaksanakan peranan dan tugas anda supaya menjadi guru yang
berjaya? Dalam pelaksanaan program pendidikan khas, guru memainkan
peranan penting dalam menjamin pelaksanaan dan kejayaan program tersebut.
Kejayaan program dalam konteks pendidikan khas adalah diukur dari segi
kemajuan dan kejayaan yang dicapai dalam usaha mendidik dan melatih murid-
murid berkeperluan khas dalam segala aspek seperti emosi, jasmani, rohani,
sosial dan pembelajaran. Setiap program pendidikan khas perlu ada visi dan misi
sendiri.

Guru pendidikan khas pula perlu mempunyai tanggungjawab yang menyeluruh


dalam menjamin pelaksanaan program tersebut berjaya dalam segala aspek.
Guru juga merupakan penggerak, penentu dan perujuk dalam setiap program
tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan tugas guru pendidikan khas
adalah unik sekali. Sila perhatikan Jadual 8.2 di bawah.

89
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Jadual 5.2: Peranan Guru Pendidikan Khas

Pengurusan Bilik  Menyediakan bilik darjah yang lengkap dengan


Darjah peralatan dan keperluan asas
 Menyediakan ruang dan sudut bagi setiap sesi
pembelajaran
 Memastikan keselamatan bilik darjah adalah pada
tahap maksimum dalam segala aspek

Pendaftaran Pelajar  Menerima kemasukan murid dengan meneliti


borang pendaftaran dan penempatan
 Menempatkan murid dalam program / kelas yang
sesuai
 Merekodkan pendaftaran murid dalam buku rekod
pendaftaran
 Menyediakan fail rekod murid

Menjalankan Tugas  Menyediakan jadual waktu kelas dan persendirian


Pentadbiran  Menyediakan perancangan tahunan / semester
 Menguruskan hal kewangan, kedatangan murid,
stok kelas, dan lain-lain.

Menguruskan  Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian


Program  Merancang aktiviti yang akan dijalankan
Pendidikan Khas  Menyediakan laporan harian
 Menyediakan rekod / laporan disiplin murid

Pelaksanaan  Menjalankan ujian diagnostik


Program  Menyediakan senarai nama murid
 Menyediakan Rancangan Pendidikan Individu
 Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran

 Menjalankan pengajaran dan pembelajaran


Melaksanakan mengikut kurikulum yang disediakan

90
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kurikulum  Merancang mata pelajaran yang sesuai bagi diajar


Pendidikan Khas kepada murid-murid berdasarkan sukatan
pelajaran yang disediakan

Melaksanakan  Mewujudkan aktiviti kokurikulum dan


Ko Kurikulum menggalakkan murid pendidikan khas mengambil
Pendidikan bahagian
Khas  Menubuhkan unit beruniform, kelab, persatuan
yang bersesuaian
 Melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum yang
dianjurkan oleh pihak lain

Pengurus Hal-Ehwal  Mengawasi disiplin murid


Murid Pendidikan  Mengenal pasti murid yang memerlukan khidmat
Khas multi disiplin dan bantuan kewangan
 Mengadakan lawatan ke rumah murid bagi
mengeratkan perhubungan di antara sekolah dan
ibu bapa

Menjalankan Terapi  Menjalankan pelbagai terapi seperti terapi renang,


terapi berkuda, terapi muzik, terapi pertuturan,
terapi pemulihan cara kerja dan lain-lain terapi
yang sesuai

Penyeliaan dan  Mengawal perjalanan kelas supaya tidak ada


Pengawalan masalah disiplin berlaku
 Membantu dan menyelesaikan sebarang masalah
yang timbul

Pemeriksaan  Memeriksa kesihatan murid dari masa ke masa


Kesihatan  Menguruskan khidmat pemeriksaan dan rawatan
gigi, mata telinga dan tekak dsbnya
 Menguruskan ceramah-ceramah kesihatan

91
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Menjalankan  Menjalankan ujian mengikut tahap murid-murid


Penilaian  Menjalankan tindakan susulan seperti
mencalonkan pelajar untuk menduduki
peperiksaan seperti UPSR, PMR dsbnya

Memberi Khidmat  Memberi kaunseling kepada murid bermasalah


Nasihat  Memberikan kaunseling kepada ibu bapa

Selain daripada peranannya dalam pelaksanaan program pendidikan khas, guru


pendidikan khas juga mempunyai tugas-tugas yang sangat luas dan melibatkan
pelbagai bidang. Antara tugas-tugas guru pendidikan khas ialah:

(i) Pemimpin
Guru pendidikan khas perlu ada sifat kepimpinan pada dirinya. Selain daripada
tanggungjawab mengajar murid-murid berkeperluan khas, guru juga mempunyai
tugas memimpin murid-murid ini. Guru perlu sentiasa merancang dan
melaksanakan strategi-strategi baru untuk memajukan programnya.

(ii) Doktor atau Jururawat


Adakalanya guru perlu jadi doktor atau jururawat. Murid-murid pendidikan perlu
diberi ubat-ubatan mengikut masa-masa tertentu. Maka adalah tugas guru untuk
melakukannya. Adakala murid-murid ini mengadu sakit atau luka, maka adalah
tugas guru untuk merawatnya sertamerta.

(iii) Kaunselor
Guru perlu jadi kaunselor apabila timbul sebarang masalah. Ia perlu
menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

(iv) Perunding
Apabila perlu, guru pendidikan khas mempunyai tugas sebagai perunding untuk
berunding dengan pihak-pihak berkenaan seperti pentadbir, PIBG dan
sebagainya untuk memajukan lagi programnya.

92
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(v) Ahli Jawatankuasa RPI


Guru pendidikan khas perlu menjadi ahli jawatankuasa RPI bagi menyediakan
rancangan pengajaran dan pembelajaran untuk murid.

(vi) Pembimbing
Guru pendidikan khas yang berpengalaman perlu membimbing ibu bapa, guru-
guru baru dan rakan sekerja di sekolah dalam hal-hal pengurusan dan
pentadbiran programnya.

(vii) Fasilitator
Adakalanya guru pendidikan khas perlu menjalankan tugas sebagai fasilitator
dengan memberikan ceramah, kursus kepada ibu-bapa, masyarakat, badan-
badan bukan kerajaan dsb nya.

(viii) Juru latih


Guru pendidikan khas perlu menjadi juru latih untuk melatih murid-muridnya
dalam menyediakan mereka menyertai kejohanan-kejohanan dan pertandingan-
pertandingan sukan, permainan, kebudayaan dan sebagainya diperingkat
daerah, negeri atau kebangsaan.

(ix) Pengasuh
Guru pendidikan khas perlu menjadi pengasuh pada masa murid kita
memerlukan bantuan dalam aspek pergi ke tandas, menukar pakaian dan urusan
makan dan minum.

93
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

LATIHAN KENDIRI 5

1. Jelaskan bagaimana sebuah bilik darjah boleh diubah suai untuk


menempatkan sebuah program pendidikan khas masalah
pembelajaran.
2. Seorang guru pendidikan perlu mempunyai beberapa ciri.
Huraikan tiga daripada ciri-ciri tersebut,
3. Jelaskan bagaimana seorang guru pendidikan khas dapat
menjalankan peranannya dalam sesuatu program pendidikan khas

RUMUSAN

 Topik ini telah membincangkan dengan jelas mengenai profesion


keguruan pendidikan khas dan peranan guru pendidikan khas.
 Kerjaya sebagai guru pendidikan khas memerlukan seseorang
itu mempunyai beberapa ciri-ciri khusus yang telah dibincangkan
dalam tajuk ini.
 Seorang guru pendidkan khas juga mempunyai peranan dan
tugas yang lebih khusus.

94
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

RUJUKAN

Abdul Rahim Selamat. (1994). Bengkel kebangsaan pertama


pendidikan inklusif. Langkawi: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Jabatan Pendidikan Khas. (2002). Program pendidikan khas integrasi.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Akta Pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur.
Mohd Siraj Awang. (1996). Pendidikan inklusif dan penyeliaan guru di
sekolah-sekolah TEMPAWAN. Jurnal Akademik Maktab
Perguruan Ilmu Khas.14:1-11.
Roberts et.al.(1991). As Smith & Smith. (1995). Teaching with special
needs in inclusive setting. Boton, Allyn & Bacon.

TAHNIAH !!!!!!!

TAMAT TAJUK INI

95