Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 1 : ULASAN KRITIS RENCANA RESENSI BUKU

1.0 Pengenalan

Seiring dengan kemajuan negara Malaysia dalam bidang teknologi maklumat, saya
mendapati bahawasanya wujud segelintir daripada golongan bijak pandai dalam ilmu
linguistik yang semakin aktif memuat naik hasil karya penulisan mereka ke laman sesawang
bebas untuk menjadi tatapan umum. Akan tetapi, saya yakin bahawa bukan mudah untuk
menulis sesuatu perkara mengikut format dan peraturan penulisan yang betul. Saya ambil
contoh penulisan resensi buku. Seringkali kita mendapati lambakan resensi dari senaskhah
buku di beberapa media massa. Walaupun demikian, adakah semuanya mengikut format
resensi buku yang betul? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan resensi buku? Apa
tujuan penulisannya? Ayuh kita berkenalan dengan lebih dalam lagi tentang penulisan
resensi buku ini.

Menurut kamus besar bahasa Indonesia, resensi bermaksud pertimbangan atau


pembicaraan tentang buku atau ulasan buku. Secara etimologinya, resensi berasal daripada
bahasa Latin iaitu recensere atau revidere dan bahasa Inggeris iaitu review yang
mengandungi makna dasar “memeriksa, meneliti, meninjau atau melihat kembali” sesuatu.
Setelah membaca, meneliti, menelaah, dan menganalisis, penulis resensi memberikan
ulasan dengan mengungkapkan keunggulan dan kelemahan isi buku. Aspek yang perlu
diberi perhatian adalah mengenai latar belakang, tujuan, isi, bahasa, gaya penyajian, dan
manfaat buku tersebut.

1.1 Ulasan Kritis

Untuk menghasilkan sebuah resensi buku yang baik, pengulas buku perlu mempunyai
pengetahuan tentang ciri-ciri resensi buku yang baik agar ulasan buku itu mampu
memberikan apa yang diingini oleh pembaca yang ingin membuat tinjauan awal pada buku
tersebut. Berdasarkan buku Pelukis Jalanan yang dikarang oleh Teme Abdullah, saya dapati
bahawa pengulas telah berjaya menerapkan ciri ulasan buku yang baik apabila ia
mengandungi bibliografi lengkap buku itu yang merangkumi tajuk, nama penulis,
penerbit, dan genre buku pada awal penulisan ulasan. Dengan adanya maklumat-maklumat
ini, pembaca akan mendapat gambaran umum tentang sesebuah buku. Sebagai contoh
apabila pembaca mengetahui genre buku, mereka dapat mengetahui sama ada buku itu
berada dalam pilihan genre yang diminatinya atau tidak walaupun belum membaca
keseluruhan buku. Justeru, permulaan resensi buku pengulas ini menepati kriteria resensi
buku yang baik.

1
Selain itu, resensi buku perlu mengandungi keterangan menyeluruh penulisan
atau sinopsis. Dalam penulisan sinopsis resensi buku kali ini, pengulas mengolah sinopsis
dengan cara menyenaraikan tajuk-tajuk yang terkandung dalam buku di samping memetik
kata-kata penulis buku yang mana intisari kata-kata tersebut berdasarkan pembacaan saya
yang telah lepas, penulis mengarangnya dalam keadaan beliau redha dengan takdir
hidupnya yang amat malang pada permulaannya tetapi di akhir cerita, banyak nikmat yang
Allah kurniakan kepada beliau. Hal ini menjadikan buku itu menarik. Akan tetapi, pengulas
ini sebenarnya gagal menulis sinopsis yang baik kerana pengulas sedikitpun tidak
menceritakan secara ringkas tentang gambaran keseluruhan buku. Walaupun tajuk telah
disenaraikan, tajuk tetap tidak menggambarkan keseluruhan cerita. Maka, pengulas tidak
berjaya mengemukakan ciri kedua resensi buku dengan baik.

Daripada sudut pandang yang berbeza, saya yakin bahawa resensi buku yang baik
sewajarnya mengandungi perincian kelebihan buku itu sendiri. Hal ini kerana, apabila
sesuatu buku itu mengandungi banyak kelebihan dan kebaikan untuk dibaca, pembaca akan
lebih tertarik untuk memilikinya. Perkara ini sekaligus mendorong mereka untuk membaca
buku dengan teliti dan pada masa yang sama mencari setiap kelebihan yang dinyatakan
pengulas yang terkandung dalam buku yang tersebut. Maka, saya sangat berpuas hati
dengan perincian kelebihan buku yang dinyatakan oleh pengulas buku. Saya bawakan
contoh, pengulas ada menyebut bahawasanya buku ini mengandungi inspirasi dan motivasi
buat pembaca. Pengulas juga kerap menangis ketika membaca buku ini. Hal ini tidak saya
nafikan kerana saya sendiri telah membaca buku ini. Justeru, dengan adanya penyataan
kelebihan buku walaupun sedikit, pembaca akan semakin teruja untuk meneruskan hasrat
membaca sesebuah buku itu.

Di samping mengambil kira kelebihan, pengulas juga sepatutnya turut menyatakan


sedikit kekurangan buku kerana adalah amat mustahil jika sesebuah buku itu ditulis
dengan sempurna tanpa cacat cela. Berdasarkan pembacaan saya yang lepas, pada
hakikatnya buku ini ada kekurangan dari segi penulisannya di mana ada beberapa
kesalahan tatabahasa telah dilakukan oleh penulis. Perkara ini mungkin nampak remeh bagi
sesetengah individu, tetapi pada pendapat saya, sebagai seorang yang mempunyai
pengikut yang ramai, penulis seharusnya menitikberatkan aspek tatabahasa dalam
penulisan beliau terutamanya dari aspek ejaan dan imbuhan perkataan. Jika lurus sesuatu
kayu, maka luruslah bayang-bayangnya. Jika baik penulisan penulis, baiklah juga penulisan
pembaca. Dalam resensi buku kali ini, pengulas mungkin ingin memberikan sebaik-baik
pandangan terhadap buku lantaran fanatiknya terhadap penulis kerana tiada satu pun
kekurangan buku dinyatakan dalam resensi buku beliau. Terbukti di sini bahawasanya
pengulas telah kehilangan salah satu daripada ciri-ciri resensi yang baik.

2
Seterusnya, walaupun resensi buku hanyalah sebuah penulisan yang berbentuk
santai, pengulas seharusnya mempunyai gaya bahasa penulisan menarik, penggunaan
tatabahasa yang tepat serta penggunaan tanda baca yang berkesan. Sebagai contoh,
pengulas perlu menggunakan bahasa baku dan perkataan yang menggunakan ejaan penuh
tanpa menggunakan sebarang sinkof. Dalam penulisan resensi yang saya pilih ini, saya
dapati pengulas ini merupakan seorang yang berbakat besar dalam menulis kerana
pengulas berjaya menggunakan gaya bahasa yang menarik bermula daripada ayat pertama
perenggan ulasan. Pengulas memulakan perenggan ulasan dengan mengemukakan
persoalan retorik berbunyi “Teme. Apakah itu?”. Pada sisi yang lain, pengulas juga
menggunakan bahasa baku sepenuhnya dalam penulisan dan mementingkan tatabahasa
seperti mencondongkan perkataan yang bukan Bahasa Melayu walaupun terdapat
beberapa kesalahan ejaan seperti perkataan “belayar”. Justeru, pengulas berjaya
menggunakan gaya bahasa yang amat cantik dan menarik minat pembaca termasuklah
saya sendiri.

Namun, pada pandangan saya amatlah tidak adil jika kita sekadar menilai akan
keindahan bahasa tanpa meneliti isi-isi penting yang ingin disampaikan oleh pengulas. Hal
ini demikian kerana, setelah saya baca penulisan pengulas ini, saya mendapati bahawa
pengulas mempunyai idea yang sangat baik dalam mengulas buku karangan Teme Abdullah
ini. Saya berkata demikian kerana saya dapat lihat dengan jelas akan kekreatifan pengulas
menyusun atur setiap isi yang ingin disampaikannya. Dalam penulisan dan pemerengganan
ulasan, penulis tidak hanya memenuhkannya dengan tulisan semata-mata, bahkan penulis
ada menyertakan beberapa keping gambar yang diambil daripada beberapa muka surat
tertentu untuk memberi peluang kepada pembaca untuk melihat secara rawak apa yang
terkandung dalam buku tersebut. Hal ini akan menyebabkan pembaca mengetahui sedikit
sebanyak elemen tarikan yang terdapat dalam buku pilihan pengulas.

1.2 Penutup

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa resensi buku yang dihasilkan pengulas
ini merupakan satu resensi buku yang agak baik dan hampir sempurna. Walaupun pengulas
ada keciciran beberapa aspek penting dalam ciri-ciri penulisan buku yang baik, pengulas
tetap berjaya menarik minat saya untuk membaca lagi buku ini dan mendalami
keistimewaan yang pengulas tampilkan walaupun saya sudahpun khatam membaca buku
ini. Justeru, saya simpulkan bahawa resensi buku perlulah mempunyai bibliografi buku,
sinopsis ringkas, kelebihan dan kekurangan buku serta penggunaan bahasa yang indah dan
isi yang padat tetapi lengkap.

3
4