Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Titipan penghargaan terhadap Allah sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan
kepada hambaNya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang
dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi
Muhammad S.A.W. serta para sahabat dan para tabi’in.

Pertama-tamanya saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah Tuhan


sekalian alam atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa
keredhaanNya tidak mampu saya menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka
sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak
menyokong saya dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan
bermutu ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan saya, Puan Mahawa binti Pilus
kerana dengan izin Allah, beliau sudi memberi saya tunjuk ajar waima mengganggu masa
rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya
dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjarkan dengan kurniaan daripada
Allah yang tidak ternilai harganya.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman yang
sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang saya dambakan
khususnya dalam menghasilkan dokumen ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang
anda salurkan amat saya hargai.

Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada
sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak.
Kesudian anda amat saya hargai.