Anda di halaman 1dari 1

SOALAN 13

Cuaca dunia sentiasa berubah-ubah.Salah satu fenomena yang mengakibatkan cuaca panas ialah
fenomena El Nino.
Huraikan kesan cuaca panas ini kepada manusia dan alam sekitar.

Isi-isi penting

1 Kemarau panjang menyebabkan krisis air


• Mengakibatkan kemarau yang berlanjutan
• Mempengaruhi cuaca sehingga kawasan Afrika dan Asia Tenggara.
• Menyebabkan krisis air yang teruk
• Menyukarkan kehidupan manusia sejagat

2 Kebuluran
• Sukar untuk manusia menjalankan aktiviti pertanian secara biasa
• Tanah pertanian memang tidak boleh digunakan
• Tanaman juga mati akibat keadaan tanah yang kering kontang ini
• Pengeluaran pertanian berkurang dan mengakibatkan kerugian

3 Menjejaskan hidupan akuatik


• Pengeluaran hidupan akuatik berkurang
• Hidupan laut juga berpindah ke kawasan lain
• Pola hidupan air juga mengalami perubahan
• Kekurangan makanan ini mengakibatkan persaingan sengit untuk mendapatkan makanan

4 Peningkatan kadar penyakit dan kadar kematian


• Banjir dan kemarau mengakibatkan penyakit dan kematian
• Penyakit seperti malaria dan demam denggi menunjukkan kitaran tiga hingga tujuh tahun, iaitu
bersamaan dengan fenomena ini
• Kejadian kebakaran hutan berleluasa akibat keadaan kering kontang
• Jerebu meningkatkan jumlah pesakit sistem pernafasan dan juga kematian

5 Kemerosotan ekonomi
• Sektor-sektor ekonomi yang bergantung pada cuaca akanterjejas
• Pertanian, pembinaan, dan rekreasi menyumbang kepada keluaran negara kasar
• Pendapatan negara turut terjejas
• Kerugian yang diinsuranskan dan pinjaman yang diambil untuk meneruskan aktiviti
• Seluruh ekonomi akan terjejas akibat impak fenomena ini

Anda mungkin juga menyukai