Anda di halaman 1dari 36

Pendidikan Remaja Dalam Era Globalisasi;

Tinjauan Terhadap Konsep Ta`dib Sebagai Pendidikan Yang Komprehensif

oleh:
Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak
Globalisasi membadai dunia. Fenomena ini tidak mampu dibendung kemaraannya. Suka atau
tidak, lambat laun globalisasi tetap memberi dampak dalam kehidupan seseorang. Tanpa
mengenal usia, globalisasi bawaan Barat yang sarat dengan pengalaman dan falsafahnya,
dengan begitu rakus membaham kemanusiaan dan jati diri, malah membangkitkan kekeliruan.
Paling teruk menjadi mangsa, golongan remaja yang dirundung ‘krisis identiti’ dan ‘jurang
generasi’. Sebagai satu fenomena sejagat yang begitu berpengaruh dan tidak terelakkan, aspek
pendidikan turut merasakan kesannya. Jauh dari motif menyemarak perasaan anti-Barat,
tinjauan ini bermaksud melakukan sesuatu yang wajar, bersikap objektif dan adil dengan
melakukan analisis kritikal terhadap bahana globalisasi yang secara senyap menjalar dalam
sistem dan pengamalan pendidikan di negara-negara umat Islam umumnya dan Malaysia
khususnya. Kebejatan akhlak yang membelenggu remaja menimbulkan pelbagai persoalan
mengenai keberkesanan sistem pendidikan yang diajar di institusi pengajian formal sama ada di
peringkat rendah, menengah mahupun tinggi. Justeru, penulis cuba mengetengahkan beberapa
ide besar yang dicetus para pemikir terutamanya gagasan ‘Ta`dib’ sebagai solusi kepada
pemasalahan yang berlaku.

Pengenalan
Tanpa menafikan dimensi positifnya, rempuhan globalisasi yang bermula sudahpun
memakan korban. Ini terbukti berdasarkan statistik kebejatan sosial remaja yang begitu
memalukan. Justeru, segala tindakan perlu berasaskan pertimbangan yang rasional dan
berpaksikan nilai-nilai yang teguh tanpa disilaukan oleh anasir budaya luar yang tidak cocok
dengan jati diri Muslim.

1
Sorotan yang banyak terfokus kepada globalisasi ekonomi menyebabkan sebahagian kita
terlepas pandang dimensi budayanya. Apa yang penulis maksudkan dapat dilihat dengan contoh
„karenah pasar raya‟. Bukan sahaja barang-barang import terlambak di pasar raya, tetapi yang
turut tersebar adalah budaya konsumerisme yang menciptakan gaya hidup bermewah-mewah,
rakus dan boros. Umat kita sedang ditransformasikan dari insan pengabdi Tuhan menjadi
penyembah materi duniawi dan makhluk konsumeris yang lahap. Memakai istilah Siddiq Fadzil,
pasar raya yang tumbuh mencendawan di mana-mana telah mewujudkan fenomena persaingan
„mosques versus malls‟ (masjid lawan pasar raya). Akibatnya banyak masjid yang sepi setelah
jamaahnya „disedut‟ ke pasaraya. Kedamaian rohaniah yang ditawarkan oleh masjid seolah-olah
sudah tidak relevan kerana yang diperlukan bukan lagi rahmat, pengampunan dan perlindungan
Tuhan, tetapi kemewahan kebendaan dan jaminan ekonomi dari institusi-institusi seperti bank
dan syarikat-syarikat kewangan, maka ke sanalah mereka bertumpu mencari jaminan hidup.1
Dalam kertas kerja ini, penulis berhasrat mengenalpasti permasalahan utama sistem dan
pengamalan pendidikan khususnya terhadap remaja Melayu di Malaysia dalam era globalisasi.
Kertas ini, di bawah bahagian „Keputusan dan Dapatan‟, cuba menyingkap kajian-kajian yang
telah dilakukan oleh ahli-ahli akademik dan pengkaji di Malaysia terhadap kebejatan sosial yang
berlaku terutama dalam kalangan remaja sebagai dampak langsung. Kemudian, perbincangan
diteruskan dengan menyorot konsep dan sejarah kemunculan „globalisasi‟, pengertiannya dan
dampak bawaannya. Kedua, hakikat realiti dan kebenaran disoroti melalui penyingkapan
„pandangan alam‟ Islam (worldview of Islam) yang terjelma daripada wahyu. Ketiga, oleh sebab
topik ini berkait langsung dengan remaja, maka, di bawah sub-topik „Perihal Remaja dan
Psikologi Jiwa Manusia‟, konsep psikologi manusia, masalah jurang generasi dan krisis identiti
dikupas dengan teliti menurut khazanah kecendikiawanan Islam. Keempat, sebelum kesimpulan,
penulis mengupas konsep „Ta`dib‟ sebagai konsep pendidikan yang holistik dan integral di
bawah sub-topik „Konsep Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan
Komprehensif‟.

Perkaedahan
Penelitian ini bersifat deskriptif-kualitatif dengan „penyelidikan kepustakaan‟ (library
research) sebagai kaedah utama dalam penyediaan kertas kerja ini. Penelitian dilakukan terhadap

1
Siddiq Fadzil, http://khairaummah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=139, 26 -01-06

2
bahan-bahan ilmiah bercetak seperti buku, majalah, jurnal, prosiding, kertas kerja dan laporan.
Malah, bahan-bahan ilmiah tidak bercetak seperti data-data internet dan rakaman video turut
menjadi sumber penyelidikan. Penulis juga, dengan penelitian terhadap kajian para cendiakawan,
mengaplikasikan kaedah semantik bagi melakukan pendefinisian makna-makna perkataan
tertentu kerana penulis percaya „makna‟ sesuatu perkataan (berkaitan aspek intelektual)
mempunyai pertalian rapat dengan nilai dan tindakan seseorang (berkaitan aspek aktual).2 Selain
itu, dengan menggunakan kaedah deliberasi, penulis cuba mengolah beberapa ide besar para
pemikir terkemuka berdasarkan analisis isi dan intipati karya-karya mereka. Antara gagasan
besar yang ditelaah dan ditekuni secara intensif adalah konsep ta`dib yang disusun oleh Syed
Muhammad Naquib al-Attas. Dalam kertas kerja ini juga, penulis lebih gemar menghurai dan
membincangkan secara terperinci konsep-konsep penting berkaitan tajuk berbanding
memfokuskan data dan statistik yang sebenarnya sudah sedia maklum. Ini tidak bermakna
penelitian ini tidak bersifat empirik dan objektif, sebaliknya penulis lebih mengutamakan
perbincangan perkara pokok (substance). Walau bagaimanapun, penulis tetap menyediakan
pautan rujukan kepada statistik dan data-data tersebut.

Keputusan dan Dapatan: Kajian Kebejatan Sosial


Umumnya, kajian-kajian tentang gejala sosial yang telah dijalankan oleh penyelidik di
kebanyakan universiti menunjukkan kepelbagaian tema yang penting. Antaranya, termasuk jenis-
jenis: (1) gejala sosial dan kesannya; (2) salah laku dan masalah disiplin pelajar sekolah; (3)
pelaksanaan undang-undang berkaitan jenayah rogol; (3) sumbang mahram dan seks sebelum
perkahwinan; (4) kecelaruan gender; (5) gejala hidu gam; (6) perlumbaan haram yang dilakukan
mat motor; (7) jenayah juvana; (8) pelacuran; (9) pornografi internet; (10) gejala buli di kalangan
pelajar sekolah; (11) penagihan dadah; dan (12) penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
Secara keseluruhannya, dalam tempoh 2001-2005 terdapat 123 kajian mengenai pelbagai aspek
gejala sosial yang berlaku di Malaysia telah dijalankan oleh pengkaji dari pelbagai universiti.3

2
Dalam perbahasan falsafah, makna perkataan dijana dan difahami oleh daya akliah (cognitive power) yang membentuk dan
menyampaikan isyarat-isyarat bermakna (meaningful signs). Disebabkan isyarat-isyarat bermakna ini dijana oleh akal yang
bersifat batin (dalaman), maka ia disampaikan atau diekspresikan ke alam luar melalui daya berbahasa atau daya pertuturan
dan pemahaman ini mendorong kepada tindakan jasmani. Rujuk Adi Setia Mohd. Dom, “Teori dan Penemuan Barat tentang
‘Aqal: Tinjauan dan Penilaian Ringkas Menurut Kerangka Faham Ilmu Islam”, Seminar Pelbagai Martabat dan Sifat Akal Fikiran
dalam Tradisi Ilmiah Tamadun Islam, KL: IKIM, 13-14 Mei 2008.
3 th
Azlina Abdullah, “Penyelidikan tentang Gejala Sosial di Malaysia dalam Dekat 2000-an”, The 7 International Malaysian
Studies Conference (MSC7), Critical Transitions: Repositioning the State, Market and Society, 16-18March2010

3
Menurut Azlina Abdullah, seiring dengan kepesatan ekonomi dan perbandaran pesat,
Malaysia berdepan dengan pelbagai jenis jenayah dan gejala delikuensi yang boleh mengganggu
gugat kemananan dan kesejahteraan masyarakat. Beliau menegaskan: “Justeru, banyak kajian
telah dijalankan oleh ramai pengkaji tentang jenis-jenis jenayah yang dilibati oleh remaja dan
dewasa, faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang terlibat dalam jenayah dan kesan-kesan
daripadanya menjadi tumpuan perbincangan pengkaji.”4
Azlina Abdullah turut menyenaraikan tajuk-tajuk kajian yang telah dijalankan dan beliau
mengelaskannya kepada beberapa tema seperti yang telah disebutkan di atas. Di bawah ini
dipaparkan beberapa tajuk dan maklumat berkaitan hasil kajian tersebut berdasarkan tema5:

1. Jenis dan Kesan Jenayah


a. Kajian Zeenath Kausar (2005), UIAM berjudul “Social Ш and
Sexploitation of Women in Malaysia: Views of Women Political Leaders on
Causes and Remedies” mengkaji tentang jenis-jenis masalah sosial yang
dilakukan atau melibatkan golongan wanita seperti rogol, gangguan
seksual, seks sebelum perkahwinan, penceraian, penagihan dadah dan
sebagainya dengan mengumpul data statistik dan maklumat mengenainya,
dan menyiasat sebab-musabab berlakunya masalah sosial tersebut.
b. Kajian Hasan Baharom et.al (2003), UiTM berjudul “Kajian Jenayah
Juvana di Pantai Timur” mengkaji tentang faktor-faktor yang menjadi
punca kepada keterlibatan remaja dalam pelbagai jenayah dan delinkuensi,
dan mengenalpasti bilangan si pelaku yang melakukan kesalahan menurut
jantina.

2. Salah Laku dan Masalah Disiplin Pelajar Sekolah Remaja


a. Kajian Abdullah Seif Abdullah et.al (2001), UIAM berjudul “The Major
Disciplinary Problems Among Secondary School Students” meneliti tentang
beberapa masalah disiplin pelajar sekolah menengah yang boleh mengganggu

4
Ibid.
5
Ibid. Lihat juga “Kajian Mengenai Gejala Sosial”, Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005, (KL:
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2006)

4
perjalanan dan juga prestasi pendidikan di sekolah. Pemerhatian dilakukan ke
atas tingkah laku pelajar di dalam kelas, di persekitaran sekolah dan juga
selepas waktu persekolahan.
b. Kajian Che Bakar Che Mat et.al (2004), UiTM berjudul “Fenomena Hidu Gam
di Kalangan Remaja Sekolah: Kajian Kes di Kawasan Persisiran Pantai
Sarawak” mengkaji beberapa aspek tentang gejala menghidu gam seperti
mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong berlakunya masalah hidu gam,
perkaitannya dengan penagihan dadah dan langkah-langkah bagi menangani
masalah tersebut.
c. Kajian Md Shuaib Che Din (tanpa tarikh), UMS berjudul “Hubungan antara
Pengalaman Dibuli, Hubungan Sosial dengan Depresi Di kalangan Kanak-
kanak, Remaja dan Dewasa Awal: Satu Kajian Awal di Kota-Kinabalu,
Sabah” (asas/gunaan) mengkaji hubungan antarapengalaman dibuli dan
hubungan sosial dengan kemurungan, hubungan antara pengalaman dibuli
dengan hubungan sosial. Selainitu, ia juga mengkaji sejauhmana hubungan
sosial dan bentuk fizikal seperti obesiti menyumbang kepada pengalaman
dibuli dan kemurungan di kalangan responden yang dikaji.
d. Kajian tentang gejala buli di kalangan remaja turut dijalankan oleh Noran
Fauziah Yaakub et.al (2004), UPSI berjudul “Bullying Among National and
National Type (Tamil and Chinese) Primary School Children with Reference
to Perak”.

3. Sumbang mahram dan seks di luar pernikahan


a. Kajian Zulfakar Ramlee (2004), UIAM berjudul “Incest: Its Legal
Implication from Islamic Perspective” mengkaji tentang seks di luar
pernikahan atau zina, kategori hukuman yang dikenakan
kepada si pelaku dalam konteks hukum Islam, dan isu-isu yang
berkaitan dengan pengadilan ke atas jenayah tersebut termasuk
kedudukan perundangan terhadap anak „luar nikah‟.
b. Kajian Maheran Zakaria (2004), UiTM berjudul “Kajian Mengenai
Ciri-ciri Pelaku dan Mangsa Jenayah Sumbang Mahram di Malaysia”
mengkaji tren jenayah sumbang mahram di Malaysia dan kekerapan

5
jenayah berdasarkan lokasi atau negeri. Hasil kajian menunjukkan
kebanyakan pelaku dan mangsa berada dalam golongan bawahan dan
berbangsa Melayu. Si pelaku pula ialah bapa kandung, bapa saudara
atau bapa tiri dan remaja yang berumur 18 tahun ke atas. Manakala
mangsa adalah mereka yang berusia 16 tahun ke bawah.
c. Kajian Jas Laile Suzana Jaafar (2004), professor di UM berjudul “The
Relationship Religiosity and Youth Culture to Premarital Sex Among
Malaysian and Indonesian Adolescents” mengkaji aktiviti seksual
golongan dewasa dan kesan budaya remaja serta sebab-musabab
penglibatan mereka dalam aktiviti seks sebelum perkahwinan. Hasil
kajian yang diperolehi daripada 389 responden mendapati tahap
pengetahuan agama yang rendah merupakan sebab utama penglibatan
remaja dalam seks sebelum perkahwinan. Selain itu, budaya remaja
mempengaruhi keputusan remaja untuk terlibat dalam aktiviti seks.
Walaupun wujudnya dominasi nilai keagamaan dan tradisional di
Malaysia dan Indonesia, tetapi masih ramai remaja yang terlibat dalam
seks sebelum perkahwinan.
d. Kajian Jas Laile Suzana Jaafar (2005) tentang seks sebelum
perkahwinan berjudul “The Relationship of Among Reasoning to
Premarital Sex Among Malaysian Adolescents” (rundingan/kontrak).
Kajian tersebut mengkaji 83 orang responden dengan melihat hubungan
antara dampak moral (moral reasoning) ke atas aktiviti seks sebelum
berkahwin.

4. Kecelaruan gender
a. Kajian tentang kecelaruan gender di kalangan pelajar universiti yang
dijalankan oleh Sidek Abdullah et.al (2005), UiTM berjudul “Faktor-
Faktor yang Mempengaruhi Kecelaruan Gender di Kalangan Pelajar
Lelaki Lembut di UiTM Johor” mengkaji tentang beberapa faktor yang
menyebabkan sesetengah pelajar lelaki berperilaku dan bersifat seperti

6
perempuan. Kajian tersebut cuba meneliti faktor diri sendiri, keluarga,
rakan sebaya, sosialisasi dan persekitaran secara terperinci.

5. Pelacuran
a. Kajian Ahmad Hassan (2004), UM berjudul “Wanita Kelantan dan
Pelacuran: Satu Kes Kajian di Kota Bharu, 1950an-1970an” mengkaji
tentang dinamika kegiatan pelacuran akibat perubahan gaya hidup yang
pesat di Kota Bharu, Kelantan di antara tahun 1950-an hingga 1970an.
Kajian tersebut turut mengkaji pelbagai faktor yang mempengaruhi
perkembangan kegiatan pelacuran pada tempoh tersebut. Hasil kajian
mendapati peningkatan penceraian, kemiskinan dan masalah
mendapatkan pekerjaan merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan kegiatan pelacuran bagi tempoh tersebut. Kawasan
pelacuran selalunya dipengaruhi oleh faktor sejarah dan sifat
entertainment value. Kawasan pelacuran di Kota Bharu dikenalpasti
melalui tumpuan lokasinya, jenis kelas pelacur dan peranan serta
sumbangan orang tengah sebagai ejen dan penghubung antara pelacur
dan pelanggan.

6. Pornografi Internet
a. Kajian Manique Apsara Ephranella (2006), UM berjudul “Child
Pornography on the Internet” mengkaji tentang capaian pornografi
internet oleh kanak-kanak. Kajian tersebut bertujuan merangka satu
kertas cadangan yang komprehensif bagi pembentukkan undang-
undang tentang pornografi kanak-kanak.

7. Penagihan Dadah
a. Kajian tentang masalah penagihan dadah telah dijalankan oleh Usman
Ahmad Karofi (2005), UUM berjudul “Perhubungan di Antara
Penyalahgunaan Dadah dan Tingkahlaku Jenayah: Satu Kajian Kes di
Dua Pusat Pemulihan Dadah Kerajaan di Pulau Pinang, Malaysia”

7
mengkaji hubungkait antara penggunaan dadah dengan salah laku
jenayah. Daripada 300 responden yang terdiri daripada pengguna dadah
di pusat pemulihan Pulau Pinang, kajian mendapati: (1) Heroin dan
cannabis (ganja) adalah jenis dadah utama yang disalahguna oleh
responden, (2) Penyalahgunaan dadah berkait rapat dengan jenayah
harta benda, (3) Kebanyakan responden dalam kajian bersetuju bahawa
mereka melibatkan diri dalam jenayah untuk menampung tabiat
penggunaan dadah mereka, (4) Mereka juga mengakui penglibatan
mereka dalam jenayah harta benda, (5) Wujudnya hubungan yang
signifikan di antara salahlaku jenayah dan perbandaran, tekanan rakan
sebaya, persekitaran dan pendidikan awal remaja, (6) Desakan duit dan
kemiskinan menjadi punca penglibatan dalam aktiviti jenayah.

Banyak lagi kajian lain berkaitan masalah sosial yang tidak sempat penulis sertakan.
Kebanyakan kajian meletakkan faktor kemajuan ekonomi dan perbandaran pesat yang
merupakan kesan langsung globalisasi sebagai antara faktor utama berlakunya gejala-gejala
tersebut. Malah ada antara pengkaji yang mempersoalkan mengapa gejala berleluasa dalam era
globalisasi serba moden ini berbanding era sebelumnya. Justeru, adalah signifikan bagi kita
mengenali globalisasi, sifat dan bawaannya.

Globalisasi: Fenomena Sejagat yang Membimbangkan


Dewasa ini, perkataan „globalisasi‟ telah menjadi antara perkataan paling kerap meniti di
bibir para cendiakawan dalam perbahasan akademik dan perdebatan politik semasa. Menurut
Stanford Encyclopedia of Philosophy (2002), dalam wacana arus perdana, globalisasi selalunya
dikaitkan dengan fonemena-fenomena seperti: (1) liberalisasi ekonomi iaitu kegelojohan polisi
ekonomi pasaran bebas oleh kelompok „Liberal Klasik‟ dalam usaha menguasasi ekonomi dunia
(2) Westernisasi atau perkembangan dominasi Barat terhadap sektor politik, ekonomi, dan
budaya dunia, (3) Revolusi jaringan internet iaitu perkembangan teknologi maklumat yang
canggih dan terkini, (4) Integrasi Global iaitu kesedaran masyarakat dunia membentuk kesatuan
sejagat tanpa sebarang konflik sosial.6

6
rujuk http://plato.stanford.edu/entries/globalization/

8
Menurut Kamus Dewan (2000), globalisasi bermaksud " fenomena yang
menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat". Ishak Shaari (2000)
mengklasifikasikan globalisasi berdasarkan beberapa kategori seperti : (1)
Globalisasi kewangan dan pemilikan modal, (2) Globalisasi pasaran dan stategi, (3)
globalisasi teknologi, (4) globalisasi cara kehidupan dan pola kepenggunaan a tau
globalisasi budaya, (5) globalisasi keupayaan mengawal dan governans, (6)
globalisasi sebagai penyatuan dunia dan (7) globalisasi persepsi dan kesedaran.
(rujuk lampiran – jadual 1)
Yusuf al-Qaradhawi ketika mengulas mengenai definisi globalisasi telah memetik
pandangan Dr. Muhammad Abid al-Jabiri yang menyatakan globalisasi bermaksud menjadikan
sesuatu berada di peringkat antarabangsa iaitu memindahkan sesuatu dari kawasan yang terhad
dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarang pengawasan.7 Justeru,
globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara, beridentitikan kebangsaan dalam
lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat bergerak bebas menyeberangi alam dan
ruang angkasa yang berada dalam lingkungan planet Bumi. Bertolak dari sini maka negara-
negara beridentiti kebangsaan, kerajaan dan sesuatu umat berada dalam zaman yang ditunjangi
oleh globalisasi. Definisi „globalisasi‟ ini saling tidak berbeza sebagaimana yang didefinisikan
oleh Stanford Encyclopedia of Philosophy (2002). Yusuf al-Qaradhawi menambah:
“globalisasi adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada
Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih
khusus, dunia Islam.”
Ada segelintir dalam kalangan umat Islam yang secara simplistik mengatakan globalisasi
selari dengan Islam. Ini merupakan kekeliruan besar yang berlaku akibat kegagalan memahami
makna globalisasi (‘awlamah) dengan universalisme Islam (‘alamiyah). Dalam kaitan ini, perlu
difahami bahawa universalisme Islam membawa semangat kebersamaan, perkongsiaan dan
kesalingan dalam memberi dan menerima. Malah, dalam sejarah politik umat, terdapat kesatuan
dunia Islam yang dikenal sebagai dar al-Islam yang meliputi wilayah Islam di Asia, Eropah dan
Afrika yang dicirikan oleh persamaan pandangan alam, keseragaman budaya, perkongsian set
nilai dan sebagainya. Namun, fenomena tersebut, seperti kata Siddiq Fadzil: “…tidak boleh
7
Yusuf al-Qaradawi , Mafhum al-`Aulamah wa Maza Ta`ani?,
http://www.islamonline.net/Arabic/contemporary/2003/02/article01.shtml, 29-06-05

9
disamakan dengan globalisasi yang kita kenal hari ini. Keseragaman daalm konteks dar al-
Islam tidak terjelma daripada motif hegemoni atau dominasi, tetapi hakikatnya ia adalah
manifestasi universalisme Islam itu sendiri.”8 Siddiq Fadzil meneruskan kritiknya terhadap
bencana globalisasi dengan menyatakan:

“Globalisasi tidak dapat ditanggapi secara simplistik sebagai natijah atau


fenomena konsekuensial dari revolusi teknologi komunikasi. la adalah
suatu agenda yang harus difahami bersama dengan pelbagai gagasan dan
ramalan tentang dunia pada abad 21, termasuk apa yang dinamakan
Tatanan Baru Dunia. (New World Order). Perbenturan Tamadun (Clash of
Civilisations) dan Tamatnya Sejarah dan Manusia Terakhir (The End of
History and the Last Man). Seperti yang disebut oleh Francis Fukuyama,
tamadun Barat telah mencapai puncak kesempurnaannya pada sistem
liberal-demokratik-kapitalistik. Menurut penilaiannya tamadun tersebut
dapat memberikan segala keperluan manusia sejagat dan dengan demikian
berakhirlah proses pencarian ideologi dan sistem hidup yang muktamad.
Atas asas itu ia adalah tamadun yang universal dan manusia Barat adalah
manusia universal, jelmaan terakhir manusia yang telah mencapai puncak
kesempurnaan. Rasa unggul diri dan optimisme Fukuyama yang
sebenarnya sangat simplistik dan kontroversial itulah yang dijadikan salah
satu asas pewajaran globalisasi tamadun Barat, hegemoni dan dominasi
Amerika.”9

Ketegasan terhadap Barat ini bukanlah petanda penulis menderita penyakit xenophobia10,
sebaliknya merupakan cerminan keinsafan yang mendalam terhadap hakikat sebenar kebudayaan
Barat. Hakikatnya, penulis melihat globalisasi sebagai fenomena yang bukan neutral, malah
mengendong nilai-nilai diabolis Barat yang berbahaya dan merosakkan sebagaimana
pengamatan Syed Muhammad Naquib al-Attas (al-Attas): “manusia Barat senantiasa
berkecenderungan menganggap budaya dan tamadunnya sebagai pelopor kebudayaan insan;
8
Ibid.
9
Siddiq Fadzil, op.cit
10
Xenophobia bermaksud perasaan takut, benci, gerun, menyampah dan geram kepada bangsa asing sehingga membuatkan
seseorang membenci mereka.

10
serta pengalaman dan kesedarannya sebagai yang paling mithali dan termaju. Kerana itulah,
semua kita yang lain ini, kononnya secara amali sentiasalah ketinggalan di belakang mereka.
Dan konon kelaknya nanti, apabila tiba masanya, kita juga bakal menyedari dan mencapai
pengalaman dan kesedaran yang sama. Dengan sikap inilah manusia Barat –yang mempercayai
anggapan aneh mereka sendiri tentang evolusi manusia – sentiasa menanggapi sejarah,
pembangunan, dan agama serta pengalaman dan kesedaran keagamaan.”11
Justeru, dalam konteks remaja, kebejatan akhlak yang berleluasa, krisis identiti dan
jurang generasi yang menyelubungi anak-anak muda sebenarnya bukanlah manifestasi jati diri
dan kebudayaan umat Islam, tetapi merupakan gejala bawaan kebudayaan Barat menerusi
globalisasi yang mereka canang-canang dan banggakan. Pengaruh pandangan hidup Barat dan
peradabannya yang hegemonik dan bersikap mendominasi cuba mendekonstruksi atau
merombak nilai-nilai kebudayaan masyarakat bukan Barat dan digantikan dengan budaya sekular
Barat yang nihil (tiada nilai) melalui globalisasi budaya. Oleh sebab itu, kita seharusnya
mengenali dan mengetahui hakikat sebenar jati diri keagamaan dan kebudayaan Islam supaya
dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Pandangan Alam Islam: Hakikat Realiti dan Kebenaran


1. Konsep Pandangan Alam Islam
Pandangan alam Islam (worldview of Islam) atau diistilahkan dalam Bahasa Arab sebagai
ru`yat al-Islam li al-wujud bertitik tolak daripada pandangan bahawa kewujudan alam ini bukan
sekadar hanya yang tertanggap oleh indera manusiawi, bahkan juga yang tidak mampu dicerap
dengan fakulti rasio insan (sumber ilmu ma`qulat, empiris dan rasional).
Dari segi tinjauan Islam, yang disebut „pandangan‟ itu bukan hanya merujuk kepada
pandangan minda, iaitu apa yang dilihat oleh mata kepala manusia dan direncanakan dengan
fahaman akal nazari berdasarkan penglihatan zahir. Ia juga bukan sekadar apa yang difahami
akal nazari terhadap alam jasmani semata-mata seperti pandangan terhadap penglibatan manusia
dalam sejarah, masyarakat, politik dan kebudayaan. Oleh sebab „alam‟ menurut Islam bukan
terhad kepada alam fizikal tetapi merangkumi alam ghaib, maka pandangan alam Islam
meyakini bahawa dunia mesti dinisbahkan pada akhirat secara yang „sangat mesra‟ dan tidak
mungkin berlaku perpisahan antara keduanya kerana akhirat itu mengandungi penghabisan
11
Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru yang Lebih Sempurna,(KL: ISTAC, 2001),
hal. 3

11
makna serta tujuan hidup kita di dunia ini. Dunia dilihat sebagai persediaan bagi akhirat. Segala-
galanya dalam Islam akhirnya bertumpu pada wajah akhirat dengan sedemikian cara tanpa
sekali-kali menganjurkan sikap mengabaikan atau tidak mempedulikan wajah dunia.12
Islam adalah al-Din yang juga merupakan nizham al-hayah (sistem hidup). Sifat Islam
yang sempurna (kamil) dan menyeluruh (syamil) yang menayangkan kepada kita pandangan
alamnya yang holistik dan integral sepertimana yang diungkapkan oleh tokoh besar Gerakan
Islam Ikhwan al-Muslimun, as-Syahid Imam Hassan al-Banna:

“Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakup seluruh fenomena


kehidupan. Maka, ia adalah Negara dan tanah air atau kerajaan dan
ummat; akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan; kebudayaan dan
undang-undang atau ilmu dan kehakiman; material dan kebendaan atau
usaha dan kekayaan; jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.
Sepertimana ia adalah akidah yang benar dan ibadah yang sohih tidak
ada bezanya”13

Ciri-ciri pandangan alam Islam termasuklah merangkumi aspek fizikal dan spiritual, ruh
dan jasad, Tuhan dan manusia, serta akhirat dan dunia. Pandangan alam Islam memberi
penekanan terhadap perkara yang kekal dan mutlak sebagai asas kepada perkara yang berubah,
kebenaran yang diwahyukan yang sempurna dan menyeluruh dari awal kehadirannya. Dengan
itu, kemunculan Islam bukan merupakan terbitan daripada elemen falsafah atau kebudayaan
sesuatu kaum yang melalui proses evolusi merentas zaman kerana Islam hadir dengan
kesempurnaan tanpa memerlukan perubahan. 14
Ia kekal dan tidak berubah.15 Ini bukan sekadar teori kosong, tetapi telah terbukti dalam
pengalaman sejarah umat Islam yang menunjukkan bahawa elemen asas dan fundamental dalam
pandangan alam (worldview) seperti konsep Tuhan dan Ketuhanan, konsep hakikat manusia dan
psikologi jiwa insan, konsep dan makna ilmu, makna kebahagiaan, konsep adab dan hikmah, dan

12
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, The Worldview of Islam: An Outline, diedit oleh Sharifah Shifa Al-Attas dalam “Islam and
the Challenge of Modernity”,(Kuala Lumpur: ISTAC, 1994), hal. 15
13
Muhammad al-Quraisy. “Prinsip pertama Usul 20 Hassan al- Banna”, Sekitar Risalah Taalim (KL: DPF, 2009)
14
Adi Setia Mohd Dom, Worldview of Islam Academy: The Concept, (Kuala Lumpur: HAKIM, 2010), hal. 7
15
Ibid. hal. 6

12
konsep kenabian tidak pernah mengalami perobahan walaupun telah melepasi jangka masa yang
berkurun lamanya16 (rujuk lampiran – rajah 1).
Pandangan alam Islam bersumberkan al-Qur`an iaitu kitab suci kalamullah yang
bagaikan kemudi yang menetapkan pelayaran sesebuah kapal, menetapkan seseorang insan atas
landasan yang teguh dalam mengharungi perjalanan hidupnya menuju pantai kesejahteraan.17
Pandangan alam Islam menayangkan dalam akal budi insan pandangan tentang hakikat wujud,
iaitu suatu pandangan yang saujana luasnya meninjau alam syahadah dan alam ghaib dengan
melihat pada kehidupan secara keseluruhannya, yang „menyatakan pada insan martabatnya‟
dalam ciptaan Allah SWT.

2. Manusia, Agama dan Kebebasan


Manusia adalah hamba, tetapi „bebas merdeka‟. Ini yang dimaksudkan oleh al-Attas
sebagai “keadaan diri yang yakin dengan hak Ta’ala- dan penunaian amalan yang dikerjakan
oleh diri itu berdasarkan keyakinan itu dan menuturi titah batinnya”. Al-Quran sebagai sumber
pandangan alam Islam menyalurkan ilmu sah dan thabit (tetap) 18 yang membuahkan keyakinan
(al-Yaqin), tanpa wahm (ilusi), syak (ragu) dan dzhan (sangkaan), yang menjadi tunjang kepada
akidah Islam. Berlakulah pengiktirafan martabat segala kewujudan dalam alam ini, iaitu Allah
adalah Tuhan yang Maha Mencipta yang tiada sesuatu pun yang serupa akannya Allah Ta‟ala 19
dan segala yang selain daripada-Nya adalah ‘alam yang hadith iaitu sentiasa baharu. Antara
ciptaan-Nya yang terbaik dan termulia ialah insan20. Insan diperhebat kemuliaannya dengan ilmu
yang mengangkat martabatnya menjangkau martabat malaikat.21

16
Ibid.
17
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, The Meaning and Experience of Happiness in Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC 1993)
diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan Pengenalan dan Nota Penjelasan oleh Dr. Zainiy Uthman dengan tajuk Ma’na
Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 2002), hal. pendahuluan
18
Al-Quran al-Karim, Surah al-Baqarah (2) ayat 2, “Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka
yang bertaqwa”
19
Al-Quran al-Karim, Surah al-Syuura (42) ayat 11, “....tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha
Mendengar dan Melihat”
20
Al-Quran al-Karim, Surah al-Tin (95) ayat 4, “sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-
baiknya”
21
Al-Quran al-Karim, Surah al-Baqarah (2) ayat 31-33, “Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda
itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" (31) Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami
ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana (32) Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah
diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa
sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu
sembunyikan?" (33)”

13
Insan yang hidup berlandaskan agama yang benar adalah pengabdian diri yang
sebenar-benarnya. Ia satu bentuk kemuliaan yang tertinggi. Bersandarkan kepada ilmu yang hak,
insan berikhtiyar memilih yang terlebih baik dengan membuat pertimbangan yang adil
menggunakan akal yang sihat dalam menyerah dirinya secara sukarela dalam pengabdian kepada
Allah SWT. Inilah erti kebebasan (freedom) yang sebenar yang terpancar daripada pandangan
alam Islam- ikhtiyar yang sebenar dalam memilih yang terlebih baik untuk kesejahteraan diri -
pertimbangan dan tinjauan akal yang mengarah diri kepada mengamalkan perilaku terpuji dan
menzahirkan akhlak mulia yang diserikan dengan sifat-sifat mahmudah yang menatijahkan nilai-
nilai murni.22
Bukanlah kebebasan sebenar jika diri dibiarkan liar tanpa pengawasan peraturan yang
dapat membendung segala naluri dan tabiat haiwaniyah dalam diri. Malah, barangsiapa yang
terjerumus ke jurang kehinaan yang sedemikian maka ia bukanlah insan yang sebenar tetapi
hanyalah insan dalam rupa bentuk dan adalah terlebih rendah dari segala haiwan yang rendah.23
Dalam erti kata lain, kebebasan itu bukan sebenarnya bebas kerana diri yang liar itu sebenarnya
berada di bawah pengaruh dan bawaan hawa nafsu dan keadaan diri yang seperti itu sebenarnya
meletakkan martabat insan itu pada kedudukan yang paling hina dan rendah24 walaupun asalnya
manusia itu mulia dan berada pada darjat yang tinggi.
Tuntasnya, insan akan bebas dalam erti kata yang sebenar apabila berpegang pada
simpulan yang kukuh iaitu akidah yang benar bertunjangkan al-Tawhid. Bagaikan pohon yang
tegap berdiri, segar, teguh, dan kukuh kerana akarnya mencengkam bumi dengan cabang-
cabangnya menjulang ke langit biru, begitulah cabang-cabang kehidupan insan yang
berpandukan akidah dan pandangan alam yang sohih.25
Perjalanan hidup manusia itu tidak terganggu kerana dia telah memihak kepada cara
hidup yang berlandaskan kebenaran yang pasti. Dengan pandangan alam yang benar, insan,
tanpa sebarang had zaman dan usia, akan tetap teguh berbekalkan nilai-nilai wahyu yang
dipegangnya. Jelas, dalam tradisi Islam, tidak berlaku sebarang gejala negatif seperti keruntuhan
akhlak, krisis identiti dan jurang antara generasi melainkan setelah insan bergerak menjauhi

22
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam, (Penang: USM, 2007), hal. 66
23
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 2002), hal. 28
24
Al-Quran al-Karim, Surah al-Tin (95) ayat 5, “Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),”
dan al-Furqan (25) ayat 44, “atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka
itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)”
25
Al-Quran al-Karim, Surah al-Tin (95) ayat 5,

14
realiti dan hakikat kehidupan manusiawi. Kupasan mengenai hakikat insan dan psikologi jiwa
manusia dilanjutkan dalam subtopik seterusnya.

Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa Manusia


1. Punca Permasalahan Umat Islam dan Remajanya
Tidak ada satu pun pengertian yang tetap untuk mendefinisikan „remaja‟. Namun secara
umum, remaja biasanya dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anak-anak dan dewasa,
iaitu antara usia 12 dan 20 tahun atau mungkin lebih. Menurut Majlis Belia Malaysia, usia
golongan belia adalah antara 13 hingga 40 tahun dan remaja adalah termasuk dalam ketegori
belia. Hilgard menjelaskan bahawa sekurang-kurangnya ada tiga aspek penting yang menandai
peringkat remaja: (1) berlakunya perubahan fizikal (berkembangnya hormon dan organ-organ
seksual), (2) berlaku pencarian dan pemantapan identiti diri, dan (3) mempunyai persiapan
menghadapi tugas dan tanggung jawab sebagai manusia yang mampu berdikari.26
Peringkat usia remaja sering dianggap sebagai fasa yang sangat tidak stabil dalam tahap
perkembangan manusia. G.S. Hall, sebagaimana dipetik Alwi Alattas, memperihalkan peringkat
ini sebagai peringkat masa guruh dan taufan (strum und drang), sementara James E. Gardner
menyebutnya sebagai fasa penuh gejolak (turbulence).27 Penilaian ini tentu sekali bersandarkan
realiti psikologi dan sosial remaja semasa terutama dalam era globalisasi.
Pandangan alam Islam tentang kehidupan dan manusia telahpun disingkap dalam
subtopik sebelum ini. Kita dapati secara jelas bahawasanya dalam tradisi Islam, tidak berlaku
sebarang gejala negatif seperti keruntuhan akhlak, krisis identiti dan jurang antara generasi
melainkan setelah insan bergerak menjauhi realiti dan hakikat kehidupan manusiawi. Adakah ini
sekadar teori yang ideal semata-mata? Pastinya tidak kerana ia telah terbukti dalam pengalaman
sejarah umat Islam yang Berjaya membina tamadun jasmaniah dan rohaniah yang gemilang.
Walau bagaimanapun, realiti semasa umat Islam dan remajanya seakan menampilkan hakikat
yang berbeza dengan hakikat sebenar agama Islam. Justeru, tidak hairanlah ada dalam kalangan
umat sendiri yang lari daripada agama malah menyalahkan agama sebagai penyebab
kemunduran umat.

26
Ernest R. Hilgard, Rita L. Atkinson, & Richard C. Atkinson, 1979, Introduction to Psychology, New York: Harcourt Brace
Jovanovich, Inc., hal. 88.
27
Alwi Alattas, Pendidikan Remaja dari Sudut Pandang Psikologi Islami, (Jakarta, Fakultas Psikologis Universiti Indonesia, 2006)

15
Tohmahan terhadap agama Islam ini dijawab dengan baik oleh cendekiawan Islam.
Al-Attas menyatakan: “Islam itu – iaitu pada hakikat batinnya – dengan kesuciannya dan
kemurniaannya dan keluhurannya dan keagungannya tetap sama Islam jua; tiada tersentuh oleh
pencabulan masa dan kekaburan atau perubahan seperti yang telah berlaku pada agama-agama
dan falsafah-falsafah lain…”28 Beliau menambah: “Akan tetapi justeru pada hakikat zahirnya
Islam itu ditayangkan kepada dunia oleh para penganutnya Kaum Muslimin; dan kaum
Muslimin tiada senantiasa suci dan murni dan luhur dan agung. Maka kita ini ibarat rupa zahir
yang kononnya membayangkan hakikat batin Islam itu…”29
Punca utama masalah masyarakat Islam termasuk remajanya ialah masalah
ilmu.perkara inilah yang menyebabkan kejatuhan maruah dan kehilangan iman dalam diri
masyarakat Islam. Disebabkan masalah ini, masyarakat Islam yang diibaratkan oleh al-Attas
sebagai „cermin bidal tamsil‟ agama Islam, telah menayangkan hakikat zahir Islam yang kotor
dan berdebu justeru gagal menggambarkan hakikat batin agama Islam yang sebenar.
Masalah ilmu yang dimaksudkan berpunca daripada dua faktor utama, faktor dalaman
dan luaran. Faktor dalaman umat Islam dapat dirumuskan sebagai „keruntuhan adab‟ (the lost of
Adab) yang berlaku dalam pelbagai peringkat termasuk dalam diri manusia itu sendiri.30 Makna
„adab‟ di sini dihuraikan sebagai „pengenalan dan pengakuan adanya tempat yang wajar bagi
sesuatu‟. Apabila adab telah runtuh, maka berlakulah kecelaruan dan permasalahan berterusan
dalam diri dan masyarakat islam dengan wujudnya pemimpin palsu dalam setiap bidang
kehidupan yang akhirnya mempengaruhi orang-orang yang dipimpinnya.
Al-Attas meringkaskan masalah ini melalui rumusan berikut: (1) kekeliruan dan
kesilapan mengenai faham ilmu (masalah epistemologi), dan keadaan ini membawa akibat (2)
keruntuhan adab dalam kalangan masyarakat Islam. Sementara keadaan (1) dan (2) telah
menjelmakan natijah (3) kemunculan pemimpin yang tidak layak memikul tanggungjawab
pimpinan yang sah, dan yang tiada memadai taraf kepimpinan yang dikehendaki oleh Islam.
Pemimpin yang sedemikian mengekalkan terjadinya perkara (1) dan (2) dan menjamin
berlakunya terus pengeluaran dan penempatan pemimpin sepertinya (Rujuk Lampiran – Rajah
31
3). Beliau (al-Attas) mengenalpasti tiga golongan (dalam bidang ilmu khususnya) sebagai

28
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin,(KL: ISTAC, 2001), hal. 6, selepas ini ditanda sebagai Risalah
Untuk Kaum Muslimin
29
Ibid.
30
Ibid. hal. 135
31
Ibid. hal. 137-138

16
penyumbang kepada keruntuhan adab dalam masyarakat Islam iaitu golongan modenis,
kelompok pembaharu aliran nakali dan golongan sekular.
Sementara masalah umat Islam yang timbul daripada faktor luaran berpunca daripada
cabaran ang datang dari tamadun dan kebudayaan Barat. Pengalaman dan falsafah kebudayaan
Barat yang rancam dan rancu bercampur baur antara warisan keagamaan judeo-kristian yang
ditahrifkan (diubahsuai) dan falsafah bangsa-bangsa Eropah seperti Jerman, Inggeris dan
Perancis.32 Justeru, asas dan teras sebenar kebudayaan Barat kini adalah falsafah dan agama
secara jelas dibelakangkan. Malah, selepas abad pertengahan di Eropah, unsur-unsur yang
mendominasi kebudayaan Barat ialah unsur-unsur sekular yang didasari oleh tiga fahaman
penting iaitu „humanisme‟, „dualism‟, dan „tragik‟. „Humanisme‟ meletakkan keistimewaan
manusia dan kebendaan semata-mata sementara „dualisme‟ menduakan hakikat sesuatu termasuk
nilai kebenaran, dan „tragik‟ merupakan pencarian makna hidup yang tidak tercapai dan
penerimaan pengalaman kesengsaraan hidup sebagai satu kepercayaan yang mutlak.33
Unsur-unsur ini telah melahirkan pelbagai fahaman sekular yang lain seperti
penekanan terhadap sangkaan dan syak (doubtness) dalam dalam bidang ilmu pengetahuan,
penekanan berlebihan terhadap kenegaraan (nasionalisme), penekanan ekstrem terhadap faham
perubahan (change and reform), pembangunan (development) dan kemajuan (advancement) yang
tidak berkesudahan dan kesemua fahaman ini jelas terpamer pada wajah globalisasi.

2. Jurang Generasi dan Krisis Identiti


Oleh sebab kebudayaan Barat tidak mempunyai akar yang kukuh dan tetap, ia sentiasa
berubah-ubah. Masyarakat Barat yang tiada pegangan dan nilai yang tetap ini tercari-cari makna
hidupnya. Masalah ini telah membahagikan masyarakat Barat kepada tiga golongan iaitu
golongan belia, golongan usia pertengahan dan golongan tua. Golongan-golongan ini masing-
masing menandakan ruang perpisahan antara tiap suatu keturunan sehingga menimbulkan
masalah „jurang generasi‟ (generation gap). Setiap golongan, masing-masing mencari makna diri
sehingga menderita penyakit „krisis identiti‟ (identity crisis).34
Golongan belia (termasuk remaja), yang sedang mengalami perubahan hidup,
menganggap nilai-nilai warisan golongan setengah umur sudah tidak sesuai dan releven dengan

32
Ibid. hal. 18
33
Ibid. hal. 20-22
34
Ibid. hal. 93

17
kehidupan mereka. Mereka tidak langsung menganggap golongan lain sebagai pemantau,
pemandu dan contoh tauladan kepada mereka, malah menuntut kebebasan dalam menentukan
nilai-nilai dan nasib sendiri.35
Golongan usia pertengahan pula, yang merupakan ibu bapa golongan belia menyedari
bahawa nilai-nilai mereka sendiri tidak mampu memandu kehidupan sendiri, apatah lagi anak-
anak mereka. Justeru, mereka memberi kebebasan kepada golongan belia untuk mencari nilai
dan menentukan nasib sendiri. Nilai hidup mereka didasari dengan kejayaan dari aspek
memperoleh kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan kemewahan harta benda. Maka,
segala tenaga dan usaha ditumpukan kepada masyarakat dan negara dalam konteks keduniaan
dan kekayaan material.36
Jelasnya, masyarakat ini mendakyahkan pembangunan bersifat duniawi dan dimensi
ukhrawi ditolak mentah-mentah. Bagi mereka, pembangunan manusia adalah bermatlamatkan
keseronokan dunia seperti kata-kata bongkak “The World is all and Enough” (Dunia ini adalah
segala-galanya dan sudah mencukupi).37 Bertitik tolak dari sini, mereka menganggap manusia
sebagai suatu hidupan yang mempunyai diri tanpa roh dan menempati daripada kelas haiwan
yang termaju (most evolved species). Hal ehwal rohaniah telah ditolak secara mutlak sebagai
kepercayaan karut dan kerana itu telah digugurkan daripada sebarang perbincangan dan
perencanaan rasmi mengenai pembangunan insan dan negara.
Apabila keupayaan fizikal dan akliah telah merosot, golongan usia pertengahan yang
sudah tua ini berasa kesal dan pada ketika itu, segala-gala miliknya dahulu seperti kekuatan
jasmani, kekayaan, harta, kejayaan, malah keluarga pergi meninggalkan golongan tua
sendirian.38 Golongan tua sudah tidak mempunyai peranan penting dalam masyarakat dan
negara, malah dianggap sebagai liabiliti seperti kata pepatah Farsi: “yang muda remaja mungkin
mati, yang tua ‘mesti’ mati”.39 Belenggu pencarian makna diri atau krisis identiti ini terus
menerus berputar dalam kehidupan kesemua golongan tadi. Tiada penyelesaian mahupun jalan
keluar ditemui.

3. Rasulullah SAW sebagai Contoh Tauladan


35
Ibid. hal. 93
36
Ibid. hal. 94
37
Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru yang Lebih Sempurna,(KL: ISTAC, 2001),
hal. 5
38
Ibid.
39
Ibid. hal. 95

18
Golongan-golongan seperti belia, usia pertengahan dan tua pasti wujud dalam mana-
mana masyarakat kerana itu merupakan fitrah manusiawi yang pasti berlaku. Akan tetapi,
masalah jurang generasi dan krisis identiti tidak berlaku dalam masyarakat Islam yang benar-
benar mematuhi ajaran Allah. Ini kerana sifat agama Islam itu sendiri yang tetap, jelas dan
sempurna sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini. Justeru, makna diri dan nilai-nilai
yang dianut oleh individu dalam masyarakat Islam adalah tetap, jelas dan sempurna sebagaimana
sifat agamanya. Maka, golongan usia pertengahan mewariskan kepada anak-anak mereka yakni
golongan belia remaja nilai-nilai hakiki agama Islam sebagai panduan hidup sebagaimana yang
mereka warisi sewaktu belia remaja dahulu.40
Di samping itu, masyarakat Islam mempunyai contoh manusia sempurna yang menjadi
contoh tauladan bagi mengendalikan kehidupan. Ini jelas kelihatan pada cara, tingkah laku,
perangai dan peribadi Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan insan kamil (manusia
sempurna) yang menjadi ikutan semua golongan dalam masyarakat baik golongan belia remaja,
golongan usia pertengahan mahupun golongan tua. Setiap individu Muslim, baik lelaki mahupun
perempuan, melihat Nabi SAW bukan kepada peringkat-peringkat umur yang tertentu, tetapi
melihat Baginda dari segi pandangan insan. Nabi Muhammad SAW menjadi sumber tauladan
yang sempurna bagi seumur hidup insan dan manusia sempurna seperti ini tidak terdapat pada
agama dan masyarakat lain.41

4. Psikologi Jiwa Manusia Menurut Islam


Manusia dikurniai kebolehan untuk mencapai ilmu. Tempat letak ilmu dalam diri
manusia adalah unsur rohaniahnya yang disebut dalam al-Qur`an dalam pelbagai kalimah iaitu
sebagai „hati‟ (al-qalb) „jiwa/diri‟ (al-nafs), „roh‟ (al-ruh), dan „akal‟ (al-‘aql), tetapi
kesemuanya itu merujuk kepada hakikat yang sama iaitu unsur rohaniah manusia. 42 Pada
asalnya, manusia mengetahui Hakikat Tuhan dan kesatuan Mutlak-Nya (al-tawhid) sebagaimana
yang disebut dalam al-Quran, surah al-A‟raf (7), ayat 172 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-


anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian

40
Ibid.
41
Ibid.
42
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990),
hal. 2

19
terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini
Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami
menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari
kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam)
adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).”

Ayat di atas merujuk kepada perjanjian (al-mithaq/ al-‘ahd) manusia dengan Tuhan
semasa di alam roh. Manusia telah mengenali dan mengakui keadaan dan keesaan Tuhan lalu
mengikat perjanjian yang menentukan tujuan, tindakan dan sikap mereka terhadap diri dan
Tuhan. Ikatan perjanjian ini merupakan ikatan dan penentuan dalam agama (al-din) yang
merupakan pengabdian sebenar (al-Islam). Tujuan kewujudan manusia adalah untuk mengenal
Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya43 dan tugasnya adalah untuk taat (ta’ah) kepada Tuhan
sesuai dengan fitrah insaniahnya.44
Walau bagaimanapun, manusia juga mempunyai masalah „lupa‟ (nisyan). Menurut
Abdullah Ibn Abbas, merujuk kepada surah Tha Ha (20), ayat 115: “Dan sesungguhnya telah
Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati
padanya kemauan yang kuat”, perkataan insan terbit daripada kalimah nasiya kerana kata Ibn
Abbas, manusia telah melakukan perjanjian dengan Tuhan tetapi mereka lupa (nasiya). Kelupaan
merupakan penyebab keengkaran, dan kesan penderhakaan ini menjatuhkan manusia ke dalam
kezaliman (zulm) dan kejahilan (jahl). Namun begitu, Tuhan telah melengkapkan manusia
dengan akal dan wahyu yang mampu melorongkan mereka ke jalan yang benar. Untuk memilih
kepada kebaikan (ikhtiyar), terserah kepada manusia itu sendiri.45
Hakikat diri manusia yang sebenar berasal dari alam tinggi (al-malakut) dan alam
46
perintah (al-amr). Terdapat beberapa peringkat/ martabat (level/ stages) bagi jiwa manusia.
Apabila manusia cenderung kepada jalan yang benar, ketenangan sebenar yang transenden (al-
sakinah) akan hadir dan mereka akan berada dalam kebebasan dan ketenangan dalam ingatan

43
Al-Quran al-Karim, Surah al-Dzariyat (51) ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
mengabdi kepada-Ku.”
44
Al-Quran al-Karim, Surah al-Rum (30) ayat 30, “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah
atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama
yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
45
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990),
hal. 6
46
Al-Quran al-Karim, Surah Ya Sin (36) ayat 83; surah al-Mukminun (23): 88

20
kepada Tuhan. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan keadaan jiwa yang tenang (al-nafs al-
mutma’innah) dan merupakan peringkat tertinggi jiwa manusia. Kadangkala, jiwa manusia
bergelora dan berlawanan antara daya akliahnya dan daya kebinatangannya. Apabila jiwa berada
dalam keadaan yang jahat, kemudian ia sedar lalu berusaha melawan kejahatan tersebut dan
mengutuk kelakuannya. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan al-nafs al-lawwamah iaitu jiwa
yang mengutuk diri sendiri. Manakala, keadaan jiwa yang terperangkap dalam kejahilan dan
kejahatan dinamakan al-nafs al-amarah bi al-su`.
Jiwa manusia juga mengandungi beberapa „keadaan upaya‟ (quwa) yang
termanifestasi dalam hubungannya dengan aspek jasmani manusia. „Keadaan upaya‟ tersebut
ialah jenis-jenis jiwa iaitu (1) jiwa tumbuhan (al-nafs al-nabatiyah), (2) jiwa haiwan (al-nafs al-
hayawaniyah), dan (3) jiwa rasional (al-nafs al-natiqah).47 Tumbuh-tumbuhan mempunyai
kekuatan untuk membesar, kekuatan kesuburan dan produktif. Kekuatan-kekuatan ini juga
terdapat pada haiwan dan manusia. Boleh dikatakan, manusia mempunyai jiwa-jiwa yang sama
dengan haiwan, Cuma yang membezakannya adalah jiwa rasional (al-nafs al-natiqah) yang
hanya terdapat pada diri manusia, tidak haiwan mahupun tumbuhan. Keadaan inilah yang
menjadikan manusia itu sebagai „manusia‟ dan sekiranya manusia kehilangan keadaan upaya ini,
maka manusia tersebut tiada berbeza dengan haiwan.
Jiwa rasional (al-nafs al-natiqah) merupakan petanda ciri-ciri unggul bagi manusia.
Kalimah Natiq (al-natiqah) bermakna daya akliyah yang merujuk kepada fakulti rasional
manusia, selari maksudnya dengan perkataan logos (Greek) dan ratio (Latin). Natiq merupakan
fakulti dalaman yang menanggap dan memahami realiti-realiti seterusnya memformulasi makna
berkaitan membuat keputusan, pengelasan dan penjelasan.48 Al-nafs al-natiqah juga merujuk
kepada akal. Namun, akal (al-‘aql) dalam Islam bukan seperti yang difahami dalam kebudayaan
Barat. Dalam kebudayaan Barat, akal hanya merujuk kepada ratio yang merupakan alat untuk
memahami dan menguasai alam zahir (aspek saintifik) semata-mata. Ratio dipisahkan daripada
intellectus yang bermaksud fakulti untuk merenungi hakikat rohaniah. Akal dalam Islam
merangkumi sekaligus aspek ratio dan intellektus. Akal, menurut Islam, jika dijaga dengan baik,
akhirnya akan membawa implikasi akhlak yang penting.

47
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990),
hal. 8
48
Ibid. hal. 39

21
Daripada perbincangan ini, dapatlah kita mengerti keadaan jiwa manusia yang sebenar
sebagaimana fitrah kejadian Tuhan. Kelupaan manusia dan keengkarannya untuk kembali ke
jalan kebenaran (al-inabah/ al-taubah) walapun dikurniakan Tuhan dengan keupayaan untuk
berbuat demikian, telah menenggelamkan manusia dalam lembah kehinaan yang meletakkan
martabatnya pada kedudukan yang rendah, malah lebih rendah daripada haiwan.
Dengan hilangnya kesedaran diri manusia yang sebenar, maka anasir jahat dari luar
seperti dampak negatif globalisasi dengan mudah mempengaruhi gaya fikir dan gaya hidup
manusia. Tidak terlepas daripada menjadi mangsa ialah golongan remaja yang sepatutnya dididik
dan diasuh dengan nilai-nilai agama Islam yang hakiki. Sekiranya didikan tersebut tidak berlaku,
golongan yang sedang mencari makna diri ini akan mudah dikaburkan dengan keduniaan dan
fahaman songsang seperti yang terpamer pada wajah globalisasi.

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif


Umat Muslim seharusnya memahami visi dan citra Islami sebagai tujuan utama
pendidikan atas sebab prinsip-prinsip asas kehidupan terbit daripada al-Qur`an. Unsur-unsur
utama sistem pendidikan Islam adalah berdasarkan beberapa kata kunci (key concepts) seperti
konsep agama (din); konsep manusia (al-insan); konsep ilmu pengetahuan (‘ilm and ma’rifah);
konsep kebijaksanaan (hikmah); konsep keadilan (‘adl); konsep amal baik (‘amal or adab); dan
konsep universiti (kulliyah—jami’ah).49 Kesemua elemen utama ini merupakan manifestasi
„pandangan alam Islam‟ yang terbit daripada wahyu dan telahpun dijelaskan sebelum ini.

1. Makna Pendidikan
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan „pendidikan‟? Secara umum, pendidikan
bermaksud „suatu proses menerapkan/menyuntik sesuatu terhadap manusia‟ (a process of
instilling something into human being).50 Berdasarkan definisi ini, „suatu proses
menerapkan/menyuntik‟ (a process of instilling) merujuk kepada kaedah atau metodologi dan
sistem penyaluran pendidikan (mekanisme). Manakala, „sesuatu‟ (something) pula merujuk
kepada kandungan dan bahan yang ingin dimasukkan dan manusia (human being) merupakan

49
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam, hal. nota penulis. Untuk penjelasan lanjut kata-kata
kunci (key concepts) tersebut, lihat juga Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to The Metaphysics of Islam: An
Exposition of The Fundamental Elements of The Worldview of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995).
50
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy of Education,
(Kuala Lumpur: ISTAC, 1999), hal. 19, selepas ini ditanda sebagai The Concept of Education in Islam.

22
penerima proses dan kandungan. Maka, pendidikan mengandungi tiga unsur fundamental
sepertimana yang dihuraikan tadi iaitu: (1) proses, (2) kandungan, (3) penerima.51 (rujuk
lampiran – rajah 2)
Persoalannya, bagaimana pendidikan sebagai proses penyaluran ilmu kepada manusia
berlaku? Apa kandungan ataupun ilmu yang diajarkan? Apa tujuan pendidikan? Apa hasil yang
bakal dikecapi oleh penerima kandungan melalui proses pendidikan itu? Melihat suasana
institusi pendidikan dewasa ini, juga graduannya menimbulkan lebih banyak persoalan. Apakah
pendidikan hanya sebagai alat untuk mendapatkan profesyen yang baik? Apakah matlamat
institusi pendidikan yang sebenarnya, mendidik atau mengaut keuntungan? Realiti pendidikan
hari ini jelas tersasar dengan keperluan insan dan tujuan asal pendidikan. Pendidikan telah
di‟komoditi‟kan, di‟komersialisasi‟kan dan di‟politisasi‟kan. Siddiq Fadzil dalam kritikannya
terhadap pendidikan masa kini menyatakan:

“Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan IPT, tetapi
dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem pendidikan di
pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut. Ada
yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi melewati batas
jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi yang bermotif mengaut
keuntungan, rakyat harus membayar mahal sedang kualitinya belum pasti.
Dengan ketiadaan biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan
terbeban sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu
akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan
masyarakat. Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan judul
bernada protes seperti, “Pendidikan Yang Memiskinkan” dan “Orang Miskin
Dilarang Sekolah”. Andainya demokratisasi pendidikan mahu direalisasikan
harus dipastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati pendidikan berkualiti
dengan kos yang terjangkau. Kegagalan melaksanakan dasar ini akan
mewujudkan keadaan survival of the richest, di mana pendidikan berkualiti
menjadi monopoli segelintir kaum elit.”52

51
Ibid.
52
Siddiq Fadzil, “KRISIS KEPENDIDIKAN MASA KINI: Cabaran Membina Generasi Berjiwa Merdeka”, Khairaummah.com, 26-10-
06

23
Al-Attas – seorang yang begitu akrab dengan tradisi akhlak dan metafizik tasawuf –
mendefinisikan „pendidikan Islam‟ sebagai:

“pengenalan dan pengakuan, yang secara progresif diterapkan kepada


manusia, tentang kedudukan sebenar segala sesuatu menurut martabat
kejadiannya, dengan itu membawa kepada pengenalan dan pengakuan
tentang kedudukan/ martabat Tuhan menurut susunan kewujudan”
(recognition and acknowledgement, progressively instilled into man,
of the proper places of things in order of creation, such that it leads
to the recognition and acknowledgement of the proper place of God
in order of being and existence).53

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, konsep pendidikan dalam Islam terbit
daripada pandangan alam Islam yang mana ditayangkan daripada wahyu, manakala wahyu
ditafsirkan ulama` sebagai: “kalamullah (kata-kata Allah) yang berkaitan Diri-Nya, makhluk-
Nya, ciptaan-Nya, hubungan antara mereka, dan saluran komunikasi dengan rasul-Nya, dengan
susunan kalimah mengikut kehendak-Nya, kemudian disebarkan oleh rasul kepada manusia
dalam bentuk linguistik yang baharu lagi mudah difahami (bahasa Arab dengan makna yang
dibaharu), tanpa diganggu gugat oleh kekeliruan, subjektiviti mahupun imaginasi kognitif rasul-
Nya”.54

2. Konsep Ta`dib
Oleh sebab wahyu diturunkan dalam Bahasa Arab, adalah signifikan untuk kita merujuk
kepada perkataan seerti bagi perkataan „pendidikan‟ dalam bahasa Arab dan aplikasinya yang
sebenar.55 Maka, analisis terhadap perkataan harus diformulasi berdasarkan makna sebagaimana
yang difahami dalam citra Islami yang asal, iaitu sebelum berlakunya gugahan atau ekspresi
tanpa justifikasi terhadap makna perkataan.56

53
Ibid. hal. 13
54
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena, pg. 6
55
Ahmad Bazli Shafie, The Educational Philosophy of al-Syaikh Muhammad ‘Abduh, (KL: ISTAC IIUM, 2004), pg. 24, selepas ini
ditanda sebagai The Educational Philosophy of al-Syaikh Muhammad ‘Abduh
56
Ibid. pg. 25

24
Antara keunikan Bahasa Arab ialah bahasa ini dibangunkan di atas sistem kata akar yang
kukuh (firm system of roots) dan struktur semantiknya yang dicakup oleh sistem lapangan
semantik (semantic field) yang jelas. Ini menentukan struktur-struktur konsep yang merupakan
asas dalam kosa kata.57 Beberapa kalimah Arab digunakan bagi merujuk kepada „pendidikan‟
seperti tarbiyah, ta’lim, ta`dib, tahdhib, tamrin, dan tathqif. Tiga kalimah utama sering
digunakan merujuk makna pendidikan iaitu tarbiyah, ta’lim and ta`dib. Dalam penelitian ini,
penulis membincangkan konsep ta`dib dengan menentukan makna sebenar ta`dib melalui
pendekatan menghuraikan aspek sintaktik perkataan dan struktur-lapangan semantiknya.
Makna asal perkataan ta`dib ialah perbuatan menjemput ke majlis khas (banquet).58
Ta`dib terbit daripada kata akar a-d-b yang juga menerbitkan perkataan adab. Perkataan adab
atau perkataan yang terbit daripada kalimah adaba disebut dalam hadith Nabi Muhammad SAW.
Perkataan-perkataan ini membawa maksud „perangai‟, „tingkah laku yang baik‟, dan „latihan,
menjinakkan atau suruhan berkelakuan baik‟.59 Berdasarkan penelitian di atas, menurut Nasrat
Abd-Rahman, menyokong hadith nabi yang bermaksud, “Tuhanku telah mendidik aku, maka
elok/ cemerlanglah pendidikanku” (addabani rabbi fa ahsana ta`dibi).60
Dalam leksikon Bahasa Arab, kalimah adab diaplikasikan dalam dua bentuk iaitu adab
jiwa (adab al-nafs) dan adab belajar (adab al-dars). Al-Ghazali menggunakan perkataan adab
and addaba dengan menyemangati citra pendidikan yang komprehensif seperti katanya:

“sesungguhnya, kelakuan yang paling tinggi dan sempurna, perbuatan


yang paling baik dan cantik adalah adab dalam agama yang mana
melaluinya orang-orang beriman mengikuti sifat ketuhanan dan tingkah
laku para nabi dan rasul. Tuhan telah mengajarkan kita (addabani) dengan
apa yang telah ditayang dan dijelaskan dalam al-Qur`an. Dia juga
mengajarkan kita (addabani) dengan kehadiran pesuruh-Nya iaitu Nabi
Muhammad SAW melalui hadith Baginda. Sebegitu juga, kita harus

57
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam, pg. 2
58
Ahmad Bazli Shafie, The Educational Philosophy of al-Syaikh Muhammad ‘Abduh, pg. 44. See also his elaboration of the
original basic meaning of adab in his footnote at the same page
59
Ibid.
60
Nasrat abd-Rahman, “The Semantics of Adab”, ISTAC’s Jurnal Al-Shajarah yr.2 vol. 2 1997, (KL: ISTAC, 1997), pg. 191-192

25
mengikuti jejak para sahabat dan pengikut mereka, juga mengikuti
langkah orang-orang ahli adab (ahl al-adab) dalam kalangan mukmin”.61

Menurut al-Attas, perkataan ta`dib itu sendiri sudah merangkum dalam struktur
konsepnya elemen-elemn seperti ilmu pengetahuan (‘ilm), pengajaran (ta’lim), and penjagaan
yang baik (tarbiyah).62 Justeru, Ta`dib dianggap sebagai perkataan yang paling tepat untuk
memaknakan konsep pendidikan dalam Islam. Hakikatnya, pendidikan sebagai ta`dib merujuk
kepada penerapan adab terhadap manusia. Adab termanifestasi dalam kesemua unsur
fundamental pendidikan iaitu „proses‟, „kandungan‟, dan „penerima‟.63 Ini juga menunjukkan
bahawa unsur utama ‘ilm (ilmu pengetahuan) dan ‘aql (intelek manusia) terkandung dalam
perkataan ta`dib.
Seperti perbincangan sebelum ini, pendidikan harus selari dengan realiti manusia kerana
manusia adalah „penerima‟. Dalam perbahasan falsafah, manusia diertikan sebagai „haiwan
rasional‟ (al-hayawan al-natiq). „Natiq‟ yang bermaksud „rasional‟ merupakan fakulti dalaman
manusia yang memformulasi „makna‟ (dhu nutq)”.64 Manakala konsep „makna‟ (ma’na) adalah
pengenalan terhadap tempat letak sesuatu dalam sistem yang diketahui apabila hubungan sesuatu
dengan sesuatu yang lain dalam sistem berlaku dan difahami.
Artikulasi atau penampakkan (articulation) simbol linguistik kepada susunan bermakna
(meaningful pattern) merupakan ekspresi luaran terhadap hakikat dalaman iaitu akal (‘aql).65
‘Aql ialah suatu perkara dalaman (an innate property) yang memegang dan menjalin objek-objek
pengetahuan melalui perkataan-perkataan.66 Dengan kata lain, makna perkataan dijana dan
difahami oleh daya akliah (cognitive power) iaitu akal, yang membentuk dan menyampaikan
isyarat-isyarat bermakna (meaningful signs). Disebabkan isyarat-isyarat bermakna ini dijana oleh
akal yang bersifat batin (dalaman), maka ia disampaikan atau diekspresikan ke dunia luar melalui
daya berbahasa atau daya pertuturan dan pemahaman ini mendorong kepada tindakan jasmani.67
Unsur lain pendidikan ialah „kandungan‟ yang merujuk kepada ilmu pengetahuan. Ilmu

61
Al-Ghazali, Munqidz min al-Dhalal (Beirut: Muassasal al-Tsaqafiyah, 1987), pg. 133 - dipetik oleh Ahmad Bazli Shafie, The
Educational Philosophy of al-Syaikh Muhammad ‘Abduh, hal. 47
62
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam, hal. 33
63
Telah disentuh sebelum ini tentang tiga unsur fundamental dalam pendidikan dalam perenggan awal bagi subtopik “Ta`dib
Sebagai Pendidikan Bercitra Islami yang Komprehensif” dalam kertas kerja ini.
64
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam, hal. 14
65
Ibid.
66
Ibid.
67
Adi Setia Mohd. Dom, “Teori dan Penemuan Barat tentang ‘Aqal: Tinjauan dan Penilaian Ringkas Menurut Kerangka Faham
Ilmu Islam”, Seminar Pelbagai Martabat dan Sifat Akal Fikiran dalam Tradisi Ilmiah Tamadun Islam, KL: IKIM, 13-14 Mei 2008.

26
pengetahuan yang sebenar mengandungi pengenalan tentang tempat letak sesuatu menurut
martabat dan penciptaan-Nya, dan membawa kepada pengenalan martabat Tuhan dalam susunan
kewujudan.68
Daripada perbincangan di atas, kita dapat meringkaskan makna pendidikan (ta`dib) dan
adab seperti yang diringkaskan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, sebagaimana berikut:69 (1)
perbuatan mendisiplinkan jiwa dan minda, (2) pencarian kualiti dan sifat jiwa dan minda, (3)
perilaku yang benar dan sesuai yang berlawanan dengan perilaku salah dan buruk, (4) ilmu yang
dapat menyelamatkan manusia, (5) pengenalan dan pengakuan kedudukan sesuatu secara benar
dan tepat, (6) suatu kaedah mengetahui yang menghasilkan kedudukan sesuatu secara tepat dan
benar, (7) jelmaan keadilan (‘adl) sebagaimana ditonjolkan oleh kebijaksanaan (hikmah).
Konsep Ta`dib ini juga bukanlah satu teori yang bersifat utopia. Konsep in telah teruji
kerana sejarah manusia telah membuktikan kejayaannya. Ini dapat dilihat pada zaman Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat, pada zaman Tabi‟in dan selepasnya, dan juga zaman
kegemilangan tamadun dan peradaban Islam. Justeru, ta`dib harus dibugar semula dalam
kehidupan masyarakat Islam hari ini.

Kesimpulan
Tamadun dan peradaban Barat sedang berkuasa dan mendominasi dunia pada waktu ini.
Sifat budayanya yang memaksa masyarakat lain untuk menganut faham Barat berjalan melalui
perlbagai kaedah termasuklah „globalisasi‟. Berkali-kali ditegaskan, penulis tidak menderita
penyakit xenophobia tetapi bersikap tegas terhadap anasir perosak ini. Jelas, remaja di Malaysia
sudahpun merasai penderitaan penyakit berkaitan jiwa sehingga memaksa perlakuan yang sama
sekali jauh daripada norma-norma ketimuran. Penyakit jiwa manusia ini telah mendorong
pelbagai perilaku yang menyalahi norma kemanusiaan. Dua faktor utama masalah ini dikenal
pasti, faktor dalam insan iaitu kehilangan adab dan ditambahburukkan oleh faktor luaran yakni
cabaran kebudayaan Barat seperti globalisasi.
Hakikatnya, pandangan alam Islam adalah sama sekali berbeza dan bertentangan dengan
pandangan hidup Barat yang ditonjolkan melalui globalisasi. Pandangan alam Islam adalah
68
Ibid.
69
Wan Mohd Nor Wan Daud, The Educational Philosophy & Practice of Syed Muhd Naquib al-Attas, pg. 142

27
komprehensif dan integral dan menunjukkan manusia nilai-nilai Islam yang hakiki. Manakala
pandangan hidup Barat bersifat rencam dan rancu sehingga menyebabkan masyarakat Barat
hidup dalam penderitaan mencari makna diri. Psikologi jiwa manusia jelas menunjukkan hakikat
kemanusiaan berdasarkan fitrah yang Tuhan ciptakan.
Hasil daripada sumber wahyu yang tulen dan terpelihara, intipati agama Islam tidak
mengalami perubahan sebagaimana yang berlaku dalam agama-agama lain. Justeru, masyarakat
Islam tidak sewajarnya terikut-ikut dan hanyut dibawa arus globalisasi dan semboyan perubahan
dan kemajuan yang ditiup oleh Barat. Sebaliknya, sesuai dengan makna al-din yang antara lain
membawa maksud „pengembalian kepada fitrah asal yang tunduk kepada Tuhan‟, setiap tindakan
dan pemikiran Muslim harus dilihat sebagai proses pengembalian diri (raj’) melalui
penghambaan diri (‘ubudiyah) kepada Tuhan. Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai
contoh tauladan akhlaqiyah yang kekal dan berterusan kepada semua generasi umat Islam juga
amat penting dalam menanggapi isu-isu yang dicanang oleh Barat seperti kebebasan, akhlak,
krisis identiti, jurang generasi, perubahan dan kemajuan.
Konsep ta`dib sebagai pendidikan yang tulen sepatutnya diterap kembali dalam sistem
pendidikan remaja. Hakikat pendidikan semasa telah berubah daripada fitrah pendidikan yang
sebenarnya. Pendidikan hanya dilihat sebagai sarana mendapat pekerjaan, dengan pekerjaan yang
baik dapat mengumpul harta benda keduniaan dan hidup akan bahagia. Sedangkan kebahagiaan
sebenar hanya akan terbit daripada jiwa yang tenang (al-nafs al-mutma’innah).

28
Bibliografi

abd-Rahman, Nasrat. “The Semantics of Adab”, ISTAC’s Jurnal Al-Shajarah yr.2 vol. 2
1997, KL: ISTAC, 1997.

Abdullah, Azlina. “Kajian Mengenai Gejala Sosial”, Kajian Inventori Penyelidikan


Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005, (KL: Kementerian Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, 2006)

. “Penyelidikan tentang Gejala Sosial di Malaysia dalam Dekat 2000-an”, The


7th International Malaysian Studies Conference (MSC7), Critical Transitions: Repositioning the
State, Market and Society, 16-18/03/2010

Alattas, Alwi. Pendidikan Remaja dari Sudut Pandang Psikologi Islami, Jakarta, Fakultas
Psikologis Universiti Indonesia, 2006.

Alattas, Sharifah Syifa. “The Worldview of Islam: An Outline”, Islam and the Challenge of
Modernity, Kuala Lumpur: ISTAC, 1994.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. Prolegomena to The Metaphysics of Islam: An


Exposition of The Fundamental Elements of The Worldview of Islam, Kuala Lumpur: ISTAC,
1995.

. The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy


of Education, Kuala Lumpur: ISTAC, 1999.

. Risalah Untuk Kaum Muslimin, KL: ISTAC, 2001.

. “Islamic Weltanschauung: A Brief Overiew”, Forum ISTAC al-Hikmah,


(Kuala Lumpur: ISTAC, 1999), yr. 5 issue no.1.

29
. The Meaning and Experience of Happiness in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC
1993.

. Islam and Secularism, PJ: ABIM, 1978.

. The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul, Kuala Lumpur:
ISTAC, 1990.

Ernest R. Hilgard, Rita L. Atkinson, & Richard C. Atkinson, Introduction to Psychology, New
York: Harcourt Brace Jovanovich, 1979.

Fadzil, Siddiq. “Umat Melayu dan Cabaran Globalisasi”, Khairaummah.com, 26 -01-06

. “Krisi Kependidikan Masa Kini: Cabaran Membina Generasi Berjiwa


Merdeka”, Pendidikan al-Hikmah, KL: KDH, 2008.

Hashim, Rosnani. Educational Dualism in Malaysia; Implication for Theory and Practice,
KL: Oxford University Press, 1996.

Hodgson, Marhall S. The Venture of Islam Vol. 3, Chicago & London: The University of
Chicago Press, 1974.

Khan, Israr Ahmad. Qur`anic Studies: An Introduction, Kuala Lumpur: Zaman Islam Media,
2000.

Mohd Dom, Adi Setia. Worldview of Islam Academy: The Concept, Kuala Lumpur:
HAKIM, 2010.

30
. “Teori dan Penemuan Barat tentang „Aqal: Tinjauan dan Penilaian Ringkas
Menurut Kerangka Faham Ilmu Islam”, Seminar Pelbagai Martabat dan Sifat Akal Fikiran
dalam Tradisi Ilmiah Tamadun Islam, KL: IKIM, 13-14 Mei 2008.

al-Qaradawi, Yusuf. “Mafhum al-`Aulamah wa Maza Ta`ani” http://www.islamonline.net/


Arabic/contemporary/2003/02/article01.shtml, 29-06-05

al-Quraisy, Muhammad. Sekitar Risalah Taalim Prinsip pertama Usul 20 Hassan al-
Banna, KL: Dewan Pustaka Fajar, 2009.

Rosenthal, Franz. Knowledge Triumph: The Concept of Knowledge in Medieval Islam,


Leiden: E.J Brill, 1970.

Stanford Encyclopedia, http://plato.stanford.edu/entries/globalization/

Shafie, Ahmad Bazli. The Educational Philosophy of al-Syaikh Muhammad ‘Abduh, KL:
ISTAC IIUM, 2004

Wan Daud, Wan Mohd Nor. The Educational Philosophy & Practice of Syed Muhd Naquib
al-Attas, KL: ISTAC, 1998.

. Knowledge, Language, Thought & the Civilization of Islam, Johor


Bharu: UTM Press, 2010.

. The Concept of Knowledge and Its Implication for Education in a


Developing Country, London & New York: Mansell, 1989.

. Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru yang

Lebih Sempurna, KL: ISTAC, 2001.

31
Lampiran

32
33
Tuhan

Nilai &
Kenabian
Hikmah

Pendidikan Hari Akhirat

Unsur-unsur
dalam
Pandangan
Alam Islam

Ilmu
Agama
Pengetahuan

Alam Wahyu

Manusia

34
Rajah 1 Unsur-unsur dalam Pandangan Alam Islam

Rajah 3
Pusingan ganas kehilangan adab

35
(faktor dalaman masalah umat Islam)

36