Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KERTAS KERJA
MEMBAIK PULIH DAN MEMBINA
LALUAN BERBUMBUNG DI ANTARA BANGUNAN
PENDIDIKAN KHAS, NURSERI DAN PRA PPKI
SK TAMAN KLANG JAYA
2018
PROJEK SUMBANGAN:
DISEDIAKAN OLEH :
NOR ZEELAWATI BINTI MOKHTAR
GURU PPKI SK TMN KLANG JAYA
Program Pendidikan Khas Integarsi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya telah mula
beroperasi pada 1 Januari 1996. Dua buah bilik darjah dengan bilangan murid seramai 8 orang
dengan seorang guru. Pertambahan murid pendidikan khas yang semakin meningkat setiap
tahun menyebabkan kelas semakin sempit dan kurang selesa.
Kini setelah 21 tahun beroperasi Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan
Taman Klang Jaya mempunyai 86 orang murid, seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas,
lapan belas orang guru dan empat orang pembantu pengurusan murid. Pelbagai usaha
dijalankan untuk membaikpulih keadaan bilik darjah seperti memasang partition kelas,
memasang jerigi keselamatan dan memasang jubin lantai. Ruang perhimpunan dan aktiviti juga
telah diadakan dengan menyimen ruang tersebut.
Namun demikian, masih terdapat banyak kekurangan infrastruktur dan peralatam terutamanya
laluan berbumbung. Laluan ini, telah nampak uzur, kayunya telah mereput dan lantainya banyak
yang telah merekah atau pecah. Pada waktu malam laluan ini amat gelap, kerana tiada lampu
sepanjang laluan tersebut. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan murid, guru dan
staff yang melalui kawasan tersebut. Kebiasaannya, laluan berbumbung ini digunakan untuk
melindungi murid daripada hujan dan panas, melatih murid berjalan menggunakan laluan yang
betul, menjadi tempat duduk sekiranya terdapat program di dataran berbumbung.
Sementara itu, pada tahun 1998, Pra Sekolah PPKI telah mula ditubuhkan dan mula beroperasi
sepenuhnya pada tahun 1999. Semenjak tahun 1999 tiada laluan berbumbung yang
menghubungkan antara PPKI dan Pra Sekolah PPKI. Murid-murid, guru, pembantu pengurusan
murid dan murid yang berkerusi roda tiada laluan yang selamat dan terlindung dari hujan untuk
ke Pra Sekolah. Laluan ini, amat diperlukan bagi melindungi mereka terutamanya sewaktu
hujan. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memohon laluan berbumbung tersebut, tetapi sia-
sia kerana tiada peruntukan dari pihak kerajaan.
Sebelum ini terdapat pagar di antara PPKI dan Nurseri SK Taman Klang Jaya. Namun, pagar
tersebut telah reput dan rosak semenjak tahun 2015. Perkara ini amat membimbangkan kerana
keselamatan murid tidak terjamin.Murid-murid yang Hyperaktif terutamanya, boleh berlari keluar
dari kawasan PPKI menggunakan laluan nurseri sekiranya pagar tersebut tidak di baikpulih.
Cadangan permohonan untuk membaik pulih laluan berbumbung PPKI, pagar dan membina
laluan berbumbung baru di Pra Sekolah adalah selari dengan kehendak serta keperluan
semasa untuk memenuhi tahap keselamatan dan keselesaan murid PPKI dan Pra Sekolah
PPKI.
2.0 RASIONAL
Tujuan projek ini, adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan murid PPKI yang
sedia maklum menghadapi pelbagai masalah ketidakupayaan (OKU).
3.0 OBJEKTIF
3.2 Membaiki simen atau memasang mozek pada lantai yang telah retak / pecah di
laluan berbumbung PPKI dan Nurseri
3.4 Membina laluan berbumbung baru diantara Nurseri dan Pra PPKI.
3.7 Memasang “sign board” pejalan kaki dan murid yang berkerusi roda di laluan
berbumbng
4.0 PERMASALAHAN
Disember Membina laluan berbumbung (susur gajah) dari nurseri ke Pra PPKI
ANGGARAN JUSTIFIKASI
NO PROJEK SKOP PROJEK
KOS (RM) PROJEK
Kerja-kerja
Menggantikan lantai laluan
menyimen dan Lantai laluan
berbumbung PPKI yang
meletakkan berbumbung PPKI
1. telah pecah dan merekah RM 5000
mozek laluan telah pecah dan
kepada yang lantai yang
berbumbung merekah
baru
PPKI
ANGGARAN JUSTIFIKASI
NO PROJEK SKOP PROJEK
KOS (RM) PROJEK
LALUAN NURSERI
Keadaan lantai merekah dan pecah-pecah
tidak selamat untuk laluan murid
Contoh bumbung
Meletakkan sign board murid berkerusi roda
dan pejalan kaki
10.0 PENUTUP
Diharapkan dengan terlaksananya projek ini, akan dapat memberi manfaat kepada semua
warga sekolah. Murid-murid dapat menggunakan persekitaran sekolah dengan lebih selesa
dan selamat. Pelbagai info dapat di sebarkan sekiranya terdapat papan kenyataan
bercermin di sepanjang laluan tersebut. Segala bantuan dan sokongan yang diberikan di
dahului dengan ucapaan jutaan terima kasih.