Anda di halaman 1dari 21

ISI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Muka Surat

1 Biodata 2

2 Penghargaan 3

3 1.0 Pengenalan 4

4 2.0 Pengertian budaya dan akal budi 4–5


masayarakat melayu

5 3.0 Konsep akal budi dari segi pemikiran, 6–8


pertuturan, perlakuan dan gaya hidup

6 4.0 Karya puisi tradisional 8 – 10

7 5.0 Kebudayaan kebangsaan 11 – 18

8 Rumusan 19

9 Refleksi 20

10 Bibilografi 21

1
BIODATA

Nama : Hafizatul Azma binti Hashim

No kad pengenalan : 970331-06-5122

Alamat : No 65, Jalan Bunga Dedap, Taman Sepekan Jaya, 26600

Pekan Pahang

Ambilan : Jun 2015

Kumpulan : PPISMP 1

Opsyen : Bahasa Melayu (SJK C)

Institut : Instititut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun 14000

14000,Bukit Mertajam,Pulau Pinang

Nombor Telefon : 010-215 3115

Tarikh lahir : 31 Mac 1997

Umur : 18 tahun

Status : Bujang

2
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah hirrabbil’alamin saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke


hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyelesaikan tugasan ini
dengan penuh jayanya.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya Dr. Azhar bin Mohd Ali kerana tunjuk ajar dan bimbingannya dalam tugasan
ini.

Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang sentiasa mendorong dan sokongan yang tidak terhingga sehingga saya
berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.

Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu
saya dari pelbagai aspek. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya
terhadap apa yang saya sering alpa dan menjawab segala pertanyaan selama saya
menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini.

3
TUGASAN 1(A)

1.0 PENGENALAN

Masyarakat melayu adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia.


Kebanyakannya adalah penduduk setempat yang telah menghuni wilayah
Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Borneo bahagian Barat Laut. Definisi
Melayu adalah penduduk peribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu,
beragama Islam dan yang menjalani adat istiadat Melayu. Masyarakat melayu
juga mempunyai akal budi yang tersendiri yang mencerminkan bangsa Melayu
itu sendiri

2.0 PENGERTIAN BUDAYA DAN AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat budaya membawa maksud tamadun,


peradaban, kemajuan berfikir, akal budi dimana merangkumi cara berfikir dan
kelakuan seseorang. Akal budi pula membawa maksud fikiran yang sihat.

Menurut buku Buku Melayu I (Edisi Kedua) menerangkan bahawa secara


amnya, budaya atau dalam bahasa Inggeris disebut culture yang bermaksud
cara hidup manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah,
akal, semangat dan usaha manusia dalam sesebuah kelompok.

Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai budaya. Menurut
beliau, budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologidan kemasyarakatan serta
dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya
intelektual tersebut masyarakat membentuk nilai yang dapat diterima bersama.

Untuk gambaran yang lebih jelas, budaya adalah suatu cara hidup yang
berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan
dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit,
termasuk sistem agama dan politik,adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian,
bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan
bahagian tak terpisahkan dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung
menganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha

4
berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeza budaya dan menyesuaikan
perbezaan-perbezannya, membuktikan bahawa budaya itu dipelajari.
Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. budaya bersifat kompleks,
abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif.
Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial
manusia.

Dengan demikian, budayalah yang menyediakan suatu kerangka yang koheren


untuk mengorganisasikan aktivitas seseorang dan memungkinkannya
meramalkan perilaku orang lain.

Akal budi dari segi abstrak adalah alat untuk diterjemahkan dalam bentuk
pengetahuan.Pengetahuan adalah ilmu yang membolehkan seseorang
merangka,merancang, membentuk, menterjemah, melaksanakan dan menilai
tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan ilmu. Ilmu adalah natijah
terpenting yang dihasilkan melalui ‘akal’. Dalam konteks akal inilah penulis
menjelaskan konsep akal dalam hubungannya dengan sastera Melayu.

Akal adalah kemampuan berfikir manusia sebagai kudrat yang dimiliki oleh
manusia. Berfikir adalah perbuatan yang mendorong untuk aktif melakukan demi
kepentingan dan peningkatan hidup manusia. Secara sederhana dapat
dikatakan bahwa fungsi akal adalah untuk berfikir. Kemampuan berfikir manusia
mempunyai fungsi mengingat kembali apa yang telah diketahui sebagai tugas
dasarnya untuk memecahkan masalah dan akhirnya membentuk tingkah laku

Budi adalah akal yang merupakan unsur rohani dalam kebudayaan. Budi
diertikan sebagai batin manusia, panduan akal dan perasaan yang dapat
menimbang baik buruk segala sesuatu.

Akal budi manusia adalah menunjukkan martabat manusia dan kemanusiaan


sebagai pemegang amanah makhluk tertinggi di bumi ini.

5
3.0 KONSEP AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DARI SEGI PEMIKIRAN,
PERLAKUAN DAN GAYA HIDUP

Seperti kita sedia maklum bahawa masyarakat merupakan sekelompok


kumpulan manusia yang hidup dalam keadaan mereka saling bergantungan
antara satu sama lain berasakan satu budaya yang tertentu. Hal ini
menyebabkan berlakunya hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan
kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup
sesuatu kelompok masyarakat.

Menurut John Barell (1991) pemikiran adalah satu proses dalam mencari makna
serta usaha mencapai keputusan yang wajar. Ia melibatkan pemahaman
terhadap sesuatu perkara membuat pertimbangan bagi memutuskan keputusan
yang tepat dan sesuai.

Akal budi masyarakat Melayu boleh dilihat daripada karya-karya yang dihasilkan
seperti pantun, syair, sajak dan sebagainya. Ini menunjukkan pemikiran
masyarakat Melayu yang kritis dalam menghasilkan sesebuah karya. Sebagai
contoh karya-karya yang dilakukan oleh Professor Diraja Ungku Aziz yang
mengatakan bahawa kita dapat melihat dimensi kebijaksanaan akal budi Melayu
melalui karya-karya sastera. Sastera mampu mampu untuk meningkatkan
keupayaan pemikiran manusia dari segi pelbagai aspek untuk melahirkan
generasi yang berintelek, pandai dalam mengawal emosi dan sebagainya.
Sebagai contoh pantun dan sajak merupakan asas kepada usaha peningkatan
tersebut. Konsep akal budi adalah selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini merupakan salah satu cara untuk membendung pemikiran
yang negatif dimana mampu merosakkan kehidupan seseorang individu.

Seterusnya adalah dari segi pertuturan dimana ia saling berkait rapat dengan
akal budi masyarakat Melayu. Ia melibatkan kesantunan seperti yang ditakrifkan
oleh Awang Sariyan iaitu penggunaan bahasa yang baik,sopan, beradap, dan
sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula membawa maksud
kesantunan adalah perihal atau sifat yang mempunyai kehalusan berbudi
bahasa. Akal budi masyarakat Melayu sentiasa dibentuk untuk melahirkan

6
invidu yang sopan dalam pertuturan seperti yang ditunjukkan dalam karya-karya
sastera yang sangat menitikberatkan kesopanan dalam menulis bait-bait
perkataan supaya mereka dapat masyarakat mampu menghayatinya dengan
penuh perasaan.

Selain itu, perlakuan seharian juga boleh digambarkan melalui akal budi
masyarakat Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perlakuan
membawa maksud perbuatan yang dilakukan. Fungsi akal adalah untuk berfikir,
kemampuan berfikir manusia mempunyai fungsi mengingat kembali apa yang
telah diketahui sebagai tugas dasarnya untuk memecahkan masalah dan
akhirnya membentuk tingkah laku. Apabila kita menceritakan mengenai akal
budi masyarakat Melayu semestinya kita menjangka bahawa masyarakat
melayu seringkali dikategorikan sebagai masyarakat yang mempunyai sifat yang
berhemah tinggi. Sebagai contoh masyarakat Melayu seringkali menjaga
adabnya dengan tetamu. Hal ini dapat dilihat bahawa perlakuan tuan rumah
sangat murni kerana walaupun sibuk mereka tetap melaya tetamu dengan –
penuh kebaikan agar tidak berlaku perasaan yang kurang senang antara tetamu
dan tuan rumah. Oleh itu, amat penting untuk golongan generasi masa kini
untuk mempraktikan kelakuan atau perbuatan yang mencerminkan akal budi
Melayu supaya kehidupan yang harmoni dapat terjalin.

Akhir sekali adalah akal budi dari aspek gaya hidup iaitu merupakan perihal
hidup. Ia juga boleh dikaitkan dengan kebudayaan yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya hidup adalah
cara tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut
kemampuan(mewah,sederhana dan sebagainya). Akal budi dari aspek gaya
hidup merangkumi kebudayaan yang mempunyai hubungan erat dengan
masyarakat. Edward B. Taylor melihatnya sebagai satu konsep menyeluruh
yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, dan
sebagainya. Sebagai contoh kesenian meliputi dua bahagian iaitu seni
persembahan dan seni tampak. Ia menunjukkan kepelbagaian budaya dan akal
budi masyarakat Melayu. Seni persembahan merujuk kepada senia tarian,
nyanyian atau persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit dan
sebagainya. Seni tampak pula merujuk kepada seni ukir, seni bina, seni hias
dan sebagainya yang melibatkan kemahiran.

7
Ini semua merujuk kepada akal budi masyarakat Melayu yang perlu
dititikberatkan oleh semua invidu. Hal ini kerana ia mampu untuk membentuk
peribadi yang unggul disamping menjadikan diri sebagai manusia yang berguna.

4.0 KARYA PUISI TRADISIONAL

Puisi tradisional Melayu merupakan warisan bahasa Melayu yang sangat unik.
Puisi tradisional Melayu telah pun muncul sebelum bermulanya sistem tulisan
lagi. Menurut Abdul Halim Ali, puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat
sebagai satu hasil seni, malah merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan
adat, pembina sahsiah diri, pengajar agama dan ilmu pengasih, pertahanan,
hiburan, dan juga kepercayaan.

Menurut Mohd Rosli Saludin pula, terdapat pelbagai jenis bentuk-bentuk yang
terdapat dalam puisi tradisional Melayu antaranya adalah seperti pantun, syair,
seloka, teromba, gurindam, peribahasa berangkap, talibun, nazam, rubai,
masnawi, ghazal, zikir dan selawat, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah
dan dabus.

Sejarah kesusasteraan Melayu telah mencapai kegemilangannya pada abad ke-


17 sebelum menerima pengaruh kemodenan pada awal abad ke-20. Berikutan
dengan itu, hasil-hasil sastera ini telah dibahagikan kepada dua golongan iaitu
kesusasteraan Melayu tradisional dan moden. Hasil kesusasteraan ini
kemudiannya dibahagikan kepada dua betuk iaitu prosa dan juga puisi.

Puisi Melayu tradisional termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk


bukan cerita (non-naratif). Pelbagai kajian telah dilakukan oleh para sarjana.
Mereka telah mengklasifikasikan jenis-jenis puisi Melayu tradisional dengan
pelbagai istilah. Walau bagaimanapun, istilah-istilah tersebut tidak pernah
konsisten. Harun Mat Piah (1998) telah mengenal pasti 34 istilah yang
digunakan oleh para pengkaji.

Beliau mencadangkan pengelasan genre puisi Melayu tradisional dilakukan


berdasarkan bentuk, isi, tema, dan fungsi puisi. Oleh yang demikian, puisi
Melayu tradisional dirumuskan kepada dua belas iaitu pantun, syair, nazam,

8
gurindam, seloka, teka teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun, prosa
berirama dan juga zikir.

Pertama sekali adalah pantun dimana ia merupakan salah satu bentuk puisi
tradisional Melayu yang sangat popular. Hal ini disebabkan oleh sifatnya yang
asli dan tiada langsung unsur plagiat. Apa yang dimaksudkan dengan keaslian
adalah pantun hany dijumpai pada bangsa Melayu Nusantara sahaja. Menuruh
tokoh bahasa iaitu Za’ba, pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan
merupakan asal orang Melayu sebena. Sebagai contoh

Dari Daik pulang ke Daik,


Sehari-hari berkebun pisang,
Budi baik dibalas baik,
Dalam hati dikenang orang.

Seterusnya adalah syair dimana syair dikatakan berasal dari Arab. Walaupun
begitu, bentuk syair orang melayu dikatakan berbeza daripada bentuk syair
yang terdapat dalam kesusasteraan Arab. Menurut Muhd Mansur Abdullah,
syair bukanlah hak mutlak ataupun kepunyaan bangsa Melayu, namun
memndangkan ia sudah berakar umbi di alam Melayu sejak sekian lam, maka ia
dianggap dan diterima oleh orang Melayu sebagai puisi tradisional. Contoh syair
adalah :

Serta terpandang api itu menjulang,


Rasanya arwahku bagaikan menghilang,
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.

Petikan daripada Syair Singapura terbakar

Gurindam pula pada asalnya sudah terkenal sejak zaman Hindu lagi. Dalam
Warna Sari Sastera Melayu Tradisional menyatakan bahawa gurindam berasal
daripada bahasa Sanskrit. Namun, gurindam yang terdapat dalam
kesusasteraan Melayu berbeza dengan yang terdapat dalam puisi Sanskrit.
Seperti pantun, gurindam juga merupakan puisi ciptaan masyarakat Melayu.
Contohnya adalah yang dipetik dari Gurindam Malangnya Bahasaku:

9
Bahasa orang dipuja dipuji
bahasa sendiri dicerca dikeji.

Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang lebih menyerupi nasyid.
Nazam dikatakan telah lama wujud dan berasal daripada puisi Arab. Ia juga
boleh dilagukan sama ada dalam bentuk perorangan atau secara berkumpulan
tetappi ia perlu dilakukan secara spontan. Lirik yag selalu digunakan adalah
berbentuk nasihat dan dan tunjuk ajar tentang agama. Sejarah ad menyatakan
bahawa nazam berasal daripada Parsi pada kurun ke-16 dan dibawa ke Asia
Tenggara melalui pedagang dan ulamak. Sebagai contoh Nazam Ajal:

Kalau sungguh kamu yakin,


Jangan kamu lalai pada nafsu hati.

Akhir sekali adalah seloka dimana Harun Mat Piah mengatakan seloka berasal
daripada kata shloka dalam bahasa Sanskrit yang membawa erti puisi yang
terdiri daripada dua baris. Beliau juga menyatakan bahawa seloka merupakan
karangan yang berangkap yang menggunakan rima hujung berbentuk bebas.
Kadangkala seloka juga boleh berbentuk sindiran atau jenaka. Sebagai contoh
adalah seloka Pak Kaduk:

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran

10
TUGASAN 1(B)
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan


penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian
Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat
dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan
kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya
dapat melahirkan cara hidup yang bersifat harmoni. Perancangan kebudayaan
ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan
bangsa dan ketahanan negara.

Kebudayaan kebangsaan juga dikatakan sebagai memupuk perpaduan kaum


negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan
indiia.Ia dikatakan sebagai elemen atau unsur yang menjadi tonggak kepada
kekuatan dan keutuhan negara bangsa.

Seperti kita sedia maklum bahawa pelbagai cabaran dan isu yang dialami oleh
negara Malaysia dalam meningkatkan perpaduan yang teguh untuk menjamin
keselamatan negara. Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah
perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei
apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian
Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke
arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957
lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang
menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,
peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa
kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang
seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti
pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Oleh itu, wujudlah Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Penggubalan Dasar


Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun
dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini

11
nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan
dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan
sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta
pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses
interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang
sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur
kebudayaan dunia.

Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini yang merangkumi


kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan
Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan
tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran,
pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan
ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang
berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini
digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan
keluarga bahasa Melayu – Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman
sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya
Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu
rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal
rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah
dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

Dalam konteks Malaysia, isu perpaduan adalah isu yang sangat diberi perhatian
yang serius kerana sifat masyarakatnya yang berbilang kaum atau lebih dikenali
sebagai masyarakat majmuk. Majoritinya, masyarakat terdiri daripada kaum
Melayu, Cina, dan India. Seperti kita sedia maklum bahawa formula perpaduan
yang tulen adalah terletak kepada kesatuan rakyat pelbagai kaum untuk
hidupdalam keadaan yang saling persefahaman, bertolenransi serta menerima
kepelbagaian antara satu sama lain. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar boleh diterima kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa
berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.

12
Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi
pelbagai budaya.

Kita sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam
menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu
menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra.
Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen
penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan
infrastruktur dapat dicapai.

Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk
memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum dengan melaksanakan
dasar tersebut sangat sesuai.

Kekangan yang melambatkan pembentukan kebudayaan Kebangsaan dan


perpaduan nasional ialah sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem
pendidikan bermula sejak zaman pemerintahan British lagi pada abad ke 19.
Apabila sekolah berdasarkan kaum(pendidikan vernakular), soal bahasa
menjadi isu penting. Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu yang
mempersatukan kaum tidak dikuasai dengan baik oleh bukan penutur asli
bahasa tersebut. Masing-masing menggunakan bahasa kaum masing-masing.
Inilah yang menghalang komunikasi antara kaum, sekali gus mengurangkan
hubungan antara mereka yang berlainan kaum.

Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah


monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada
etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah
kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih
mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah
Artikel 153.

Perpaduan tidak boleh dibina begitu sahaja tanpa merangka dasar dan haluan
perpaduan secara konkrit dan berkesan. Perpaduan mula diambil seius apabila
berlakunya peristiwa yang tidak ingin kita ulangi iaitu tragedi 13 Mei 1969.

Rukun Negara yang diisytiharkan pada 30 Ogos 1970 dilihat sebagai satu
piagam yang besar kearah mewujudkan suasana keharmonian dan perpaduan

13
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga bertujuan bagi menangani konflik
perkauaman serta membina kehidupan yang aman dan harmoni.

Rukun Negara yang mengandungi cita-cita dan prinsip yang murni bagi
mendapat persetujuan daripada semua kaum pada masa itu. Ia juga boleh
dianggap sebagai satu lagi kontrak sosial masyarakat Malaysia yang bersetuju
untuk mencapai perpadauan yang lebih erat berpaksikan kepada lima prinsip
utama iaitu :
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang,
Kesopanan dan Kesusilaan

Kelima-lima prinsip itu membawa makna semangat dan cita-cita Rukun Negara
iaitu kea rah mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat, memelihara corak hidup demokratik, mencipta masyarakat yang
adil dan sebagainya. Ini mampu mewujudkan kemakmuran negara disamping
dapat menikmati atau menjamin cara hidup yang liberal dan melahirkan
masyarakat yang progresif.

Selain itu, perpaduan selepas tragedi 13 Mei juga dijana melalui pelaksanaan
dasar sosial ekonomi bersepadu. Ini dimanifestasiikan melalui Dasar Ekonomi
Baru (DEP) yang dilancarkan pada 1970 menerusi Rancangan Malaysia Kedua.
DEP menjadi instrumen berkesan dalam membangunkan keyakinan masyarkat
dan memperkasa kestabilan negara.

Walupun ada kelemahannya, namun DEP yang berlansung selama 20 tahun


berjaya merawat kepincangan sosial serta ekonomi antara kaum. Sekurang-
kurangnya ia mampu untuk menyusun semula masyarakat Malaysia menjadi
lebih adil. Bukan itu sahaja, ia mampu untuk menyeimbangkan kekayaan negara
dan boleh diagihkan secaraa lebih adil dan saksama khasnya antar Bumiputera
dan bukan Bumiputera.

Gambaran yang paling jelas adalah kejayaan pembasmian kemiskinan untuk


semua kaum. Hal ini menyebabkan semua kaum mampu untuk menikmati
kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal kerana dasar dan ruang yang adil

14
diwujudkan oleh pihak kerajaan. Ia turut dapat menghapuskan sistem dimana
berlakunya pengkelasan dan identifikasi kelompok etnik mengikut jenis aktiviti
ekonomi. Segala pelan dan strategi pembangunan selepas DEB tetap
mengambil kira usaha mengekalkan identiti nasional negra serta memperkukuh
perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Pendidikan juga merupakan teras bagi membina generasi yang bersatu padu.
Perkara ini dapat kita lihat dimana dalam Laporan Jawatankuasa Razak (1956)
terkandung tentang memperakukan satu sistem pelajaran yang dapat
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. Begitu juga dalam Laporan
Jawatankuasa Rahman Talib (1960) yang turut memperkukuhkan kepentingan
dan nilai-nilai perpaduan dalam sistem pendidikan negara.

Oleh itu,bermacam-macam perkara yang dilaksanakan bagi memupuk


semangat perpadauan dan salah satunya adalah Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara
yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang
stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga
objektif penting iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
Kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan, memperkayakan dan
mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh menelusuri peristiwa sejarah melalui karya-
karya sastera. Kita juga boleh meneliti peristiwa-peristiwa dengan pelbagai
sumber yang lain. Pelbagai bentuk karya moden yang boleh didapati iaitu, novel,
cerpen, sajak, drama dan artikel. Sebagai contoh petikan karya yang diukir oleh
Usman Awang dimana ia merupakan simbolik kepada perpaduan dalam
masyarakat.
Lihatlah makam nenek moyang sebagai sejarah terpahat
Darahnya dalam darahmu segar di kulit kuning langsat
Esok, ketika tahun baru akan kukirimkan sebuah angpau
Dalamnya sebuah cinta dari jantung tanah dan pulau."

15
Kadangkala bidang sastera selalu juga ada isu politik. Tetapi dalam sastera
tidak ada politik kepartian. Justeru, sastera mampu mengeratkan perpaduan
kaum di negara ini berikutan perpecahan akibat fahaman politik. Walau pun ada
dalam kalangan orang sastera terlibat dalam politik tetapi mereka tidaklah
terbawa-bawa dalam penulisan dan kegiatan sastera.

Oleh itu, sastera mampu menjana perpaduan kaum yang utuh dan padu dalam
kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Melalui penulisan dan pelbagai
karya sastera rakyat dapat disatukan dan menjadi wadah ke arah perpaduan.

Karya-karya sastera di negara ini banyak menjurus ke arah perpaduan kaum


melalui tema, watak, latar masyarakat dan latar kehidupan. Perjuangan sastera
lebih ke arah menyatupadukan kaum, kehidupan yang harmoni dan juga
menerapkan rasa kemanusiaan ke arah membentuk tamadun bangsa. Perkara
ini boleh dilihat dan didapati melalui hasil karya pengarang besar seperti Ishak
Haji Muhammad Pak Sako), Keris Mas, Usman Awang, Shahnon Ahmad,
Abdullah Hussein, S. Othman Kelantan, Anwar Ridhwan, Kemala, Azizi Haji
Abdullah dan Baha Zain serta beberapa penulis lain.

Perkara ini dapat dilihat karya-karya selepas merdeka dan dalam usaha mengisi
kemerdekaan negara. Seperti kata-kata Usman Awang dalam puisinya Jiwa
Hamba iaitu, "Di atas robohan kota Melaka, Kita dirikan jiwa merdeka."

Sebagai contoh, karya-karya Usman Awang banyak menyuarakan perpaduan


kaum dengan pemikiran yang peka kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat
terbanyak di negara ini. Penglibatan atau komitmen Usman Awang sebagai
pelopor karya yang sarat dengan perpaduan dengan perutusan dan amanatnya
berkaitan perpaduan sangat jelas.

Sajak-sajaknya seperti Pemuda dan gadis Tionghoa, Anak Jiran Tionghoa,


Penjual Pisang Di Kaki Lima (kepada Ibu tua Tionghoa), Malam Penghabisan,
Suasana (Serentak Dua Hari Raya), Kambing Hitam, Sahabatku (Kepada Dr.
MK. Rajakumar), naskhah drama Tamu Bukit Kenny dan beberapa karya lain.
Menurut Usman Awang,
"Sejarah perubahan sesuatu masyarakat dan negara bukan kerana
pimpinan dan perjuangan intelektual, tetapi lahir dan timbul daripada
masyarakat, dan perjuangan rakyatlah yang memulakannya."

16
Dalam sastera kita dapat melihat perkara yang dibangkitkan adalah isu-isu dan
perkara yang melibatkan perpaduan kaum. Ia juga menerangkan serba sedikit
mengenai perkara yang melambatkan proses sesuatu perkara yang boleh
menyebabkan berlakunya implikasi yang teruk. Contoh yang paling jelas adalah
semasa peristiwa berdarah iaitu 13 Mei 1969 yang berlakunya rusuhan kaum
yang hebat di antara kaum Melayu dan Cina. Peristiwa ini boleh kita ketahui
melalui cerpen Melissa. Ia mengisahkan tentang seorang gadis muda yang
sanggup mengorbankan kepentingan peribadinya untuk keamanan negara.
Kisah ini berkisarkan tentang kejadian 13 Mei yang banyak mengorbankan
nyawa terutama golongan Melayu dan Cina.

Pelbagai lagi peristiwa hitam yang berlaku di negara kita sehingga


menyebabkan berlakunya salah faham antara satu sama lain. Bukan itu sahaja,
ia juga mengakibatkan berlakunya ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.

Melalui karya sasteralah terutama sastera moden yang membantu masyarakat


memahami dan memberi pengajaran supaya menghargai perjuangan tokoh-
tokoh pemimpin yang berkorban dalam mencapai kemerdekaan.

Sebagai contoh yang saya boleh berikan adalah karya Ismail Johari iaitu sebuah
novel yang bertajuk Bukit Kepong. Novel ini sangat berkait rapat dengan isu
perpaduan dimana ia mengisarkan tentang perjuangan anggota polis dalam
menangani serangan komunis. Peristiwa ini sangat menyayat hati dimana ramai
yang tidak bersalah harus menjadi korban dalam peristiwa ini.

Kita juga dapat lihat daripada novel Interlok karya Abdullah Hussain dimana
novel ini mengisarkan tentang integrrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu
Melayu, Cina dan India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup
bersama-sama dalam sesebuah negara yng bebas dan bermaruah.

Karya sastera yang paling jelas dalam menangani isu perpaduan nasional
adalah melalui karya Abdullah Hussein iaitu Cerpen Melissa. Hal ini adalah
kerana ia mengisarkan tentang rusuha kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Kita sedia maklum bahawa rusuhan kaum tidak mendatangkan faedah kepada
diri malahan ia mampu untuk membawa kemusnahan yang dahsyat.
Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bertanggungjawab dalam

17
menjaga keharmonian negara bukannya seratus peratus bergantung kepada
pihak kerajaan sahaja. Ini juga menunjukkan bahawa perbezaan kelas sosial
mampu mewujudkan perbezaan kaum dan hal ini perlulah dielakkan oleh setiap
individu.

Kemudian kita beralih kepada contoh puisi moden dimana ia juga boleh kita
telesurinya bagi memahami kepentiingan perpaduan nasional. Sebagai contoh
karya yang bertajuk Perpaduan Sejati Bukan Mimpi yang berbunyi:

Tiada sengketa, irihati jua benci membenci


setiap budaya , bangsa, agama saling mempercayai
menjaga hati sanubari jua sentiviti
bekerjasama tolong bantu sungguh toleransi.

Ia menerangkan bahawa Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum, justeru


itu keharmonian dan keamanan yang wujud sekarang merupakan satu elemen
penting yang harus mesti dipertahankan oleh setiap warga penduduknya. Biar
apa sekalipun yang melanda, setiap kaum yang wujud ini mestilah
bertanggungjawab mempertahankan keharmonian sesama warga.

Begitu juga dengan karya-karya daripada A. Samad Said yang membawa kita
untuk menghargai jasa tokoh-tokoh yang berjuang perit jerih dalam
memperjuangkan kedudukan negara untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
Salah satu contoh karya beliau adalah bertajuk Di Atas Padang Sejarah. Petikan
yang saya ambil adalah berbunyi :
Di atas padang sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.
Diri kita padu maruah senandung setulus hati
melunturkan wewarna zalim, menyubur kuning berseri.

Bukan itu sahaja,medium media cetak dan elektronik juga memainkan peranan
dalam membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sebagai
contoh,surat khabar Utusan Online telah memuat naik rencana di ruangan
sastera yang bertajuk ‘Semarak Merdeka dalam Puisi’ tulisan Aminudin Mansor.
Dalam petikan rencana itu, penyair akan berbicara secara langsung dan tak
langsung ke hati khalayak masyarakatnya bagi memperkembangkan semangat
patriotism.

18
RUMUSAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada tiga


kaum utama, iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain.
Walaupun, masyarakat kita berbilang bangsa dan mempunyai latar belakang
yang berbeza, namun masyarakat Malaysia masih boleh hidup bersatu padu
dalam keadaan aman dan damai. Kita juga boleh hidup dalam suansana yang
tenang tanpa perlu risau berlakunya konflik yang boleh memcahkan perpduan
kaum. Hal ini terbukti apabila sudah 58 tahun kita merdeka daripada penjajahan
kuasa asing dan masyarakat Malaysia terus berusaha memajukan negara.
Bukan itu sahaja, negara kita juga semakin bersatu padu dalam membentuk
negara yang harmoni.

Pada era globalisasi ini juga kesusasteraan Melayu sangat menjana minda
pembaca amnya dalam menghasilkan karya sastera yang bertemakan
perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Hal ini mampu untuk memupuk
pencinta bahasa lebih mengenali dan menghargai negara yang bebas daripada
sebarang anasir luar yang berbentuk penjajahan. Selain itu, pelbagai tema yang
diketengahkan untuk menyuntik semangat patriotisme dan menghargai
kehidupan pada hari ini. Sastera bukan sahaja untuk mereka yang golongan
dewasa tetapi pada masa kini sastera turut diterapkan dalam sistem PNP di
sekolah untuk membentuk murid yang sayangkan negara. Hal ini turut
membantu dari segi pendidikan untuk melahirkan generasi yang bersifat
patrotisme. Cuba kita bayangkan jikalau hari ini kita hidup dalam keadaan kucar
kacir. Sudah tentu, kita akan melakukan keganasan tanpa berfikir panjang dan
negara akan berada dalam situasi yang tidak tenang dimana berlakunya
ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial.

19
REFLEKSI

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka


bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya telah berjaya menyiapkan
tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga
beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara
masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tentang sedikit kekeliruan tetapi
Alhamdulillah berkat daripada penerangan pensyarah.

Melalui tugasan ini juga, sedikit sebanyak ia membantu meningkatkan


pengetahuan saya mengenai pelbagai input berguna untuk diadaptasi pada
masa akan datang. Ilmu-ilmu seperti ini sebenarnya boleh diguna pakai dan
sangat dekat dengan diri kita kerana setiap manusia pastinya mempunyai
pandangan yang berbeza-beza terhadap perbuatan orang lain sama ada
berbentuk penulisan atau tindakan. Ilmu pengetahuan saya semakin meningkat
semasa proses pencarian maklumat untuk dimasukkan ke dalam tugsan ini.
Selepas membuat kajiian, barulah saya mengetahui banyak perkara dan sedikit
sebanyak membantu saya dalam mengetahui pelbagai isu yang tentang hal ini

Walaupun saya mengalami pelbagai permasalahan dalam tempoh menyiapkan


tugasan ini, syukurlah saya mendapat bantuan daripada pensyarah yang
sanggup membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Bukan itu sahaja,
bantuan daripada rakan-rakan juga membantu saya dalam menyiapkan tugasan
ini.

BIBLIOGRAFI

20
BUKU

Ismail Johari. Bukit Kepong (1990). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Abdullah Hussein. Interlok (1971). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Siti Hajar Abdul Aziz. Bahasa Melayu 1 (Edisi Kedua)(2011). Selangor : Oxford
Fajar Sdn Bhd

KAMUS

Kamus Dewan (4th ed)(2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

AKHBAR ATAS TALIAN

Aminuddin Mansor. (2011. 4 September) Semarak Merdeka Dalam Puisi. Utusan


Online. Diakses pada 28 Ogos 2015 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0102&sec=Saster
a&pg=sa_02.htm

ARTIKEL ATAS TALIAN

Johari Jaafar. (2010. 31 Oktober) Bijaksana akal Budi Melayu. Berita Harian Online.
Diakses pada 28 Ogos 2015 daripada
http://www2.bharian.com.my/articles/BijaksananyaakalbudiMelayu/Article/

SUMBER INTERNET

Harun Mat Piah. Puisi Melayu Tradisional (2012). Diakses pada 28 Ogos 2015
daripada http://cikgu-girang.blogspot.com/2012/05/puisi-melayu-
tradisional.html

Usman Awang. Akal Budi Melayu (2011). Diakses pada 28 ogos 2015 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0102&sec=Saster
a&pg=sa_02.htm

21

Anda mungkin juga menyukai