Anda di halaman 1dari 2

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

(School –Based Experience)

SINOPSIS

Komponen Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada pelajar KPLI_SR


Major Prasekolah bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman awal dalam konteks
sekolah. Pelajar diberi peluang mengaitkan teori yang dipelajari dengan situasi sebenar di
sekolah dan memberi ruang membina pengetahuan dan pemahaman baru agar
pembelajaran lebih bermakna serta membolehkan mereka membuat refleksi dan menjadi
informed practitioners semasa menjalani praktikum.

Komponen PBS ini diperuntukkan satu (1) kredit. Tugasan PBS perlu dilaksanakan selama
10 hari sebelum pelajar menjalani praktikum.

Tujuan komponen PBS adalah untuk mendapat;

i. pendedahan tentang alam persekolahan dan peranan guru prasekolah;

ii. mengaitkan kandungan kurikulum dengan bahan sumber, strategi dan aktiviti
dalam pengajaran dan pembelajaran;

iii. pengalaman tentang pengurusan bilik darjah yang berkesan, pola tingkah laku
murid, peranan guru dari segi bimbingan dan kebajikan melalui pemerhatian;

iv. melihat cara pelaksanaan pentaksiran kemajuan murid melalui pemerhatian dan
penelitian dokumen.
Penilaian Kerja Kursus

Soalan 1

Semasa menjalani PBS, anda dikehendaki menyediakan folio yang mengandungi


ketetapan berikut :

(1) Bagi sekolah yang telah ada kelas prasekolah, anda perlu mengumpul semua
item seperti yang tertera di bawah ATAU
(2) Bagi sekolah yang baru dibuka kelas prasekolah, anda perlu merancang dan
menyediakan semua item seperti yang tertera di bawah

a. Carta organisasi, logo, moto, syarat-syarat pendaftaran dan kemasukan


murid.
b. Visi, misi, matlamat dan objektif prasekolah (jika maklumat tidak dapat
diperoleh – sediakan sendiri )
c. Senarai rutin harian yang diamalkan di sekolah.
d. Laporan mengenai jenis-jenis rekod dan cara-cara menyimpan rekod yang
digunakan
e. Cara pengurusan bahan sumber, peralatan dan penyenggaraan.
f. Hasil perbincangan dengan guru prasekolah mengenai kepentingan makanan
seimbang dan penyediaan menu harian.
g. Contoh rancangan tahunan dan rancangan pengajaran harian yang
digunakan oleh guru prasekolah.
h. Laporan ciri-ciri keselamatan prasekolah.
i. Senarai aspek-aspek kesihatan yang diamalkan.
j. Sediakan pelan lantai dan spesifikasi peralatan.
k. Refleksi bagi setiap aspek dalam laporan.

* Catatan : Sertakan semua bahan bukti dalam jurnal.

Soalan 2 :

Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, anda dikehendaki


menyediakan satu jadual waktu mingguan dengan mengambil kira aspek rutin harian, teras
asas dan bertema merangkumi penggunaan Bahasa Inggeris sebanyak 50%.

Berdasarkan agihan dan susunan jadual waktu yang disediakan, anda dikehendaki
menyatakan justifikasi bagi menyokong cadangan tersebut.

Tugasan yang telah siap hendaklah dihantar ke alamat berikut :


Pensyarah Pendidikan Prasekolah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,
Km 7.75 Jalan Kluang,
83000 Batu Pahat
Johor
(UP. TN HJ ZULKIPLY BIN HJ YAAKOB)
Sebelum 7hb Mac 2011