Anda di halaman 1dari 11

Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

PUSAT TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMANGGANG


95000 SRI AMAN, SARAWAK.
TEL: 083-322232

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

Prosa Moden Calon seharusnya dapat:

3.1 Cerpen 35 (a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik


dan ekstrinsik dalam prosa moden terpilih;
3.2 Drama 5 (b) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(c) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran
masyarakat dalam karya;
(d) menghuraikan kandungan karya;
(e) menganalisis karya.

1. Tema dan persoalan

TEMA – Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Dalam karya
prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan,
bahan karangan ataupun yang disebut tesis.
(sumber GLOSARI
Istilah Sastera)

Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta


perbincangan seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan,
kekecewaan, dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah novel.

PERSOALAN - merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk
mendokong tema. Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot.

UNSUR KERELEVANAN - bermaksud mempunyai hubungan dan kaitan @ pertalian dengan topik
yang dibincangkan oleh pengarang. Latar masa menjadi pengukur menentukan samada gagasan
pemikiran pengarang relevan atau tidak dengan masa sesuatu karya itu dihasilkan. Contohnya novel
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur yang ditulis tahun 1980-an dianggap relevan dengan isu semasa
pada tahun itu seperti

MAKNA HARAFIAH : Makna yang dikesan/ dirasai secara langsung dari karya yang dibaca. Disebut
juga makna tersurat

MAKNA TERSIRAT: Makna yang terselindung/ tersembunyi disebalik tema dan persoalan. Dalam
sesebuah karya memang terdapat kedua-dua makna ini. Untuk mengesan makna tersirat lebih susah
daripada mengesan makna tersirat kerana pembaca terpaksa berfikir dan menduga-duga maknanya.
Belum pasti apa yang diduga pembaca sama dengan pemikiran pengarang

2. Nilai

1
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

a. Kemanusiaan
TAKRIFAN: Nilai Kemanusiaan- Nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh seseorang watak kepada
watak lain dalam sesebuah karya sastera, ianya berkait rapat dengan isu yang diketengahkan oleh
pengarang
Contoh: Belas kasihan, simpati, kesetiaan, kecekalan, kerajinan, kejujuran, mengenang budi dan
sebagainya.

b. Kemasyarakatan
TAKRIFAN: Keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat dalam sesuatu karya sastera
sama ada dalam cerpen, novel, drama ataupun sajak.
Antara contoh nilai kemasyarakatan seperti, mementingkan kerjasama, tolong-menolong,
mementingkan nilai ketimuran, semangat kejiranan.

c. Keagamaan / Moral
TAKRIFAN: Nilai yang termaktub dalam ajaran agama dan juga dalam sesbuah masyarakat atau
juga sikap atau cara kelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu
akhlak.

3. Latar

LATAR memainkan peranan utama dalam memberi suasana kepada peritiwa-peristiwa dan watak-
watak yang terdapat dalam sebuah cerita. Latar mungkin wujud dalam bentuk fizikal seperti sebuah
kamar, sebuah negeri, atau tempat-tempat tertentu.
a. Tempat : Iaitu lokasi /tempat sesuatu peristiwa itu berlaku
b. Masa /Suasana : Iaitu bila ( zaman / musim ) sesuatu peristiwa itu berlaku
c. Masyarakat / Keadaan : Suasana umum disekeliling kehidupan watak-watak seperti agama,
emosi, mental, serta kemasyarakatan dari watak-watak tersebut. Watak yang digambarkan
sebagai manusia yang resah / tidak tenteram emosinya akan dapat menyakinkan pembaca
akan segala sikap dan tindak-tanduk dalam cerita.
(sumber GLOSARI
Istilah Sastera, hal 179)

4. Plot dan Peristiwa

Dalam cereka atau drama, plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam
cerita (jalinan cerita / rentetan peristiwa ) yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan
bathiniah watak dalam cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap
peristiwa dari awal hingga akhir berlaku berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Dalam alam
realiti/alam nyata setiap peristiwa berlaku secara terperinci / tersusun dan kronologi, tetapi dalam
pembinaan plot , pengarang berhak menyusun peristiwa mengikut fantasi atau citarasa /kemahuan
pengarang sendiri
a. EKSPOSISI iaitu permulaan plot – pengenalan watak . akibat perhubungan watak ,timbul
pertikaian atau konflik
b. KOMPLIKASI iaitu pertengahan cerita – konflik semakin rumit.
c. KONFLIKS
Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang
berlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang
menarik perhatian pembaca
(sumber GLOSARI
Istilah Sastera,hal 157)

Konflik terbahagi kepada 5 jenis


1. Konflik dalam diri
2. Konflik dengan watak lain
3. Konfilk dengan masyarakat

2
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

4. Konflik dengan unsur alam


5. Konflik dengan nasib dan taqdir

d. KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak – konsentrasi yang
maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling menarik
minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap
kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi naik
bertukar menjadi aksi menurun
(sumber GLOSARI
Istilah Sastera,hal 145 & 256)

e. PELERAIAN – merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian cerita
adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam berbagai-bagai
resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau dipanggil anti klimaks. Di
sini nasib watak akan ditentukan . Terdapat pelbagai situasi peleraian di mana ada pengarang
yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga pengarang memberikan hak kepada
pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak dalam sesebuah karya.
(sumber GLOSARI Istilah
Sastera,hal 238 & 256)

KETEGANGAN – Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca

Plot terbahagi kepada dua


a. Plot Kronologi- ikut urutan masa
b. Plot tidak kronologi – tidak ikut urutan masa

5. Watak dan Perwatakan

Berfungsi mengembangkan tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa. Peristiwa
terjadi kesan dari sabab dan akibat ( cause and effect) – seterusnya wujudnya lpot. Pengarang boleh
menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran
hingga dapat menghidupkan watak sebagai realiti. Watak dalam karya adalah manusia yang bergelut
dengan masalah-masalah seperti juga watak dan perwatakan manusia di luar karya

a. Jenis Watak
i. Watak Protagonis
Merupakan watak yang memainkan peranan penting / utama dari awal hingga akhir cerita. Tidak
semestinya watak protagonis wira yang baik, watak jahat juga boleh menjadi watak utama jika
pengarang mementingkannya daripada watak-watak lain

ii. Watak Antagonis


Watak yang menjadi penentang kepada watak protagonist

iii. Watak Bundar


Mempunyai sifat-sifat sebagai manusia biasa, unsure-unsur fizikalnya, psikologi dan unsur
kemasyarakatan. Ia lebih menyakinkan atau lebih tepat dengan sifat-sifat manusia dalam
kehidupan sehari-harian. Seseorang wira juga ada kelemahan-kelemahan seperti sifat-sifat
cemburu, yakin pada diri dan sebagainya
(sumber GLOSARI
Istilah Sastera,hal 352)
i. Watak Pipih
Watak yang tidak berkembang dan berbeza dengan watak bundar. Dikenali sebagai watak
sampingan, bukan penggerak cerita, bukan watak utama /penting

ii. Watak Dinamik


Watak yang berubah-ubah dan berkembang mengikut kesesuaian atau keperluan tertentu, samada
dari segi psikologi, tingkah laku ( aksi dan reaksi ) akibat dari persekitaran atau kesan dari
rentetan plot . Fungsinya
 Untuk mengembangkan plot
 Mewujudkan perubahan sikap /sifat watak lain

3
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

 Merubah latar dan suasana


 Menonjolkan perwatakan protagonis

iii. Watak Statik


Bertentangan dengan watak dinamik – iaitu watak yang tidak mengalami perubahan dalam
menghadapi dugaan dan tidak dapat diubah oleh persekitaran atau fikirannya tidak berkembang
dari mula cerita hingga ke akhirnya

b. Peranan Watak

C. Perwatakan
i. Latar dan sejarah watak
ii. Sifat Dalaman
iii Sifat Luaran

5. Sudut Pandangan

Cara pengarang mempersembahkan karya / cerita / fiksyen dan peranan pengarang dalam
menggambarkan aksi sesebuah cerita. Terdapat beberapa situasi perana pengarang dalam karya
mereka
 Turut terlibat memainkan peranan dalam dalam karya
 Berada di luar cerita
 Cuma memaparkan cerita / peristiwa dan menggambarkan watak-watak tanpa
menyerapkan diri dalam watak-watak novel

Terdapat 4 jenis sudut Pandangan


a. ORANG PERTAMA : Pengarang terlibat secara langsung dalam karyanya dengan meresapkan
diri ke dalam watak karya menggunakan gantinama “aku.

b. ORANG KETIGA TIDAK TERBATAS / SERBA TAHU : Pengarang mengetahui segalanya dari
segi lahiriah dan bathiniah watak dan fenomena yang berlaku dalam karyanya. Pengarang
juga terlibat dalam membawa pengajaran tafsiran atau memberi hukuman kepada watak-
watak terlibat. Pengarang boleh bercerita secara fizikal dan dalaman /apa yang dirasai oleh
watak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik watak

c. ORANG KETIGA TERBATAS : Pengarang berada di luar permasalahan sekadar mengetahui


diri watak-watak tersebut secara tidak terperinci

d. SUDUT PANDANGAN OBJEKTIF : Pengarang bertindak sebagai pencatat / pelapor pada


peristiwa yang berlaku. Pengarang berada di luar karyanya. Disebut juga “teknik kamera”.
Pengarang tidak memihak kepada watak-watak dalam karyanya, tidak memberi pendapat,
hanya memperlihatkan aksi watak dan terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.

6. Gaya bahasa

a. PERSONIFIKASI
Menggunakan kiasan untuk memberikan sifat-sifat manusia seperti perasan, perwatakan
tindak-tanduk kepada objek-objek mati/ binatang @ bukan manusia
Contoh : Cinta yang bersayap
Angin yang mejenguk

b. SIMILE / KIASAN

4
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai
yang sama. Simile menggunakan perkataan banding seperti,bagailakasana, umpama
dan sebagainya Ayat Rumah saya seperti rumah saudara bukan dikatakan simile
walaupun menggukankan kata banding
Contoh: garang seperti singa
Merdu bagai buluh perindu
Terumbang-ambing bagai laying-layang putus tali

c. METAFORA
Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi seuatu yang lain, bagi
menyarankan bahawa antara kedua-duanya terdapat persamaan.Berbeza dengan simile
ialah metafora tidak menggunakankata-kata bandingan seperti umpama dan sebagainya.
Contoh Hidup adalah pemandangan di jendela keretapi
Metafora juga boleh ditafsirkan terdiri daripada dua perkataan. Satu perkataan bersifat
konkrit( nyata dan menjadi objek untuk difikirkan), manakala satu perkataan lagi
bersifat abstrak iaitu tidak nyata yang menjadi pembanding
Contoh: Lubuk hati
Gerbang sejarah
Roh wang
Kerikil kembara

d. IRONI
Mengucapkan sesuatu yang berlaianan daripada reality atau kenyataan yang
sebenarnya.. secara leteralnya ia bermaksud sindiran, cemuhan atau ejekan. Ironi lebih
mudah dikesan melalui deklamasi. Ini disebabkan intonasi suara, pendengar dapat
merasakan bahawa ia mungkin mengandungi makna yang lain daripada yang
dinyatakan
Contoh:

e. PARADOKS
Suatu pernyataan yang sekali imbas kelihatan bertentangan atau salah menurut
pendapat umum atau kedengaran agak pelek, tetapi apabila dilihat lebih dalam,
penyataan tersebut adalah munasabah dan dapat diterima sebagai benar
Ungkaran Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia boleh dianggap
sebagai paradoks
Contoh lain :

f. PERLAMBANGAN
Sesuatu yang berdiri sebagai dirinya sendiri disamping menyarankan atau memaknakan
sesuatu yang lain.Terbahagi kepada beberapa kategori:
1. Lambang dari unsure alam - ombak,gunung, bulan,bintang,rimba,pagi dll
2. Lambang dari nama watak terkenal - Rama,Sita,Rawana, Tuah, Jebat dll
3. Lambang warna - buru, merah,putih, hitam dll
4. Lambang

g. Perbandingan
h. Citra
i. Dialek
j. Pengaruh bahasa asing.

7. Teknik

5
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

a. PEMERIAN / NARATIF : Pengarang menggambarkan sesuatu samada keadaan alam, suasana,


peristiwa atau seseorang watak. Pemerian disampaikan dalam bentuk wacana dan tidak
melibatkan unsure-unsur dialog, monolog dan monolog dalaman

b. DIALOG : Perbualan / percakapan antara dua atau lebih watak dalam karya sastera

c. MONOLOG : Tutur kata / pengucapan oleh seseorang watak secara bersendirian, ia lebih
merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran. Contohnya, berdoa, meratap, mengeluh,
merintih, merungut dan sebagainya

d. MONOLOG DALAMAN : Kata hati / pengucapan batin watak / pergolakan batin /fikiran
watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog / monolog. Ia tidak didengari oleh watak-
watak lain . Biasanya ia muncul bila watak berada bersendirian, dalam keadaan termenong,
berkhayal, berilusi, mengenang nasib dan sebagainya. Petunjuk yang menunjukkan monolog
dalaman ialah berkata dalam hati, bertanya dalam hati, berseru dalam hati, merintih dalam
hati dan sebagainya

e. IMBAS MUKA : Penggambaran / ramalan sesuatu peristiwa atau kejadian yang akan atau
mungkin berlaku sama ada pada watak atau masyarakat. Muncul melalui dialog, monolog
atau monolog dalaman. Dengan memasukkan imbas muka dapat mengurangkan
ketegangan/saspen pembaca, memperlahankan plot dan pembaca mendapat bayangan
(walau pun samar) apa yang akan berlaku
Keburukannya ialah mengurangkan ransangan pembaca dan membuatkan pembaca tidak
perlu memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya

f. IMBAS KEMBALI : Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/ peristiwa


yang pernah terjadi, dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak
sampingan. Muncul melalui ingatan, khayalan, kenangan dalam bentuk monolog atau
monolog dalaman

g. Ketegangan / Penyelesaian
Ianya merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan
berlaku berikutnya. rasa ragu-ragu terhadap apa yang akan berlaku selanjutnya.
Ianya juga dikenali sebagai katasfora atau peleraian untuk menyebut akibat atau kesudahan
sesebuah cereka.

h. Arus Kesedaran
Ianya merupakan pendedahan pengaliran fikiran yang berlaku secara sedar dan pengaliran
tindak balas emosi fikiran seseorang individu. Kebiasaanya ia akan diikuti dengan aksi
spontan yang ditunjukkan oleh watak hasil dari pengaliran fikirannya berhubung dengan
sesuatu keadaan atau situasi.

i. Perulangan
Perihal berulang (berulang-ulang atau sesuatu yang berulang atau diulang-ulang)

j. Dramatik(penceritaan tak langsung)


Mempunyai lagak / gaya / aksi yang ditunjukkan (bukan percakapan) seperti gerak-geri, aksi
, mimik muka dan sebagainya

k. Didaktik
Unsur pengajaran dalam sesebuah karya sastera yang memberi pamduan terutama dalam
aspek moral, etika atau soal-soal keagamaan. Ianya menjadi matlamat utama atau
tujuan sebenar pengarang dalam menghuraikan sesebuah karya.

Genre Drama

6
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

1. Pengertian Drama

Istilah ini berasal dari perkataan Greek, iaitu “dran” yang bermaksud melakukan,
melakonkan, mencapai. Aristotle mendefinisikan sebagai aksi manusia yang ditiru. Prof
J.M. Manly mengutarakan tiga unsur yang perlu ada dalam drama
i. Cerita
ii. Bahan cerita
iii. Pelakon yang memainkan peranan sebagai watak-watak dalam cerita.

Aksi dan dialog merupakan unsur-unsur penting, walau bagaimanapun bentuk-


bentuk lain seperti pentomin dan mimos yang tidak menggunakan dialog juga
dikatakan sebagai drama.

Pengertian drama dihubungkan kepada dua perkara,


i. Sebagai karya yang cuba menggambarkan kehidupan atau satu aspek
kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog
para watak.. Lazimnya skrip ( naskhah lakon ) itu memang dirancang untuk
dipentaskan

ii. Aspek pementasan yang dianggap sebagai suatu hasil seni penulisan
sastera imaginatif yang berbeza dengan cereka dan puisi

Penikmatan sesebuah drama bukan sekadar pembacaan skrip di atas pentas


sahaja, ianya dinikmatai secara langsung oleh audien tanpa henti., sebab itu drama
tidak boleh terlalu panjang dan harus ada daya tarikan yang kuat untuk menarik
perhatian dan merangsang mereka agar mengikutinya hingga ke akhir pementasan

Suatu yang membezakan drama dengan cereka ialah


a. Drama menyungguhkan cerita dengan aksi atau geraklaku watak di mana
dialog melengkapi aksi watak

Cereka menyungguhkan cerita dengan bercerita, di mana pengarang menggunakan


pemerian untuk mengembangkan plot cerita

STAIL PEMENTASAN/ALIRAN DALAM DRAMA


i. Realisme
ii. Bukan Realisme

Konsep Drama Aliran Realisme

a. Seringkali dihubungkan dengan kaedah atau gaya perlukisan dalam cerita


sama ada yang berhubung dengan alam, peristiwa atau manusia

7
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

b. Realisme merupakan satu angkatan yang pragmatisme iaitu melihat


kebenaran sebagai sesuatu yang nyata- memperkata sesuatu
keadaan/peristiwa seadanya atau sebagaimana adanya

c. Menekankan kepada gambaran sebenar yang berlaku pada sesuatu tempat


dan zaman atau masa

d. Gambaran satu amitasi atau peniruan terhadap kehidupan setepat mungkin


tanpa berselindung – secara terus terang yang berlaku dalam masyarakat

Konsep Drama Bukan Realisme

a. Drama yang tidak terikat dengan teori Aristotle , kurang


menekankan aspek-aspek logik dan ada unsur-unsur
kekacauan

b. Drama yang mengarah kepada melahirkan gelodak batin atau


perasaan manusia

c.Cuba digayakan dengan stail moden

d. Lebih mendekati hal-hal yang berkaitan metafizika, f


alasafah/fantastic dan abstrak

e.Bersifat anti realisme

ISTILAH-ISTILAH DALAM DRAMA

i. Babak
Bahagian-bahagian dalam drama.Pemisahan babak dapat dilihat dengan
turun naiknya tirai pentas atau seluruh panggung digelapkan beberapa
ketika, dan berlaku pertukaran latar tempat dan latar waktu. Ia juga
ditandai dengan tulisan misalnya “BABAK 1”. Pembahagian drama kepada
babak-babak ini memberi kesempatan kepada pelakon dan penonton
berehat sebentar, kesempatan pada pelakon menukar kostium dan memberi
kesempatan pada petugas menukar setting dan sebagainya.

ii. Adegan
Atau scene dalam bahasa Inggeris. Asal dari perkataan skene yang terdapat
dalam teater zaman Greek Tua bererti tempat (khemah) sesuatu dialog
dituturkan. Adegan ialah bahagian-bahagian kecil dalam babak, yang
bermaksud bahagian-bahagian aksi yang berurutan dalam satu latar yang
tidak berubah. Dalam pementasan pemecahan adegan boleh dilihat dengan
turun naik tirai atau terang gelapnya lampu, atau hanya dengan berlaku
pertukaran watak(keluar masuk watak.)

iii. Episod

8
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

Peristiwa yang dikemukakan dalam cereka sebagai suatu aksi yang


bersambungan. Sungguhpun peristiwa itu mempunyai kesatuan yang
tersendiri, episode dalam cereka moden biasanya diikuti oleh episode-episod
lain yang dijalin bersama. Dalam cereka sati peristiwa tidak mungkin akan
menghasilkan plot, sekurang-kurang nya mesti ada tiga peristiwa; pertama,
peristiwa yang memulakan perkembangan yang menuju kepeda peristiwa
kedua. Peristiwa kedua akan bersambung kepada peristiwa ketiga. Dengan
itu plot boleh dibina dengan menyusun beberapa episode tertentu menurut
mana yang awal, dan mana yang kemudian. Sungguhpun begitu ada
episode yang berdiri dengan sendiri sebagai sebuah cerita contonya cerita
binatang dan cerita jenaka.

iv. Penskripan
Hal-hal yang berhubung dengan penulisan skrip dan unsure-unsur seni
yang bergabung di dalamnya.

v. Konsep Dramatik
Merujuk kepada tahap penyampaian drama yang memilat dan
mempesonakan penonton atau kualiti pengolahan sesuatu persembahan
drama. Dramatip boleh dibina dari segi lakonan, pengolahan audio-visual,
gabungan penataan set dan cahaya, dan sebagainya. Boleh dinilai dari segi
rangsangan dan sambutan emosi audien.

vi. Teater

vii. Konsep Tragedi Dalam Drama

viii. Konsep Komidi Dalam Drama

Istilah-Istilah dalam Struktur Plot

i. Eksposisi
Bahagian pengenalan , memberi keterangan tentang watak, latar dan fakta-
fakta lain yang perku untuk memahami drama

ii. Penimbulan krisis


Selepas memperkenalkan watak, watak-watak saling berhubungan. Krisis
ialah suatu titik di mana unsur-unsur yang bertentangan antara watak
muncul dan akan menimbulkan konflik. Ini akan dilihat dalam aksi watak.
Plot akan berubah

iii. Ketegangan (Suspens)


Merupakan kemuncak ingin tahu audien terhadap sesuatu peristiwa yang
akan berlaku berikutnya Keadaan ini wujud apabila terdapat peristiwa-
peristiwa yang mempengaruhi watak di mana penonton akan memberi
perhatian yang simpatik kepada watak berkenaan. Ketegangan merupakan
unsur utama menarik dan mengekalkan minat audien..Mereka tertanya-tanya
apa yang akan berlaku seterusnya atau membuat ramalan-ramalan sendiri
tentang kesudahan nya.

iv. Ketengangan Akhir

9
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

Merujuk kepada banyangan harapan yang kadang-kadang muncul sebelum


katastrofa dalam sesebuah tragedy. Adanya ketegangan akhir membuatkan
audien akan menungguhingga pementasan tamat.

v. Klimaks
Bahagian yang paling menarik, di mana audien akan memberi tindak balas
emosi yang terkuat terhadap kedudukan cerita. Klimaks inilah tempat di
mana aksi naik bertukar menjadi aksi menurun.

Unsur Kekaguman

A. Visual

i. Pentas
Terdapat dua jenis pentas
a. Pentas biasa/ Prosenium
Iaitu pentas yang dibina berhadapan dengan penonton.
Bagaimanapun jika ada tambahan pentas lain di bahagian
pentas utama yang sedia ada , itu dipanggil pentas Apron

b. Pentas Arena
Ruang lakon yang dikelilingi, (lazimnya dalam bentuk bulatan)
oleh tempat duduk penonton. Pementasan drama yang
dipertonton di pentas arena dipanggil juga sebagai theater-in-
the-round.

Pemilihan pentas mestilah sesuai dengan tema persoalan, mesej, yang


hendak disampaikan kepada penonton.

ii. Set
Ialah latar sesuatu peristiwa yang berlaku. Set merupakan satu
pengecaman awal, dan penonton akan mengetahui di mana sesuatu
peristiwa itu berlaku sebaik saja memasuki panggung.
Set drama Lawyer Dahlan ialah di ruang tamu rumah Pak Hamid,
ruang tamu rumah moden Lawyer Dahlan, penjara dan perkuburan.
Penonton akan sedia maklum set/latar sebaik tirai dibuka.

iii. Prop
Ialah alat/perkakas yang digunakan. Prop yang digunakan mestilah
sesuai dengan latar masa sesebuah drama dan sesuai denganstatus
watak. Contoh paip, tongkat, tv, radio, majalah dan sebagainya. Dalam
Drama Lawyer Dahlan , pengarah menggunakan ulam-ulam kampong
seperti pucuk paku, nangka musa dan ubi untuk menggambarkan
status kampong.

iv. Cahaya
Cahaya penting untuk menggambarkan suasana petang,malam atau
pagi atau majlis-majlis seperti yang dikehendaki oleh drama. Untuk

10
Pengantar Cerpen dan Drama (Penghayatan Teks-Penggal 1)

menggambarkan suasana muran di perkuburan, mungkin ditandai


dengan cahaya lampu yang suram. Suasana berlainan, cahaya jga
berlaian.

v. Kostium
Ialah pakaian/busana/fesyen/corak/ yang digunakan oleh pelakon.
Kostium mesti sesuai dengan peranan yang dibawa oleh watak, dan
mesti sesuai dengan zaman sesuatu peristiwa berlaku. Pakaian Ibu
Rahimah mesti menggambarkan dia seorang ibu/orang tuan dari
kampong, pakaian Rahimah sebelum keluar Negara berbeza selepas
dia pulang dan menerima pengaruh barat dan sebagainya.

B. Aural
i. Muzik
Ialah jenis muzik dan lagu yang dimainkan untuk melatari sesebuah
drama, Pelbagai jenis muzik digunakan sesuai dengan adegan-adegan
tertentu. Muzik pengenalan juga digunakan semasa memulakan
sesebuah drama

ii. Kesan bunyi


Selain muzik, kesan bunyi penting untuk mengambarkan reality
sesebuah peristiwa, misalnya kesan bunyi motokar yang menghampiri
dan berhenti di sesebuah rumah, kesan bunyi tertentu yang sesuai
semasa di perkuburan, kesan bunyi waktu tengah malam dan
sebagainya.

11

Anda mungkin juga menyukai