Anda di halaman 1dari 16

SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

PENDIDIKAN JARAK JAUH ( PJJ )


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
(PACE)
SEMESTER APRIL 2019 / 2020 (JA191)

SCCA2083
UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

TAJUK :
TUGASAN INDIVIDU 1
(ULASAN LITERATUR JURNAL)

DISEDIAKAN UNTUK :
CIK. ANDI TAMSANG ANDI KELE

DISEDIAKAN OLEH :
ROLAND ANTHONY (249374)

TARIKH DISERAH :
25 MEI 2015

1
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka surat

Abstrak
1.0 Pengenalan 5

2.0 Kesedaran Netizen Tentang Kewujudan Undang- 6


Undang Komunikasi

3.0 Ulasan : Faktor Kelemahan Tahap Kesedaran


Pengguna Media Sosial
3.1 Faktor Pengetahuan 7
3.2 Faktor Sikap
3.3 Faktor Persekitaran

4.0 Contoh Kajian Kes Penyalahgunaan Media Sosial 8


Di Malaysia
5.0 Perlaksanaan Undang-Undang Di Malaysia 9
5.1 Akta-Akta Yang Terlibat Dalam Menangani Isu 10 -
Penyalahgunaan Siber
5.1.1 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
5.1.2 Akta Jenayah Komputer 1997
5.1.3 Akta Perdagangan Eletronik 2006
5.1.4 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
5.1.5 Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan) 2010

6.0 Cabaran Malaysia Dalam Menangani Jenayah


Siber
7.0 Kesimpulan
8.0 Lampiran (Jurnal penuh yang berkaitan)
8.1 Lampiran 1
8.2 Lampiran 2
8.3 Lampiran 3

2
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

ULASAN JURNAL-JURNAL YANG DIPILIH :

JURNAL KOMUNIKASI JILID 35(1) 2019:237-251


MALAYSIAN JOURNAL OF COMMUNICATION
PENDEMOKRASIAN MEDIA DAN CABARAN KESELAMATAN
DALAM ERA DIGITAL
Ahmad Sauffiyan Hassan (Universiti Kebangsaan Malaysia)

JURNAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA ASIA-PACIFIC


VOL.7 NO.22, DECEMBER 2018 111-127
CYBER SECURITY AWARENESS AMONG SOCIAL MEDIA USERS : CASE
STUDY IN GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)
Zakiah Saizan
Dalbir Singh

MALAYSIAN JOURNAL OF COMMUNICATION JILID 35(1) 2019 103-119 :


DASAR KESELAMATAN SIBER MALAYSIA : TINJAUAN TERHADAP
KESEDARAN NETIZEN DAN UNDANG-UNDANG
Muhammad Adnan Pitchan (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Siti Zobidah Omar (Universiti Putra Malaysia)

3
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

Abstrak

Undang-undang merupakan salah satu dasar kerajaan yang diwujudkan untuk kebaikan
negara. Hal ini kerana melalui undang-undang kita dapat mengatur dan mengawal
masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat tidak menyukai undang-undang
kerana mereka beranggapan hidup mereka tidak bebas. Dalam konteks Internet pula, undang-
undang siber dicipta bagi memastikan netizen menggunakan ruang siber dengan baik dan
berhemah. Antara langkah yang baik dalam menangani isu ancaman siber adalah melalui
penguatkuasaan undang-undang siber. Walau bagaimanapun, netizen masih tidak menyedari
tentang kewujudan undang-undang siber dan peningkatan angka kes jenayah siber setiap
tahun. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesedaran informan terhadap
kewujudan undang-undang siber dan menganalisis pelaksanaan undang-undang ancaman
keselamatan siber di Malaysia. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif iaitu kumpulan fokus, temu bual mendalam dan analisis dokumen untuk
mendapatkan data kajian yang berkualiti. Jumlah informan kumpulan fokus ialah seramai 35
orang pengguna Internet manakala jumlah informan temu bual mendalam adalah seramai 6
orang pegawai kerajaan. Antara dokumen utama yang dianalisis ialah akta dan perundangan,
laporan tahunan dan siaran media. Hasil kajian mendapati informan kumpulan fokus tidak
mengetahui kewujudan undang-undang siber kerana mereka merasakan undang-undang
tersebut tidak penting, selain informan kurang peka dan mengamalkan sifat sambil lewa.
Hasil analisis dokumen juga mendapati terdapat beberapa undang-undang siber yang boleh
digunakan untuk mengatasi masalah ancaman siber seperti Akta Komunikasi dan Multimedia
1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Perlindungan
Data Peribadi 2010 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan 2010).

Roland, A. (2019). SCCA2083 Undang-undang Dalam Komunikasi. Tugasan 1 (Ulasan Literatur Jurnal
Komunikasi).

4
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

1.0 Pendahuluan

Perkembangan teknologi yang semakin hari semakin maju menjadikan dunia semakin
bersambung dan tiada sempadan. Kita merasakan hampir segenap pelosok dunia moden
sekarang dikawal oleh komputer. Namun, dunia sebenarnya masih berada di peringkat
permulaan dalam dunia digital bergerak. 69% daripada jumlah populasi penduduk Malaysia
menggunakan internet dengan 68% menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram,
LinkedIn, Youtube dan Twitter dan keadaan ini mewujudkan komunikasi atas talian dan
penularan informasi secara besar-besaran yang tidak pernah dialami dalam zaman sebelum
ini. Maklumat yang dikongsi adalah pelbagai iaitu bermula dari informasi yang berkisar
mengenai kehidupan seharian sehinggalah perkembangan ilmu serta berita mutakhir yang
berlaku di segenap pelosok dunia. Kemunculan teknologi perkomputeran awan atau cloud
computing yang menjimatkan kos dan digunakan secara meluas untuk menyimpan salinan
data ditambah dengan fenomena internet of things dan data raya (big data) menyumbang
kepada ledakan maklumat tanpa sempadan. Ledakan maklumat ini menyumbang kepada
pelbagai risiko yang melibatkan privasi dan keselamatan. Malah keaslian dan ketepatan
informasi di ruang maya ini juga boleh dipertikaikan. Kebergantungan terhadap komputer
mengakibatkan kemunculan jenayah siber secara besar-besaran yang memanipulasikan data
dan informasi bagi mencapai objektif mereka. Ini menyebabkan keselamatan siber menjadi
sesuatu isu yang perlu diambil perhatian serius. Keselamatan negara juga berada dalam risiko
yang amat tinggi sekiranya langkah-langkah menjaga keselamatan dari segala ancaman tidak
diperkukuhkan. Ancaman dan serangan boleh datang pada bila-bila masa dari seseorang
dengan hanya menggunakan komputer riba atau menggunakan telefon pintar.

Malah berita palsu sering kali muncul dimana-mana median media sosial sehingga
menyebabkan pergaduhan dan membawa kepada kemudaratan tidak kira kepada individu,
organisasi, masyarakat walhal kepada keselamatan negara. Dalam tempoh beberapa bulan ke
belakang, sering kali kita mendengar berita-berita palsu ditayangkan di media sosial. Berita-
berita palsu ini bukan sahaja menggugat keamanan malah meletakkan keharmonian negara
sebagai satu ancaman. Contohnya, isu penyebaran berita palsu rusuhan kuil yang berlaku
pada tahun lalu menyebabkan isu perkauman semakin mendalam. Selain itu, fitnah-fitnah
kepada individu semakin berleluasa tanpa menghiraukan kerosakan yang bakal dihadapi oleh
mereka.
5
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

2.0 Kesedaran Netizen Tentang Kewujudan Undang-Undang Komunikasi

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, sering kali kita mendengar bahawa semakin
ramai netizen dihadapkan di mahkamah atas dakwaan melakukan jenayah siber. Penyebaran
berita palsu melalui sosial media adalah salah disisi undang-undang dan boleh didakwa
dibawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1948. Berdasarkan kepada analisis jurnal yang
telah saya kaji, kesedaran netizen adalah amat rendah dan boleh dikatakan netizen bersikap
sambil lewa dalam isu menyebarkan fitnah. Malah lebih teruk lagi, kebanyakan netizen gagal
mengawal emosi sendiri sehingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang lain.

Isunya di sini, sejauh manakah pengguna media sosial sedar akan kewujudan jenayah
siber yang sudah menular melalui media sosial? Apakah faktor yang boleh mempengaruhi
pengguna media sosial terhadap keselamatan siber? Oleh yang demikian kita perlu
mengenalpasti tahap kesedaran pengguna media sosial terhadap keselamatan siber dan juga
mengkaji faktor yang mempengaruhi kesedaran pengguna media sosial terhadap keselamatan
siber seterusnya mencadangkan model kesedaran pengguna media sosial terhadap
keselamatan siber. Penyalahgunaan media sosial telah menjadi faktor utama bagi penyebaran
fitnah, hasutan, ugutan, provokasi yang telah mengugat keselamatan negara. Ini turut
menjejaskan keaslian dan ketepatan informasi yang dikongsi yang juga boleh dipertikaikan
kesahihannya. Sedar atau tidak, keadaan ini sebenarnya mengundang kepada kes jenayah
dalam media sosial antaranya:

I. kes buli siber


II. intipan siber
III. penipuan siber (scam)
IV. phishing
V. kecurian identiti

6
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

3.0 Ulasan : Faktor Kelemahan Tahap Kesedaran Pengguna Media Sosial

Isu jenayah siber yang berpunca daripada pendedahan maklumat peribadi


membuktikan tahap kesedaran pengguna media sosial masih lagi dalam persoalan. Terdapat
beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesedaran pengguna media sosial terhadap
keselamatan siber iaitu faktor pengetahuan, sikap dan persekitaran.

3.1 Faktor pengetahuan

Pengetahuan sangat berkait rapat dengan kesedaran keselamatan siber. Pengetahuan


pengguna media sosial mengenai cara pengendalian dalam media sosial seperti Facebook
sangatlah penting. Selain itu, pengguna juga perlu mengetahui mengenai ancaman siber yang
berkaitan supaya tidak terjebak dengan tipu daya jenayah siber. Dalam kajian terdahulu, ada
dinyatakan data peribadi yang patut dipapar dan tidak dipapar di media sosial. Pengetahuan
pengguna media sosial dalam mengendalikan media sosial sangat penting supaya pengguna
tidak sewenangnya memaparkan data peribadi.

3.2 Faktor Sikap

Ancaman siber seperti buli siber dalam media sosial menyatakan kesalahan jenayah
buli siber datang daripada sikap pengguna media sosial itu sendiri. Penggunaan kata negatif,
menghantar komen memalukan, melakukan ugutan serta membuat sahabat sebagai bahan
jenaka di media sosial merupakan sikap negatif yang telah berlaku dalam media sosial. Malah
scenario masa kini mendapati bahawa semakin ramai netizen bakal dihadapkan ke
mahakamah atas kesalahan undang-undnag komunikasi.

3.3 Faktor Persekitaran

Dari sudut persekitaran pula saya mendapati bahawa pernana ibubapa adalah amat
penting dalam mewujudkan kesedaran dalam diri ank0anak mereka mengenai bahaya jenayah
siber. Pendedahan awal jenayah siber kepada anak-anak amat perlu kerana mereka membesar
dalam era modenisasi yang menggunakan khidmat teknologi yang meluas.

7
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

4. Contoh Kajian Kes Penyalahgunaan Media Sosial Di Malaysia

Berdasarkan kepada kajian saya, dua contoh kajian kes yang melanggar undang-
undnag siber iaitu kes Chinta Fina dan pekerja Petronas di mana pada bulan Februari 2016
seorang pelayan wanita GRO yang berasal dari Pontian ditahan oleh pihak polis kerana
menghina Sultan Ibrahim Iskandar di Facebook dengan menggunakan akaun bernama Chinta
Fina. Hal ini terjadi apabila pemilik akaun Facebook Chinta Fina memberi komen tentang
pengharaman penjualan rokok elektronik di negeri Johor yang dititahkan oleh Sultan Johor
pada tahun 2015. Suspek ditahan di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 4(1)(c). Dalam kes
lain pula pada bulan Mac 2016 seorang jurutera Petronas turut ditahan oleh pihak SKMM
kerana memuatnaik komen yang bersifat jelik serta menghina bekas Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kesalahan ini dilakukan di akaun Facebook bernama
Jalil Ismail. Pihak SKMM juga turut menyita telefon bimbit dan kad sim suspek untuk
siasatan.

Justeru berdasarkan hasil dapatan di atas, boleh dirumuskan bahawa kesedaran para
netizen terhadap kewujudan undang-undang dan akta siber masih berada di tahap yang
kurang memuaskan di mana mereka tidak sedar mengenai kewujudan undang-undang siber.
Walaupun terdapat netizen yang menyatakan mereka sedar tetapi mereka masih tidak jelas
menyatakan undang-undang apakah yang terlibat secara langsung dan spesifik termasuk
Seksyen-Seksyen undang-undang berkaitan.

Dapatan contoh kajian kes membuktikan bahawa netizen pada masa kini bersikap
sambil lewa dan sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata kesat tanpa mempedulikan
akibat di kemudian hari. Hal ini menunjukkan bahawa sikap netizen sendiri mengundnag
kepada pendakwaan undang-undang siber. Sikap sambil lewa ini amat memudaratkan diri
sendiri dan menjadi faktor utama dalam kesedaran netizen kepada perlaksanaan undang-
undang komunikasi.

8
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

5.0 Perlaksanaan Undang-Undang Di Malaysia

Secara umumnya, seseorang individu mahu pun organisasi akan memperoleh kuasa
melalui peruntukan undang-undang sesebuah negara. Justeru, kuasa juga amat diperlukan
oleh badan pelaksana keselamatan siber supaya peranan mereka lebih meluas dan boleh
bertindak secara komprehensif dalam mengawal keselamatan siber. Oleh itu, hasil analisis
saya mendapati terdapat dua badan pelaksana utama yang mempunyai kuasa dalam
mengawal keselamatan siber Malaysia iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SKMM

SKMM memperoleh kuasa melalui dua akta iaitu Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia 1998 dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dua punca
kuasa ini menyebabkan badan berkenaan berdiri gagah dan mudah untuk melaksanakan
tanggungjawab dan peranan mereka dalam mengawal keselamatan siber. Selaras dengan
peruntukan di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 di bawah
Seksyen 4 (1) maka badan SKMM telah ditubuhkan untuk menyelia, mengawal dan
menguatkuasakan undang-undang berkaitan aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia.

PDRM

Punca kuasa pasukan PDRM ialah melalui peruntukan-peruntukan Akta Polis 1967.
Berdasarkan akta berkenaan di bawah Seksyen 20(3) terdapat 13 tugas utama PDRM yang
disenaraikan. Berdasarkan peruntukan Seksyen ini pasukan PDRM mempunyai kuasa untuk
menyiasat dan menangkap penjenayah siber dengan menggunakan kaedah forensik digital
melalui Unit Forensik PDRM. Menurut kenyataan informan temu bual mendalam, di bawah
forensik digital terdapat empat unit iaitu Unit Siasatan Jenayah Komputer, Internet dan Harta
Intelek; Unit Siasatan Jenayah Telekomunikasi; Unit Siasatan Cakraoptik; dan Unit
Pemantauan CCRC untuk memantau kegiatan orang awam mengenai penggunaan Internet.

9
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

5.1 Akta-Akta Yang Terlibat Dalam Menangani Isu Penyalahgunaan Siber

5.1.1 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998

Akta yang mengandungi sejumlah 282 Seksyen ini turut memperuntukkan dua Seksyen yang
berkaitan dengan keselamatan siber iaitu Seksyen 211 dan Seksyen 233. Berdasarkan
Seksyen 211 (1) seseorang individu atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan tidak
boleh memberikan kandungan yang berunsurkan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau
bersifat jelik untuk tujuan dan niat mengganggu, mengacau, mendera atau mengugut mana-
mana orang. Berdasarkan peruntukan ini telah jelas bahawa aktiviti seperti buli siber,
pornografi, menghantar virus, menyebarkan fitnah mahupun berita palsu adalah satu
kesalahan di bawah Seksyen ini dan sekiranya melanggar Seksyen 211 (1) maka boleh
dikenakan denda dan hukuman penjara di bawah Seksyen 211(2) iaitu denda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun. Seterusnya, di bawah
Seksyen yang sama seseorang pentadbir atau ahli kumpulan WhatsApp, Telegram atau
WeChat boleh dikenakan tindakan sekiranya mereka melakukan kesalahan seperti
diperuntukkan dalam Seksyen ini. Selain itu, berdasarkan Seksyen ini juga seseorang
individu telah melakukan satu kesalahan jika individu tersebut berkongsi, retweet, forward
kandungan yang menyalahi Seksyen ini yang dibekalkan oleh individu lain.

5.1.2 Akta Jenayah Komputer 1997

Akta ini merupakan adaptasi daripada Computer Misuse Act 1990 United Kingdom yang
telah disesuaikan dengan situasi di Malaysia. Tujuan penggubalan akta ini adalah untuk
memberi peruntukan mengenai kesalahan dalam penyalahgunaan komputer. Akta ini terdiri
daripada tiga bahagian utama dan 12 Seksyen. Menurut Seksyen 3(1) ia lebih menekankan
mengenai kesalahan berkaitan penyalahgunaan komputer dengan niat untuk melakukan
capaian tanpa kuasa. Sebagai contoh seseorang yang tidak mempunyai keizinan daripada
pemilik komputer telah menghidupkan sistem komputer dan memuat turun beberapa
maklumat dari sistem tersebut ke dalam disket.

10
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

Menurut Seksyen 3, seseorang telah dikatakan melakukan sesuatu kesalahan sekirannya:

I. menyebabkan sesuatu komputer melaksanakan apa-apa fungsi dengan niat


mendapatkan capaian kepada mana-mana aturcara atau data yang disimpan dalam
mana-mana komputer;
II. capaian yang dia berniat untuk didapati adalah tanpa kuasa;
III. dia tahu semasa dia menyebabkan komputer itu melaksanakan fungsi itu demikian
berlakunya.

5.1.3 Akta Perdagangan Eletronik 2006

Akta ini turut melindungi pengguna dalam urusan perniagaan secara dalam talian. Di bawah
Seksyen 5 tafsiran, urus niaga perdagangan bermaksud suatu komunikasi sehala atau
komunikasi pelbagai yang bersifat perdagangan, sama ada berbentuk kontraktual atau tidak,
termasuklah apa-apa perkara yang berhubung dengan pembekalan atau pertukaran barang-
barang atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, kewangan, perbankan dan insurans. Dengan
adanya akta ini pengguna menjalankan transaksi elektronik dalam persekitaran yang lebih
terjamin. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati, akta ini melalui Seksyen 3(1)
menyatakan bahawa penggunaan adalah tidak mandatori seperti berikut:

Tiada apa pun dalam Akta ini boleh menjadikannya mandatori bagi seseorang untuk
menggunakan, memberi atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam mana-mana urus
niaga perdagangan melainkan jika orang itu mengizinkan penggunaan, pemberian atau
penerimaan mesej elektronik itu.

5.1.4 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Pada 10 Jun 2010 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diperkenalkan. Dapatan
menunjukkan tujuan utama penggubalan akta ini adalah untuk mengawal selia pemprosesan
data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial dan ini termasuk transaksi
dalam talian. Hasil analisis dokumen menunjukkan akta yang mengandungi sebanyak 11
bahagian ini mempunyai tujuh prinsip yang perlu dipatuhi oleh seseorang. Pertama, prinsip
am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain
tanpa kebenarannya.
11
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

5.1.5 Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan) 2010

Akta ini melindungi hak pengguna secara keseluruhan seperti dalam proses jual beli,
barangan, perkhidmatan, kontrak dan lain-lain termasuk urusan dalam talian serta melindungi
pengguna dari segi mendapatkan maklumat terutamanya melalui iklan yang ditayangkan atau
disiarkan melalui talian internet. Iklan dalam media cetak dan elektronik masih boleh dikawal
oleh pihak kerajaan berbanding dengan iklan dalam talian. Pengguna mudah tertipu dengan
iklan yang ditawarkan dalam Internet kerana tidak tahu kesahihannya selain tiada agensi yang
memantau secara keseluruhan. Selain kesahihan, iklan di Internet juga tidak mematuhi garis
panduan iklan yang sedia ada dan kebanyakan iklan adalah palsu dan mengelirukan
pengguna. Di bawah pindaan 2010, Jawatankuasa Pengiklanan dan di bawah Seksyen 84A
bahagian ini menteri boleh menubuhkan satu Jawatankuasa Pengiklanan untuk meneliti aduan
berhubung iklan, menguar-uarkan maklumat mengenai hak pengguna dan lain-lain.

Di bawah jawatankuasa ini maka wujudnya garis panduan mengelakkan iklan palsu atau
mengelirukan. Dalam garis panduan ini iklan ditafsirkan sebagai apa-apa bentuk iklan berupa
ucapan, tulisan, bunyian, lakaran atau gambar yang diterbitkan melalui :

I. pameran atau penyiaran notis


II. penggunaan media cetak seperti surat khabar, majalah atau bahan-bahan bercetak
seperti katalog, senarai harga, pekeliling, label, kad atau dokumen atau bahan lain
III. pertunjukan filem, gambar atau gambar foto
IV. penggunaan medium elektronik seperti radio, televisyen atau telekomunikasi dalam
talian dan juga apa-apa cara yang lain.

12
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

6.0 Cabaran Malaysia Dalam Menangani Jenayah Siber

Penguatkuasaan polisi komunikasi sahaja tidak lengkap tanpa penekanan kepada


aspek pengetahuan dan kesedaran mengenai etika media digital. Pengguna media sosial perlu
diberikan latihan, menghadiri bengkel dan memastikan mereka mendalami etika media
digital. Etika merupakan satu dari cabang falsafah. Mempunyai niat baik sahaja tidak cukup
kerana ia tidak nampak. Walaupun berniat baik tapi etika menggunakan media digital buruk,
maka buruklah sikap kita bila dilihat orang. Oleh itu, kesedaran mengenai etika media sosial
penting untuk difahami dan kemudian dizahirkan dalam bentuk tindakan apabila
menggunakan media digital.

Cabaran hari ini adalah Malaysia memerlukan netizen yang beretika dalam
mengendali akaun media sosial peribadi mereka. Maksudnya, netizen perlu memastikan
bahawa apa sahaja posting media sosial yang mereka lakukan perlu berlandaskan kebenaran
dan sahih. Ini kerana, informasi palsu atau tidak lengkap akan mengelirukan pengguna media
sosial lain. Etika dalam menggunakan media sosial adalah perkara yang penting. Kesedaran
mengenai etika dalam bermedia sosial juga merupakan aspek yang mampu membentuk
masyarakat bertanggungjawab dalam menerbitkan kandungan-kandungan media sosial
masing-masing.

Etika apabila diaplikasikan ke dalam bidang pengajian media dan komunikasi ia lebih
kepada amalan dan sikap yang baik dan tertib seorang pengguna media sosial dalam
menyampaikan dan menyalurkan maklumat kepada orang lain. Namun, pengaruh budaya
siber hari ini seperti Cybertrooper politik yang tidak sopan dan Keyboard Warrior yang mahir
membakar isu dengan leksikal bahasa yang memalukan mampu mempengaruhi etika
pengguna media sosial lain. Fenomena ini akan menjadi cabaran kepada pembinaan etika
yang baik dalam kalangan pengguna media sosial. Secara kesimpulannya, kesan daripada
perbincangan mengenai etika komunikasi dan media perlu seiring dengan perubahan yang
sudah berlaku dalam lanskap media di Malaysia. Selain itu, perbincangan etika ini juga tidak
boleh terhenti setakat itu sahaja sebaliknya pakar-pakar media dan komunikasi perlu
siapsiaga dalam menghadapi corak media yang lebih baru dari media sosial seperti hari ini.

13
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

Kritikan terhadap teori dan falsafah komunikasi media perlu dipergiat agar mampu
melahirkan idea-idea baru yang dapat membina satu bentuk etika media dan komunikasi yang
lebih adaptif.

7.0 Kesimpulan

Secara ringkasnya, kesedaran kepada undang-undang komunikasi dan kefahaman


kepada jenayah siber adalah amat penting kepada netizen. Antara sebab mengenai
ketidaksedaran tentang undang-undang siber ialah netizen merasakan undang-undang
berkenaan tidak penting bagi mereka, tidak berkaitan dan informan mengamalkan sifat sambil
lewa. Selain itu, netizen juga merasakan mereka berada dalam keadaan selamat dan hal ini
bermaksud netizen beranggapan mereka tidak akan menjadi mangsa siber. Justeru, dalam
proses memberi kesedaran keselamatan siber oleh kerajaan elemen peruntukan undang-
undang perlu dimasukkan dan diterangkan secara jelas, mudah dan sistematik melalui
kempen-kempen yang sedia ada.

Sebagai contoh, perkara mengenai undang-undang siber diceritakan secara ringkas


dengan hanya memberitahu nama akta berkenaan tanpa ada sebarang petikan kesalahan atau
rujukan kes. Hal ini perlu dilihat semula kerana peruntukan undang-undang merupakan antara
kaedah yang baik dalam memberi kesedaran keselamatan siber kepada pengguna Internet.
Justeru penjelasan dan perhatian yang baik amat diperlukan dalam proses penyampaian
maklumat sesuatu kempen sekaligus meningkatkan kesedaran pembaca mengenai undang-
undang siber.

Oleh yang demikian, latihan kesedaran keselamatan siber perlu dipertingkatkan oleh
kerajaan dari semasa ke semasa supaya lebih ramai pengguna media sosial faham
tanggungjawab mereka terhadap melahirkan generasi yang bebas ancaman siber. Kesedaran
itu sangat perlu supaya pengguna media sosial tahu had dan batasan mereka dalam
menggunakan laman media sosial.

14
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

8.0 Rujukan

Abdullah, Z. H., Ismail, S. & Rosli, A. N. 2016. Kebolehpercayaan Maklumat Elektronik :


Tinjauan Awal Terhadap Pelajar 2nd International Convention of Islam, Science &
Education, Universiti Sains Islam Malaysia

Ahmad Syahrul Anuar Bin Saidi, 2017. Kesedaran Keselamatan Maklumat Terhadap
Pengguna Dan Amalan Yang Selamat Berkaitan Pengguna Rangkaian Sosial Facebook,
Lapoan akhir Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia.

Amin Ridzuan. (2019, Februari 2). Peniaga Hina Yang Di-Pertuan Agong Disiasat Mengikut
Akta Hasutan 1948. Berita Harian Online.

Muhammad Adnan, Wan Amizah, Shahrul Nazmi, & Ali Salman. (2015). Control and
Freedom of the Internet: Challenges Face by the Government. Journal of Asia Pacific
Communication

Salleh, M. A. M., Abdullah, M. Y. H., Salman, A. & Hasan, A. S. A. 2017. Kesadaran Dan
Pengetahuan Terhadap Keselamatan Dan Privasi Melalui Media Sosial Dalam
Kalangan Belia.

15
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI

8.0 Lampiran (Jurnal penuh yang berkaitan)

8.1 Lampiran 1

JURNAL KOMUNIKASI JILID 35(1) 2019:237-251 MALAYSIAN JOURNAL OF


COMMUNICATION : PENDEMOKRASIAN MEDIA DAN CABARAN KESELAMATAN
DALAM ERA DIGITAL oleh Ahmad Sauffiyan Hassan (Universiti Kebangsaan Malaysia)

8.2 Lampiran 2

JURNAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA ASIA-PACIFIC VOL.7


NO.22, DISEMBER 2018 111-127 CYBER SECURITY AWARENESS AMONG SOCIAL
MEDIA USERS : CASE STUDY IN GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI) oleh Zakiah
Saizan dan Dalbir Singh.

8.3 Lampiran 3

MALAYSIAN JOURNAL OF COMMUNICATION JILID 35(1) 2019 103-119 : DASAR


KESELAMATAN SIBER MALAYSIA : TINJAUAN TERHADAP KESEDARAN
NETIZEN DAN UNDANG-UNDANG oleh Muhammad Adnan Pitchan (Universiti
Kebangsaan Malaysia) Siti Zobidah Omar (Universiti Putra Malaysia)

16
DISEDIAKAN OLEH : ROLAND ANTHONY (249374)