Anda di halaman 1dari 2

ahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah
empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang
masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk
lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam
peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar.
Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland - cincang halus

1 batang saderi- cincang halus

3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara :
Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak
sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke
dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair.
Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak
melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi
likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah
berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu
masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati
dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah
tutup api.

Saya cuma sediakan kentang putar dan kuah. Ayam digoreng oleh adik Mak Uda, Bang
Ngah. Coleslow disediakan oleh Pak Su. Hebatlah depa. Lelaki tapi rajin masuk dapur.
Tu yang seronok. Bukan saya sorang ja buat. Pakat sama-sama berganding bahu.
Sekejap ja dah siap. Boleh makan. ;)

Korang kalau ada adik beradik ramai, kerah depa buat sama-sama. Meriah dapur.

;;ml;jjjkbkjb

Bhjvhjvv

Vyfctydytdtrcfghfgfjfj

Nmvmhvmhh

Bnvnhcnhcn

nmjmvh

Anda mungkin juga menyukai