Anda di halaman 1dari 5

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia

akan menjalankan kewajipan saya kepada:-


Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari,
Terutamanya mereka di rumah, dan
Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Tunas.”

Dengan sesungguhnya saya berjanji

Ketika seorang Pandu Puteri Tunas berjanji “dengan sesungguhnya”


ini bererti dia akan menunaikan janji itu, walaupun tugas itu
merupakan kerja yang sangat rumit baginya. Jadi, setelah saya
berjanji saya akan menunaikannya.

i. Menjalankan tugas saya kepada Tuhan


Segala benda yang wujud di dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Setiap
kali kita memandang atau menggunakan benda-benda yang ada di
sekeliling kita, ini menunjukkan kita telah menikmati segala ciptaan Tuhan.
Oleh sebab adanya segala ciptaan Tuhan itulah kita boleh hidup senang.
Jadi, janganlah lupakan Tuhan dan sentiasalah bersyukur kepada-Nya.
Kita mengingati Tuhan dengan mengamalkan ajaran agama.

ii. Menjalankan kewajipan kepada raja dan Negara saya Malaysia


Dalam pasukan Pandu Puteri Tunas, kita hendaklah mematuhi
pemimpin dan Undang-undang Pandu Puteri Tunas. Dalam negara pula,
kita mestilah mematuhi dan menyokong para pemimpin dan undang-
undang negara kita. Jika rakyat Malaysia tidak mematuhi undang-undang
negara, maka negara ini akan menjadi huru-hara.
Kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam semua
kegiatan untuk memajukan negara, iaitu dengan cara turut serta dalam
usaha meningkatkan keselesaan hidup rakyat. Negara Malaysia
mempunyai raja. Sebagai Pandu Puteri Tunas, kita harus taat dan setia
kepada raja dan negara kita.

iii. Menolong orang setiap hari


Dengan memberikan pertolongan kepada orang lain, kita
meringankan beban mereka dan menjadikan mereka lebih gembira. Di
rumah, ibu sentiasa sibuk dengan kerja-kerja memasak, membasuh,
menyapu dan membersihkan kawasan rumah serta menjaga adik-adik.
Menolong ibu, misalnya membasuh pinggan-mangkuk selepas makan
atau menyapu lantai, tentu sekali akan menggembirakannya.
a) Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua
daripadanya.

Kita mesti menghormati orang yang lebih tua daripada kita.


Ingatlah, suatu hari kelak kita juga akan menjadi tua. Masa itu,
kita mahukan penghormatan dan penjagaan yang baik daripada
orang-orang muda. Di samping itu, kita perlu juga menghormati
orang yang lebih muda kerana mereka juga akan membantu jika
kita memerlukan pertolongan mereka.

b) Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.


Seorang Pandu Puteri Tunas dapat menyelesaikan sebarang
masalah atau tugas yang agak rumit secara mudah, sekiranya dia
tidak menurut kemahuan hatinya sahaja. Ketika disuruh
membantu, Pandu Puteri Tunas patut menghentikan apa yang
sedang dibuatnya dengan serta-merta dan terus memberikan
pertolongan.
1) Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai

2) Seorang Pandu Puteri sentiasa taat setia

3) Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain

4) Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu

Puteri yang lain.

5) Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun.

6) Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar

7) Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah.

8) Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam

masa kesulitan.

9) Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat-cermat.

10) Seorang Pandu Puteri suci dalam pemikiran, perkataan dan perbuatan.
Memberi peluang kepada
keluarga anda menikmati
Menurut nasihat dan Mematuhi perintah
rancangan TV kegemaran
ajaran orang tua. dengan serta-merta
mereka.

Tidak berasa kecewa Membantu dalam kerja


apabila menghadapi rumah secara sukarela
sebarang kesusahan. setiap hari

Berbaik-baik dengan
adik-beradik di rumah. Undang-undang Membantu orang tua,
Pandu Puteri Tunas misalnya menolong
mereka membawa
barang
Membimbing kawan-
kawan yang lemah
dalam kelas. Sanggup menerima
nasihat orang lain.

Berkongsi peralatan
Meminjamkan buku yang
permainan dengan
sangat dihargai kepada
rakan anda.
rakan.

Memahami makna
Menyerahkan tempat memberi hormat dan Tidak menurut kehendak
duduk anda kepada jangan bersikap hati sendiri.
orang tua. sombong.

Anda mungkin juga menyukai