Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Nama Za’ba telah terukir dalam sejarah persuratan dan kebudayaan Melayu baharu

sebagai tokoh bahasa,sastera,ekonomi, agama dan juga politik. Dalam bidang bahasa jasanya

cukup besar sebagai Bapa Tatabahasa Melayu di Malaysia dengan karya besarnya Pelita Bahasa

Melayu. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas pernah mengungkapkan jasa bakti Za’ba

kepada dunia persuratan Melayu dengan kata-kata ‘Dialah pemukul rebana kalbu masyarakat

kita dalam Dewan Persuratan dan nyaring debarannya masih terdengar ke hari ini. Dalam bidang
agama dan ekonomi, pandangannya cukup kritis dan berani. Za’ba dapat dianggap salah seorang

yang mendukung islah atau reformasi dalam masyarakat Melayu sebelum kemerdekaan. Malah

dalam bidang politik penglibatannya dalam menentang gagasan Malayan Union anjuran penjajah

Inggeris membuktikan iltizam Za’ba dalam perjuangan meletakkan asas pembinaan negara

LATARBELAKANG ZA’BA

Za’aba atau nama sebenarnya Zainal Abidin b. Ahmad dilahirkan di Kampung Bukit

Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Walaupun Za’ba dilahirkan di sebuah kampong

dimana masyarakatnya mengamalkan adat perpatih, tetapi di atas kemahuan ayahnya supaya

Za’ba mendapat pendidikannya di Linggi. Disebabkan pilihan ayahnya itu, Za’ba terpaksa

meninggalkan Kampung halamannya dalam usia yang masih kecil. Di Linggi selain mendapat

mengikuti pendidikan sekolah Melayu, beliau juga berpeluang mendapat asuhan agama yang

baik.

Za’ba adalah seorang pelajar yang sangat cerdas dan cerdik. Beliau telah menunjukkan

kemajuan yang sangat memberangsangkan di dalam kedua-dua bidang pendidikan tersebut.

Setelah tamat pendidikannya di sekolah Melayu, Za’ba melanjutkan pelajaranya ke St. Paul

Instituition, Seremban. Za’ba adalah anak Melayu pertama di Negeri Sembilan yang menduduki

peperiksaan Senior Cambridge dan seterusnya Berjaya di dalam peperiksaan tersebut pada tahun

1915.
Walaupun Za’ba hanya berkemampuan mendapat pendidikan agama di peringkat yang

asas sahaja, beliau tetap berusaha untuk menambahkan pengetahuanya mengenai islam, baik

semasa di sekolah Inggeris atau setelah tamat pembelajaranya di situ.

Secara kebetulan dan ironinya pula, Za’ba mepunyai bakat dalam bidang penulisan dan

beliau sangat gemar membaca. Kerjaya Za’ba sepanjang perkhidmatanya pula ialah sebagai

pendidik dan semua ini menjadi satu pemangkin di dalam melahirkan seorang tokoh seperti

beliau.

SEJARAH KERJAYA ZA’BA

Dilihat dari sejarah kerjaya Za’ba boleh dikatakan menempuh liku-liku hidup yang penuh

ranjau dan rumit tetapi berakhir dengan kejayaan. Beliau bermula sebagai seorang cikgu di Johor

Bahru (1916-1918) kemudia berpindah ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (1918-1923), ke

Jabatan Pelajaran, Kuala Lumpur (1923) dan seterusnya ke Maktab perguruan Sultan Idris,

Tanjung Malim (1924-1939), Jabatan Penerangan Singapura(1939-1942), School of Oriental and

African Studies, London (1947-1951) dan Universiti Malaya Singapura (1954-1959).

SEJARAH PENULISAN

Di samping menjadi seorang Cikgu, banyak rencana-rancana hasil nurkilan Za’ba banyak

tersiar di dalam akhbar dan majalah tempatan. Ini bermula menjelang akhir 1916 dan berakhir di

pertengahan 1960-an. Rencana-rencana beliau banyak tersiar di dalam akhbar Utusan Melayu,
Lembaga Melayu,Majalah Pengasuh, Al-Ikhwan dan Majalah Guru umpamanya. Selain itu

terdapat juga lebih sepuluh buah buku yang diterbitkannya. Sumbangan penulisan Za’ba ini

menjadikannya sangat terkenal di seluruh Tanah Melayu terutamanya berhubung dengan

masalah Bahasa Melayu. Buku-buku dalam siri Pelita Bahasa Melayu (tiga jilid) dan buku Ilmu

Mengarang Melayu menjadikannya seorang pakar bahasa dan tulisannya menjadi rujukan

penting buat beberapa dekad (1940-an hingga 1960-an).

SUMBANGAN ZA’BA KEPADA ANAK BANGSA

Walaupun kelihatan Za’ba banyak member perhatian kepada soal bahasa dan akhirnya

didiktiraf pula oleh masyarakat akan kebolehannya dalam bidang tersebut, tetapi skop

pemerhatian Za’ba sebenarnya tidak terbatas kepada aspek itu sahaja. Pemikiran Beliau

mencakupi satu skop yang amat meluas. Beliau berazam untuk memajukan anak bangsanya

dalam setiap lapangan kehidupan mereka. Pada Za’ba, masyarakat Melayu dan Muzlim secara

umumnya berada di dalam kemunduran dan disebabkan ini beliau berpendapat mereka perlu

dibela supaya terselamat dari cengkaman kemiskinan.

Kalau dilihat dari aspek ini, soal kemiskinan dan kemunduran pelajaran orang Melayu

adalah tema-tema terpenting di dalam tulisan Za’ba dari 1916 hingga akhir 1920-an. Selain itu

Za’ba juga membincangkan persoalan-persoalan tersebut dengan cara berterus terang sekali.

Dalam hal ini, tiada siapa pun yang terselamat daripada menerima kritikan pedas atau sindiran

sinis Za’ba, sekiranya pada pandangan beliau pihak tersebut bertanggungjawab menyebabkan

kemiskinan orang Melayu. Ini termasuklah masyarakat Melayu dan raja-raja mereka, ulama-
ulama dari golonga Kaum Tua serta kerajaan colonial British. Disebabkan ini penulisan Za’ba

bukan sahaja menjadi popular di kalangan pembaca, malah menarik perhatian perisik-perisik

British juga. Akibat ini, Za’ba telah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak British. Walaupun

Za’ba tidak disingkirkan dari jawatannya dan beliau sendiri tidak bertindak untuk berhenti dari

perkhidmatannya dengan pihak kerajaan tetapi ternyata nada kritis dalam penulisannya semakin

berkurangan bermula dari pertengahan 1920an itu. Tetapi ini tidak bermakna perjuangan Za’ba

dalam usahanya untuk membela nasib bangsanya menjadi semakin berkurangan. Satu contoh

yang jelas ialah setelah beliau menerima tekanan dari pihak kerajaan British, segala perhatian

banyak terbahagi atau lebih menjurus kepada soal bagaimana untuk mengatasi masalah

kelemahan bahasa. Usaha murni beliau ini akhirnya mendatangkan hasil yang sangat bermakna

di dalam sejarah kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di Negara ini.

Tindakan yang dikenakan oleh pihak British ke atas Za’ba itu bukanlah semuanya

berpunca daripada tullisan-tulisannya yang kritis, tetapi mempunyai kaitan yang lebih luas lagi.

Sejak 1918 lagi Za’ba telah terlibat secara langsung di dalam gerakan islah Islamiyah (kaum

Muda) di Tanah Melayu. Beliau bukan sahaja bersahabat karib dengan Sheikh Tahir Jalaluddin

dan Syed Sheikh Al-Hadi dua tokoh Kaum Muda terkenal pada ketika itu malah mempunyai

hubungan peribadi dengan tokoh gerakan ini iaitu Rashid Ridha di Mesir sendiri. Di awal 1920-

an Za’ba juga terlibat dalam gerakan dakwah islamiyah oleh Khwaja Kamaluddin, tokoh dari

Lahore ,India yang berpusat di London.

Penglibatan beliau di dalam gerakan-gerakan ini mengakibatkan beliau terjebak secara

langsung di dalam gerakan umat islam seluruh dunia(Pan-Islamism) di dalam gerakan


menentang penjajahan Barat. Za’ba sendiri sangat menyedari masalah ini terutamanya yang

berkaitan dengan masyarakat Melayu. Ini menyebabkan beliau sering menyeru supaya

bangsanya selalu berusaha untuk memajukan diri mereka di dalam segala aspek social, ekonomi

dan politik.

SUMBANGAN ZA'BA KEPADA BAHASA MELAYU:

Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti.

Sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan

kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan

luas.

Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa

Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi.

Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul dalam fikirannya

sejak beliau berumur dua belas tahun lagi. Dalam tahun 1918 lagi, sewaktu bertugas sebagai

guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai

perkataan Melayu dalam tulisan Jawi.

Dalam tahun 1924 pula, umpamanya, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu

dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk
membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat

utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping

memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden.

Tidak hairanlah kita melihat bahawa sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang

ejaan, iaitu ejaan Jawi, di samping sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita

Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab

Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Adalah juga menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan

kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi.

Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya

sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku Daftar

Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah " ... hendak dibuat daripadanya sebuah

kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu".

Sehubungan dengan kaedah ejaan Jawi, dalam tahun 1929, diterbitkannya Kitab Rahsia

Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) dan dalam tahun 1931, telah dicetak

sebahagian daripada buku yang dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi. Menurut Za'ba, undang-

undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan

atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja".

Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan

Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah

satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau

merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada
tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) . Kemuncak yang

diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

PENUTUP

Za’ba adalah salah satu contoh anak kampong yang Berjaya menempa nama yang harum di

Malaysia. Beberapa anugerah dan penghargaan telah diterimanya baik semasa hayatnya ataupun

selepas itu. Za'ba menerima gelaran Pendeta sacara rasmi, dalam bentuk songkok pada 1956

dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang

Za'ba curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana dia mahu meletakkan bahasa Malayu

dimercu tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak bintang penghormatan Pingat

Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga Bintang Kebesaran Brunei.

Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju menerima anugerah Pingat Mangku

Negara yang membawa gelaran Tan Sri.Za'ba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau

juga mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti

Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973

Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia

menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang

kurikulum sekolah, sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan

tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.
Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada 23 Oktober 1973

ketika berusia 78. Namanya juga diabadikan pada sekolah di Batu Kikir,asrama di Universuti

Malaya dan jalan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.


LAMPIRAN

Keratan majalah Al-ikhwan keluaran 1927 yang memuatkan beberapa artikelnya tentang

orang-orang Melayu dan terjemahan tentang takdir.


Keratan surat khabar Malay Weekly Mail bulan Disember 1923 yang memuatkan artikel-

artikelnya mengenai orang Melayu.


Gambar Potret Za’ba lengkap berpakaian Melayu diambil pada Disember 1935.
Gambar keluarga sebelum keberangkatan Za’ba ke England pada 25 September 1947.
P.Ramlee menunjukkan scroll kemenangan filem Bujang Lapuk dalam Festival Filem

Asia 1959 pada Za’ba.

Za’ba menerima ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Sir Malcolm Macdonald,

Cancelor Universiti Malaya, Singapura pada September 1959.


Gambar ini diambil pada 22 Jun 1973.
Teratak Za’ba yang didirikan berasaskan rekabentuk rumah minangkabau yang terletak

di Batu Kikir Negeri Sembilan untuk mengabadikan peninggalan Za’ba.