Anda di halaman 1dari 1

Pendidikan sepanjang hayat

Konsep pendidikan sepanjang hayat ialah pemerolehan pengetahuan,kemahirah,dan kompetensi setelah


seseorang itu menamatkan pendidikan formal seperti sekolah,kolej atau universiti.
Pendidikan sepanjang hayat juga boleh diperoleh secara tidak formal melalui pencarian kendiri.

Pendidikan formal

Sekolah
Pendidikan awal yang diterima oleh setiap individu bermula dari sekolah rendah sehingga sekolah
menengah.
Masih dalam kawalan guru-guru dan ibu bapa.
kolej,institusi atau universiti
Tahap pendidikan yang tinggi.
tidak semua individu berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap ini.
Pendidikan tidak formal
melalui bimbingan individu yang mahir dalam suatu bidang misalnya sukan,muzik,masakan,pertukangan dan
sebagainya.
melalui pembacaan seperti buku,majalah,jurnal dan ensiklopedia.
melalui pengalaman,penerokaan,persekitaran dan kemasyarakatan.
Ciri-ciri pendidikan sepanjang hayat
pendidikan sepanjang hayat merupakan satu keperluan pada masa kini
tuntutan daya saing global dan membantu modal insan negara
oleh itu setiap orang yang sudah menamatkan pengajian formal perlu menuntut ilmu agar dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
setiap individu perlu menguasai beberapa kemahiran di bawah ini bagi memastikan pembelajaran
pendidikan sepanjang hayat dapat diikuti dengan lebih selesa dan lebih sempurna

Kepentingan pendidikan sepanjang hayat


Meningkatkan ilmu dalam penggunaan ICT (komputer)
mendapat manfaat apabila menggunakan maklumat dan perhubungan terkini.
Meningkatkan kemahiran membaca degan membaca buku
untuk menimba ilmu pengetahuan.
Meningkatkan kemahiran berfikir
seperti kemahiran menganalisis,memahami,mensintesis,dan juga menilai.
Meningkatkan cara pembelajaran kendiri
agar pembelajaran lebih efektif dan efisian.
Pandai dan mahir mengurus masa
antara masa bekerja,masa belajar,masa untuk keluarga,berehat dan sebagainya.

Memupuk pendidikan sepanjang hayat

Kebanyakan kita yang sudah bekerja atau yang sudah meningkat usia gemar memberi pelbagai alasan untuk tidak
menyambung pelajaran. Antaranya tidak mempunyai masa, sudah berusia, tidak mampu belajar lagi, anak sudah
ramai dan sebagainya. Alasan dan sikap negetif ini boleh menghindarkan kita daripada mengamalkan pendidikan
sepanjang hayat. Pendidikan sepanjang hayat ialah sesuatu yang perlu dilakukan oleh setiap individu. Walau
bagaimanapun pendidikan sepanjang hayat ini tidaklah semudah yang dijangkakan seandainya seseorang itu tidak
bersedia dan sanggup mengambil langkah-langkah untuk memperoleh kemahiran tertentu.

Antara langkah-langkah ke arah pendidikan sepanjang hayat :


Menguasai kemahiran penggunaan masa.
Menguasai kemahiran berfikir.
Menguasai kemahiran membaca.
Menguasai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Menguasai kemahiran pembelajaran kendiri

Anda mungkin juga menyukai